Final Persediaan Mesyuarat

Hari Pendaftaran dan Tempahan

Masa yang paling dinantikan dan menambah debaran bagi setiap perancang mesyuarat adalah hari berlangsungnya program tersebut. Segala persiapan sebelum ini mesti dipastikan kelancarannya, dan tiada yang menjadikannya sukar. Perkara paling dititik-berat ialah hari pendaftaran. Namun, seiring dengan kemajuan teknologi proses tersebut semakin menjadi mudah.

Pendaftaran secara tradisi memakan masa yang agak panjang dan meremehkan. Peserta harus mengisi borang pendaftaran dengan menulis dan pihak penganjur juga terpaksa menaip kembali segala data dalam borang tersebut kepada komputer sistem data. Teknologi memudahkan kerja tersebut. Peserta kini tidak perlu lagi mengisi borang hard copy melainkan hanya melalui dalam talian internet. Borang pendaftaran boleh diisi melalui dalam talian dengan setiap orang boleh mengaksesnya. Pembayaran juga mudah dengan penggunaan kad kredit atau debit, namun harus dipastikan ianya adalah selamat dan info penting tidak didedahkan. Penggunaan borang dalam talian yang menggunakan driven template memudahkan dan lebih sofistikated kerana peserta senang mendapatkan info semasa dan tepat.

Bayaran pembatalan juga diwujudkan bagi menghapuskan tanggapan peserta bahawa mereka boleh membatalkan penyertaan pada saat2 akhir tanpa dikenakan penalti. Maka, dengan cara ini, peserta akan lebih membina komitmen yang kuat untuk menghadirinya tanpa alasan untuk membatalkannya kerana walau apapun alasannya,penalti tetap dikenakan.

Senarai tempahan untuk hotel mestilah sepadan dengan senarai pendaftaran kehadiran, kerana kadang2 peserta menggunakan perbelanjaan sendiri bagi menempah hotel yang berlainan. Oleh itu, sekatan bilik mesti termasuk dalam kontrak antara pihak penganjur dan hotel. Pihak hotel akan memerhatikan proses pendaftaran peserta mesyuarat kerana kadang2 kehadiran peserta adalah baik tetapi tempahan sekatan bilik adalah rendah. Maka, pihak penganjur akan memeriksa samada peserta kelewatan atau menyewa di tempat lain, yang mungkin faktor kawasan sekitar hotel mereka kelengkapan lebih murah dan lebih menyeronokkan.

Pada hari ketibaan perancang atau pihak terbabit penganjuran ke lokasi mesyuarat iaitu kemungkinan lebih awal dari tarikh mesyuarat itu, sentiasa berhubung dengan syarikat dan pihak fasiliti bahawa anda telah selamat tiba ke lokasi. Anda juga perlu menguruskan segala kelengkapan dan barang2 untuk tujuan mesyuarat seperti barangan pendaftaran, bekalan pejabat seperti pen, pencil, tape dan sebagainya serta kelengkapan pejabat seperti computer, printing etc, jangan lupa juga snek untuk pekerja yang mungkin tidak sempat menjamah makanan berat dan wisel, bertujuan menarik perhatian pekerja dan peserta.

Lakukan pemeriksaan setiap pagi dengan bertemu pihak front office jika terdapat kes no show, peserta yang bertukar ke fasiliti lain dan pembatalan. Ini untuk memastikan bahawa bil tidak dikenakan caj jika bilik jaminan telah dibuka kembali untuk jualan kepada orang awam oleh pihak hotel.


Penglibatan terlalu ramai ketua yang menguruskan hal mesyuarat ini boleh menimbulkan kekeliruan dan perasaan tidak senang kepada pekerja, maka elakkan terlalu ramai yang terbabitkan dalam satu bahagian. Lantik setiap bahagian satu ketua dan bagi semua bahagian itu hanya beberapa orang yang boleh membuat keputusan andai perancang tidak sempat dan terlalu banyak perkara untuk diuruskan. Ini juga memudahkan kerja perancang mesyuarat agar dapat menumpukan kepada perkara yang lebih memerlukan perhatian khusus. Perancang juga harus bertemu dengan pengurus bahagian perkhidmatan persidangan fasiliti untuk membincangkan beberapa perkara. Terdapat tujuh bahagian yang perancang perlu fokuskan iaitu bahagian audio visual, bankuet, bell stand, servis konvensyen, front office, penempahan dan bahagian kemas bilik. Perbualan yang terus menerus setiap hari dengan pihak2 yang terlibat dengan event akan melancarkan program anda.

Masa yang dinanti

Perancang perlu hadir ke bahagian pendaftaran untuk memastikan tiada sebarang masalah yang timbul dan untuk mengemaskan dan menyediakan segala kelengkapan di situ. Jangan biarkan bahagian tersebut tidak dikendalikan dengan betul dan dijaga dengan rapi kerana bahagian pendaftaran kebiasaannya akan menyimpan dan mengandungi info sulit berkenaan dengan mesyuarat dan juga barang2 peribadi.

Seseorang yang boleh menjawab sebarang pertanyaan dan mengendalikan dengan baik berkenaan pendaftaran harus diletak di meja pendaftaran. Pekerja di bahagian tersebut akan mengalami kesibukkan yang amat serius apabila bermulanya tarikh mesyuarat maka lantik beberapa orang bagi membantu mengendalikan peserta. Walkie-talkie harus dibekalkan kepada pekerja terbabit bagi memudahkan komunikasi jika mereka tidak dapat menjawab soalan yang ditanyakan peserta. Perancang mesti memastikan bahawa pekerja tahu akan tugas mereka dan bertanggungjawab sepenuhnya bagi mengelakkan kekeliruan dan untuk itu harus diberi info melalui secara bertulis.

Perancang akan mengadakan perjumpaan dengan seluruh pekerja yang terlibat apabila berakhirnya program untuk setiap hari tersebut dengan cuma mengadakan perjumpaan singkat sahaja, untuk mengetahui maklum balas setiap pekerja akan tugas mereka, menentukan masalah yang terbabit, membuat pertukaran plan. Setiap perkara negatif harus didengar dan berikan sedikit pendapat dan cadangan positif untuk memotivasikan mereka. Perancang juga boleh meletakkan tanda arah atau pemberitahuan agar peserta yang hadir untuk pendaftaran akan tahu arah dituju disamping akan menarik perhatian audien yang mungkin mendaftar secara langsung pada hari tersebut. Tanda arah tersebut mestilah bersaiz besar dan diletakkan tinggi agar boleh dapat dilihat jelas.

Masalah yang timbul ketika mesyuarat

Antara masalah yang timbul yang boleh menjejaskan kelancaran program ialah:-

a.      Pekerja tidak dikendalikan dengan betul dan tiada komunikasi sepanjang program berlangsung.

b.      Gangguan kuasa menyebabkan beberapa program membabitkan penggunaan eletrik tergendala.

c.  Kelengkapan Audio Visual mengalami kerosakan atau kesilapan teknikal. Sebarang item yang berkaitan mesti dalam keadaan bersedia jika satunya mengalami kerosakkan.

d.     Kaunter lost and found tidak disediakan. Ini penting jika peserta mengalami kehilangan atau keciciran barang maka mereka boleh merujuk kepada kaunter ini. Begitu juga sesiapa yang menjumpai barangan yang ditemui boleh menyimpannya di kaunter ini dan pekerja akan membuat pengumuman berkenaan barang tersebut.

e.      Suhu bilik mesyuarat tidak berada pada keselesaan peserta dan penceramah.

f.    Peserta yang merasakan kawasan di luar fasiliti lebih murah berbanding penginapan yang telah dijamin oleh pihak penganjur membuat keputusan berpindah hotel. Ini akan merugikan pihak penganjur dan hotel.

Masalah akan dapat diselesaikan dengan baik jika pihak penganjur memikirkannya sebelum ia berlaku. Sentiasa bersedia dengan penyelesaian jika itu terjadi tanpa menguriskan mana2 pihak dan kebaikkan berbagai pihak.

Perancang yang telah berkerja keras dalam projek beliau yang mungkin kali pertama atau beberapa kali sebelum ini akan tetap juga merasa keliru dan perasaan yang bercampur baur, maka pastikan mereka tidur dengan baik terutama sehari sebelum hari berlangsung. Programkan telefon bimbit dengan semua nombor vendor dan pihak2 yang berkepentingan. Kendalikan dengan baik dan bijak segala pembelian barangan daripada pihak vendor atau sewaan dari mereka. Diingatkan juga bahawa kaunter pendaftaran mestilah tidak dibiarkan tanpa pengendalian kerana terdapatnya beberapa barangan dan dokumen penting di situ. Bekalkan walkie-talkie kepada semua pekerja agar urusan mudah diselesaikan. Sepanjang mengendalikan mesyuarat, pasti anda inginkan keselesaan bergerak, maka pakai kasut yang sesuai dan selesa serta tidak menyakitkan dan akhirnya, sediakan sedikit makanan berupa snek jika tidak sempat untuk menjamah makanan dan yang paling penting adalah pengambilan sarapan yang berkhasiat dan kenyang selama beberapa jam.

Kawalan keselematan

Perancang mesyuarat mengambil masa yang banyak untuk memastikan perkara yang betul berada dalam perancangan untuk sesuatu perkara yang tidak terduga. Hanya kerana anda tidak menyangka dan mengharapkan perkara buruk berlaku, tidak bermakna anda tidak mengambil langkah penyediaan.

Apakah itu krisis? Anda tentu pernah mendengar berkenaan denngan pengurusan krisis. Sebagai seorang perancang atau bakal perancang, anda pasti akan melalui satu tahap krisis yang runcing. Krisis dalam industri permesyuaratan ini adalah apabila sesuatu yang dirancang tidak berjalan seperti diharapkan. Ia kerap berlaku. Jadi bagaimana anda mampu mengendalikan krisis sebenar? Iannya adalah subjektif dan berhubung kait dengan impak yang bakal menimpa peserta dan program anda. Makna yang lebih spesifik ialah kesukaran mengendalikan titik krisis itu kerana manusia bertindak dan kendalikan isu2 dan stres berbeza antara yang lain. Antara krisis2 tersebut disenarai seperti ancaman bom, penyebaran bahan kimia di kawasan berdekatan, jenayah, gangguan, kebakaran, kecemasan dalam perubatan seperti reaksi alergi, tercekik, kematian, kecederaan akibat terjatuh, keracunan makanan, serangan jantung dan lain2 penyakit yang serius. Bencana semulajadi juga termasuk dalam krisis ini iaitu gempa bumi, banjir, putting beliung, ribut dan tornado.

Pertama dan seterusnya, perancang harus mempunyai plan luar jangka. Ini akan membantu mereka dari kesan panik. Panik tidak akan menyelesaikan masalah dan tiada kegunaannya. Memang tidak boleh dijangka akan keadaan tersebut tetapi plan jika perkara besar berlaku. Bermula dengan tindakan mengambil nombor pihak kecemasan yang bertanggungjawab atas itu. Dalam keadaan krisis juga, perancang harus mengarahkan pekerja tidak membuat sangkaan atau spekulasi berkenaan perkara yang akan berlaku seterusnya dan hanya bergantung kepada fakta sebenar sahaja. Jika tidak, jika khabar yang tidak benar disebarkan maka tugas anda semakin sukar.

Menulis plan persediaan adalah perkara yang harus dimulakan. Apabila membuat plan luar jangka, satu perkara yang patut dilakukan ialah menyerahkan sesalinan plan tersebut kepada pihak hotel atau hotel bahagian prosedur kecemasan. Memahami dengan jelas akan prosedur tersebut dan rangkaian perintah dalam prosedur yang ditetapkan pihak hotel.

Pihak penganjur juga boleh memilih untuk mengupah anggota keselamatan dari syarikat perkhidmatan keselamatan, bergantung kepada keperluan mesyuarat anjuran syarikat. Keputusan samada penganjur memerlukan firma keselamatan, pertimbangkan kepada beberapa faktor:-

a.      Adakah mesyuarat itu dihadiri atau melibatkan para diplomat, selebriti atau VIP? Mereka mungkin menpunyai pegawai keselamatan sendiri namun anda mungkin pertimbangkan mengupah tambahan pegawai.

b.      Apakah kawasan mesyuarat itu adalah kawasan yang sering terlibat dengan kegiatan jenayah atau kawasan politik yang panas.

c.      Adakah jadual mesyuarat itu bertembung dengan jadual event yang lain atau yang berisiko seperti demonstrasi dan sebagainya.

d.      Apakah topik bagi mesyuarat tersebut? Adakah kontroversi?

e.      Samada mesyuarat itu berpontensi untuk pencuri mengadakan kegiatannya terutama terhadap para peserta.

Sesetengah orang akan mudah bangkit dengan amaran walau pada isu yang sangat kecil, mereka cuma tahu membuat aduan. Setiap kali, manusia hanya mahukan suara mereka didengari. Mereka menpunyai masalah dan mahu seseorang melakukan sesuatu bagi mengatasinya. Banyak kali anda tidak mampu menyelesaikan, tetapi dengan memberitahu pada mereka bahawa anda akan mencuba mengatasinya, sudah membuatkan mereka dihargai. Kadang2 masalah itu selesai dengan sendirinya, kadang2 ianya tidak berlaku. Ambil perhatian dan lakukan dengan ikhlas.

Masih Belum berakhir

Hanya kerana anda fikir bahawa program sudah berakhir dan tugas anda selesai, tetapi sebenarnya masih terlalu banyak perkara yang harus diuruskan terutama dengan pihak fasiliti.

Bersedia untuk mengambil langkah seterusnya iaitu membayar segala bil dan caj yang dikenakan. Ambil masa untuk mengkaji semua bil yang sampai ke meja anda dengan terperinci. Pastikan segala konsesi dan syarat2 yang tercatat dalam kontrak adalah tercapai dengan plan dan pengurusan mesyuarat.

Pemberian penghargaan atau tipping juga harus diambil kira terutama kepada pekerja yang bertungkus lumus menjayakan program anda. Pemberian secara individu adalah lebih dihargai tetapi tidak selalu dijangka. Perganjur melakukkannya kerana ingin mengenal pasti individu2 yang melakukan tugas dengan cemerlang dan baik dan mereka akan mengingati anda apabila syarikat anda menganjurkan program yang sama di tempat mereka pada masa yang akan datang. Sepanjang persidangan mesyuarat itu, tulis semua nama dan bahagian mereka bertugas yang banyak membantu anda. Jika anda mahu memberikan penghargaan kepada secara berkumpulan seperti pekerja di bahagian bankuet, pengemasan bilik tetapi tidak mengetahui nama mereka, anda boleh meletakkan dalam sampul surat dan memberikannya kepada pengurus perkhidmatan konvensyen untuk diagihkan bahagian masing2. Menjadi kreatif apabila memberi tip yang bukan hanya wang sahaja tetapi pemberian barangan yang berharga juga baik untuk mereka.

Penilaian adalah tugas yang penting yang harus diselesaikan dengan terperinci. Sebelum meninggalkan pusat fasiliti, pastikan anda mengumpul kesemua penilaian. Selesaikan cepat proses penilaian kerana jika terlambat, sukar untuk pekerja yang bertanggungjawab menyelesaikan tugas itu kerana sudah pasti tugas yang lain yang sama penting juga menunggu. Setiap salinan penilaian yang telah dianalisiskan pertimbangkan untuk menghantarkannya kepada pihak penaja dan ekhibitor2. Hantar juga salinan kepada pihak fasiliti dan perkhidmatan. Maka, mereka juga akan dapat membuat analisis berkenaan dengan servis mereka dan akan melakukkannnya lebih terbaik di masa hadapan. Dan tidak lupa untuk menyiapkan laporan akhir kerana laporan akhir itu adalah, mengandungi sejarah mesyuarat atau event yang syarikat anjurkan.

Rebate

Hampir kesemua hotel akan membayar komisyen atau rebat ke atas hasil pada bilik tidur jika rundingan menepati kontrak yang ditandatangani. Berkenaan dengan komisyen yang berkaitan dengan bilik tidur ini, pihak hotel mungkin atau tidak menaikkan kos terhadapnya. Komisyen akan dibayar secara primarinya kepada perancang pihak ketiga atau ejen perjalanan dan rebat akan dibayar kembali kepada penganjur event.

Hanya Untuk Pembekal

Tugas pembekal tidak kurang pentingnya apabila sesuatu program mesyuarat dianjurkan, samada berbentuk event, seminar, persidangan atau konvensyen.

Topic berkenaan pembekal ini agak sensitive tetapi perlu dibangkitkan perkara negatif supaya pembekal mengetahui dengan cara bagaimana mereka boleh kehilangan pelanggan. Di antara enam sebab utama pembekal kehilangan pelanggan tetap ialah:-

a.      Menghantar kontrak dengan item yang berbeza dengan yang telah dibincangkan atau hantar kontrak yang menyembunyikan item perancang akan di kenakan caj di kawasan mesyuarat.

b.      Tidak menghubungi kembali panggilan samada telefon, membalas faks, atau menjawab email.

c.      Tidak menunjukkan minat ke atas program mesyuarat yang kecil. Pembekal membuat kesilapan besar jika ini berlaku kerana pihak penganjur mungkin akan melaksanakan mesyuarat yang kecil bagi membincangkan program yang lebih besar, maka pembekal akan terlepas kepercayaan pelanggan.

d.      Tidak meninggalkan pesanan supaya pelanggan harus hubungi kembali kerana pelanggan tidak akan melakukannya kecuali mereka benar2 berminat dan tahu lebih lanjut akan servis pembekal, maka pembekal harus berkorban masa untuk menarik dan menimbulkan kepercayaan kepada pelanggan.

e.      Tidak menunjukkan minat kepada pelanggan dan perniagaannya.

f.       Menjadi tidak fleksible. Terdapat perbezaan antara tidak fleksible dan benar2 boleh menghormati permintaan pelanggan.

Maka enam langkah mewujudkan hubungan perkongsian yang hebat dengan pelanggan:-

a.      Bertanyakan soalan dan mendengar dengan teliti perancang mesyuarat menerangkan tentang program mereka.

b.      Hubungi kembali pelanggan samada telefon, faks atau email.

c.      Memahami pelanggan sebelum bertindak menjawab segala permintaan dan pertanyaan pelanggan.

d.      Pembekal patut tahu dengan lebih baik akan produk yang mereka ada. Sangat menimbulkan kekecewaan apabila pembekal sendiri tidak mengetahu fungsi produk mereka dengan baik luar dan dalam.

e.      Pembekal juga perlu tahu saingan perniagaan mereka dan kelebihan pihak saingan berbanding mereka.

f.       Menjadi jujur dalam perhubungan dengan semua pihak.

Pihak penganjur dan perancang mereka sudah pasti akan memohon untuk melawat kawasan mesyuarat yang bakal diadakan itu, untuk memastikan bahawa kawasan tersebut baik untuk penganjuran program mereka. Tugas pembekal adalah membina hubungan, menganalisiskan keperluan, maka memperlihatkan dan menunjukkan kemudahan fasiliti dan tempat kepada penganjur akan mencapai keperluan dan membina kepercayaan berasaskan perhubungan.

Pembekal harus tahu bagaimana untuk mencari pelanggan yang berminat dengan servis mereka:-

a.      Plan strategi
b.      Menunjukkan target pasaran
c.      Selalu menghadiri mana2 mesyuarat dan menghadiri sesi pembelajaran bagi menambah pengetahuan dan membina hubungan jalinan kerja.
d.      Lakukan kerja rumah.
e.      Berkerja keras untuk mendapatkan rujukan dan sentiasa membuat susulan terhadapnya.
f.       Menggunakan teknologi dengan bijak di mana pembekal boleh mendapatkan pelanggan yang berpotensi dalam talian.
g.      Sentiasa membawa kad perniagaan dan jangan hadkan komunikasi dengan orang awam.

Membelanjakan wang dengan menghadiri mesyuarat atau yang berkaitan dengan perniagaan yang pembekal usahakan, untuk mendapatkan pelanggan secara berdepan dan kontek secara langsung serta mempelajari kehendak mereka adalah lebih baik dari duduk di depan computer dengan menghantar email kepada pelanggan yang belum tentu berminat dan mendapatnya.

Pembekal juga boleh mendidik pelanggan mengenai perkhidmatan yang diusahakan dengan memberikan info berkenaan perniagaan dan mengenai apa2 kekeliruan serta memberikan alasan tentang beberapa perkara yang tidak boleh diterima cadangan dan permintaan pelanggan dan menerangkan juga kenapa pembekal mahukan hubungan perniagaan dengan mereka.

Untuk mengekalkan dan membina kepercayaan pelanggan, senaraikan segala kos termasuk kos tersembunyi yang mana setengah dari perancang yang baru berkecimpung dalam industry ini ingin ketahui dan jauhkan kelakuan yang tidak baik dengan menyembunyikan servis tetapi tetap mengenakan caj kepada mereka. Pembekal harus memikirkan keperluan pelanggan  lebih awal dan menghapuskan kekecewaan yang tidak perlu di tapak mesyuarat.

Bertenang di bawah tekanan
Menjadi seorang perancang mesyuarat bukanlah tugas mudah dan glamer seperti dibayangkan sesetengah orang. Taraf kehidupan hari ini memerlukan sepenuh perhatian bagi memenuhi kehendak diri dan keluarga. Dan ini menjadikan sesetengah dari mereka mengalami tekanan yang cukup besar. Mereka juga terpaksa memikirkan kehendak dan komitmen terhadap yang tersayang samada keluarga atau orang2 yang istimewa dalam hidup mereka.

Maka, untuk mengelakkan stres yang berpanjangan, perancang mesti sentiasa dalam keadaan tersusun. Antara tips yang boleh diikuti ialah :-

a.      Bahagikan setiap tugas kepada keutamaan; rendah, medium, tinggi atau segera.

b.      Lakukan setiap hari sekurangnya tiga perkara lebih dari senarai tugas yang perlu dilakukan dan selesaikan dengan tugas yang memerlukan keutamaan yang tinggi dahulu.

c.      Biarkan pesanan suara menjalankan tugas apabila anda menumpukan perhatian kepada perkara penting.

d.      Jangan biarkan segala dokumen2 berselerakan dan tidak disusun dalam fail. Lakukannya pada setiap pengakhiran hari.

e.      Memikirkan dan membentuk kembali senarai hari esok sebelum anda meninggalkan pejabat.

f.       Apabila memerlukan penjelasan atau info, hantar email segera yang boleh pada awal hari.

Setiap perancang mesti membabitkan diri dengan bahagian strategik dalam pengendalian mesyuarat, bukannya hanya logistik. Anda akan berdepan dengan manusia yang merasakan bahawa mereka lebih tahu banyak berkenaan dengan perancangan mesyuarat dan event. Jika itu terjadi, anda harus merujuk kembali kepada pihak pengurusan sekiranya anda tahu tidak berkesan dan tetapkan pendirian jika anda di pihak yang benar. Bertindak secara profesional dan tetapkan viewpoint anda berdasarkan pengalaman. Lakukan proses seperti ini jika berdepan dengan perkara seperti itu:-

a.      Terangkan kepada kumpulan terbabit kenapa idea mereka tidak sesuai. Sandarkan penerangan dengan fakta dan menyediakan penyelesaian yang alternative.

b.      Dapatkan sokongan dari dalam organisasi anda atau dari orang2 yang berpengalaman dalam industri ini.

c.      Jika anda masih ditanya permintaan untuk melaksanakan, pastikan dokumen cadangan disediakan dan berikan salinan kepada pembuat keputusan yang berkaitan dengan mesyuarat tersebut.

d.      Membuat susulan selepas pogram event dan menulis penilaian. Belajar dari pengalaman.

Perancang juga mempunyai kehidupan mereka sendiri.mereka sentiasa bekerja di bawah tekanan dan sentiasa berkerja dengan tugas2 saat akhir untuk diselesaikan. Penting untuk mereka kembali kepada kehidupan yang tenang selepas program sebelum memulakan tugas yang penting seterusnya. Maka berhenti melakukan perkara yang tidak penting seperti :-

·        Melibatkan diri terlalu banyak kerja2 sukarelawan, secara profesional dan peribadi.
·        Membuat terlalu banyak komitmen dalam perniagaan.
·        Menonton terlalu banyak televisyen.
·        Menghadiri perjumpaan sosial berkenaan perniagaan.
·        Menyimpan email yang tidak dibaca dan juga majalah dengan kemungkinan akan melakukannya kemudian.

Mulakan kehidupan dengan perkara2 yang benar2 penting:-

·        Pulang ke rumah untuk menidurkan anak2 setiap malam atau bermain2 dengan binatang kesayangan bagi yang masih bujang.
·        Memasak makanan di rumah untuk makan malam dan makan sekurangnya sekali bersama keluarga atau rakan2 setiap hari.
·        Menaiktarafkan kepakaran teknoologi dan pengetahuan anda untuk menjadikan hidup lebih mudah.
·        Pergi berjalan2 atau menunggang basikal, berhubung dengan alam sekitar.
·        Menikmati makan tenghari bersama orang2 yang disayangi.
·        Ambil percutian setiap tahun dan tinggalkan alat komunikasi di rumah ketika bercuti.
·        Menjadi wakil di tempat kerja dan di rumah. Andai anda membuat kerja sukarelawan, pastikan tidak melakukan tugas majoriti.
·        Lihat kembali senarai yang perlu dilakukan dan selesaikan senaraiyang paling teruk sekali dahulu, bagi menjadikan hidup anda lebih mudah sepanjang hari.
·        Upah seseorang yang boleh menolong anda menyelesaikan tugasan di rumah seperti mencuci rumah, memotong rumput dan boleh mohon pertolongan dari kejiranan. Masa anda adalah sangat penting untuk dibazirkan dan  sangat berharga.
·        Mudahkan kehidupan anda dengan membuang perkara yang merungsingkan dan tidak mendatangkan faedah dan buang segala barang2 yang menyemakkan.
·        Menerima kenyataan bahwa kadang2 secara faktanya, lebih baik merehatkan diri dari membuat sebarang tugas.

Sepanjang event berlangsung, tentu masa anda dengan keluarga terhad, maka luangkan masa untuk mereka dan menghadiri upacara penting melibatkan keluarga. Penting juga untuk mengingatkan tarikh istimewa mereka agar anda tidak terlepas dan menyesal kemudian hari.

Secara kesimpulannya, jalinan tugas dalam industry ini tidak hanya membabitkan satu pihak tetapi berhubung juga dengan pihak2 yang juga tidak kurang pentingnya dalam menjayakan program anda. Sebagai contohnya, seorang perancang mesyuarat  mempunyai arah tuju untuk plan mesyuarat. Seorang pembekal tugasnya memenuhi keperluan perancang dalam skop mesyuarat. Maka, kesemua pihak sama penting dalam menjalankan tugas. Teruskan dengan keseimbangan yang baik dalam pekerjaan dan kehidupan anda.





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah