Menyelesaikan Krisis identiti

Kita hidup dalam dunia yang sedang bergerak pantas sekarang ini, berbeza 29-30 tahun yang lampau yang mana sekarang ini boleh dikatakan siapa cepat dia dapat..siapa lembap dia ketinggalan.

Dunia perniagaan ini sebenarnya adalah dunia yang lebih mencabar dari professional working. Mau taknya, entrepreneurs berusaha meyakinkan clients untuk tertarik kepada product atau servis mereka kerana persaingan di luar itu sungguh hebat. Kadang2 manusia ini bukan tertarik kepada product kita sangat tetapi pada sesuatu yang unik berkenaan diri kita atau company kita, misalnya nama atau brand.

Nama atau brand contohnya, mencipta nama pada peringkat permulaan business adalah sesuatu yang sungguh kritikal. Namun janganlah terlalu memikirkan tentang nama hinggakan kita mengabaikan tentang misi menghasilkan product yang bagus. Jangan sesekali settle dengan nama yang OK. Nama yang hebat adalah sepuluh kali ganda lebih baik daripada nama yang baik. Saya belajar ni ketika kursus perniagaan yang dianjurkan pihak Mara ketika mula2 melibatkan diri dalam dunia business dahulu. Maka saya telah mencuba beberapa nama namun gagal menaik pehatian clients tentang produk saya. Akhirnya nama Cake Girl menjadi sebutan dan agak dikenali serta senang diingati. Kalau kita kenali Gadis Bunga maka saya adalah Gadis Kek. 

Seperti saya katakan people will look from first impression.  Mentor saya pernah beritahu bahawa sebelum orang kenali product kita sudah tentu orang ingin kenali siapa diri kita dan company kita. Maka perkara pertama yang harus diambil berat ialah tentang pembinaan Website supaya people can refer about perjalanan company kita.

Apakah nama yang sesuai untuk dijadikan sebagai nama brand anda? Disini ada beberapa faktor bagi menentukan nama yang bagus dan viral :-

♥ adakah inginkan nama yang short, catchy dan of course memorable. Kita ambil contoh Hailo, is about hailing a taxi. Snapchat,  is about chatting rapidly.

♥ adakah nama itu melambangkan kebijakkan? Contohnya Square, allowed you to square up your bill. What make me interesting is Pinterest, allow me to pin all the things I find interesting.

Apabila kita sudah mendapat nama yang bagus maka langkah seterusnya ialah membina laman web agar customers dapat membuat rujukan tentang product kita. Owning the dotcom versi dari nama kita adalah ideal. Ianya menunjukkan kredibiliti, trust dan a clear leadership position. Atau jika kita hanya focus kepada mobila maka menggunakan domain name syarikat kita dotcom adalah strategi paling bagus.  

Maka adalah idea yang bagus untuk anda mendaftarkan semua media sosial yang digunakan untuk mempromosikan product dan business anda. Anda selamat pelanggan anda juga selesa berurusan. Selamat berjaya!









Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah