Wanita Hebat itu Semangat Saya

Apabila saya sedih dan hampir putus semangat..saya akan menjadi biography Tun Dr. Siti Hasmah. 

Saya ingin berjaya seperti beliau. Ingin kental dan kuat semangat untuk berjaya. Saya tidak mungkin mampu menjadi seperti suaminya Tun Mahathir bekas Perdana Menteri Malaysia tetapi cukuplah saya kagum dengan isterinya. 

Beliau seorang yang sangat sempoi. Ingat tak ketika pertandingan Badminton sedunia pada awal tahun 90-an, beliau turut berada di gelanggang untuk memberi sokongan kepada pasukan badminton negara, bukan sahaja semangat beliau saya kagumi tetapi juga penampilan beliau yang tidak menampakkan benar2 sebagai isteri kepada Pemimpin No. 1 Negata iaitu Wanita Pertama Malaysia namun lebih kepada orang2 biasa.

Beliau cuma memakai t-shirt dan berseluar sukan biasa yang dipakai rakyat jelata. Tapi yang lebih menarik ialah beliau hanya memakai kasut sukan Bata sahaja. So kenapa kita rakyat biasa lebih mudah berbangga dengan pakaian berjenama? Beliau juga dilihat memeluk pemain badminton yang berjaya dalam game dengan pelukan seperti seorang ibu. 

Beliau wanita yang lemah lembut namun kental. Bila saya pataj semangat saya akan ingat belIau. Saya baca buku2 yang berkenaan dengan beliau dan juga beliau suka menulis blog2 berkenaan dengan perubatan dan pengetahuan. Beliau sepanjang Tun Mahathir menjadi PM tidak pernah memcampuri urusan politik dan kerjaya suaminya. Beliau turut digelar sebagai Ibu Malaysia.

Selain dari anak2 kandung beliau juga memelihara tiga orang anak angkat yang kononnya dahulu difitnah oleh pihak pembangkang bahawa itu adalah anak Tun Mahathir dengan wanita lain namun beliau tetap teguh di belakang suaminya. Beliau lebih banyak mengurusi diri dan anak2 nya sepanjang suaminya bertugas dan beliau juga suka mencari ilmu dengan banyak membaca buku2 dan menyampaikannya kembali sebagai amal jariah kepada masyarakat dalam blog atah tulisannya.

Dari segi pemakanan beliau kelihatan tidak seperti wanita yang berusia hampir 90 tahun kerana beliau amat menjaga pemakanan. Jika terdapat jamuan di hotel beliau meminta pinggan kecil daripada pelayan kerana tidak mahu terlebih makan. Beliau suka memakan salad dan sayuran serta buahan. Beliau tidak pernah terlebih makan walau pun di rumah. Beliau juga tidak mengalami masalah kelupaan ataj nyanyuk atau hilang memori kerana beliau seperti suaminya yang memperuntukkan masa untuk tidur di waktu malam hanya 3-4 jam selebihnya bangun pada awal pagi bagi beribadat dan menyambung dengan membaca dan sebelum Dhuha beliau akan membaca Quran. 

Kini..hati saya tidak sedih lagi dan patah semangat untuk berjaya. Saya harus sihat dan kuat semangat jika ingin hidup lama seperti Tun Hasmah. Tetapi hidup lama yang tidak sia2 dan membazir. Terima kasih Tun.

Kini saya kembali ceria. Saya berdoa agar Tun berdua akan terus berbakti dan sihat dan andai dipanggil Tuhan pun dalam keadaan yang tenang dan damai. 

Itulah dia Tun Dr Siti Hasmah ibu kepada Mukhriz Mahathir dan isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohammad bekas perdana menteri Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah