Forensik : Dokumentasi, Entomologi, Zoologi dan DNA

Keseronokkan mempelajari sesuatu perkara baru sebenarnya merupakan satu kewajipan bagi manusia yang berakal dan memahami tanggungjawab sebagai manusia. Pengetahuan yang boleh digunakan di mana2 jua dan pada waktu apa pun jua keadaan. Ilmu tidak semestinya harus diiktiraf atas segulung ijazah tapi dalam kehidupan seharian kita juga ada ilmu yang berguna untuk kita. 

Ilmu berkenaan sains sejajar dengan yang terdapat dalam kitab2 suci yang diturunkan Allah untuk kita mengkajinya dari kitab suci nabi2 terdahulu, Zabur, Taurat, Injil dan semestinya Alquran banyak sebenarnya merangkumi bidang sains dan teknologi. Setiap kejadian Tuhan pasti ada kegunaannya.

Sebelum ini dalam penulisan saya berkenaan forensik sains banyak menguraikan misteri kejadian alam antaranya kesan capjari, kesan tapakkaki, kesan pada penetaan dan kesan benda yang hanya boleh diungkapkan melalui teknik spesial dan sebenarnya banyak lagi kaedah2 yang belum kita kaji yamg membantu para penyiasat dan manusia mengkaji proses kejadian natural alam yang bertindak terhadap tubuh manusia. Insyaallah saya cuba huraikan sebaik mungkin setelah saya membuat beberapa kajian dan pembacaan dan kita kongsi sama2 pengetahuan ini.

Bukti Pengdokumen

Merujuk kepada tajuk ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Pemalsuan dan peniruan ke atas dokumen terutama membabitkan geran, cagaran, pemindah milikan malahan memohon kebenaran untuk berpoligami juga kerap berlaku. Kita fahami istilah peniruan dokumen ini ialah apabila seseorang atau individu yang cuba untuk meniru tulisan atau gaya bahasa atau penyusunan ayat2 seseorang yang lain. Ini bermaksud bahawa individu itu bukanlah orang yang asal. Manakalah penyamaran atau pemalsuan dokumen ialah individu itu mencuba memalsukan penulisannya sendiri yang mungkin bertujuan mengelakkan diri dari diburu atau dia mungkin penjenayah yang menjadi buruan polis atau mencuba menyembunyikan diri dari masyarakat dengan memalsukan dokumen kematian dan sebagainya. Dengan kata lain dia akan sebolehnya tidak menyamai tulisan tangannya dan gaya bahasanya sendiri.

Bagi kes seperti ini memang sukar untuk dibuktikan melainkan kita pakar dalam bidang linguistik. Tak salah jika kita mendalami bidang tersebut sebagai tambahan ilmu yang mungkin diperlukan juga untuk kepentingan sendiri kelak. Pihak yang bertanggungjawab mengesan kesalahan ini harus mengetahui selok belok ilmu linguistik. Apa itu linguistik? Linguistik ialah berkenaan dengan pembelajaran lenggok bahasa serta ciri2 nya. Ini tidak termasuk belajar bahasa asing, tetapi mengetahui perbezaan bahasa di sesetengah kawasan, regionalisma, bentuk manifesto bahasa yang terkandung di dalamnya perkataan yang berbentuk frasa dan kesalahan pertuturan. Selain itu para penyiasat juga harus memerlukan dokumen yang asli bagi membolehkan mereka melihat secara teliti  dan membuat pemeriksaan penyiasatan yang lengkap dan detail. Anda boleh merujuk kepada kes besar seperti Kes Weinberger dan kes Lindbergh yang ada kaitan dengan linguistik.

Setiap dokumen mesti ditulis atau ditaip di atas kertas. Dan kertas seperti yang kita ketahui diproses melalui bahan natural iaitu dari kulit pokok atau daunan. Sama juga dengan pakaian yang kita pakai terutama sekali yang berjenis kain kapas atau cotton. Bahan seperti ini termasuk juga dokumen memang sukar untuk di periksa jika terdapat bukti2 penyelewengan atau bukti2 forensik melainkan dengan penggunaan bahan teknikal seperti cahaya UV. Satu kes pernah dicatatkan iaitu pembunuhan seorang wanita. Satu tanda atau print telah dapat dikesan pada kapet di rumah wanita yang hilang dengan menggunakan UV iaitu tanda kerusi lipat atau lawn chair, namun apabila diselidik di dalam rumah wanita itu tidak dijumpa atau mempunyai kerusi tersebut. Siasatan menyeluruh dijalankan termasuk melakukan soal siasat di kediaman keluarga dan teman lelaki wanita tersebut. Akhirnya teman lelaki wanita itu disabitkan kesalahan membunuh. Aksi bermula apabila teman lelakinya cemburu dengan beliau dan berlaku pergaduhan hingga berlaku pembunuhan. Dia kemudiannya mengikat wanita tersebut di atas kerusi lipat dan membawanya ke rumah wanita itu untuk tujuan mengelak dan mengelirukan fakta sebelum wanita tersebut ditanam di suatu tempat. Bermakna teknik dan penyiasatan forensik telah mampu menyelesaikan satu kes yang agak rumit.

Sama juga kes yang membabitkan apa2 dokumen,  impresi mesin boleh dipadan dengan mekanikal, contohnya typewriter keys, roller parts, printer heads dan photokopi transport part. Impresi kertas boleh dipindahkan kepada ribbon typewriter dan mesin printer. Ciri2 kertas juga harus diambil kira seperti saiz, ketebalan kertas tersebut, kandungan bahan yang digunakan pada penghasilan kertas, pantulan pada kertas, warna dan opaciti kertas. Disamping itu harus diketahui proses penghasilan kertas itu dan dakwat yang digunakan untuk menulis yang memungkinkan penyiasat dapat mengesan lokasi atau tempat kertas itu dibeli atau dihasilkan. Satu kelemahan ke atas individu yang melakukan pemalsuan ialah mereka pasti ada tersangkut pada mana2 tempat dalam penulisan mereka. Ini dinamakan Tekanan Anggota. Jika kita sendiri memaksa diri mencuba menyamar atau memalsukan tulisan tangan  ianya akan menjadi kepenatan pada anggota tangan kita melakukan sesuatu yang bukan menjadi kebiasaan dan normal habit. Jadi ianya akan kembali kepada bentuk asal dan gaya tulisan kita sendiri, walau sebanyak mana pun kita mencuba untuk memalsukannya.

Satu lagi bentuk peniruan yang kerap dan pernah berlaku iaitu individu yang cuba untuk meniru gaya penulisan wanita, yang dipanggil Feminization, yang berciri2 seperti menulis berulang-ulang, stail penulisan berbunga-bunga, angular writing iaitu dia sebolehnya menempatkan dirinya dalam penulisan dan penceritaan yang dilakukan terutama dalam penulisan cerpen, novel atau skrip, lebih tekanan pada kertas dan bertulisan besar. Bagaimana pakar dapat mengesan penipuan dan pemalsuan dokumen? Mereka selalunya diberikan dokumen asal dan dokumen yang dipalsukan dan mereka akan mengesan mana2 karekter perkataan atau huruf yang hilang daripada dua dokumen tersebut. Kemudian mereka akan merekod ketidaksamaan yang terdapat. Dan daripada perbandingan tersebut dapatlah diketahui bahawa kedua dokumen tersebut ditulis oleh individual yang sama.

Gambar ehsan Google


FORENSIC ENTOMOLOGY DAN ZOOLOGI

Dalam setiap hal yang wujud di alam ini terdapat bukti2 kekuasaan dan penciptaanNya. Bermula dalam setiap zarrah dari inti, gejala dan sifat terdapat keajaiban dan rahsia yang menunjukkan kebijaksanaan, kekuasaan, kemuliaan dan keagungan Allah. Namun ilmu manusia terbatas menjangkaunya kerana sekiranya lautan dijadikan tinta untuk membuktikannya maka lautan itu akan mengering sebelum mencapai sepersepuluhnya.

Di antara tanda2 kekuasaanNya ialah manusia yang tercipta dari nuftah (setitis mani), sesuatu yang dekat untuk difikirkan ialah diri kita sendiri. Begitu jugalah proses kejadian segala binatang termasuk serangga. Serangga, yang Allah jadikan sekecil-kecilnya itu boleh menyingkap pelbagai rahsia kejadian dan peristiwa. Sepertimana manusia, proses tumbesarannya juga bukanlah bermula terus menjadi dewasa. Bermula kejadian serangga itu ialah dari penetasan telur, kemudiannya larva, seterusnya pupae dan berkembang menjadi dewasa.

Serangga ini jugalah banyak dijadikan panduan bagi ahli forensik untuk menentukan keadaan mayat manusia yang ditemui, dari aspek masa kematian hinggalah tarikh pereputannya. Apabila badan manusia yang telah mati dijumpai, perkara berkenaan kehadiran serangga yang perlu diambil kira ialah memahami keadaan serangga di sekitar kawasan mayat tersebut. Jurugambar forensik akan mengambil foto serangga di sekeliling bahagian badan sebelum badan mayat itu dialihkan untuk pemeriksaan makmal. Suhu di kawasan kejadian harus direkod dan ditentukan terutamanya di bahagian tengah jisim iaitu suhu tengah jisim.

Bagaimana untuk menentukan waktu kematian mangsa adalah mengikut berbagai keadaan dan suhu serta cuaca yang berlaku di persekitaran. Kebanyakan serangga akan berkembang dan membiak dengan cepat dalam keadaan yang suam. Masa yang baik adalah lihat pada blowflies meninggalkan telurnya pada badan mayat dan ianya kebiasaan dirujuk dua hari selepas kematian. Sekumpulan serangga yang baru mengerumuni kadang2 digelar gelombang yang mana ianya akan berlaku pada keadaan yang normal dari segi cuaca dan suhu dan badan akan mereput pada kadar yang sama.

Suhu yang ditetapkan mestilah pada paras datar. Termomiter akan diletakkan pada 5 kaki dari suhu datar, permukaan di bawah badan mayat di kawasan dijumpai dan permukaan pada kulit badan tersebut. Namun bergantung kepada di mana kawasan mayat itu dijumpai, samada di kawasan urban atau non urban. Di kawasan non-urban kebiasaannya suhu akan diambil di bawah timbunan daun-daunan. Proses seterusnya ialah mengumpul serangga untuk diuji kaji di makmal. Kebanyakkan forensik lebih memilih mengambil kawasan tanah yang lembap berair bagi proses mengumpul sampel tanah di kawasan kejadian di mana terdapat serangga2 tersebut berkumpul. Spesis serangga juga memilih untuk meninggalkan telur untuk proses penetasan samada dikawasan urban dan rural. Dan perlu diketahui bahawa proses penetasan bagi telur yang ditinggalkan pada badan mayat adalah berbeza mengikut di mana mayat tersebut berada pada keadaan tertentu iaitu samada badan tersebut ditemui di dalam air, ditanam dalan tanah dan berada pada pendedahan terbuka atau udara bebas. Serangga juga tidak tertarik luka atau kecederaan pada badan untuk dijadikan kawasan bagi penetasan telur mereka!



Peringkat-peringkat Pereputan Badan

Pereputan awal - tindakan daripada bakteria semulajadi yang terdapat dalam badan iaitu protozon dan nematodes akan hadir sementara ianya masih aktif.

Proses pembusukan - gas akan terbentuk daripada aktiviti organisma yang mula aktif dalam badan yang mula memakan sel2 badan.

Pembusukan bertukar warna - pada proses inilah selalunya dikatakan bahawa bangkai manusia lebih busuk daripada seluruh bangkai makhluk ciptaan Tuhan sekalipun bangkai babi. Sebab itu manusia jangan sombong atas muka bumi ini. Badan akan bertukar menjadi warna hitam dan berbau sangat busuk.

Proses penapaian - cecair daripada bahagian organ badan dan tisu badan akan terbentuk untuk proses pengeringan. Pada tahap ini cecair terbentuk seperti mengikut acuan.

Pereputan pengeringan - pada saat inilah segala tisu badan akan mengering dan memgecut. Bau busuk akan kembali normal sedikit demi sedikit dan tisu serta daging akan mula sebati dengan tanah dan akan meninggalkan cuma tulang belulang.

Kes Forensik

Kes forensik membabitkan serangga sebenarnya telah lama diamalkan sebelum wujudnya teknologi moden. Satu kes yang boleh dirujuk ialah yang berlaku pada kurun ke 13 dimana seorang pekerja yang berkerja di ladang gandum sebagai memotong gandum telah didapati dibunuh. Walau disiasat namun tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab.  Dengam kebijaksanaan penyiasat ketika itu telah mengarahkan para pekerja di situ meletakkan penyabit masing2 ke tanah. Beliau mengarahkan para pekerja menjauhkan diri dari kawasan tersebut dan membiarkan lebah dan kumbang yang mula muncul akan singgah pada penyabit suspek. Serangga2 tersebut tidak memperdulikan senjata yang lain kecuali hanya pada satu senjata dan kemudiannya telah terbuka untuk bukti pembunuhan.

Sekiranya anda berada di kawasan jenayah yang terdapat di sekitarnya pokok2 bunga yang indah menawan dan anda berada di berdekatan dengannya atau memetiknya lantas menciumnya dan membawanya bersama anda, kemungkinan besar anda adalah suspek utama! Wow...ini tidak dapat diterima akal sedangkan anda tiada kena mengena langsung dengan keadaan di situ malahan hanya sebagai pelawat sahaja. Takkan petik bunga pun tak boleh?

Anda harus ingat bahawa jika berlaku jenayah di kawasan itu maka setiap objek adalah bukti forensik walau sekecil2 zarah hinggalah sebesarnya. Dedaun dan bunga boleh dibuang dipetik malah dialihkan tetapi satu bahagian iaitu debunga akan kekal sebagai bahan bukti. Debunga boleh disebarkan melalui udara dan boleh melekat pada pakaian malahan anggota badan anda. Penjenayah kebiasaannya tidak pernah mengambil kira dan tidak pernah terfikir bahawa bukti yang sekecil itu sebenarnya boleh memerangkap mereka, iaitu debunga. Proses pendebungaan akan mengambil beberapa bentuk yang antaranya  berlaku mengikut spesifik masa pada sepanjang tahun itu dan boleh berlaku samada malam atau siang. Namun masalah dan kerumitan tetap terdapat pada proses mengumpul dan mengambil sampel pada bukti debunga ini kerana ianya memerlukan pengawasan dan arahan yang tegas. Team forensik harus tahu dan mengikut prosedur berkenaam teknik yang betul dalam pembungkusan bahan bukti. Harus merekodkan tarikh, waktu dan lokasi bahan bukti itu diperolehi dengan tepat. Dalam proses mengumpul bahan bukti untuk objek yang boleh dipindahkan melalui udara seperti debunga dan spora serta sampel tanah harus dilakukan dengan bila2 masa yang perlu dan memerlukan kecekapan dan berhati2 dengan proses tindakan alam semulajadi kerana sfora akan membiak jika mereka mendapat keadaan cuaca yang bersesuaian. Selain itu sampel yang didapati daripada hak milik orang mestilah melalui pendokumen contohnya seperti kereta atau tayar.

UJIAN DNA DARAH UNTUK FORENSIK

Dalam tubuh kita ini Tuhan telah menciptakan 529 urat2 yang terdiri dari urat daging, saraf, pembalut, selaput termasuk urat saluran darah. Andai terputus salah satu urat darah maka akab terganggulah saluran aliran darah ke bahagian anggota yang lain. Setiap urat disusun dalam jumlah dan ukuran tertentu. Bahkan urusan tersebut jauh lebih kompleks dan mengagumkan yang boleh dijadikan bahan renungan.

Sebelum dihuraikan lebih lanjut peranan darah dalam forensik kita akan menyentuh sedikit tentang jenis2 darah yang terdapat dalam badan manusia dan bagaimana ditentukan.  Tentu antara anda pernah mendengar tentang faktor Rhesus iaitu satu pengikhtirafan untuk darah. Apakah faktor Rhesus itu? Faktor Rhesus ialah sejenis protein yang telah diwarisi ditemui dalam sel darah merah. Ia terbahagi dua jenis iaitu positif dan negatif apabila digabungkan darah dan protein. Ia dinamakan Rhesus apabila ujikaji yang pertama kali dijalankan ke atas monyet iaitu yang dinamakan monyet rhesus. Maka sebab itulah ia dinamakan sebagai Rhesus. Dalam teori Rhesus O ialah hanya pembawa kedua manakala A dan B adalah pembawa utama. Apabila darah jenis O dipadankan dengan jenis A atau B atau AB maka anak akan mewarisi A atau B. Kecuali jika jenis A bagi kedua-dua pihak maka anak akan membawa jenis O. Kanak2 yang dilahirkan tidak akan mewarisi RH negatif melainkan kedua ibubapa adalah negatif. Jika si ibu mempunyai rhesus negatif tetapi si ayah mempunyai RH positif maka anak akan mempunyai RH positif. 

Sebab itulah kadang2 terdapat masalah apabila terdapat kes2 yang membabitkan jenayah yang berurusan dengan ujian darah apabila darah yang berada di tempat kejadian tidak sepadan dengan suspek. Contohnya darah yang terdapat pada mangsa adalah berjenis B manakala suspek berdarah jenis O, dan sudah tentu ianya tidak sepadan. Itu membuatkan suspek didapati bersih dari tuduhan. Kesan darah tidak seperti kesan cap jari, yang mana ianya adalah unik dan hanya menjadi hak secara individu hingga akhir hayatnya. Kesan darah pula boleh dikongsi dengan sebilangan besar manusia hingga berjuta dan berbillion manusia. Hanya satu cara sahaja bagi menuntulan keputusan yang tepat adalah melalui ujian DNA.

Unsur dalam badan manusia dan binatang adalah sangat2 unik yang mana ianya mengandungi identi DNA yang berbeza di antara setiap mereka. Yer, ujian darah secara normal memang tidak mampu membuktikan sesuatu melainkan ujian yang lebih khusus. Identiti DNA ini boleh didapati pada setiap bahagian daripada tubuh seperti darah, rambut, air liur malah air mani juga. DNA mempunyai kelebihannya tersendiri apabila ianya kekal lama berbanding kesan cap jari dan kebiasaanya memang sangat lama. Ia juga boleh dihubungkan dan dikaitkan dengan susur galur keluarga dan pewarisan.

Namun terdapat juga kesulitan dalam menentukan kesahihan DNA manusia dalam kes2 yang membabitkan jenayah ataupun kes mahkamah kerana tidak mampu dibuktikan. Ini terjadi jika kes yang membabitkan tiga manusia tetapi manusia pertama berdarah A bercampur dengan darah manusia kedua yang berdarah B dan manusia ketiga dengan darahnya sendiri iaitu tidak bercampur, yang ditemui ditempat kejadian, maka itu bermakna suspek hanya dapat dibuktikan dua manusia sahaja kerana Darah DNA tidak boleh bercampur. Disebabkan itulah harus dipastikan apabila sampel darah telah diambil dan ditemui, tiada sebarang pencemaran dan mesti fokus di mana ianya ditemui.

Para penyiasat yang bertanggungjawab dalam kes2 forensik seperti ini harus mempunyai skil yang bagus dan harus peka, berpengetahuan luas berkenaan karekter dan perangai manusia untuk mencari atau mengesan bukti. Contohnya,  dalam kes rogol tidak semestinya kesan air mani boleh ditemui pada mulut atau kemaluan, kadang2 ditemui juga ditempat lain atau bahagian badan mangsa yang lain.

Dalam dunia forensik yang anda tidak pernah tahu bahawa walau sekecil2 bukti pun adalah sesuatu yang berharga untuk mereka. Mereka ditugaskan untuk mencari keadilan dan membela hak mangsa mahupun tertuduh yang mungkin teraniaya. Sekalipun anda bukan dalam bidang ini namun ada kebaikkan juga kita pelajari dan ketahui tentang ini yang mungkin kita berada dalam situasi ini kita tahu apa harus dilakukan. Untuk mengesan bukti2 yang kecil memanglah tidak boleh dilakukan dengan peralatan yang biasa digunakan untuk mata kasar melainkan yang khusus untuk itu seperti penggunaan sumber cahaya UV dan bahan kimia seperti luminol. Sampel yang boleh diambil untuk ujikaji DNA jika ditemui di tempat kejadian adalah :-

● jarikuku
● segala yang ada di bilik mandi seperti tisu, kertas tandas, napkin, alat cuci mata atau telinga, putik kapas dan apa2 sahaja yang ada di situ.
● pengorek gigi atau apa2 sahaja yang berkaitan dengan mulut
●  apa2 sahaja yang berada di bilik tidur dan laundry things
● head gear
● cermin mata dan contact lens
● setem yang telah digunakan dan sampul surat
● tapes, tali dan cords
● kondom yang telah digunakan
● peluru



Terdapat garis panduan untuk penyiasat2 melakukan proses pengumpulan bahan bukti yang berkaitan dengan DNA ini :-

♥ mereka perlu menggunakan banyak sarung tangan dan harus selalu menukarnya. Lebih mudah menggunakan pakai buang
♥ alat-alatan pakai buang
♥ mereka perlu mengelakkan diri dari menyetuh diri mereka sendiri seperti menyentuh bahagian muka, rambut dan bahagian luar sarung tangan
♥ mengelakkan dari mencemarkan bahan bukti dengan air liur mereka sendiri seperti bercakap, batuk dan terbersin
♥ jangan menyentuh permukaan melainkan menggunakan bahan yang digunakan untuk mengutip bukti
♥ bahan bukti yang berkaitan dengan bahan biological mestilah dikeringkan dengan udara sebelum dimasukkan dalam bekas plastik. Ini bertujuan untuk mencegah bakteria terbentuk kepada berbagai jenis ujikaji.
♥ berhati2 dengan sampel yang tercemar seperti virus bahaya dalam darah atau cecair samada HIV atau hepatitis. Perlu diingat bahawa darah manusia boleh ditemui pada binatang dan serangga.

PROSES MENGESAN DNA

Terdapat tiga cara bagaimana untuk mengesan DNA dengan melalui proses penyulingan. Ianya diakui dan diterima-pakai untuk keterangan di Mahkamah.

Cara  RFLP (Restriction Fragment Length Polymorphisn)


Kebaikkan cara ini ialah ianya accurate atau hasilnya tepat. Penyiasat tanpa ragu2 menerima hasil ujian ini untuk tindakan selanjutnya dan pihak pengadilan tidak mempertikaikan bukti tersebut.

Namun terdapat bamyak kelemahan dari segi kesesuaian keadaan dan ketepatan masa kerana ianya akan mengambil masa yang lama bagi mendapatkan hasil ujian iaitu di antara tiga minggu sehingga tiga bulan. Ini tidak membantu pihak penyiasat bagi mendapatkan leads untuk sesuatu kes yang mereka kendalikan dengan cepat dan tidak memberi keselesaan juga kepada orang tertuduh sehingga terpaksa ditahan sehingga result dikeluarkan dan hidupnya sentiasa berada dalam keadaan dituduh. Cara ini juga memerlukan fresh samples iaitu pihak forensik terpaksa memastikan mangsa atau sampel berada tidak lebih dari 24-48 jam. Sampel juga diperlukan agak dalam kuajtiti yang banyak seperri memerlukan tumpahan darah yang besar, sampel rambut lebih kurang dalam 25 helai dan kesan saliva yang besar. 

Method  kedua ialah  PCR  (Polymerase Chain Reaction). Teknik ini menambahbaikan proses RFLP.



Teknik ini disukai dan menjadi favourite pakar forensik dan ahli penyiasat kerana hasilnya pantas dan proses duplication berlaku dalam single vial sahaja. Sampel juga diperlukan pada raw material dan tidak perlu runsing dengan bahan sampel yang tamat tempoh. Disamping itu sampel yang lama boleh diuji lagi sekali. Teknik ini juga amat berguna untuk tiny sampel.

Though, teknik ini tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti utama di mahkamah dan boleh diragui dan dipertikaikan kerana result untuk ujian DNA ini adalah tidak terperinci, dengan nisbah ketepatan 1 pada 10,000 atau 100,000.  Risiko untuk sampel ini tercemar juga boleh berlaku kerana ianya menggunakan bahan raw dan berada pada persekitaran udara yang lama.

Selain itu terdapat juga teknik baru iaitu STR (Short Tandem Repeat). STR telah membuktikan keupayaannya dengan menyelesaikan kes kapal terbang terhempas di Everglades iaitu kes pertama yang diselesaikan dengan menggunakan kaedah teknik ini. Ianya telah digunakan untuk mengesan mangsa dalam TWA Flight 800 itu serta mengindentifikasikan mangsa. Namun teknik ini tidak digunakan untuk kes forensik. Teknik ini juga diterima-pakai di Mahkamah bagi tujuan tuntutan insurance atau pampasan. Kesimpulannya walau apapun teknik yang digunakan DNA analisis boleh dikodkan untuk penyimpanan dan dikesan kembali dalam database.

DNA  Case

Seorang doktor dari Lafayette telah dikenakan tindakan kerana percubaan membunuh bekas kekasihnya dimana dia telah menyuntik wanita tersebut dengan kombinasi virus HIV dan Hepatitis B. Doktor tersebut telah mengambil darah dari pesakitnya yang masing2 dijangkiti oleh kedua virus tersebut dan mengadunkannya dan disuntik ke dalam badan wanita itu. Virus itu mutate rapidly dan menyebabkan ianya sukar untuk dikesan pada pertama kali untuk dijadikan bahan bukti, maka pakar forensic terpaksa menggunakan kaedah RFLP walau dalam tempoh masa berminggu2, kerana kes ini dikategorikan sebagai prime kes.


Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah