Kekangan Budget

Apabila Biuty menulis..


Dalam menjalankan perniagaan kita harus bersedia mental dan fizikal. Harus ada perancangan rapi dan ilmu yang banyak supaya apabila jatuh tersungkur kita tidak akan mudah mengalah. Pengalaman saya jatuh berkali-kali dan bangun juga tidak jemu2 hinggalah ke hari ini.

Kita dah ada produk. Kita juga telah mula meniagakan produk kita di samping design yang menarik dan superb. Kita juga telah mempunyai model business yang mantap. Namun sejauh mana kita boleh pergi tanpa kewangan yang kukuh dan mantap. Kita hanya mampu berada pada satu tahap tanpa menaik. Maka kita harus bersedia dan pertimbangkan untuk menarik pelabur luar. 

Andai tiada pelabur luar sudah tentu KLCC tidak mampu berdiri gah. Pastinya kita masih menggunakan pusat Lapangan Terbang Antarabangsa di Subang dan Malaysia langsung tidak dikenali di persada dunia. Yer, pelaburan akan mengembamgkan dan menolong business kita bergerak pantas.

Jom kita tengok pelabur yang bagaimana yang kita perlukan:-

1. Angel Investors - pernah dengar bukan? Unfortunately ianya adalah manusia bukannya malaikat atau bidadari.  Lebih kurang datangnya dari kawan2 dan family yang provide suntikan awal pelaburan. Golongan ini benar2 akan membantu kita mencapai visi dan mahu melihat progress dalam usaha kita memulakan business.  But this is not really about making an extraordinary profit. Ianya sangat berisiko. Boleh jadi business kita akan berkembang dan possibly also can go wrong. 

2. Kapitalis Venture - pelabur jenis ini adalah mereka yang sangat berpengalaman dan berpengetahuan. Just like normal bankers mereka akan memberi pinjaman dan unlike normal bankers mereka tidak mengenakan interest but instead mereka boleh meminta perkongsian pemilikan dalam company kita. Its like they give you cash , you give them shares. The best excellent VC is to provide excellent advice and value. Mereka mempunyai kuasa untuk membantu business kita berkembang dan memajukan business kita dengan pantas dan lebih baik.
Apa beza mereka ini dengan normal bankers? Normal bankers akan memberikan pinjaman dan semestinya mereka akan mengenakan interest dan mereka mesti mendapatkan dari kita some collateral atau gadaian yang mana akan dijadikan sebagai backup jika kita sudah tidak mampu membayar dengan tunai. Mereka ini cuma akan memberi pinjam dengan amaun yang kecil tetapi kepada berjuta2 orang. Profit mereka adalah from scale.
Berbeza pula dengan VC. VC adalah mereka yang sanggup hadapi risiko dan business mereka adalah mendapatkan pulangan yang besar dalam pelaburan yang besar.  Goal mereka adalah mendapat pulangan melalui pulangan puluhan iaitu contohnya, untuk pelaburan sebanyak $1 million, pulangannya adalah $10 million.

3. Pelabur sebagai kawan - cara ini tidak melibatkan wang ringgit tetapi pengetahuan dan alertness. Mereka ini kebiasaannya adalah pretty dam smart people. The more experienced the VC the more we can get insight of info. You don't need to get their monies but friends with them. You will get all the information for free.

4. Accelarate or Incubator - ini adalah sejenis program untuk para usahawan baru yang mencebur diri dalam business. Program ini selalu dianjurkan oleh pihak MARA atau Tekun iaitu sebuah program tajaan kerajaan atau badan berkanun. Ianya akan mengkhususkan program bermula daripada awal dan great support from mentor. Ia juga dikenali sebagai program mentor mentee. Ia akan memberi extra support like money, mentors dan office space bagi melangkah ke tangga seterusnya. Program ini membantu entrepreneurs yang bagus bagi refine idea mereka, menperkuatkan business models dan produk sebelum menyerahkan entrepreneurs ini kepada pelabur yang hebat.

Perjanjian 

Dapatkan perlindungan dengan Perjanjian atas kertas. Ingat. Apa2 sahaja persetujuan mestilah disudahi dengan perjanjian hitam putih atau secara legal. Perjanjian itu mestilah rasmi iaitu perjanjian yang ditandatangani but tak semestinya dengan kos yang tinggi.

Saya beruntung kerana tau hal ehwal berkenaan legal kerana ada asas pelajaran dalam legal, pernah mengendalikan kertas perjanjian dan bekerja di legal firm. Perjanjian yang dimaksudkan adalah di antara kontraktor, freelancers, potential employees atau pun agencies yang mana mereka harus menandatangani NDA (Non Disclosure Agreement). Ini memperlihatkan kita secara profesional juga memberikan kita sedikit protection jika terdapat seseorang yang cuba mencuri idea kita.

Keduanya, berhati2 dengan berkenaan hak intelektual property atau dalam kata lain, kerja yang kita berikan kontrak kepada other parties untuk membuatnya akan menjadi hak pemilikan kita. Ini akan prevent unscruplous atau kemungkinan orang akan cuba mengambil kesempatan atas diri kita.

Ketiganya, berkenaan dengan partner atau cofounder. Dalam kata lain ianya ialah perletakhakkan pengasas yang mana ownership share kita akan dapatkan full earning. Secara tipikalnya kita harus tinggal dan kekal bekerja dalam company sendiri untuk 4 tahun, its a normal period. Contohlah, kita dan seorang kawan decided untuk buka business. Each of us own 50 %. Then six months later kawan kita decides to remove hershelf from company. Tetapi kita telah melabur banyak benda. 

Mesti hati kita rasa sakitkan. Sudahlah company dah setup, design sudah clear dan superb, kontrak sudah ditandatangani dan kita secara personally sudah meletakkan pelaburan yang tinggi. Memang benar sharing is 50% each but cofounder tidak melabur atas apa2 pun kecuali masanya dan secara legal we both own half-half shares. If cofounder walks away dia still owns 50 percent. Kita pulak get stuck running the company sedangkan dengan susah payah kita cuma owns 50 percent sedang dia bersenang lenang tidak buat apa2 moving like that. That sucks. And there is not a lot you can do about it.

Pelabur luar juga ingin pastikan jika dia melabur dengan jumlah yang besar company dalam keadaan tiada masalah. Cofounder and founder akan kekal dalam company dan bekerja selama tempoh perjanjian bagi pelabur mendapat kembali pulangan yang besar.

Panduan untuk membuat perjanjian hasil dari pengalaman saya handling the agreement :-

1. You should negotiate a term sheet with your investors dan tidak mengelak dan berahsia behind the lawyers. if you can't get along with investors at this early stage so better you found out now than later.

2. Sometimes you can't much understand what is stated in term sheet, with the clauses,  istilah legal etc  so read carefully and understand. But before closing documents you better sit and talk with your lawyer and let them explain to you about the clauses and keseluruhan documents.

3. Dapatkan peguam yang bagus dan mahir dan full knowledgeable dalam urusan tandatangan perjanjian. Peguam yang bagus tidak semestinya bekerja di big legal firms. Tanya sesiapa yang pernah terlibat dalam urusan perjanjian dan minta pendapat mereka berkenaan dengan peguam. Peguam begini dikenali sebagai conveying lawyer.

4. You probably won't be able to tell the difference between good legal advice or bad at this stage. Jadi banyakkan bertanya, pester people and don't sign anything you're not aware and comfortable.

Apabila kita sudah sampai tahap ini maka kita sudah bersedia untuk naik ke tangga seterusnya iaitu creating a real business. Dengan pelaburan yang kita dapat kita bersama dengan team menperbaiki lagi product dan sistem jualan dan menaikkan lagi minat pelanggan dengan menambah pengguna menggunakan khidmat atau product yang dihasilkan. Selamat berjaya untuk kita semua!


Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah