Tafsiran Surah Yusuf


Perkongsian sedikit info dan isi2 penting dari buku ini. Buku ini boleh dibeli di kedai Mukmin Jalan TAR Kuala Lumpur. 

Tafsir surah Yusuf

♥ surah ke 12 dalam Alquran. Surah Makkiyah diturunkan sebelum hijrah Rasulullah.  Mengandungi 111 ayat. Satu keistimewaan surah ini ialah ianya tidak ada unsur ancaman spt surah Makkiyah lainnya. Yahudi yang menyuruh Rasullulah menceritakan tntg perihal Yusuf  telah memeluk islam bila mendengar Nabi berkisah hal ini. Mungkin juga kandungan surah ini selari dgn fahaman mereka.

♥ berkenaan dgn mimpi Nabi Yusuf tentg mimpinya dalam hal sujud, kita memang dilarang sujud kpd selain Allah tetapi sujud yg dimaksudkan ialah berupa penghormatan, sepertimana malaikat diperintahkan bersujud kpd Adam AS. 

♥ mimpi nabi juga adalah mimpi wahyu dan kenabian. Manakala mimpi yg baik juga boleh berlaku kpd org2 soleh berupa mimpi hal2 ghaib kerana ciri2 mereka sendiri.

♥ Riwayat Abu Hurairah juga menjelaskan bahawa org yg bermimpi benar dan baik adalah org yg benar percakapannya.

♥ Rasulullah juga mengajar apabila kita berdepan dgn mimpi baik iaitu jgn didedahkan kecuali pada org yang benar2 terpercaya begitu juga apabila mimpi buruk hendaklah meludah ke kiri 3 kali dan rahsiakan itu krn tiada manfaat boleh didapati. 

♥ plan awal saudara2 Yusuf untuk membunuhnya dibantah oleh abg sulungnya Yahudza kerana pendapatnya walau apa sekalipon Yusuf tetap adik kandung dan membunuh adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan. 

♥ peristiwa Yusuf ini terdapat hikmah. Setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan dan kejayaan.  Allah tidak akan biarkan org yg baik dizalimi dan diberikanNya ketenteraman hati dan jiwa kpd org baik yg ketakutan.

♥ zulaikha yg akhirnya bertaubat dan kesal atas tuduhan fitnahnya. Taat dan iman tidak akan terhasil melainkan dgn rahmatNya. Allah Maha Pengampun sangat kasih kpd hambaNya yg bertaubat dan melakukan amalan soleh kecuali yg menyekutukan Nya iaitu mereka harus mengucapkan shahadah sepertimana org2 kafir mula beriman kpd Allah dan seterusnya melakukan amalan sebanyak nya.

Semoga ilmu yang sedikit ini dapat sama2 kita dapatkan manfaat. Wallahu'alam. 




Comments

  1. Thanks for this post, I really appriciate. I have read posts, all are in working condition. and I really like your writing style. Keep it up like
    https://faizanquranacademy.com/our-courses/
    Learn Quran online

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah