Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Rasanya ramai antara kita yang pernah mendengar tentang kewujudan lohong hitam atau black holes, yang ditemui hampir seratus tahun yang lampau dan kedengarannya isu ini mula agak agresif 10 tahun yang lalu. Lohong hitam ini dikatakan misteri hingga saat ini dan tiada mampu dibuktikan bagaimana aktiviti penyerapan itu berlaku sehinggalah satu kajian telah dilakukan oleh sekumpulan para saintis dari Universiti Nanning China dengan mencipta lohong hitam tiruan. Selama ini hanya teori yang mampu membuktikan proses tersebut. Apakah lohong hitam tiruan itu dan bagaimana ianya dilakukan? Sebelum kita temui jawapannya, kita fahami dahulu apakah sebenarnya lohong hitam itu dan sifat2nya.

Gambar Ehsan Google

Lohong hitam ialah ruang masa yang mana tarikan gravitinya terlalu kuat sehinggakan zarah dan radiasi elektromagnetnya iaitu cahaya yang melaluinya tidak mampu melepasi tarikan tersebut. Apabila objek dan material yang berada berdekatan dengan lohong hitam itu melintasinya, maka keberadaannya tidak lagi boleh dikesan.  Ini kerana medan graviti sekelilingnya terlalu kuat untuk melepasinya. 

Lohong ini ditemui pada abad ke 18 oleh John Michell dan Pierce Simon Laplace. Namun, pada 1916, Karl Schwarzschild telah menemui cara penyelesaian moden bagaimana pembentukkan lohong hitam itu. Lohong hitam terjadi apabila satu bintang yang besar dan telah hilang kuasa hayat perkitarannya membesar dengan menyerap segala benda2 yang banyak di sekitarnya. Ianya menyerap bintang2 dan membentuk lohong hitam yang supermasif. 

Seperti yang diterangkan lohong hitam tidak dapat dilihat tetapi ianya bokeh dikesan melalui distorsi ruang masa di sekeliling, pembenukkan lubang dan cahaya yang hanya dapat dilihat yang berada di sekitarnya. Para saintis berpendapat, teori terbentuknya lohong itu ialah sejak awal kejadian alam semesta ini dan ianya sangat misteri.

Bahan yang disedut masuk itu dipanggil quasar, terjadi akibat pecutan yang tinggi bagi membebaskan haba dan tenaga dalam kuantiti yang sangat besar. Lohong hitam gergasi setakat ini ditemui berskala paling tinggi dengan menggunakan kaedah Redshift, iaitu kaedah menentukan umur dan jarak alam semesta ini dengan pengiraan "redshift" z=6.30 iaitu saiz bagi lohong hitam gergasi tersebut. Satu fakta yang menarik namun masih misteri ialah, segala yang lolos masuk ke dalamnya merupakan itulah perjalanan terakhirnya kerana tiket untuk kembali tidak ada melainkan laluan sehala sahaja. Ianya tidak boleh keluar lagi dan kemungkinan ianya menembusi ke alam semesta lain ataupun infiniti.

Ruang angkasa kita penuh dengan lohong hitam sebenarnya dan ianya dibuktikan dengan menggunakan teleskop khas untuk mengesan lohong hitam iaitu Hubble, yang bertempat di pusat galaksi M87. Anggaran masa pada lohong hitam ini adalah dari bintang yang kehabisan kuasa namun ia memiliki magnet tahap tinggi dan masa yang besar. Namun, tidak semua bintang2 yang kehabisan kuasa akan membentuk lohong. Bintang yang kecil tidak akan terbentuk kecuali hanya akan menjadi bintang mati atau white dwarf. Begitu juga matahari tidak akan membentuk menjadi lohong hitam kerana selepas 400 juta tahun nanti apabila kuasanya sudah habis ia tidak akan cukup masa untuk pembentukkan lohong. Sepertimana dinyatakan dalam Al-Quran : "apabila matahari digulung" (At-Takwir -1), matahari tidak akan hancur tetapi ianya akan kelihatan redup seperti hampir kehabisan bateri.

Fakta, lohong hitam tidak akan menyedut objek yang jauh darinya melainkan yang berdekatan dengannya sahaja. Maka, bumi kita tidak akan tersedut masuk ke lohong hitam kerana tiada lohong hitam yang berdekatan kepada sistem solar, sekaligus menyangkal pendapat golongan yang buta sains dan Al Quran yang mengatakan bahawa bumi akan hancur pada hari Pengakhiran nanti dengan tersedut masuk dalam lohong hitam. Kecepatan dan kelajuan sedutan tersebut boleh disamakan seperti vacum pembersih. Ciri2 yang terdapat pada lohong hitam dan penjelasan penyamaannya dengan bukti dalam Al Quran adalah :-

Penjelasan sains - Lohong hitam tidak boleh dilihat, kuasa sedutannya seperti vacum pembersih dan ianya sentiasa bergerak dan berputar secara berterusan. 

Penjelasan bukti Al Quran - Dalam Surah At-Takwir (15-18) :" Aku bersumpah demi bintang tersembunyi. Yang bergerak cepat yang menyapu". Ini adalah contoh yang paling dekat dengan ciri lohong hitam tersebut.

Pihak NASA juga mendengar gelombang suara dengan irama tertentu dalam lohong tersebut dan ini bertepatan dengan ayat ilmiah dari Al Quran dalam Surah Al Isra' (44), " Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya, bertasbih kepada Allah dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekelian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun".

Begitu juga kaitan dengan jenis2 lohong hitam itu, yang sangat besar, juga sangat berat yang dalam anggaran satu juta kali lipat matahari serta terdapat berjuta2 lohong hitam di angkasa. Ianya tidak dapat dilihat tetapi holeh melihat kesan graviti kuat hasil dari penyerapan bintang2 dan gas yang ada di sekeliling lohong itu. Apabila lohong hitam dan bintang bercampur maka tenaga cahaya yang tinggi dihasilkan, yang boleh hanya dilihat dengan bantuan setelit dan teleskop. 

Al Quran juga telah menerangkan fenomena kejadian di angkasa dengan maksud jelas untuk manusia mengkajinya melalui sains dan matematik, dari surah Al Fushilat (53), " Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda2 kekuasaan Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri hingga jelas bagi mereka bahawa Al Quran itu adalah benar. Tidakkah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu saksi atas segala sesuatu?"

Teori tentang lohong hitam ini telah dibentangkan oleh Albert Einstein pada tahun 1915, yang berpendapat bahawa kuasa tarikan graviti menpengaruhi pergerakan cahaya, dan teori beliau dilakukan kajian berterusan oleh saintis termasuk Karl Schwarzschild yang membuktikan teori persamaan Einstein iaitu infiniti.

LOHONG HITAM TIRUAN

Bagaimana kita ingin melihat objek dalam keadaan graviti yang terlalu kuat yang cahaya juga tidak mampu melepasinya? Benar, black holes are inherently mysterious for precisely this reason. Maka, saintis telah mencipta satu lohong hitam tiruan untuk mengetahui bagaimana ia memerangkap cahaya seperti asalnya, dan boleh melihat tindakan tersebut dengan selamat. Ianya sama seperti merungkaikan satu objek semulajadi yang pelik, lohong tiruan boleh ditemui kegunaannya dalam peranti yang memerangkap cahaya seperti sel solar. Lohong hitam terkenal dengan cirinya yang menyerap cahaya, objek yang tidak bernasib baik melalui titik laluan di sekitar lohong itu di panggil ufuk semasa.

Lohong hitam tiruan itu telah dicipta oleh Profesor Hui Lui, seorang saintis dari Universiti Nanning China berserta pasukannya, dengan tujuan mendedahkan proses penyedutan yang berlaku dalam lohong tersebut. Ingin diterangkan, bahawa lohong hitam foton sfera adalah wilayah lenkungan ruang masa diluar lohong yang juga ufuk semasa memerangkap cahaya dalam laluan melengkung. Foton ialah zarah yang mewakili satu kuantum radiasi cahaya yang membawa kadar tenaga kepada kekerapan radiasi tetapi mempunyai jisim kosong. Foton sfera inilah tidak dapat dilihat bagaimana ia memerangkap cahaya kerana tidak dapat ditangkap oleh mata manusia. Maka, tujuan lohong tiruan itu adalah bagi mencari jawapan atas proses penyerapan tersebut. 

Secara semulajadi proses lohong hitam itu, ia memerangkap cahaya pada graviti yang besar dan merbahaya untuk dicipta semula dan dikaji di makmal. Untuk itu, Profesor Hui telah menggunakan selembaran plastik untuk meniru graviti oleh perubahan indek biasan plastik bagi menentukan berapa banyak bahan selekoh cahaya terbabit. Dia berpendapat mengubah indek biasan boleh melengkungkan cahaya seperti foton sfera lohong hitam, tanpa paras graviti yang merbahaya.

Proses tersebut dimulakan dengan mencurahkan kaca akrilik lebur pada lembaran berputar kuarza dan ditanam sfera polisterin mikroskopik di pusat itu. Sinaran laser yang melalui kaca membolehkan kita melihat lohong hitam tiruan bertindak. Peniruan kesan ini dinamakan kanta graviti, digunakan bagi mengesan galaksi, bintang2 dan planet2.  Foton sfera boleh dillihat pada kajian Hui ini kerana beliau menaburkan pemancar cahaya kecil yang dipanggil kuantum dot ke dalam kaca. Ini menyerap cahaya yang terperangkap dan dikeluarkan ianya dari sudut yang berbeza membenarkannya terlepas pada kesan yang boleh dilihat.



Ukuran relativiti umum Einstein ke atas lohong hitam dijelaskan dalam pandangan matematik dan ianya bersamaan dengan kajian yang dilakukan oleh Profesor Hui. Peranti yang digunakan bagi mengkaji tug lohong hitam merupakan senario yang rumit yang mana ianya berkebolehan dalam memerangkap cahaya, adalah berguna dalam sel solar dan pengesan foton atau mikrolaser.

Jelasnya, sains dan Al Quran adalah ikatan yang amat dekat, yang mana Tuhan menganugerahkan senaskah kitab suci itu untuk dikaji dengan lebih mendalam bagi meningkatkan iman manusia. Manakala, sains adalah bagi membuktikan secara fizikal akan setiap proses kejadian yang berlaku di alam ini untuk memantapkan kepercayaan kepada Si Penciptanya. Al Quran bukan hanya untuk dibaca retapi juga untuk ditadaburkan, dirungkai segala ilmu2 duniawi dan ukhrawi, ilmu yang nyata dan yang tersembunyi.

Rujukan di Perpustakaan Negara Malaysia:

1. Introduction to black holes, information and the string theory revolution by Leonard susskind.

2. Black hole : How an idea abandoned by Newtonian by Marcia Bartusiak.

3. The Mathematical theory of black holes by Chandrasekhar.

Kepunyaan sendiri :

1. New Scientist Magazines
2. Al Quran nul Karim






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah