Posts

Showing posts from September, 2016

Final : Forensik dari segi aspek pengeboman, jenayah komputer dan pemahaman masyarakat terhadapnya

Image
Penulisan artikel berkenaan forensik ini adalah yang final. Sebenarnya bidang ini sangatlah menarik walau tidak berbaloi dengan masa dan kehidupan sosial, kerana ahli bidang ini harus sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan, andai kata ada panggilan kecemasan yang memungkinkan mereka terpaksa berada di  lokasi kejadian serta-merta agar bukti dan bahan kes yang masih fresh tidak tercemar. Kerjaya mereka tidak jauh lebih penting sama seperti pengamal perundangan yang lain seperti pegawai polis dan bomba dan pengamal perubatan yang bertugas di jabatan kecemasan. Untuk mendalaminya ilmu forensik ini bukanlah kerja sehari dua atau seminggu dua tapi saya habiskan masa lehih kurang tiga bulan, walau belum cukup lengkap namun terpaksa tinggalkan sementara untuk memberi ruang kepada saya menimba sesuatu yang lain pula. Insyaallah saya akan sambung kembali. Letupan Bom Jenayah ini semakin berleluasa pada masa kini dengan tujuan yang sangat jelas iaitu untuk merosakkan dan membunuh,

Forensik : Odontologi, Antropologi dan Pemeriksaan keseluruhan Fizikal

Image
ODONTOLOGI FORENSIK Gigi merupakan salah satu bahagian yang diciptakan untuk memberi fungsi kenikmatan bagi manusia malah juga haiwan. Kenikmatan itu ialah bagi mengunyah makanan dan mencantikkan wajah. Apa perasaan kita apabila gigi kita telah habis rongak tetapi kita ingin merasa nikmat makanan tersebut? Dah tentu terasa kurangnya salah satu nikmat hidup. Begitu juga betapa tidak sempurnanya keindahan wajah amdai tersenyum namun gigi telah habis patah atau walau patah satu sahaja di depan telah menampakkan kekurangan pada kecantikan wajah kita. Begitulah pentingnya gigi pada kehidupan manusia. Namun selain dari itu kita sebagai manusia harus berusaha menjaga gigi dengan sempurna sehingga akhir hayat kita kerana andai terjadi sesuatu yang buruk kepada kita dengan sebahagian badan kita telah tidak sempurna namun gigi boleh bertahan berbanding bahagian lain DNA. Apabila bahagian DNA lain mengalami kesukaran dan gagal untuk mendapatkan bukti, bahagian odontologi atau gigi adalah

Forensik : Dokumentasi, Entomologi, Zoologi dan DNA

Image
Keseronokkan mempelajari sesuatu perkara baru sebenarnya merupakan satu kewajipan bagi manusia yang berakal dan memahami tanggungjawab sebagai manusia. Pengetahuan yang boleh digunakan di mana2 jua dan pada waktu apa pun jua keadaan. Ilmu tidak semestinya harus diiktiraf atas segulung ijazah tapi dalam kehidupan seharian kita juga ada ilmu yang berguna untuk kita.  Ilmu berkenaan sains sejajar dengan yang terdapat dalam kitab2 suci yang diturunkan Allah untuk kita mengkajinya dari kitab suci nabi2 terdahulu, Zabur, Taurat, Injil dan semestinya Alquran banyak sebenarnya merangkumi bidang sains dan teknologi. Setiap kejadian Tuhan pasti ada kegunaannya. Sebelum ini dalam penulisan saya berkenaan forensik sains banyak menguraikan misteri kejadian alam antaranya kesan capjari, kesan tapakkaki, kesan pada penetaan dan kesan benda yang hanya boleh diungkapkan melalui teknik spesial dan sebenarnya banyak lagi kaedah2 yang belum kita kaji yamg membantu para penyiasat dan manusia mengk