Wanita Pemakan Hati


Menyelusuri kisah permulaan penyebaran agama islam, tentu kita tidak akan pernah sesekali lupa akan peristiwa berdarah yang merobek hati Rasulullah saw sehingga beliau mengutuk sekeji2 peristiwa tersebut. Peristiwa itu ialah musibah yang menimpa bapa saudaranya sendiri iaitu Syaidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Apabila kisah Hamzah diutarakan, pasti dikaitkan dengan seorang wanita yang pernah menggemparkan dunia islam dengan tindakannya terhadap Hamzah r.a. Wanita tersebut adalah Hindun binti Utbah.

Siapakah Hindun binti Utbah ini? Hindun ini adalah ibu kepada Muawiyah bin Abi Sufyan, pengasas kerajaan Bani Muawiyah. Dia adalah anak kepada pemimpin sukunya iaitu Utbah bin Rabi'ah dan isteri kepada ketua pemimpin Quraisy yang terkenal iaitu Abu Sufyan  bin Harb. Beliau merupakan wanita yang mempunyai kekuatan peribadi yang keras pada zaman jahiliyahnya. Ada cerita disebalik kejadian yang berlaku kepada Hamzah, Hindun yang kehilangan saudaranya Syubah dan Utbah, ayahnya dalam pertempuran dengan tentera islam di tangan Hamzah r.a.,  bertekad membalas dendam dengan membelah dada mayat Hamzah dan mengambil hatinya serta memasukkan ke dalam mulutnya.

Namun, siapalah yang boleh menolak qadha dan qadar Allah swt. Allah dengan rahmatnya memberi hidayah kepada Hindun dengan cahaya islam. Pada awalnya beliau masih lagi kafir ketika suaminya Abu Sufyan masuk islam. Beliau terfikir akan darahnya akan dijadikan sebagai kafarah atas dosa2 masa silamnya. Namun, dengan pertolongan Umar Al Khatab yang juga lelaki dari kaumnya yang telah lama memeluk islam, beliau dengan kekuatan hatinya mengadap Rasulullah untuk berbait kepadanya. 

Hindun datang dengan memakai penutup muka agar tidak dikenali oleh Rasulullah dan khuatir akan kemarahan Rasulullah kepada beliau atas peristiwa yang berlaku kepada Hamzah. Rasulullah tidak mengenali Hindun pada awalnya namun apabila Baginda bersabda: "Kamu berbait kepadaku bahawa kamu tidak akan mempersekutukan sesuatupun dengan Allah dan tidak akan mencuri". Hindun yang gagal mengawal dirinya membalas dengan mengatakan bahawa suaminya adalah seorang yang bakhil dan sudah menjadi kebiasaan kepada suaminya mengambil dan mencuri harta yang diperlukannya. Lantas Baginda terus mengenalinya. Hindun mengaku akan kesalahannya ketika zaman kekafirannya dan memohon Baginda memaafkannya. Maka, masuklah islam Hindun binti Utbah dan sangat bagus islamnya.

Ketika berbait Baginda memberi peringatan kepada Hindun dengan beberapa pesanan dan dijawab Hindun dengan baik sekali. Antara perbualan Baginda dan Hindun :

Baginda : dan kamu tidak akan berzina

Hindun : mungkinkah wanita merdeka berzina?

Baginda : Dan janganlah kamu membunuh anak2 kamu

Hindun : kami telah menjaga mereka pada waktu kecil dan engkau telah perangi mereka setelah besar iaitu pada waktu Perang Badar. Maka engkau dan mereka lebih mengerti perkara ini.

Baginda : Dan kamu tidak akan melakukan kebohongan dengan mereka2 antara tangan dan kakimu

Hindun : Demi Allah, melakukan kebohongan merupakan perbuatan yang buruk

Baginda : Kamu tidak akan menderhakai aku dalam urusan yang baik

Hindun : Tidaklah kami duduk di majlis ini jika kami ingin menderhakaimu dalam urusan yang baik

Apabila selesai perbaitan itu, beliau pulang ke rumah dan terlihat olehnya akan sebuah patung di dinding rumahnya lantas mengambil kapak dan terus menghancurkannya. Dia benar2 mematuhi ajaran islam dan pernah berkata bahawa tiada yang pernah tidak disukainya menghina khemah baginda rasul tetapi setelah islam tiada khemah yang lebih disukai di dunia ini selain khemah baginda.

Beliau juga termasuk srikandi islam yang menentang dan menghalang tentera Rom pada Perang Yarmuk  dengan menggunakan tiang2 khemah. Beliau berjuang untuk islam dengan penuh kemanisan iman yang menyerap dalam dada beliau. 

Beliaulah Hindun Utbah, wanita yang terkenal dengan kemuliaanya dan kebesaran pada kaum jahiliyah dan terkenal dengan keteguhan hati dan kekuatan peribadi dengan cahaya keimanan setelah islamnya beliau. Hidayah Allah mengubah wanita ini menjadi antara yang terbaik imannya. Semoga Allah mengampuninya dan merahmatinya.


Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah