Kaedah Baru Mendapatkan Bayi

Menantikan kehadiran bayi memang menyeksakan perasaan terutama sekali perkahwinan yang diikat bertahun-tahun lamanya masih belum membuahkan hasil, sampailah kesudahannya wanita tersebut mengalami menopos. Amat menyedihkan, apatah memandang wajah terkilan seorang suami dan ketidak-sediaan wanita untuk membenarkan suaminya berkahwin lagi. Ditambah pula dengan hinaan dan desakan daripada keluarga kedua belah pihak. Perasaan itu sukar digambarkan dan tidak mungkin dapat difahami oleh wanita yang tentunya mempunyai anak. Situasi ini lebih kurang sama dengan wanita yang belum berkahwin pada walau usia semakin meningkat. Namun, kenapa wanita sering ditunjangkan persoalan ini? Adakah segala permasalahan berpunca dari kaum wanita, dan kaum lelaki dibiarkan lepas tangan? Itulah lumrah alam, hanya kerana wanita diberi hak oleh Allah Swt menghasilkan zuriat dan dari rahimnya sahaja keturunan bakal berkembang, maka wanitalah yang menerima segala kekurangan ini sedangkan tidak kurang ramainya lelak...