Forensik : Odontologi, Antropologi dan Pemeriksaan keseluruhan Fizikal

ODONTOLOGI FORENSIK Gigi merupakan salah satu bahagian yang diciptakan untuk memberi fungsi kenikmatan bagi manusia malah juga haiwan. Kenikmatan itu ialah bagi mengunyah makanan dan mencantikkan wajah. Apa perasaan kita apabila gigi kita telah habis rongak tetapi kita ingin merasa nikmat makanan tersebut? Dah tentu terasa kurangnya salah satu nikmat hidup. Begitu juga betapa tidak sempurnanya keindahan wajah amdai tersenyum namun gigi telah habis patah atau walau patah satu sahaja di depan telah menampakkan kekurangan pada kecantikan wajah kita. Begitulah pentingnya gigi pada kehidupan manusia. Namun selain dari itu kita sebagai manusia harus berusaha menjaga gigi dengan sempurna sehingga akhir hayat kita kerana andai terjadi sesuatu yang buruk kepada kita dengan sebahagian badan kita telah tidak sempurna namun gigi boleh bertahan berbanding bahagian lain DNA. Apabila bahagian DNA lain mengalami kesukaran dan gagal untuk mendapatkan bukti, bahagian odontologi atau gigi adalah...