Rahasia Kematian, Alam Akhirat, & Kiamat



Assalamualaikum.  Saya share beberapa isi penting dan boleh kita jadikan sama2 pedoman dan petunjuk agar kita sentiasa menjadi manusia yang diredhaiNya. Buku ini boleh didapati di Pustaka Mukmin Jalan TAR. Saya tak ingat harganya sebab dah lama beli dan baru sekarang berkesempatan membaca dan menelaah. Kalau boleh belilah dan jadikan sebagai simpanan untuk diturunkan kepada anak2 cucu.

Antara isi2 nya :

♥ Manusia yang memohon mati hanya ada tiga jenis sahaja iaitu dia tiada ilmu tentang alam barzah dan apa yang berlaku didalamnya, dia yang putus asa dgn dugaan hidup dan dia yang teramat rindu untuk bertemu Tuhannya. Dua jenis yg pertama diharamkan Allah syurgaNya dan yang terakhir Allah juga rindu untuk bertemu dgnNya. Wallahu'alam.

♥ Sa'id bin Jubir cakap orang yang menipu Allah itu ialah manusia keras kepala yang masih buat maksiat sedangkan dia tahu sesuatu yang halal haram dan kemudiannya masih mengharap keampunan Allah. Wallahu'alam

♥ orang mukmin yang masih ada sisa dosa sedang kematiannya telah tiba maka Allah akan memberatkan proses kematiannya supaya dia akan memcapai darjat di syurga. Sedang bagi orang kafir Allah akan menyenangkan kematiannya jika dia banyak berbuat kebajikan di dunia tetapi dia akan dikembalikan ke neraka.  Wallahu'alam

♥ Hadis riwayat Yassar bin Ubaid sahabat nabi (hasan shahih) ; Apabila Allah ingin ambil nyawa hamba itu di sesuatu tempat maka Dia akan menjadikan hamba itu punya hajat untuk pergi ke tempat itu. Wallahu'alam

♥ Hadis riwayat Tirmidzi dari Jabir ; Rasullulah melarang kubur itu dicat, ditulisi, didirikan bangunan dan diinjak2. (Shahih) Wallahu'alam

♥ Hadis riwayat Attirmidzi dari Sa'id Ibnu Musayyib ia bercerita ; ibnu umar menghantar jenazah  ke kubur. Saat diletakkan dalam liang lahat dia berdoa " Dengan nama Allah semoga ia mati di jalan Allah". Ketika liang diratakan dia berdoa " Ya Allah lindungi dia dari setan dan azab kubur". Selesai pengebumian aku bertanya adakah doa itu dari Rasullulah?  Ibnu Umar menjawab "sungguh aku pernah mendengarnya dari Baginda" . Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam kitabnya Sunan Ibnu Majah. Wallahu'alam

♥ Attirmidzi berpendapat bahawa selesai pengebumian, berdiri di kubur selain menshalatinya sambil berdoa mohon keteguhan buat si mayat akan membantunya berurusan dengan malaikat di alam barzah. Wallahu'alam

♥ Menurut Imam Ahmad bin Hambal bahawa kaum lelaki dan wanita yang berkumpul dalam majlis di mana keluarga yang berduka menyediakan makanan untuk disantap pada hari pertama sehingga ketujuh atau sampai 44 hari adalah perbuatan yang tidak berakhlak. Berkenaan dengan hadis nabi riwayat beliau sendiri dan Hakim "Buatlah makanan untuk keluarga Ja'far", beliau menjawab bahawa makanan dibuat oleh orang lain UNTUK keluarga Ja'far dan bukannya OLEH. Wallahu'alam

♥ Utusan kepada manusia sebelum dicabut nyawanya termasuklah musibah,  penyakit, uban, bingung, perubahan pendengaran, penglihatan.  Wallahu'alam

♥ Mayat akan merasa disakiti jika keluarganya bahkan sahabat rapat nya disakiti. Seseorang mencaci Ali bin Abi Thalib depan Umar lantas umar berkata kepada orang itu bahawa orang itu sama halnya telah menyakiti Rasulullah. Wallahu'alam

♥ Hadis riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah "kalian tahu untuk siapa ayat ' maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit  dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam buta' ini diturunkan? Sahabat menjawab "Allah dan RasulNya lebih tahu " Nabi bersabda " itu untuk orang kafir. Akan diturunkan 99 ular naga yg setiap seekor menjilat, melilit dan menggigitnya hingga hari kiamat lalu digiringkan dalam keadaan buta". Wallahu'alam

♥ Unta nabi ketika berhenti di kebun milik Bani Najjar nabi bertanya siapakah penghuni kubur yang ada di situ dan dijawab bahawa kubur itu adalah yang mati pada zaman jahiliyah. Ini menunjukkan bahawa binatang mampu mendengar azab kubur tetapi tidak jin dan manusia. Wallahu'alam

♥ dari keterangan Rasullulah ada hikmah kenapa jin dan manusia tidak boleh mendengar azab kubur ialah Allah Yang Maha Penyayang sengaja Sembunyikan keadaan itu kerana kita bertugas menguburkan mayat dan tidak takut.  Kita tidak mampu mendengarnya. Jadi bagaimana mayat2 akan dikuburkan? Wallahu'alam

♥ Siksa kubur itu tidak hanya khusus untuk orang2 kafir dan munafik saja. Orang2 mukmin juga disiksa sesuai dengan taraf kesalahannya. Wallahu'alam

♥ diriwayatkan oleh Attirmidzi bahawa sesiapa yang membaca Surah AlMulk tiap malam maka surah itu akan tampil membelanya dari fitnah dan azab kubur. Wallahu'alam

♥ hadis ini untuk orang2 soleh dan pejuang fisabillilah sahaja ; barang siaa yang meninggalkan bebanan hutang sedangkan dia tidak punya apa2 maka itu adalah dibawah tanggungan Allah. Yang meninggalkan harta maka wajib warisnya membayar nya. Atau jika tiada wajib penguasa membayarnya. Jika penguasa tidak mahu maka Allahlah yang akan membayarnya. (HR Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah) Wallahu'alam

♥ hutang itu pula hanya untuk tiga alasan iaitu (a) berhutang untuk membolehkannya berperang atau jihad di jalan Allah (b) tiada harta untuk membeli kain kafan lalu berhutang (c) bujang yang khuatir terus membujang lalu berhutang untuk menikah demi selamatkan agamanya. Wallahu'alam

♥ Antara 7 org yg dapat naungan Allah pada hari yg tiada langsung naungan sama sekali ialah org yg bagi tempoh waktu pada org yg dalam kesulitan membayar hutangnya, walau kita sendiri dalam kesusahan, org yg bersedekah dgn bersembunyi dan org yg menangis dalam sunyi kerana takutkan Allah. Wallahu'alam

♥ mereka ialah yg timbangan baik dan jahat sama berat. Bukan penghuni syurga juga neraka dan ditahan sehinggalah mereka menjumpai seseorang yg dapat menyedekahkah pahala kebaikkan walau untuk sebesar zarah. Mereka juga digelar penghuni syurga paling miskin. - Al Ghazali dalam kitab Kasyfu Ulum Al Akhirat. Wallahu'alam

♥ Allah Maha Adil kerana org kafir juga akan ditimbang amal kebaikan dan kebajikan mereka tetapi syurga diharamkan pada mereka. Mereka cuma dapat keringanan seksaan sahaja tetapi tetap kekal selamanya di neraka. Wallahu'alam

♥ bila Allah menyintai seorng hamba Ia menyuruh secara automatis lisan makhlukNya melontarkan pujian dan bercakap yang baik sahaja terhadap hamba itu. Samalah seperti jika Allah membenci hambaNya. Wallahu'alam

♥ jangan kita pandang kecilnya dosa kita..tapi pandanglah pada siapa kita durhakai. Wallahu'alam

♥ Riwayat shahih Bukhari Muslim dr Abu Dzar bahawa sesiapa yang meninggal dunia tanpa menyekutukan Allah dgn satu apapun, dia akan masuk syurga wlaupun dahulunya dia pernah berzina dan mencuri. Wallahu'alam

♥ hakikat zikir itu ialah taat atas perintahNya dan jauhi laranganNya dan bukan sekadar mengalunkan tasbih tahmid tahlil dan quran. Taat itu beerti dia ingat kpd Allah walau dia diam sahaja. Maksiat itu lupa kpd Allah walau dia membaca quran dan bertasbih - riwayat Ibnul Mubarak dan Al Qurtubhi disebut berasingan. Wallahu'alam

♥ riwayat dari Anas bin Malik - di akhirat nnti Allah akan mengunjungi beberapa org yg bukan nabi dan syuhada tapi mereka punya kedudukan yg dicemburui kedua mereka ini. Org2 itu berada atas mimbar dr cahaya. Mereka ini ialah org yg membawa cinta Allah kpd manusia dan cinta manusia kpd Allah. Mereka berjalan dgn tulus krna Nya. Yang dimaksudkan dgn terakhir itu ialah menyuruh manusia kpd kebaikkan dan mencegah dr kemungkaran.  Wallahu'alam

♥ riwayat Tirmidzi dr Ali bahawa Rasullulah pernah ditanya lewat sabdanya berkenaan kamar syurga yg tembus pandang luar dalam ialah ianya untuk manusia {a} berbicara baik {b} memberi makan {c} selalu berpuasa {d} rajin solat malam diwaktu manusia sedg nyenyak. Semua ini dilakukan dgn ikhlas dan ibadah nya disembunyikan. Wallahu'alam

♥ dari Ibnu Abu Syaibah dr Aisyah : jumlah ayat Al quran itu sesuai dgn jumlah tingkatan syurga. Tiada penghuni syurga lebih utama drpd org yg rajin baca quran.  Iaitu penghafal dan rajin pembaca yg tahu hukum2 sekaligus mengamalkannya kerana [bab ini riwayat Anas Bin Malik - Quran akan menjadi saksi pembacanya di akhirat samada dipimpinnya ke syurga atau neraka] Wallahu'alam

♥ riwayat Muslim dr Umar Alkhattab - jika kita semua setelah berwudhuk dan mengucapkan syahadat dgn ikhlas niscaya kesemua 8 pintu dibuka. Wallahu'alam

♥ riwayat Bukhari Muslim dr Sahal bin Sa'id - terdapat satu pintu syurga yg bernama Ar Rayyan iaitu untuk org2 yg berpuasa ikhlas kerana Nya. Ikhlas adalah kunci segala ibadah. Sekalipun hamba itu membawa segunung amal sebesar Gunung Uhud jika tidak ikhlas maka dia tetap di masukkan ke neraka dan amalnya sama sekali tak berguna. Wallahu'alam

♥ riwayat Ibnu Majah dr Anas bin Malik - malam ketika Rasulullah diisra' dia melihat pada salah satu pintu syurga dgn tulisan "satu sedekah dibalas 10 kali ganda. Satu piutang dibalas 18 kali ganda. Dia bertanya Jibrail apa maksudnya. Maksudnya ialah org yg meminta itu mungkin dia sudah mempunyai keperluan (sedekah) tapi org memohon hutang pasti dia benar2 sangat memerlukan (pemberi hutang). Samada sedekah atau hutang yg dimohon itu digunakan untuk kebaikkan atau keburukan, si pemberi sedekah dan pemberi hutang tetap mendapat ganjaran tersebut. Wallahu'alam

♥ dari Bukhari dr Usamah Bin Zaid Rasulullah kata di akhirat nanti ada seorang manusia yg dicampak dalam neraka dan digiling macam keldai tgh menggiling. Dia ditanya penghuni neraka dan dijawabnya bahawa dia dulu suka menyuruh manusia pd yg makhruf dan mencegah dr kemungkaran tetapi dia sendiri berkhianat terhadap suruhan itu. Wallahu'alam

♥ Mereka ini ialah orang2 yg membaca Alquran dgn sombong dan menyangka bahawa mereka lebih pintar - riwayat Ibnul Mubarak dr Al Abbas b Abdul Muthalib. Wallahu'alam

♥ sumur al hazni adalah jurang dlm neraka jahannam yg mana jahannam sendiri mohon perlindungan Allah dr nya sbanyak 400 kali setiap hari. Sumur itu adalah untuk pembaca quran yg riyak dan tujuan menimbulkan sanjungan dan suka kpd kemasyuran yg diberikan penguasa. Wallahu'alam

♥ Pintu 1 - jahannam bererti menjumpai kerana ia pasti ketemu penghuninya dan memakan daging nya.
Pintu 2 - Lazha api yg bergejolak kerana api ini mampu mengelupaskan kulit kepala.
Pintu 3 - Saqar iaitu burung helang kerana ia hanya makan daging saja, tidak tulang
Pintu 4 - Huthomah iaitu api yg hancurkan tulang dan bakar hati. Ia membakar mulai dari tapak kaki sampai ke hati
Pintu 5 - Jahim iaitu yg selalu menyala2 lantaran baranya yg besar
Pintu 6 - Sa'ir iaitu api yg tak pernah padam dan sentiasa membakar. Dalamnya ada 300 istana ▶ 300 rumah ▶ 300 siksa. Terdapat juga sumur al huzni iaitu yg plg dahsyat siksa nereka.
Pintu 7 - Hawiyah iaitu jurang yg dalam. Tiada sesiapa yg akan keluar darinya selamanya. Antara tujuh ini kecuali jahannam adalah untuk org2 kafir dan munafik. Manakala jahannam adalah untuk org2 islam dan muslim mukmin yg derhaka dan mereka diseksa sesuai dgn amal masing2. Wallahu'alam

♥ namun kata Adh dhahhak ikut susunan neraka dr pertama ke ketujuh ialah (1) umat muhammad (2) org2 nasrani (3) org2 yahudi (4) org2 shabi'i (5) org2 majusi (6) org2 musyrik Arab (7) org2 munafik. Wallahu'alam

♥ syurga dikelilingi oleh hal2 yg tak menyenangkan dan memayahkan. Neraka itu dikelilingi kesenangan.  Hal yg memayahkan itu ialah sesuatu yg memberatkan jiwa melakukannya dan termasuk perang. Hal yg menyenangkan ialah pangkat, harta dan wanita. Wallahu'alam

♥ jahanamiyyun ialah penghuni neraka yg mendapat syafaat atau yg bakal dikeluarkan akan dimatikan lebih dulu sebelum dikeluarkan lalu mereka dimandi dalam sungai kehidupan lantas dimasukkan dalam syurga dgn tulisan di dahi 'Orang yang dibebaskan Allah'. Atas malu kpd penghuni syurga mereka mohon agar Allah menghapuskannya dan Allah mengabulkan. Org yg dikatakan sebagaj 'tidak mati dan kekal disiksa' adalah org yg kekal dalam neraka selamanya iaitu terdiri dr org2 kafir dan munafik - Tirmidzi dr Abu Hurairah Wallahu'alam

♥ Rasulullah pernah menjengok seorang tgh demam. Beliau memberitahu bahawa Allah berfirman bahawa demam itu adalah sebahagian apiNya yg diberikan kpd hambaNya yg mukmin bagi meringankan seksanya di akhirat nnti. Apabila mukmin masuk neraka ia seperti ditimpa demam ketika didunia - Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim dr Abu Hurairah. Wallahu'alam

♥ sesiapa yg melindungi seorg mukmin dr org munafik, Allah utuskan malaikat lindungi dagingnya dr jahanam. Jika ia menuduh sorang mukmin dgn tuduhan fitnah dan jahat Allah akan tahankan dia atas jambatan jahanam sampai dia menarik kembali yg dituduhnya. Wallahu'alam

♥ kita pasti akan lalui satu zaman yg mana memerlukan kita diharuskan tinggal dalam rumah dan mengurangkan bergaul dgn masyarakat iaitu zaman yg sudah rosak. Samada kita tinggal dalam rumah atau pergi ke tempat2 terpencil. Andai kata perlu untuk keluar kita disarankan hanya bergaul sekadar luaran sahaja sedang kita kena jaga hati dan lisan. Kerana zaman itu adalah zaman yg mana setiap perkataan yg keluar merupakan dijadikan fitnah buat kita. Wallahu'alam

♥ kita akan tempoh zaman yg mana para musuh akan dgn berani mengerumuni kita bukan disebabkan jumlah muslim yg semakin ramai tetapi Allah telah mencabutkan rasa gerun dalam hati musuh kpd kaum muslimin dan menumbuhkan cinta dunia dan takut mati kpd kita. Wallahu'alam

♥ Pada akhir zaman nnti ada manusia yg Allah akan ubahkan wajahnya menjadi kera dan babi atas perbuatan mereka yg mengagungkan memainkan alat musik, menyanyi, memukul rebana dan meminum arak. Hadis ini diriwayatkan oleh 4 imam besar iaitu Abu Nu'aim dr Abu hurairah, Ibnu Majah dr Abu Malik AlAsy'ari, Abu Daud dr Malik bin Abu Maryam dan Bukhari dr Abu Malik Al Asy'ari. Wallahu'alam

♥ ilmu pertama yg diangkat dari dada orang2 muslim ialah ilmu khusyu'. Wallahu'alam

♥ permulaan fitnah akhir zaman adalah atas pembunuhan kejam Syaidina Uthman Bin Affan. Ketika dibunuh darahnya menitis ke quran dan tepat pd ayat 137 Surah Al Baqarah. Mukjizat Rasulullah telah meramalkan peristiwa ini. Wallahu'alam

Setakat ini sahaja yang mampu saya share. Rujuklah kepada yang arif jika ingin penjelasan yang detail.

















Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah