Keputusan Dalam Mesyuarat

LANGKAH KEPADA MEMBUAT KEPUTUSAN

Kita telah memahami fungsi dan asas kepada penganjuran mesyuarat sebelum ini, maka proses seterusnya ialah bagaimana kita bertindak untuk memastikan kelancaran program itu sehingga berjaya.

Menyediakan bilik menyuarat sama seperti pentingnya perkara lain yang membabitkan penglibatan peserta yang kebanyakkannya terdiri dari golongan yang dikategorikan dewasa dan matang. Golongan ini hadir ke satu2 mesyuarat samada berbentuk forum, persidangan, konvensen, bengkel atau event, adalah untuk mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran di samping menambah pengetahuan berkenaan perkara2 baru. Maka, dengan keinginan menguasai itu adalah dengan cara berinteraksi dengan sesama mereka. Adalah amat perlu, pihak penganjur memahami kehendak ini apabila mengadakan program mesyuarat bagi mengalakkan value pembelajaran itu dengan menitik beratkan suasana dalam bilik mesyuarat itu sendiri.

Penyusunan bilik mesyuarat itu terbahagi kepada beberapa jenis:-

Penyusunan Bilik Darjah

Penyusunan seperti ini adalah sama seperti penyusunan bilik darjah bagi sekolah. Cara ini senang untuk berinteraksi dengan pembahagian nota2 dan perkongsian computer riba.



Pawagam (Theathre)
Penyusunan ini lebih kurang sama dengan bilik darjah tetapi tidak menggunakan meja, hanya kerusi sahaja. Bagi penganjur yang ini memaksimunkan jumlah peserta, maka ini adalah cara yang sesuai. Sesuai untuk sesi singkat dan tiada penyalinan nota serta pembahagian nota.


Chevron
Ini menggabungkan dua jenis bilik darjah dan pawagam. Penyusunan cara ini lebih mudah dilhat dari berbagai sudut dan mendapatkan view yang lebih baik bagi sesama peserta.



Persidangan, T-Shape, U-Shape dan hollow-square
Sesuai untuk mesyuarat yang kecil yang hanya membabitkan pihak dalam syarikat seperti pekerja dan Lembaga Pengarah.


Crescent
Penyusunan ini juga sesuai untuk aktiviti kumpulan yang kecil kerana ianya memudahkan pembahagian nota dari peserta ke peserta lainnya. Penceramah juga mudah berinteraksi dan menjalankan aktiviti dengan peserta dan juga interaksi sesama peserta. Penyusunan ini adalah cara terbaik digunakan setakat ini kerana menggalakkan suasana pembelajaran yang tepat.



Bankuet Rounds
Digunakan untuk jamuan makan untuk peserta.


Pihak penganjur mesti memahami khalayak yang bakal hadir ke program mereka dengan melihat dari pelbagai sudut iaitu umur, jenis diri mereka, kelakuan dan taraf pendidikan mereka. Ini penting bagi memastikan kepuasan peserta yang hadir.


Jenis peserta
Tahap peserta
Veteran (pre-boomers)
Lebih focus kepada topik yang disampaikan. Golongan ini membiasakan diri dalam menggunakan terma dan frasa baru. Harus menyediakan font yang besar bagi memudahkan mereka membaca.
Baby Boomers (lahir tahun 1948-1964)
Golongan ini lebih menyukai pengabungan antara pendidikan dan keseronokkan. Harus wujudkan aktiviti yang fun. Suka bertanya. Sesi soalan dan jawapan adalah sangat penting.
Gen X (lahir tahun 1965-1980)
Golongan yang membesar bersama zaman teknologi. Golongan separa moden. Interaksi dan perubahan amat penting bagi mereka. Golongan ini tidak suka penyampaian secara statik dan lebih berinteraksi dengan orang.
Gen Y (lahir zaman milineum)
Golongan generasi moden yang membangun bersama kemajuan sains dan teknologi. Golongan ini jenis tidak cukup masa dan tidak suka membuang masa. Bagi mereka masa yang singkat namun padat adalah lebih berbaloi. Jenis yang tidak sabar dan mementingkan keluarga. Program mesyuarat mestilah menyertai sekali dengan program keluarga.


Setiap manusia adalah berbeza dan tidak sama antara yang lainnya. Cara mereka menerima info dan pendidikan adalah berbagai cara. Setengah peserta mudah dengan pendekatan pembelajaran secara visual, setengahnya pula adalah dengan pembelajaran secara audio, yang lainnya pembelajaran melalui pengalaman dan ujikaji dan selebihnya menggabungkan kesemua cara ini. Maka, penganjur harus bijak memahami kehendak dan mentaliti para peserta yang hadir.

Ketika sesi rehat, kadang kala penganjur kurang menitik beratkannya. Sedangkan waktu ini mereka boleh juga mempelajari sesuatu yang ringkas selain dari sesi utama. Bantu peserta mendaftar untuk sesi  rehat ini. Penganjur harus mewujudkan lebih sesi rehat jika peserta terlalu ramai. Penceramah jemputan kebiasaannya tidak mengambil terlalu ramai peserta dan menghadkannya kepada kumpulan kecil antara 15-25 orang sekali sesi kerana mahukan interaksi yang lebih baik antara penyampai dan peserta agar pembelajaran lebih berkualiti. Maka,pihak penganjur harus membuat beberapa sesi atau menjemput lebih penceramah jemputan jika program yang dianjurkan besar dan kehadiran peserta ramai. Jadi, sesi dapat di bahagikan kepada beberapa kumpulan dalam satu waktu dan dapat menjimatkan masa. Penganjur juga boleh memohon kerjasama dari pihak hotel untuk menyediakan lebih bilik tetapi tidak melebihi keperluan yang sudah ditentukan. Tidak semua peserta akan menghadiri mesyuarat pada setiap sesi. Pastikan juga peserta yang berada pada situasi sesi rehat ini mudah akses ke mana2 samada ke sesi yang lain atau aktiviti lain yang dianjurkan atau juga untuk berehat.

Polisi

Beberapa polisi harus diikuti oleh setiap pihak yang terlibat dengan program mesyuarat dan event. Pihak terbabit mestilah membuat polisi tertentu ketika program berlangsung dan sesi rehat untuk peserta sehingga selesai hari program tersebut:-

Merokok – sediakan bilik khusus untuk peserta yang merokok.
Alkohol – beri peringatan kepada peserta agar tidak meminum alcohol atau yang memabukkan ketika program atau sesi rehat.
Gangguan elektronik – peringatkan peserta supaya telefon bimbit dimatikan atau tidak dibunyikan nada dering ketika mesyuarat diadakan.

Barangan penting

Tanda Nama – sesuatu yang sangat penting dan item yang yang diperlukan untuk pengenalan.  Kebiasaanya tanda nama ini dipinkan pada poket kemeja atau di sebelah kiri atau kanan dada, tetapi peserta wanita lebih suka tanda nama yang digantung pada leher kerana mengelakkan pakaian mereka rosak. Info pada tanda nama itu perlu diberi tepat namun hadkan informasi berkenaan personal. Sediakan untuk perkara asas sahaja atas alasan keselamatan.

Pemberian Penghargaan -  mungkin penganjur boleh membuat kejutan kepada peserta dengan meletakkan sejenis yang berbentuk makanan (sesuai untuk jenis makanan berhidang), dengan meletakkan atas meja seperti barangan goodies dan bentuk kecil. Ianya mungkin tat, dodol atau makanan tempatan yang sesuai di bungkus kecil. Kejutan berupa buku yang ditulis dan di tandatangani oleh penceramah juga amat dihargai peserta. Wujudkan sesuatu yang kreatif seperti mengikut tema mesyuarat atau event itu, atau sesuatu yang popular di kawasan mesyuarat itu dianjurkan. Ianya akan menjadi kenangan kepada peserta.

Logo – merupakan alat paling berkuasa terutama sekali untuk penaja. Ia menjadikan syarikat dipandang tinggi kerana reputasinya melalui logo yang dipamerkan. Ia mesti nampak menarik dan professional dan mengikut tema mesyuarat yang dianjurkan. Lekatkan ia pada pemberian kepada peserta dan pastikan ianya kelihatan simple.

Penceramah yang bagus

Apakah sebabnya manusia mahu menghadiri forum atau seminar yang dianjurkan, yang induknya adalah dari konsep mesyuarat, adalah kerana kuasa penceramah dalam menyampaikan maksud dan topic yang baik dan bagus. Namun, tidak semua penceramah itu berjaya dalam tujuan dan matlamat yang diingini oleh pihak klien.

Kegagalan penceramah kemungkinan interaksi antara penceramah itu sendiri dengan peserta tidak dapat kesesuaian dan tiada tarikan magnetik antara mereka. Penceramah juga tidak memahami konsep dan matlamat mesyuarat itu. Perancang program juga kadang2 selalu berpendapat bahawa semakin mahal upah penceramah itu maka semakin berkualiti mereka, padahal tidak semuanya mempunyai kualiti tersebut. Dan pernah juga berlaku penceramah yang arif dalam bidang mereka namun tidak mampu menyampaikan ilmu secara baik dan penyampaian mereka tidak sampai kepada maksud program.

Untuk memastikan kelancaran proses ini pihak terbabit perlu merujuk kepada topic yang berpotensi berasaskan kepada matlamat, agenda dan objektif mesyuarat itu selain dari mengenali profil peserta. Penganjur harus membuat pilihan jumlah penceramah yang diperlukan terutama professional yang pakar dalam industri. Cara penyampaian yang natural dan penuh motivasi dari segi teknikal, pembelajaran atau persembahan, bagi mendatangkan minat kepada peserta. Penganjur harus tahu bajet dan khalayak sebelum membuat keputusan untuk melantik penceramah yang profesional. Penganjur perlu menyenaraikan penceramah yang diusul dan dicadangkan nama mereka oleh pihak atasan atau dari pekerja mereka.

Penganjur boleh berhubung dengan pihak Biro Penceramah bagi memudahkan mencari seseorang yang professional kerana biro seperti ini menyediakan beratus dan beribu orang penceramah profesional untuk tujuan program mesyuarat.

Senjata Upahan adalah istilah yang digunakan untuk penceramah profesional yang menjadikan kerjaya mereka sebagai sepenuh masa. Mereka ini kemungkinan terdiri dari para selebriti yang arif dalam bidang masing2, yang jawatannya terdiri dari CEO, Komentator, Ahli Politik, Kewartawanan, Pengarang, Penulis, legenda sukan atau Bintang dari golongan hiburan seperti filem dan nyanyian. Upah bagi penceramah ini adalah berbeza setiap dari mereka mengikut kepakaran masing2. Andai penganjur mengupah mereka maka harus pertimbangkan beberapa perkara yang selalu menjadi permintaan mereka iaitu penerbangan kelas pertama samada dengan pembantu atau tidak, kenderaan limo, suite untuk penginapan dan kemudahan khusus dalam bilik.

Penceramah Sesi Rehat adalah mereka yang terdiri dari ketua2 komuniti dalam berbagai bidang samada golongan profssional atau mahir dalam perkhidmatan. Mereka ini kebanyakannya mudah didekati dan bagus untuk sesi rehat itu. Mereka akan memohon untuk mengadakan sesi meja bulat untuk diskusi bagi mendekatkan hubungan rapat dan memudah interaksi dengan peserta. Peserta akan merasa keseronokkan dengan sesi bersama penceramah ini.

Keputusan menentukan penceramah

Pemilihan untuk menentukan penceramah yang akan menyampaikan ucapannya pada program mesyuarat harus melalui pelbagai proses, dan apabila telah ditentukan, maka dialah yang bertindak menjayakan program mesyuarat tersebut. Sampaikan juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada penceramah yang tidak dipilih dan menjemput mereka untuk memeriahkan dan hadir ke persidangan mesyuarat tersebut. Cara ini adalah tindakan kelakuan yang baik, yang mana membuat mereka merasa dihargai dan penganjur juga mungkin memerlukan khidmat mereka untuk program seterusnya.

Sesetengah penceramah tidak mengambil upah mereka kerana mereka bercakap dan mewakili pihak organisasi yang menjadikan mereka sebagai duta dan sebagainya. Mereka ini mendermakan masa dan kepakaran mereka bagi membantu organisasi. Jika pihak penganjur mengadakan rekod untuk ucapan penceramah, mereka perlu mendapat kebenaran pihak penceramah. Ini memudahkan peserta yang mendaftar boleh mendengarnya kembali pada bila2 masa dan memberi juga peluang untuk peserta yang tidak hadir mengikuti topik yang dibincangkan oleh penceramah dan mereka perlu membayar untuk itu.
Penceramah juga patut dihargai dengan melayan mereka dengan perkhidmatan yang tinggi, samada berjumpa mereka dan menyambut ketibaan mereka. Penganjur boleh menggunakan khidmat Lembaga Pengarah untuk melakukan tugas itu.

Bilik Hijau adalah istilah untuk bilik rehat bagi penceramah atau ahli persembahan yang membuat persembahan pada waktu program tersebut. Kegunaan bilik tersebut adalah untuk mereka membuat ulangkaji atau memeriksa teks sebelum program bermula atau bersambung kemudian, mempraktikkan persembahan dan juga rehat sementara menanti program seterusnya.

No Shows atau Pembatalan

Istilah ini adalah bagi penceramah yang tidak kunjung tiba atas sebab2 tertentu seperti atas alasan kerosakan alam, pengangkutan terlewat tiba dan sebagainya. Untuk tidak menjadi kelam kabut, sentiasa mempunyai plan backup.

 Sokongan bagi penceramah adalah penting jika terdapat masalah teknikal atau masalah yang terlibat tidak boleh dielakkan. Plan Sokongan amatlah perlu andai penceramah terlupa akan teks atau mengalami masalah dengan komputer riba atau teks rosak dan sebagainya. Perancang boleh memohon teks asal dari penceramah untuk di simpan dalam sistem komputer penganjur atau dokumen yang akan dibuat salinan.

Penyediaan Pengangkutan

Penganjur tidak akan bertanggungjawab menyediakan pengangkutan kepada peserta untuk perjalanan ke tempat mesyuarat tetapi mereka boleh memudahkan urusan peserta dengan memberikan arah tuju dan dan panduan.

Istilah meet and greet juga penting iaitu menjemput peserta dan memberi alu-aluan bagi kedatangan mereka serta memberi panduan terus kepada mereka untuk ke destinasi seterusnya. Cara yang cukup kuat bagi menimbulkan perasaan senang dan gembira setelah melalui perjalanan yang panjang. Pihak hotel mungkin menyediakan perkhidmatan shuttle dan penganjur boleh mencuba berunding bagi menyediakan servis percuma atau mengurangkan bayaran.

Jika menggunakan pengangkutan persendirian, selidik dengan berhati2 akan prosedur yang telah ditetapkan oleh syarikat mereka dengan bertanya seberapa banyak soalan kerana servis seperti ini bukanlah murah. Selidik juga akan reputasi syarikat mereka.

Mesyuarat yang menganjurkan aktiviti bengkel luar mungkin memerlukan pengangkutan untuk membawa peserta ke luar kawasan mesyuarat atau program. Perkhidmatan motor coaches adalah mahal dan jangan terperanjat jika masa minimum yang diperuntukkan untuk sewaan kenderaan tersebut adalah 4-5 jam sahaja. Oleh itu, fikirkan cara yang lebih jimat tetapi selesa, samada dengan menyewa bas sekolah dan pastikan bas itu dalam keadaan kondisi yang elok. Penganjur boleh memohon untuk mendapatkan bas yang baru dengan kadar sewaan yang berpatutan.

Makanan dan Minuman

Antara bahagian terpenting dalam penganjuran program ialah hidangan makanan dan minuman. Memang waktu yang ditunggu2 oleh peserta program kerana waktu ini mereka boleh merehatkan diri dan fikiran di samping boleh berinteraksi dengan lebih bebas di kalangan mereka. Ramai penganjur yang terlepas tentang perkara ini dan sering menimbulkan kesilapan juga apabila tiba tentang pengendalian section ini. Antara perkara yang perlu dititik beratkan ialah:-

a.      Anda tidak perlu memilih menu sebenarnya, melainkan bertanya kepada chef apakah menu sesuai untuk musim tersebut. Mereka lebih arif tentang penggunaan bahan2 dan keluaran untuk sesuatu musim.

b.      Tempah makanan yang sesuai untuk majoriti, bukan untuk diri sendiri. Kebanyakkan penganjur banyak buat kesilapan ini kerana mereka lebih mementingkam selera peribadi dari kelompok. Pastikan makanan yang ditempah sesuai dengan tahap umur, agama, kenegaraan dan bangsa.

c.      Tempahan mengikut penggunaan. Iaitu pihak penganjur hanya perlu membayar makanan yang dibuka sahaja. Ini melibatkan makanan yang berbungkus dan minuman dalam botol atau tin. Cara begini dapat menjimatkan kos dan tidak membazir. Pihak hotel akan menjual kembali makanan yang tidak disentuh.

d.      Menyajikan makanan yang berkualiti tinggi sahaja kepada peserta.

e.      Mohon untuk mengadakan sesi food testing terutama untuk penyediaan yang banyak. Rasa sesuatu makanan tidak sama apabila dimasak hanya untuk 4-5 orang sahaja berbanding dengan beratus orang, maka perlu memastikan bahawa kualiti makanan tersebut tidak terjejas dan konsisten.

f.       Polisi untuk peserta yang membawa makanan sendiri atau memesan dari luar fasiliti dan akan dikenakan caj untuk itu.

g.      Bilangan pelayan hidangan dan pelayan bar dilantik untuk tujuan majlis dalam mesyuarat tersebut.

h.      Menentukan jenis2 hidangan yang akan diberikan kepada peserta samada jenis buffet, plate atau makanan berbungkus.

Ketahui bahawa makanan yang dicaj untuk individu dan secara kuantiti adalah berbeza. Makanan ditempah mengikut seorang individu, pihak hotel akan menyediakan kuantiti yang lebih manakala makanan yang dipesan mengikut kuantiti atau secara kumpulan maka pihak hotel hanya akan menyediakan mengikut jumlah yang kita sertakan itu secara tepat.

Sarapan merupakan waktu yang sangat penting bagi setiap peserta sebelum mereka memulakan sesi mesyuarat yang panjang dan ingin fokus pada  topic yang akan dibincangkan. Mereka mahukan makanan yang ringan dan khasiat serta memberi rasa kenyang sehingga waktu rehat seterusnya. Kebiasaan yang dihidangkan pada waktu sarapan adalah 65% minuman panas dan 35% minuman sejuk seperti jus buah dan smoothie. Hidangan adalah berbagai pilihan samada secara hidangan duduk dan hidangan buffet penuh. Jenis program yang berbentuk award, makanan akan dihidangkan secara hidangan lengkap duduk. Hidangan secara buffet memberikan lebih pilihan makanan kepada peserta dan mereka lebih selesa kerana lebih mudah berinteraksi.

Sesi rehat memerlukan makanan yang simple dan menarik.  Hidangan ini dalam istilah barat disebut brunch. Adalah lebih baik jika mengandungi kombinasi manis, masin dan berkhasiat. Mungkin pihak penganjur boleh berunding dengan pihak hotel bagi menyediakan makanan yang bentuk kecil seperti mini tat, small cream puff dan sebagainya.

Makan Tengahari adalah lebih mudah disediakan dalam bentuk pembungkusan yang menarik dan nampak professional, kerana waktu ini tidak banyak waktu diperuntukkan kerana masa yang tidak mahu dibazirkan. Makanan berupa pizza, burger, pie adalah amat sesuai terutama yang tidak suka makanan berat yang boleh menyebabkan mengantuk.

Makan Malam boleh jadi disediakan dalam bentuk mewah mahupun sederhana kerana waktu ini adalah waktu rehat yang panjang setelah selesai mengharungi sesi mesyuarat yang panjang, samada untuk sehari atau memakan masa hingga beberapa hari atau minggu. Waktu ini, pihak penganjur lebih menfokuskan kepada tema, matlamat, objektif serta tujuan diadakan makan malam. Untuk program bertaraf antarabangsa, mereka akan meyediakan hidangan duduk dan untuk program yang bersifat nasional atau pendidikan, mesyuarat dalaman samada hari keluarga atau jamuan makan malam tahunan dan sebagainya adalah sesuai secara berselerak atau buffet. Idea yang bagus untuk meletakkan station kopi di beberapa sudut dan disertai dengan hidangan manisan berdekatan station kopi tersebut, dan manisan tersebut mestilah dalam bentuk kecil yang tidak terlalu mengenyangkan.

Liabiliti untuk minuman keras yang kebiasaannya hanya dihidangkan atas permintaan khusus. Pastikan pihak hotel atau fasiliti mempunyai lesen dan insuran untuk hidangan tersebut. Pihak pembekal mesti juga meliputi liabiliti awam. Jangan sesekali hidangkan alkohol jika pembekal tidak mempunyai lesen berdaftar, demi mengelakkan kesusahan. Untuk tidak menggalakkan peserta memesan alkohol, sediakan lebih banyak minuman yang tidak beralkohol seperti soda dan coke serta jus, kurangkan masa bar beroperasi dan menutupnya lebih awal. Tidak membiarkan peserta mengendalikan sendiri minuman tersebut di bar melainkan diserahkan tugas tersebut kepada pelayan bar yang terlatih. Pihak penganjur juga mesti bertanggungjawab atas apa2 kerosakkan dan insiden yang membabitkan peserta yang mabuk dan tindakan yang tidak dijangka akibat itu.

Kejayaan mengendalikan proses ini bergantung kepada bagaimana penganjur memahami kehendak peserta mereka. Makanan yang dihidangkan secara berselerak adalah lebih kelihatan luas konteksnya, lebih banyak pilihan makanan ditawarkan, disamping cara ini adalah bagus bagi jalinan perniagaan kerana audien menyambung hubungan sesama mereka. Penganjur mesti focus kepada penilaian rentak habit pemakanan peserta. Untuk memudahkan peserta mengenal pasti makanan yang mereka ambil, adalah mudah diletakkan label pada makanan yang di hidangkan atas meja itu. Penganjur mesti bersedia juga jika permintaan peserta untuk mengadakan sesi makan di luar kawasan fasiliti dengan melihat pada bajet dan kesesuaian.

Jaminan makanan adalah istilah untuk jumlah peserta yang telah diberitahu kepada pihak hotel atau fasiliti untuk penyediaan makanan kepada mereka. Ini proses yang penting kerana, andaikan bahawa tidak semua peserta yang terlibat dalam mesyuarat akan datang menikmati makanan yang disediakan. Oleh itu, pihak penganjur perlu merujuk kembali rekod kepada anjuran pada sebelumnya yang mana mungkin dihadiri peserta yang sama atau anggaran kasar.

Penggunaan Audio-Visual

Perkara yang tidak kurang penting dalam industri ini,melibatkan penggunaan teknologi untuk melancarkan proses kefahaman kepada peserta yang hadir. Ianya tidak sekadar ditumpukan kepada peralatan sahaja malah lebih daripada itu fungsinya. Kebanyakan penceramah masa kini banyak menggunakan data projector, iaitu bagi menayangkan penyampaian menggunakan kaedah computer dan kos untuk ini adalah amat mahal. Ianya bergantung kepada bilik mesyuarat itu sendiri dan jumlah yang hadir. Namun, boleh dipertimbangkan untuk penjimatan kos menggunakan tayangan skrin.

Tayangan skrin terbahagi kepada dua jenis iaitu tayangan depan dan tayangan belakang. Tayangan depan adalah apabila imej dipancarkan daripada arah depan dan tayangan belakang adalah apabila imej dipancarkan daripada belakang. Tayangan belakang mempunyai kelebihan kerana projektor dan segala wayar dan kelengkapan lain yang berkaitan tidak nampak berselerak di hadapan peserta kerana kesemuanya diletakkan di bahagian belakang pentas atau skrin.

Mesyuarat masa kini lebih dimudahkan seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Itulah kebaikkannya penemuan dan ujikaji sains terhadap perkembangan dunia masa kini dan hadapan. Berbagai pilihan media boleh digunakan bagi memberi manfaat kepada perkembangan industri ini juga seperti :-

Persidangan Satelit 

Persidangan mesyuarat dapat disaksikan sepertimana kita dapat menyaksikan siaran langsung daripada televisyen. Ianya adalah secara langsung tepat pada tarikh dan waktu mesyuarat itu diadakan. Kaedah ini menggunakan uplink satelit atau talian gentian optik untuk menghantar isyarat.

Persidangan Video 

Kaedah ini menggunakan talian internet bagi menghantar video dan audio namun dalam kelajuan yang perlahan dan kurang jelas berbanding satelit tetapi kos untuk ini lebih rendah. Samada satelit atau video, ianya memerlukan kamera video, kelengkapan audio, peralatan video dan semestinya pekerja teknikal bagi membantu melancarkan proses penghantaran isyarat ini.

Persidangan Audio 

Kaedah ini adalah lebih murah berbanding kaedah yang melibatkan penyiaran secara langsung di samping ia membenarkan audien memberi maklum balas dan sesi pertanyaan. Pekerja teknikal dan kelengkapan khas diperlukan untuk penggunaan kaedah ini.

Mesyuarat Laman Web 

Kaedah ini menjadi semakin popular dan pelbagai pilihan perisian dapat digunakan. Namun kelemahan bagi kaedah ini ialah anda harus pertimbangkan jika mesyuarat terbabit melibatkan info sensitif seperti kewangan syarikat dan maklumat sulit syarikat, maka penggunaan secara laman web adalah sangat berisiko.

Sambungan : 


http://mindabeku.blogspot.my/2015/09/final-persediaan-mesyuarat.html?m=1






Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah