Forensik : Odontologi, Antropologi dan Pemeriksaan keseluruhan Fizikal

ODONTOLOGI FORENSIK

Gigi merupakan salah satu bahagian yang diciptakan untuk memberi fungsi kenikmatan bagi manusia malah juga haiwan. Kenikmatan itu ialah bagi mengunyah makanan dan mencantikkan wajah. Apa perasaan kita apabila gigi kita telah habis rongak tetapi kita ingin merasa nikmat makanan tersebut? Dah tentu terasa kurangnya salah satu nikmat hidup. Begitu juga betapa tidak sempurnanya keindahan wajah amdai tersenyum namun gigi telah habis patah atau walau patah satu sahaja di depan telah menampakkan kekurangan pada kecantikan wajah kita.

Begitulah pentingnya gigi pada kehidupan manusia. Namun selain dari itu kita sebagai manusia harus berusaha menjaga gigi dengan sempurna sehingga akhir hayat kita kerana andai terjadi sesuatu yang buruk kepada kita dengan sebahagian badan kita telah tidak sempurna namun gigi boleh bertahan berbanding bahagian lain DNA. Apabila bahagian DNA lain mengalami kesukaran dan gagal untuk mendapatkan bukti, bahagian odontologi atau gigi adalah amat berguna. Dan bahagian yang paling penting pada odontologi tersebut ialah bahagian luar keras yang terselaput itu. DNA gigi boleh dikesan melalui dua aktiviti iaitu melalui rekod individu yang memang tersenarai dalam database dan melalui tanda gigitan.

Sebenarnya kes odontologi forensik ini telah digunakan sejak 2,000 tahun yang lampau lagi oleh masyarakat purba dan kaum2 yang terdahulu dan kita umat manusia zaman ini banyak belajar dari ketamadunan yang pernah mereka terokai terlebih awal. Cara ini juga telah digunakan untuk kes sejarah berprofil tinggi iaitu kes mengesan mayat Adolf Hitler, Eva Braun dan jenayah yang dilakukan oleh Ted Bundy. Cara yang dilakukan untuk mengesan adalah mengunakan radiologi bagi pemeriksaan.  

Terdapat dua sistem yang tepat bagi mengunakan odontologi ini ialah sistem Gustafson dan sistem Lamendin. Sistem Gustafson ini bertujuan mengindentifikasikan 6 tanda gigi yang digunakan oleh orang dewasa dan ianya akan dinilai setiap satu gigi tersebut. Manakala Sistem Lamendin pula ialah mengkaji gigi tersebut daripada akarnya. Perlu diketahui juga bahawa pemeriksaan terhadap gigi dewasa dan bayi adalah berlainan kerana mereka tidaklah sama.

Terdapat tujuh jenis gigitan yang berhubung dengan siasatan forensik iaitu

♥ Hemorrhage iaitu kesan yang ditinggalkan merupakan kesan pendarahan yang kecil.
♥ Abrasion, kesan gigitan yang tidak mendatangkan kerosakan pada kulit.
♥ Contusion, yang meninggalkan lebam
♥ Laceration, kesan yang menyebabkan kulit melecet
♥ Incision, kesan yang seolah seperti ketipan stapler iaitu ketipan yang rapi dan tersusun.
♥ Avulsion, kesan ini menimbulkan kecederaan yang parah iaitu koyakan pada kulit seperti dilapah
♥ Artifact, kesan ini juga amat parah yang gigitan akan menyebabkan kulit menjadi kepingan.

Google Image

Google Image


Kesan2 gigitan ini boleh diambil melalui photograpi tetapi mestilah dikendalikan dengan berhati2.

Autopsi yang dijalankan pada zaman kini telah ditetapkan garis panduan agar bukti2 dapat diambil dengan terang dan jelas. Pakar forensik harus mengendalikan kajian dan pemeriksaan berdasarkan ketetapan yang diberikan yang sebenarnya lebih memudahkan penyiasatan berbanding autopsi yang dijalankan pada zaman2 lampau sebelum arus kemodenan.  Antara yang perlu dirujuk ialah kajian mestilah menentukan identiti mayat, menentukan penyebab bagi kematian, bagaimana ianya berlaku, cara kematian berlaku dan waktu kematian.

Cara kematian itu terjadi - bagaimana kematian itu berlaku melalui penyebab kepada kematian itu iaitu samada secara serta merta atau secara perlahan. Ini kebiasaannya samada mangsa tidak sempat merasa kesakitan yang panjang atau mangsa akan disiksa secara berperingkat dan dengan kejam sebelum dibunuh.

Kelakuan kepada kematian itu melalui beberapa ciri iaitu secara tidak sengaja, yang mana suspek tiada niat untuk membunuh mangsa atau dirinya sendiri; membunuh diri sendiri; pembunuhan dengan melalui berbagai cara seperti mencekik mangsa sehingga mati, melemaskan mangsa dalam air, melakukan tusukan pisau dan keganasan menggunakan senjata api.

Kematian juga boleh diklasifikasikan sebagai kematian secara semulajadi iaitu kematian serta merta atau sudden death, mengalami serangan jantung dan melalui proses berdasarkan rekod kesihatan mangsa yang memang teruk.

FORENSIK ANTROPOLOGI

Antropologi adalah bidang yang boleh dikatakan sebagai berkaitan dengan penggalian arkeologi, suatu bidang yang khusus mengkaji peradaban atau sejarah zaman silam, ratusan malahan ribuan jutaan tahun lampau dengan menyelidik tentang rangka, tulang dan kesan tinggalan binatang atau manusia purba malahan kesan ketamadunan bangsa silam. Skop dalam forensik tidak jauh bezanya cuma lebih mengkhusus kepada pencarian dan penggalian bahan bukti yang relevan untuk pengadilan. Pemeriksaan ke atas rambut, serangga, tumbuhan dan kesan tapak kaki menjadi bahan utama bagi forensic antropologi.

Ciri2 bagi pencarian tersebut juga boleh di rangkumi melalui jenis2 manusia itu iaitu:-

■ Umur - boleh ditentukan melalui tulang belulang dan daripada situ kita boleh memgetahui usia manusia atau mangsa yang ditemui. Tulang dari bayi sehinggalah dewasa akan berubah  selama proses tumbesaran.
■ Jantina - boleh diketahui daripada struktur badan lelaki dan perempuan.
■ Ketinggian - boleh ditentukan melalui panjang kaki yang akan menunjukkan ketinggian manusia itu.
■ Etnik - menentukan asal usul orang disesebuah negara yang merangkumi Asian, Europe, Barat dan Timur termasuklah jenis rambut dan mata akan menunjukkan negara dan bangsa asal mereka. Ia juga akan membezakan ciri2 struktur bentuk wajah.
■ Masa kematian - boleh ditentukan melalui situasi di lokasi ditemui.

Tahukah anda bahawa wajah manusia yang telah reput, manusia yang hanya tinggal tulang atau manusia hilang boleh dikenal pasti dengan melalui istilah yang dipanggil sebagai pembinaan kembali struktur wajah. Pembinaan struktur wajah ini melalui tiga cara iaitu (a) menggunakan lapisan  tengkorak tanah liat (b) lakaran wajah oleh pelukis atau artis forensik dengan berpandukan kepada bentuk tulang yang ditemui atau melalui relatif kepada mangsa yang dilaporkan hilang dan (c) menggunakan teknik komputer yang juga berpandukan dan berdasarkan keterangan saksi atau orang yang mempunyai hubungan dengan mangsa.

Sebelum pemodelan dijalankan pakar forensik harus meneliti dengan detail akan perubahan pada tengkorak, kecederaan  dan sebagainya dengan menggunakan pengimbas. Mereka harus tau senjata apa yang digunakan dan kombinasi pada kecederaan dan senjata yang menyebabkan kecederaan tersebut.  Setelah padanan yang baik diperolehi maka barulah dimulakan proses pembinaan kembali struktur wajah. Struktur yang menggunakan teknik pada tanah liat kebiasaannya akan memperolehi keputusan yang tepat sepertimana teknik lukisan oleh artis forensik. Bagi teknik menggunakan komputer ianya mempunyai kelebihan kerana orang yang hilang bertahun lamanya boleh dibentuk kembali wajahnya pada masa terkini. Contohnya tentang kes kanak2 yang hilang sepuluh tahun yang lampau , mestilah dia telah dewasa jika ianya masih hidup, maka kebarangkalian wajahnya pada masa kini boleh diketahui dengan menggunakan lukisan komputer.  Manakala teknik Digital Superimposed akan melalui proses mengimbaskan foto orang yang hilang itu  dan kemudiannya dipadankan dengan tengkorak yang ditemui. Walaupun result yang diperolehi tidak dijanjikan tepat tapi ianya berkemungkinan hampir kepada ketepatan.

Google image

Google image

Google image


Walaupun tugas ahli forensik, pegawai perubatan forensik, ahli patalogi dan lain2 penyiasat forensik banyak mengendalikan bahan bukti dan hasil makmal tetapi mereka tidak bertanggungjawab untuk menginterpretasikan keterangan. Tugas tersebut hanya dilakukan oleh bahagian perundangan dan pengadilan seperti peguambela dan pendakwaraya dan mungkin sedikit kepada hakim. Tugas forensik hanyalah mencari bukti, menyimpan dan memeriksa dan mengendalikan report hasil dari bahan ujikaji dengan tepat dan telus. Mereka juga dengan itu kadang2 akan terpaksa hadir ke tempat jenayah untuk memastikan bahan bukti masih segar dan tidak tercemar. Namun, dalam apa2 pun situasi pasukan forensik harus mengikuti protokol apabila mengendalikan tubuh manusia, maka ianya bukanlah tugas yang mudah.

Memang benar skop tugas ahli forensik tidak semudah seperti disangka. Terutama sekali apabila membabitkan pemeriksaan menyeluruh apabila mangsa ditemui agar bahan bukti tidak dicemari oleh keadaan sekeliling dan tidak cepat rosak.  Pemeriksaan visual adalah ssperti berikut :-

● apahila mangsa adalah dari serangan jenayah maka sudah tentu darah akan ada tumpahan darah yang banyak terutama sekali apabila ianya berlaku melalui tusukan senjata tajam, senjata api ataupun keganasan. Maka darah yang ada pada badan akan diambil terlebih dahulu.
● kemudiannya diperiksa bahagian badan secara kasar dengan melakukan ujian x-ray, mengambil berat badan dan mengukur panjang badan.
● mengesan apa2 sahaja bahan letupan jika membabitkan kes pengeboman, yang masih tidak meletup yang kadang2 ditemui pada manusia yang masih hidup atau badan mayat.
● pemeriksaan pakaian adalah part paling penting  pada autopsi kerana pakaian akan mengemukakan bukti yang tidak disangka2. Memeriksa keseluruhan pakaian bagi setiap sudut seperti tag, jenama, saiz dan darah pada pakaian.
● kesan pada rambut bagi menentukan warganegara seseorang itu samada orang asing atau tempatan.
● periksa dengan detail untuk kes rogol jika berkemungkinan samada menemui objek asing pada bahagian badan.
● kerosakkan pada kuku
● pemeriksaan pada mata boleh dikesan dengan penggunaan alatan khas seperti pengcahayaan khas atau melalui fotograpi khas.
● dalam melakukan pemeriksaan pada bahagian badan, perlu dikesan jika terdapat tanda tatoo yang tidak diketahui maksudnya ataupun aneh kerana berkemungkinan ianya akan merujuk identifi kepada sesuatu samada kepada artis atau design.
● parut juga harus dikesan untuk menentukan penyebabmya samada ianya adalah daripada luka kebakaran ataupun yang pernah menjadi mangsa keganasan, bagi menentukan kes yang terbabit.
● Memeriksa tanda lahir yang tercatit pada permohonan pasport yang diketahui oleh kaum keluarga atau kawan2 terdekat.

Ahli forensik juga terpaksa berdepan dengan kesulitan dalam mengendalikan badan mayat yang terdapat padanya kesan cap jari kerana ianya boleh tercemar secara natural disebabkan kulit itu sendiri menghasilkan elemen peluh, garam dan minyak. Kebanyakkan cap jari juga menghasilkan elemen terbabit.

Kulit manusia juga bukanlah permukaan yang bagus kerana ianya bersifat meregang dan mudah terdedah kepada pelbagai kesan maka adalah mustahil untuk mendapatkan padanan yang tepat di samping ia juga merosakkan kesan itu sendiri. Penggunaan teknik pengwasapan bukanlah satu idea yang bagus namun akan memberi kesan yang bagus dengan penggunaan teknik bahan kimia Cyno, walaupun pemeriksa akan mendapat kesan sampingan seperti pening ketika melakukan kerja forensik. Maka kebanyakan daripada mereka akan kembali kepada basis iaitu dengan menggunakan cara tradisi melalui serbuk hitam magnetik yang lebih berguna. 

Pemeriksaan kecederaan juga dijalankan dengan teliti dan terperinci bagi memastikan setiap kes yang bersabit itu benar dan telus. Dalam menjalankan autopsi kecederaan ini ahli forensik membahagi kepada dua iaitu yang menembusi dan tidak menembusi. Maksud di situ ialah samada senjata itu boleh menimbulkan kecederaan yang parah atau yang membawa kepada kematian dan senjata yang hanya menyebabkan kecederaan ringan dan tidak parah. Namun, sifat senjata api  dan alat2 tajam adalah kecederaan yang dikategorikan sebagai menembusi.

Bentuk kecederaan boleh berubah disebabkan elastriciti kulit. Kita boleh mendapatkan info berkenaan bentuk kecederaan itu daripada permukaan yang muncul dari luka bullet tersebut. Kebiasaannya tanda pada kemasukan itu lebih kecil dan rapi daripada tanda keluar senjata peluru itu yang membentuk pattern star.

Sementara itu banyak faktor yang boleh menimbulkan dan meninggalkan kesan pada permukaan kulit (a) terbakar dan frostbite yang mana jika kulit terdedah kepada cuaca sejuk yang terlalu lama ianya akan menimbulkan kesan kemerahan dan seperti terbakar.  Ini selalunya terjadi bila kulit terdedah kepada cuaca sejuk melampau seperti salji tanpa sebarang perlindungan. Para atlit antara yang kerap mendapat simpton ini.
(b) kebakaran api rokok, ianya seperti luka disebabkan oleh tembusan peluru tetapi sangat berbeza apabila dilihat lebih dekat. Kes ini selalunya membabitkan penyeksaan atau keganasan rumahtangga.  (c) kebakaran eletrikal atau disebabkan renjatan elektrik yang mana ianya berlaku secara pairs dan bermula di titik contact. Maksudnya kesan disebabkan ini menunjukkan sedikit janggal yang mana kesan pada titik bermula renjatan itu kemudian ianya mengalir dalam aliran darah dan akan menyebabkan kejutan kepada muscles dan menimbulkan epilepsy.  Ini juga memberi tindakbalas kepada kegagalan buah pinggang.

Google Image - Frostbite

Google image - cigarette burns

Google Image - eletrical burns

Untuk kes lemas kerana dicekik, adalah penting untuk mengesan kesan tanda cekikan itu. Manakala untuk lemas kerana digantung atau membunuh diri penting untuk mengesan tanda tali dan boleh dikesan apabila dilihat pada karekter melalui tali itu condong menaik. Manakala untuk kesan jarum pula kemungkinan  menunjukkan bahawa seseorang itu  mengambil dadah.  Lebihan air daripada badan mangsa yang dicuci juga diperiksa untuk memastikan bahawa tiada bukti yang tertinggal terutama untuk bukti membabitkan darah.

Skop tugas para forensik juga kadang kala akan berdepan dengan situasi yang memerlukan ketelitian dan pemerhatian yang tajam, keputusan mesti pantas dan memerlukan skill yang istimewa untuk mengetahui sesuatu keadaan yang sukar seperti (a) badan yang ditemui tenggelam dalam air yang tentu akan mengalami frost dan kembung (b) badan yang terbakar tentunya amatlah sangat sukar untuk mendapatkan bukti jelas kerana kebanyakkan telah musnah (c) badan yang dikerat2 kepada beberapa kepingan (d) kematian bayi (e) penggalian semula mayat -jika mayat yang telah dikebumikan tetapi pasukan forensik menemui petunjuk baru apabila pemeriksaan terakhir tidak mencukupi atau menemui bukti baru membabitkan badan mayat, ia mestilah digali kembali untuk pemeriksaan detail kegunaan forensik. Maka pihak yang bertanggungjawab mestilah mengemukakan permohonan dan mesti hadir di mahkamah untuk memohon digali semula mayat.

Kes Forensik

Dalam satu kes di Australia, satu badan telah dijumpai dihumban di tepi jalan memberi petunjuk kepada pihak penyiasat untuk mengaitkannya kepada kes pembunuhan setelah mengesan teraan plate nombor kereta pembunuh. Bagaimana? Plate nombor itu telah ditanggalkan dengan bertujuan bagi mengelakkan dikesan dan diletakkan dalam trunk dan badan mayat itu telah dicampakkan ke dalam trunk untuk dibuang tetapi dicampak di atas plate tersebut. Maka ianya akan menimbulkan kesan teraan pada belakang mayat itu. Dengan bantuan alat khas forensik telah dapat mengesan kesan pada badan mayat itu.


Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah