Posts

Showing posts from November, 2019

Bagaimana Keganasan Berevolusi

Penyelidikan dan pembelajaran berkenaan dengan criminologi biologi bermula pada November 1871 apabila seorang bekas ahli perubatan tentera Itali,  Cesare Lombroso, yang bertugas sebagai pakar psikitri dan doktor penjara di pusat rumah mental bagi banduan yang disahkan sakit mental di bandar Pesaro, telah melakukan kerja2 rutin autopsi telah membedah otak seorang penjenayah yang terkenal,  Giuseppe Villella. Villella ini berpengalaman mengalami sawan yang secara radikalnya telah mengubah kehidupannya sekaligus membawa kepada penjenayahan. Maka,  itulah kajian pertama zaman moden terhadap ruang lingkar pengajian tentang corak biologi ke atas penjenayah. Maknanya saya boleh kata Lombroso ini adalah perintis kajian dalam bidang ini. Teori Lombroso terbahagi kepada dua iaitu basis jenayah secara mulanya dikawal oleh otak dan penjenayahan berevolusi bermula dari spesis primitif. Dia percaya bahawa karekter yang terdapat pada manusia primitif mengikut teori Darwin yang mana manusia asal ya