Final : Forensik dari segi aspek pengeboman, jenayah komputer dan pemahaman masyarakat terhadapnya

Penulisan artikel berkenaan forensik ini adalah yang final. Sebenarnya bidang ini sangatlah menarik walau tidak berbaloi dengan masa dan kehidupan sosial, kerana ahli bidang ini harus sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan, andai kata ada panggilan kecemasan yang memungkinkan mereka terpaksa berada di  lokasi kejadian serta-merta agar bukti dan bahan kes yang masih fresh tidak tercemar. Kerjaya mereka tidak jauh lebih penting sama seperti pengamal perundangan yang lain seperti pegawai polis dan bomba dan pengamal perubatan yang bertugas di jabatan kecemasan. Untuk mendalaminya ilmu forensik ini bukanlah kerja sehari dua atau seminggu dua tapi saya habiskan masa lehih kurang tiga bulan, walau belum cukup lengkap namun terpaksa tinggalkan sementara untuk memberi ruang kepada saya menimba sesuatu yang lain pula. Insyaallah saya akan sambung kembali.

Letupan Bom

Jenayah ini semakin berleluasa pada masa kini dengan tujuan yang sangat jelas iaitu untuk merosakkan dan membunuh, bukan dengan niat untuk menakutkan atau sekadar memberi amaran kepada orang2 atau individua yang dikehendaki. Dan mereka yang merancang ini akan sedaya upaya menggunakan teknologi tinggi bagi memaksimunkan letupan tersebut.

Apabila berlakunya jenayah ini, ianya akan melibatkan pembabitan besar besaran pengamal perundangan malahan perubatan, pakar komputer dan pakar sains, apatah dengan ramai mangsa yang terlibat. Kebiasaannya selepas kejadian, ahli forensik akan mencari segala bukti sekalipun bukti yang paling terkecil sekalipun. Mungkin bahan kes yang kecil itulah yang menyumbamg kepada kejadian letupan yang besar. Di samping itu bukti kedua juga akan direkod umtuk siasatan menyeluruh. Pihak penyiasat akan mengkaji dari segala aspek termasuk method bom itu dilaksanakan. Para pengebom tidak memfokuskan kepada individu yang menjadi sasaran mereka sahaja tetapi mereka akan membunuh rawak dan sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengan target, walaupun target mereka hanya seorang tapi mangsa yang terlibat pasti mencecah puluhan atau ratusan orang. Keadaan ini dan kelakuan ini dipanggil Pembunuh yang Tiada Dikriminasi.

Jenayah komputer

Jenayah ini adalah dalam kategori jenayah eletronik yang bersangkutan dengan barangan CD dan CPU antaranya :-
● kad pintar dan danglers
● phone, caller ID devices, answering machines dan pesanan
● kad memori
● servers
● printers
● catridges
● scanners
● fax machines

Jenayah perkomputeran ini kategorinya adalah termasuk penganiayaan kanak2 dan lucah membabitkan kanak2,  hacking, mengintip privasi target, perjudian, kecurian terutama membabitkan kes2 besar seperti rompakan bank dan kedai emas, pemalsuan telekomunisasi, counterfeiting,  kecurian identiti, pelacuran, cloning dan cetak rompak. Penting untuk memeriksa dengan lanjut akan item eletronik yang aktif yang berkemungkinan besar aktiviti jenayah berterusan. Bagi mengelakkan bukti eletronik terjejas dan musnah, elakkan dari membawa barangan eletromagnet berhampiran dengan kawasan kejadian. Berjaga-jaga dengan apa2 tanda atau maksud pada dokumen atau perkataan dalam komputer kerana ianya kemungkinan akan memberi petunjuk kepada sesuatu yang mempunyai makna yang tersembunyi atau merupakan kata kunci kepada sesuatu. Di samping itu berhati-hati dengan situasi keadaan sekeliling samada keadaan sejuk, keadaan kering atau ianya akan menghasilkan objek statik. Peningkatan suhu boleh memusnahkan data pada komputer.

Haiwan Penyiasat

Tahukah anda bahawa pasukan yang melatih binatang terutama anjing untuk tujuan penyiasatan suspek dan forensik digelar K-9 Team. Mereka melatih anjing2 bagi pengkhususan kepada suspek dan dadah. Anjing juga digunakan untuk mengesan orang mati, mengesan objek2 yang berkaitan dengan sesuatu kes, mengesan orang yang masih hidup dan juga mengesan orang yang hilang, menjadi peneman polis atau pegawai undang2 bagi proses pencarian bahan bukti, mencium bau dan mengesan dengan pantas, membau mengesan keberadaan dadah dan mengesan bau di kawasan letupan. 

Namun, walau fungsi mereka meluas tetapi yang menimbulkan masalah ialah anjing tidak boleh diambil bukti darinya untuk membuktikannya di mahkamah. Secara tradisionalnya, anjing yang digunakan untuk proses pencarian mestilah kuat dan besar, imagine bagaimana ciri2 German Shephard dan Doberman. Maka mereka termasuk antara tidak semua anjing sesuai untuk memeriksa tempat2 sempit dan kecil, maka anjing yang lebih kecil diperlukan terutamanya untuk kes bom yang memerlukan anjing yang benar2 kecil seperti Saint Bernard, mencari manusia dalam apa jua keadaan dan mengorek dalam timbunan runtuhan yang mana mereka ini tidak memerlukan latihan kerana mereka mempunyai naluri dan pengesan semulajadi. Setiap anjing2 ini berlainan kepandaian mereka. Anjing jenis Cadaver pula bukan setakat mengesan badan manusia yang telah mati bahkan juga mencari mayat yang telah tertimbus lebih daripada 50 tahun yang lepas.

Fakta untuk kita ketahui, walaupun anjing mempunyai berjuta2 daya pengesan berbanding manusia namun tidak mampu menyaingi kucing dan ferret mahupun babi pemburu. Tetapi hanya anjing sahaja yang mampu digunakan kerana tiga jenis binatang yang lain itu tidak dilatih sebagai pencari untuk forensik dan kegunaan untuk berkaitan undang2.  Ciri2 mereka iaitu kucing yang tidak suka berada dalam stress dan bekerja, babi yang mudah tertarik kepada makanan dan ferret yang mudah terganggu konsentrasi dan emosi tidak memungkin untuk menggunakan mereka.

Terdapat asas2 yang perlu diambil kira dan diikuti dalam pengendalian anjing ini agar tugas lebih memudahkan dan berjalan lancar iaitu pengendali mesti memahami dan mengenali anjing mereka dengan baik dan memastikan keadaan mereka terbaik iaitu tidak membiarkan mereka lapar atau penat kerana itu akan menjadi keadaan lebih menyusahkan. Anjing2 mestilah dibiarkan tenang dan fokus dan diberi latihan yang terbaik dalam mengendalikan kes bom serta dipastikan mereka patuh akan arahan. Pengendali mesti seorang yang pakar dan memahami proses membabitkan undang2 dan peraturan. Pengendali juga mesti menanda bukti yang dijumpai untuk pencarian kemudian dan mesti pastikan ianya selamat untuk di ambil kemudian. Jadi tidak akan timbul bukti yang musnah dan diganggu.

Google image  - Doberman Dog

Google image - German Shepherd Dog

Google image - saint Bernards Dog

Google image - Cadaver Dog

Pemgalaman seorang pelatih professional, Michael Derring dalam mengendalikan kes yang dipertanggungjawabkan adalah sangat bermakna baginya dan pasukannya. Beliau major dalam kerja sukarelawan melibatkan bidang criminalogy, telah mengambil jurusan Biology dan antropology bagi memantapkan lagi pengetahuan nya sekaligus membantu teamnya mengendalikan kawasan perkuburan manusia.

Mereka mengambil berdasarkan petunjuk mereka sendiri untuk penyiasatan kes dan berkongsi cadangan mengenai cara pencarian. Mereka juga akan menyediakan peta topographic mereka sendiri selain membantu team mengenal pasti ancaman jika terdapat apa2 bahaya. Demi mengelakkan salah faham kepada orang awam yang mana yang terlibat dalam kes2 tertentu yang mana kediaman mereka atau harta milik meeka dalam usaha pengeledahan bahawa tiada akan berlaku sepahan dan kerosakkan.  Ini juga bagi mengelakkan orang awam trauma dengan kerja2 pengeledahan itu dan menunjukkan bahawa team mereka bekerja dengan cara profesional. 

Fotograpi Forensik

Bahagian ini adalah termasuk yang terpenting dalam penyiasatan forensik. Mereka bergerak pantas sepertimana para antropologis atau penganalisis DNA untuk memastikan foto diambil secepat mungkin. Sebelum era digital image kebanyakan para jurugambar menggunakan cara tradisional dan mesti tahu bagaimana untuk mengunakan teknik tindihan dan visual trick. Cuma masalahnya menggunakan cara yang lama ini ialah apabila mengambil gambar tumpahan darah menggunakan green filter ianya setelah diproses akan menghasilkan kehitaman pada filem.

Kebiasaannya jurugambar akan berbincang dengan penyiasat terlebih dahulu berkenaan shot yang paling baik serta objek yang harus diliputi di kawasan kejadian. Mereka akan merekodkan melalui tangkapan gambar kawasan keluar dan masuk di tempat kejadian supaya dapat dijadikan apa2 bukti di samping mencari pusat titik di kawasan kejadian. Mereka juga menanda dan melindungi item yang akan di shot.

Setiap foto akan di ambil secara berasingan dan setiap item akan diambil sebanyak dua kali atau lebih bagi mendapatkan angle yang baik dan tepat. Setiap badan mayat yang dialih, jurugambar akan mengambil foto di bawah badan tersebut serta yang berada di sekeliling mayat itu, in case jika terdapat sebarang tanda dan kesan maka boleh dikemukakan sebagai bukti. Dan seperti yang telah diterangkan, setiap foto akan diambil beberapa keping pada setiap item.

Terdapat tiga teknik fotograpi untuk forensik iaitu Fotograpi Malam, UV Fotogtapi dan IR Fotograpi.

Fotograpi Malam

● mengunakan teknik khas untuk mendapatkan image yang lebih baik.
● filem yang memberi kepantasan dalam setiap angle.
● namun terdapat kekurangan dan masalah dalam menggunakan teknik ini kerana menghasilkan hasil yang tidak memuaskan kurang berkesan pada image yang diambil. Ianya juga kurang fokus dan jauh lebih terang daripada yang tipikal

UV photograpi

Fotograpi cara ini kebiasaanya digunakan untuk kes penderaan yang sudah terlalu lama yang mana kesan pada permukaan telah hilang tetapi dapat lihat dibawah kulit. Ianya memfokuskan secara mendalam dan mengiluminasikan lebam yang agak dalam. Lebam boleh dikekalkan di bawah lapisan kulit manakala lebam pada permukaan kulit boleh dikesan menggunakan cahaya UV dari kamera khusus. Tetapi satu perkara harus diketahui ianya juga mencipta masalah apabila foto yang ingin diambil di bawah lapisan kulit itu , keseluruhan bateri akan digunakan untuk keseluruhan bawah kulit tersebut.

Filter yang digunakan adalah automatik yang difokuskan pada kamera, maka bermakna mangsa harus berada dalam keadaan pegun,  sedia untuk mengikut arahan dan fokus atau ianya akan berakhir dengan terpaksa menukar filter di antara setiap shot. Ini menjadikan mangsa mengalami trauma dan kepenatan. Jurugambar harus sentiasa sensitif berkenaan situasi ini terutamanya membabitkan bahagian badan yang sensitif dan mangsa juga masih hidup. Ini semestinya menghasilkan trauma kepada mangsa, sementara bukti itu juga terpaksa di ambil dan wajib bagi mengikuti prosedur perundangan kerana ini adalah straight forward prosedur. Bukti ini kerap kali digunakan di mahkamah dan banyak kali juga diterima. Contohnya, lebam pada permukaan kulit boleh sembuh selama 5 hari tetapi kekal lama dibawah lapisan kulit. Maka hanya UV sahaja yang boleh spot lebam selama mana sehingga lima bulan.

IR Fotograpi

Jenis teknik ini melalui kesukaran berbanding UV untuk mengumpul image2 kerana membabitkan banyak masalah teknikal.  Antara kelemahannya ialah ia tidak boleh digunakan secara meluas di kawasan jenayah dengan beberapa fakfor iaitu, filem tersebut mestilah disimpan sepanjang masa dengan terpaksa disejukkan dan dikeluarkan serta merta pada suhu bilik sebelum digunakan. Ia juga sensitif kepada cahaya biasa ini dan samada dikeluarkan dan dimasukkan dalam kamera mestilah dalam keadaan gelap sahaja.

Kenapa menggunakan teknik ini sedangkan terdapat banyak kelemahan? Ini kerana ada setengah imej tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat menggunakan teknik ini dan semestinya menyediakan apa yang filem lain tidak boleh.

Realiti sebenar bidang ini memang mencabar tetapi seperti saya terangkan pada awal penulisan ini ianya tidak berbaloi dengan masa yang diperuntukkan bagi melalui kehidupan sosial yang normal.

Contohnya, seorang jurugambar forensik tidak hanya terlibat dalam mengambil imej dan foto kawasan jenayah tetapi juga mesti bertanggungjawab untuk mencari bukti dan membuatkan bukti daripada imej dengan tepat dan telus. Selain itu, pada membuat laporan, exhibit dan beberapa dokumen berkenaan dengan imej dan jika terlibat dengan major kes, segala dokumen akan diserahkan kepada beratus2 orang2 yang terlibat dari team forensik, team kepolisan dan team kehakiman namun mereka hanya ada satu tujuan, iaitu kes tersebut diselesaikan dengan secepat mungkin.

Situasi yang nyata untuk kes mahkamah ialah ianya akan mengambil masa yang cukup panjang menghabiskan masa berjam2 semata menyediakan dokumen untuk perbicaraan dan sangatlah membosankan. Contohnya kes O.J. Simpson, proses yang panjang bagi beratus2 soalan secara rambang dijalankan sepanjang tempoh penyiasatan, penahanan seterusnya penghakiman.

Satu perkara yang harus diketahui ialah para juri sebenarnya sangat membenci sains. Bukan kerana mereka tidak mencuba tetapi mereka mencuba terlalu kuat. Mereka bimbang tersalah pemahaman tentang info  yang akan menyebab hidup sesesorang akan berubah sepanjang kehidupannya. Maka kesemua ini menyebabkan terlalu banyak tekanan.

Tiada kelas yang standard untuk mempelajari pengalaman ini. Teori sahaja tidak mencukupi. Kehidupan nyata team forensik adalah berkerja di bawah tekanan, kerja yang kurang diambil kira oleh orang awam, kerja yang tidak mendapat penghargaan dan tiada ucapan terima kasih, masa panjang yang sukar, terpaksa menerima panggilan walaupun ketika bercuti dan semestinya mempunyai asas naluri yang tajam serta kejujuran. Mereka ini bermula daripada kurang dramatik, menjadikan perbezaan itu adalah kekuatan insentif. Ianya bukan lagi sekadar gaji bukan lagi sekadar wang.

Maka, terfikirkah lagi pada anda bahawa kerjaya ini kerjaya glamer?















Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah