ARSENIK: PEMBANTU YANG EFEKTIF JUGA PEMBUNUH DALAM DIAM
Kes yang membabitkan keracunan arsenic, walau tidak meluas di Malaysia, namun agak tinggi di Negara barat yang mana bahan kimia dijual dikedai2 sepertimana menjual manisan untuk kanak2. Keracunan secara semulajadi samada melalui pencemaran, biasa terjadi terutama di negara2 yang berada pada paras tekanan hidup rendah dan kawasan geografinya berada pada lingkaran api pasifik dan aktiviti volcano masih aktif. Tetapi, bagaimana pula jika keracunan itu disengajakan? Kes Seddon Kes membabitkan Frederick Seddon berlaku tahun 1912, yang dikenali sebagai “Pembunuh Hina”, adalah kes keracunan yang paling dramatic sepanjang zaman berlaku di Old Bailey, United Kingdom. Walaupun kes sudah lama namun, bermula dari kes inilah, arsenic dikaji secara mendalam dan diambil perhatian penuh terhadap penggunaannya. Beliau membunuh Eliza Barlow, yang juga adalah perempuan simpanannya dengan bermotifkan wang. Seddon sudah berkawin dengan wanita yang lapan tahun lebih muda darinya, manakala Barrow se...