Posts

Showing posts with the label Agama

Book sharing : Misteri Tahajjud Menembus Arasy

Image
Title : Misteri Solat Tahajjud (The mystery of Tahajud prayer) Author : Djamaluddin Ahmad Al-Buni Original Title : Kaifa Tatahammas Li Qiyamil Lail Translated by : Faizah Othman Checking by : Dr. Mohd Puzhi Usop Publisher : Al Hidayah Publisher isbn : 9789670267357 Available at : Pustaka Mukmin Jalan TAR, Kuala Lumpur or can buy online at www.hidayah.com.my Pages : 445 Genre : non-fiction Assalamualaikum. .saya berkongsi ini untuk kegunaan diri saya. Andai pembaca blog ini membacanya,  alhamdulillah. .ilmu dari buku ini kita berkongsi bersama2. ♥ Kesolehan amal adalah kesolehan hati. Kesolehan hati adalah kesolehan niat. Sesiapa yang menyucikan niatnya maka akan luruslah amalnya. Sesiapa mengotori niatnya maka amalnya akan bercampur kekotoran - Imam Ahmad - Kitab Az Zuhud. ♥ Sebagus2 amal adalah tidak diketahui orang lain. Bahkan tidak diketahui dirinya sendiri. Termasuk makhluk lain selain manusia - Ibnul Qayyim - Al Fawaid. ♥ Riyak juga termasuk tidak ...

Minhajul Abidin by Imam Al Ghazali

Image
Perkongsian ilmu dari buku ini. Kita yg ingin beribadah dgn benar harus menuntut ilmu. Ibadah tanpa ilmu adalah sia2. ♥ Segala yg diciptakan Allah hanya untuk tujuan ilmu dsn ibadah, Quran, rasul dan nabi2,  langit, bumi dan isi alam sekalian. ♥ Rasulullah pernah mencontohkan hal Khawarij yg rajin beribadah dan membaca Quran tetapi ilmu dan quran itu tidak meresap dalam hatinya maka amalan itu tidak diterima Allah. ♥ selain ibadah lahir, ibadah batin juga perlu bagi mengelakkan takabbur dan ujud. Maka penting pelajari ilmu tasawwuf. ♥ ikhlas adalah wajib. Yang sebenar2 ikhlas dgn Allah akan ditanggung urusannya dan diberi rezeki yang tidak disangka2. ♥ ilmu itu ada dua. Ilmu muamalah itu ialah ilmu zahir tentang halal haram, adab dan akhlak baik buruk. Ilmu itu tiada guna jika tidak diamalkan. Ibadah tanpa ilmu adalah disebut ghurur. ♥ Rasulullah membolehkan para sahabatnya dulu berijtihad sekiranya mereka menghadapi masalah dalam hukum dan mereka berjauhan...

Tafsiran Surah Yusuf

Image
Perkongsian sedikit info dan isi2 penting dari buku ini. Buku ini boleh dibeli di kedai Mukmin Jalan TAR Kuala Lumpur.  Tafsir surah Yusuf ♥ surah ke 12 dalam Alquran. Surah Makkiyah diturunkan sebelum hijrah Rasulullah.  Mengandungi 111 ayat. Satu keistimewaan surah ini ialah ianya tidak ada unsur ancaman spt surah Makkiyah lainnya. Yahudi yang menyuruh Rasullulah menceritakan tntg perihal Yusuf  telah memeluk islam bila mendengar Nabi berkisah hal ini. Mungkin juga kandungan surah ini selari dgn fahaman mereka. ♥ berkenaan dgn mimpi Nabi Yusuf tentg mimpinya dalam hal sujud, kita memang dilarang sujud kpd selain Allah tetapi sujud yg dimaksudkan ialah berupa penghormatan, sepertimana malaikat diperintahkan bersujud kpd Adam AS.  ♥ mimpi nabi juga adalah mimpi wahyu dan kenabian. Manakala mimpi yg baik juga boleh berlaku kpd org2 soleh berupa mimpi hal2 ghaib kerana ciri2 mereka sendiri. ♥ Riwayat Abu Hurairah juga menjelaskan bahawa org yg ...

Perjanjian Hudaibiyah

Perjanjian ini berlaku antara Nabi Muhammad saw dengan Kaum Quraisy. Perjanjian tersebut adalah sebagai berikut : 1. Selama 10 tahun kedua2 kaum iaitu muslimin dan Quraisy tidak boleh berperang sehingga keamanan sosial dan perdamaian dapat ditegakkan. 2. Jika orang Quraisy memeluk islam dan meninggalkan Makkah untuk bergabung dengan muslimin maka Muhammad harus mengembalikannya. Tetapi jika seorang muslim bergabung dengan Quraisy maka mereka tidak akan mengembalikannya.  3. Kedua kaum bebas membuat Perjanjian dengan suku manapun mereka sukai. 4. Tahun perjanjian ini dibuat kumpulan kaum muslimin tidak dibenarkan melakukan haji dan mereka boleh menunaikannya pada tahun seterusnya dengan syarat tidak bermukim lebih dari tiga hari dan tidak membawa senjata melainkan senjata untuk bermusafir. 5. Kebebasan beragama diamalkan tanpa pertumpahan darah, kekejaman dan penyeksaan serta pemaksaan. 6. Kedua pihak berhak menghormati kekayaan dan harta benda masing2 tanpa...

Hak Muslimah dalam perkahwinan dan perceraian

Image
Buku ini adalah berkenaan dengan perundangan syariah bagi bab perkahwinan dan yang sejenis dengannya. Sesuai untuk yang bakal bernikah dan yang baru bernikah. Buku ini sesuai untuk isteri, ibu dan muslimah, sesuai untuk hamba Allah yang sukar menerima hakikat dan sesuai untuk suami isteri dapat bisa menambah ilmu tentang hak2 perkahwinan.  Siapa penulis buku ini? Penulis bernama Abdullah Abu Mat Suaud, dilahirkan di Hutan Melintang pada 22 september dan mendapat pendidikan awal di Sk kampung Baharu Sungai Sumun, seterusnya di SMA Muhammadiah Bt. 40 Sabak Bernam,  dengan memperolehi 4 Thanawi di Maahad Ehyak Diniyah Kg Gajah Perak. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Universiti Malaya dan IAIN Sulthan Thaha Saifuddin, Jambi, Indonesia dengan memdapat Ijazah Kepujian dalam Perbandingan Mazhab dan Hukum (SHI). Beliau menyambung pengajian di USIM bagi memperolehi Diploma Pentadbiran Undang2 dan Kehakiman (DUAP).  Kerjaya awal beliau adalah sebagai Pembantu Hal E...

Secebis dari Kitab AlHikam

Sudah menjadi lumrah manusia..apabila kesenangan dan hidupnya semakin dipuja, mendapat perhatian, dia akan lupa pada sesuatu yang dia tinggalkan di belakang. Bukan lagi pelik bila situasi tu berlaku. Hanya ilmu dan iman saja yang mampu menyedarkan dia pada siapa dia permulaan. Permulaan itu tidak semestinya ahli keluarganya tapi mungkin juga rakan2, sahabatnya dan orang2 di sekeliling..permulaan yang dia lupakan yang menyokong diri dia, tapi dia sombong dengan nikmat Allah. Ilmu jangan dibazirkan pada diri sendiri. Selagi mana mampu, sedekahkanlah sebagai amal jariah. Kudrat jangan dijadikan sia2 untuk kepentingan diri sendiri. Selama mana terlarat sedekahlah jugak bagi membantu orang2 yang tidak bernasib baik. Moga kita semua selamat dari sifat sombong. Aminnn.

Pengajaran Dari Kitab Alhikam 1

Image
Kita manusia adalah lemah melainkan manusia yang telah sampai kepada tingkatan taqwa. Jalan ke situ memang berliku, cuma jiwa yang kental mampu mengharunginya.. Orang2 sabar itu :- - tidak rasa cukup akan amalan mereka - tidak merasa bersih dari kekurangan - tempat pengaduannya hanya kepada Allah - menerima dgn tenang qadha n qadar - jauh dari segala pujian manusia ♥ sabar ketika ujian. Syukur ketika nikmat. Sabar itu tinggi darjatnya. ♥ kita mencintai diri tapi itu milik hawa nafsu ♥ kita mencintai roh padahal itu milik Allah ♥ kita mencintai harta tapi itu milik waris keturunan ♥ mati itu adalah satu kesakitan yang besar ♥ bersihkan hati dari buruk sangka akan qadar Allah ♥ teguhkan iman dalam menerima qadha n qadar dgn perasaan kehambaan.  ♥ Allah ada urusanNya setiap hari ♥ jgn fikir jika tidak berdoa maka niat kita tidak sampai kepada Allah kerana ini hilangkan percaya kepada Allah. ♥ setiap hamba yg berjalan kepada Allah akan melintasi m...

Wanita Pemakan Hati

Image
Menyelusuri kisah permulaan penyebaran agama islam, tentu kita tidak akan pernah sesekali lupa akan peristiwa berdarah yang merobek hati Rasulullah saw sehingga beliau mengutuk sekeji2 peristiwa tersebut. Peristiwa itu ialah musibah yang menimpa bapa saudaranya sendiri iaitu Syaidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Apabila kisah Hamzah diutarakan, pasti dikaitkan dengan seorang wanita yang pernah menggemparkan dunia islam dengan tindakannya terhadap Hamzah r.a. Wanita tersebut adalah Hindun binti Utbah. Siapakah Hindun binti Utbah ini? Hindun ini adalah ibu kepada Muawiyah bin Abi Sufyan, pengasas kerajaan Bani Muawiyah. Dia adalah anak kepada pemimpin sukunya iaitu Utbah bin Rabi'ah dan isteri kepada ketua pemimpin Quraisy yang terkenal iaitu Abu Sufyan  bin Harb. Beliau merupakan wanita yang mempunyai kekuatan peribadi yang keras pada zaman jahiliyahnya. Ada cerita disebalik kejadian yang berlaku kepada Hamzah, Hindun yang kehilangan saudaranya Syubah dan Utbah, ayahnya dalam p...

Warkah untuk kaum wanita

Sharing dari blog yang menarik. Mungkin belum mampu mencapai darjat wanita sebaik2 dunia dan akhirat tapi membacanya boleh menenangkan jiwa. Bismillah. Ahmad Bin Ismail Khan's Blog Dokumentasikan Setiap Kenangan,Tulislah Sejarah mu! Teruntuk Saudariku…. Wanita muslimah!! (Sebuah Renungan Nasehat, Agar Engkau Menjadi Wanita Tercantik) Saudariku….Kepada calon- calon bidadari penghuni syurga, Wahai calon- calon istri shaleha kebanggaan Islam, Wahai kaum hawa yang didadanya telah tertanam bunga bunga iman….Mari sejenak menyelami samudera hikmah dan kebijaksanaan….meneguk sejuknya untaian nasehat-nasehat yang akan menghilangkan dahaga iman.Semoga sedikit nasehat ini, bagai oase ditengah ganasnya gurun pasir kehidupan………….yang bersumber dari Al-Qu’an dan Sunnah, serta lisan-lisan yang jujur… “Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang-orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demiki...