Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah



ROH Ibnu Qayyim Al Jauziyah

Buku ini asalnya berjudul Ar Ruh Li  Ibnil Qayyim dan diterjemahkan untuk memudahkan pembacaan bagi yang tidak pandai berbahasa Arab. Mengandungi dua puluh satu persoalan berkenaan dengan roh. 

Dihuraikan serba sedikit antara isi-isinya yang menarik.  

Aoabila antara kita yang telah meninggal dunia tentu mengharapkan keluarga dan orang ynag kita sayangi datang menjenguk dan menghantar hadiah berupa doa kepada kita.  Para salaf bersepakat bahawa orang yang meninggal dapat mengetahui ziarahnya orang yang masih hidup ke kuburannya. Para salaf juga bersetuju bahawa roh itu dilepaskan dan dikembalikan ke jasadnya pada setiap masuknya hari Jumaat sehinggalah pada pagi sabtu sebelum terbitnya matahari.  
Doa yang boleh digunakan ketika menziarahi ahli kubur ialah mrmohon keampunan bagi rohnya, memohon Allah mendengar ketakutan mereka,  merahmati keterasingan mereka, mengampuni keburukan dan menerima kebaikan mereka. Doa yang digunakan seperti ini juga boleh diucapkan,  "Ya Allah aku memohon kepadaMu kepasrahan yang tidak sia-sia,  wahai Dzat yang membagusjan orang2 salih dan pemberi petunjuk orang2 yang sesat,  eahai Yang Maha Pengasih dari segala yang pengasih. 
Roh itu terdapat pada dua keadaan. Roh yang mendapat siksaan memang akan sibuk dengan urusan siksaannya sehingga tidak ada masa untuk saling berkunjung. Roh yang mendapat kenikmatan akan mendapat kebebasan sehingga membolehkan mereka saling berkunjung sesama roh yang mendapat rahmatNya. 
Terdapat pertemuan antara roh2 yang sudah meninggal dengan roh orang yang masih hidup ketika dalam mimpi,  menunjukkan bahawa orang yang masih hidup dapat melihat orang yang sudah pergi dahulu. Roh orang yang hidup akan bertanya keadaan roh yang mrninggal.  Dan roh yang meninggal mungkin mengabarkan tentang sesuatu yang tidak diketahui orang hidup,  yang mendatang dan sudah lampau.  Memberitahu hutang yang belum beliau lunasi serta memberitahu hartanya tersimpan. Namun harus diteliti dengan benar bahawa semua ini hanya dapat dinikmati oleh roh yang jiwa dan hatinya bersih bagi melaksanakan wasiat dan menunaikan kehendak roh yang meninggal.  Apabila tiba masanya roh yang meninggal akan ditahan Allah dan roh orang hidup akan dilepaskan kembali ke jasadnya, sehingga ajalnya tiba. 

Ibnu Uyainah pernah bermimpi bertemu Sufyan Ats-Tsauri dan mohon nasihat darinya dan Sufyan msnasihatinya supaya menjadikan dirinya tidak dikenal manusia.  Rabiah Al Adawiyah ditemui rakannya dalam mimpi. Rabiah ketika dikafan dengan kain wool dan kain jubah,  namun telah digantikan dengan kain sutra olehNya.  Rakannya mohon nasihat dan dinasihati oleh Rabiah agar sentiasa banyak berzikir kerana itu akan mendatangkan kegembiraan dalam kubur. 

Mimpi itu terdapat tiga perkara iaitu mimpi yang datang dari Allah,  mimpi dari Syaitan dan mimpi dari bisikan sanubari. Mimpi benar datang dalam berbagaj cara; ilham yang disusup Allah dalam hati hamba berupa bisikan Allah ketika tidur hambaNya, mimpi dari malaikat,  roh hidup bertemu roh yang meninggal baik keluarga atau sesiapa pun,  roh yang naik ke hadapan Allah dan Allah berfirman kepadanya,  roh yang masuk syurga dan menyaksikan apa yang ada di sana. 

Ali kwj pernah menjawab soalan dari Umar ra berkenaan mimpi benar dan dusta. Mimpi benar itu ialah bila rohmya dibawa ke 'Arasy tidak bangun sebelum tiba ke sana.  Dan mimpi dusta ialah ia bangun sebelum tiba ke sana. 

Badan orang mukmin dan orang kafir hampir serupa,  namun roh mereka jauh berbeza. 

Syurga tidak dibenarkan dimasuki oleh para nabi sehingga Nabi Muhammad saw yang pertama masuk. Selawat umatnya ditampakkan kepadanya kerana Allah mengharamkan tanah memakan badan para nabi. 

Binatang semuanya dapat mendengar seksaan kubur,  kecuali manusia dan jin. 
Shahih Bukhari meriwayatkan mimpi Rasullulah yang dibawa pergi oleh dua orang lelaki ke tanah suci, dan menunjukkan hakikat seksaan kepada umat beliau, sebagai berikut diringkaskan:-
1. Orang yang ditusuk hingga ke rongga dan robek adalah seorang pendusta dan menyebarkan dustanya segenap alam. 

2. Orang yang di hempuk batu adalah orang tahu dan faham akan Quran tapi melalaikannya dan tidak mengamalkannya. 

3. Orang yang berada atas tungku api adalah seorang penzina.

4. Orang yang dilimpari batu di sungai adalah pemakan riba. 

5. Orang tua yang duduk dikelilingi oleh anak2 adalah Nabi Ibrahim dan anak2 itu adalah anak manusia yang mati sebelum baligh. 

6. Kedua lelaki yang bawa Nabi itu adalah Jibrail dan Mikail. 

Api di dalam kubur tidak sama dengan api di dunia. Penduduk dunia jika sentuh tidak merasakannya. Jelas juga jika dua manusia atau ramai dikebumikan satu liang lahad, tapi bahagian masing2 berlainan,  ada di lubang neraka dan ada ditaman syurga. 

Sahabat Rasullulah yang hatinya dibersihkan dan punyai jiwa yang suci pernah mendengar tasbih makanan ketika ia dimakan,  mendengar rintihan pangkal pohon yang kering dalam masjid. 

Manusia disiksa kerana kebodohan mereka tentang Allah,  mengabaikan perintahNya dan durhaka kepadaNya. Allah Maha Penyayang tidak akan menyiksa roh yang mengenalNya,  menyintaiNya,  mengikuti perintahNya dan menjauhi laranganNya. Siksa boleh dijauhi dengan muhasabah diri dan bertaubat kepada Nya. 

Kenapa roh para syuhada tidak diberi ujian dalam kubur,  adalah kerana kilatan pedang atas kepala mereka sudah cukup sebagai ujian.  Mengorbankan jiwa kerana iman yang tebal,  kemarahan kerana Allah dan RasulNya,  kebenaran dalam hati nampak jelas di medan perang hingga tidak perlukan ujian lagi dalam kuburnya 

Dari Ibnu Abbas beliau pernah bertanya Ka'b tentang Sijjin,  Aliyyun,  Sidratul Muntaha. Sijjin itu adalah bumi ketujuh dan yang paling rendah dan roh orang2 kafir ada di bawah badan Iblis.  Aliyyun itu adalah langit ketujuh yang ada roh orang2 mukmin. Sedang Sidratul Muntaha adalah kerudung para malaikat yang menanggung Arasy, tempat pemberhentian terakhir semua makhluk. 

Dari Ali bin Abu Talib mengatakan bahawa sumur yang paling baik di bumi adalah Zamzam dan paling buruk adalah di Burhut Hadhramaut.  Lembah paling baik adalah Makkah dan tempat turunnya Adam di India dan paling buruk adalah di Al Ahqaf di Hadhramaut, tempat kembalinya roh orang2 kafir. 

Pahala yang hendak di sedekahkan mestilah diniat dari awal berapa bahagian dari pahala itu seperti seperempat atau setengah etc atau kesemuanya sekali. Tidak diterima sedekah pahala itu jika tidak diniatkan awal setelah melakukannya. 

Jika dipersoalkan kenapa para salaf tidak nampak ada yang mengerjakan amalan sedekah pahala ini,  ialah bahawa mereka ini orang yang suka menyembunyikan kebaikan,  merasa yang perlu tahu niat dan tujuan hanyalah Allah. 

Rasul sepakat bahawa roh itu baharu dan berupa makhluk. 

Empat pengkhususan Adam asia iaitu,  Allah menciptakan dengan TanganNya sendiri,  meniupkan RohNya, memerintahkan para malaikat bersujud kepadanya dan mengajar kan ilmu kepadanya. 

Lawammah ada dua jenis :
1. Lawwamah mulawwamah, iaitu jiwa jahiliyyah yang zalim dan dicela Allah serta para malaikat. 
2. Lawwamah ghairu mulawwamah. Jiwa yang sentiasa mencela diri dalam masalah ketaatan kepadaNya. 
Malaikat pendamping jiwa muthma'innah dan syaitan pendamping jiwa ammarah. 
Para sahabat selalu berdoa supaya berlindung dari khusyuk kerana kemunafikan. Khusyu munafik ini adalah badannya khusyuk tapi hatinya tidak. 
Tawadhu adalah lahir dari pengetahuannya yang mendalam tentang Allah dan tunduk hati kepada dan kerana Allah. Kehinaan adalah kerendahan jiwa dan pengorbanan untuk mendapatkan bahgian dari nafsu syahwat. 

Buruk sangka boleh mengundang permusuhan kerana dalam hatinya terisi dengan persangkaan buruk terhadap manusia hingga menampakkan pada lisan dan anggota tubuh. Dia membenci dan juga menjadi kebencian manusia. 

Firasat ialah hadir dalam hati yang bersih dan suci dari pelbagai kotoran dan kedekatannya dengan Allah. Dia melihat dengan cahaya Allah yang dimaksudkanNya ke dalam hatinya. Firasat hadir kerana dekatnya diri dengan Allah. Dia melihat cahaya yang tidak dilihat orang dan yang terhalang. 

Firasat bukan berasal dari ilmu ghaib tapi kurniaan dari Dzat yang mengetahui hal2 ghaib. Ini yang terjadi kepada Rasullulah yang mengetahui siapa makmunnya di belakang, dapat melihat Baitul Maqdis sedangkan beliau berada di Mekah. Umar dapat melihat pasukannya yang bertempur di Persi dan sebagainya. 

Hati itu ada tiga iaitu hati yang keras dan kaku,  hati yang terlalu halus dan hati yang lembut,  jernih dan tegar. Hati letiga ini yang paling benar, dapat membezakan kebenaran dan kebatilan. Dengan kelembutannya dia menjaganya dan dengan tegarnya dia memerangi musuhnya. Hati yang paling dibenci Allah adalah hati yang keras dan kaku. 

Kegembiraan yang paling besar ialah adalah keran taubat,  miliki rasa gembira yang menakjubkan hasil dari taubat yang sempurna.  Rahsia Allah gembira adalah taubat hambaNya. 

Setiap imam yang empat iaitu bermula dari Imam Abu Hanifah sehinggalah Imam Ahmad, tidak pernah menyuruh manusia melaksanakan ketetapan wajib dalam kitab masing2. Dan tidak pernah mengatakan bahawa merekalah yang benar.

πŸ”˜πŸ”˜πŸ”˜πŸ”˜πŸ”˜πŸ”˜πŸ”˜πŸ”˜πŸ”˜πŸ”˜πŸ”˜πŸ”˜πŸ”˜πŸ”˜πŸ”˜πŸ”˜

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran