Puasa dan Kesannya


Puasa adalah satu kewajipan dalam islam yang patut dilaksanakan. Puasa termasuk dalam rukun islam yang lima perkara. Ia juga selain tuntutan dalam agama, termasuk kebaikkannya dari segi kesihatan dan juga penyucian dan ketenangan jiwa. Puasa juga tidak hanya diamalkan oleh orang2 islam tetapi juga berbagai agama, cuma perlaksanaan mereka berbeza.

Tetapi berbagai kajian dan penyelidikan dibuat atas puasa yang disunnahkan oleh Nabi Muhammad Saw telah banyak diakui kebenarannya. Seorang doktor perubatan yang bertugas di British Broadcasting Corporation (BBC) sebagai editor sains telah melakukan kajian terhadap dirinya sendiri dengan berpuasa isnin dan Khamis. Beliau merupakan pengidap beberapa jenis penyakit disamping obese telah merasai kesan dari puasa tersebut dan telah pulih sepenuhnya. Malah beliau telah menghasilkan sebuah buku berjudul The Fast Diet (2013) dan telah dijual di 42 negara di dunia dan menjadi best seller di The New York Time. Ini menyebabkan ramai pengkaji barat berminat untuk mengkaji kebaikkan puasa yang disarankan islam. 

Bagaimana dikatakan jika walau berpuasa tetapi kesan kesihatan pada diri individu tersebut tidak berubah? Maka, ianya bergantung kepada cara pemakanannya ketika berbuka puasa. Salah satunya ialah makan secara beremosi boleh menyebabkan seseorang berada dalam keadaan stress apabila hormon kortisol bertindak menjadi perangsang kepada pengambilan makanan bergula dan berlemak. Hormon2 stress ini seterusnya menggalakkan pembentukkan lemak.

Padahal sepatutnya puasa boleh memperbaiki sistem imun kita yang rosak. Apabila kita berasa lapar ketika berpuasa secara tabiinya segala sistem dalam badan menjimatkan sumber tenaga dengan mengitar semula sel2 imun yang rosak dan tua. Sel2 darah putih akan berkurangan dan ia akan menjadi lebih banyak apabila berbuka puasa. Puasa juga merupakan rawatan yang berkesan kepada penyakit kecelaruan radang yang kronik atau rheumatoid arthritis yang bukan sekadar menjejaskan sambungan pada tulang tetapi juga merosakkan sistem badan yang lain. Puasa yang disarankan ialah puasa air iaitu betbuka dengan air sahaja tanpa makanan. Penyelidikan ke atas 43 pesakit tersebut menunjukkan peningkatan kekuatan cengkaman tangan dan aktiviti2 lain selepas berpuasa tujuh hari.

Puasa juga berfungsi dalam rawatan pelbagai penyakit berdasarkan dari beberapa kajian yang dijalankan. Antara lain puasa dalam rawatan penyakit Systemic Lupus Erythematous (SLE), yang merupakan satu penyakit autoimmune jangka panjang yang menyerang jenis tisu termasuk otak, buah pinggang, sendi2, kulit dan organ lain. Penyakit ini kadang2 boleh dipulihkan sepenuhnya dengan puasa dan boleh menghapuskan rawatan menggunakan dadah jika dirawat awal. Asthma boleh dikurangkan penggunaan amalan menyedut ubat dengan berpuasa selama 12 jam. Kajian ini dilakukan di Turki ke atas 121 prsakit asthma. Joel Fuhrman seorang ahli perubatan yang berpengalaman luas dalam kajian puasa dan asthma mendapati bahawa amalan puasa samada puasa panjang atau dua kali seminggu dengan diet sayuran, akan mengelakkan pengambilan ubat-ubatan walaupun mempunyai sejarah penyakit yang lama.

Penemuan baru juga agak mengejutkan bahawa dengan berpuasa berkala boleh menyembuhkan penyakit kanser. Sebelum dikaitkan dengan puasa, mari kita ketahui dahulu bagaimana kanser terjadi. Sel2 dalam badan manusia membahagi melalui proses yang dinamakan mitosis. Semasa proses ini satu sel induk membahagi dan menghasilkan sel2 anak seiras dan melalui cara ini induk akan mewariskan bahan genetik, namun sel2 itu harus meniru dahulu DNA. Apabila penyalinan DNA berlaku sebelum membahagi pasti terdapat kesilapan pada setiap 100,000 nukleotide iaitu setiap 120,000 kali sel membahagi.  Proses ini dinamakan mutasi iaitu proses mengubah urutan DNA.  Tetapi bergantung pada keadaan,  ia mungkin baik, berbahaya atau tiada kesan.

Gen penghalang tumor iaitu gen pelindung akan menghadkan pembiakan sel, membaiki DNA yang tidak selaras dan mengawal kematian sel. Tetapj apabila gen ini sendiri mengalami mutasi sel2 membiak secara tidak terkawal yang akhirnya membentuk tumor.

Secara tabii fungsi sel dalam badan manusia akan mengalami kematian dan ini penting dalam keseimbangan hidup manusia. Namun, benda kejadian baru pasti akan mengalami kesilapan, yang mana sel2 tua dan rosak ini seharusnya mati, terus hidup dan membahagi. Maka sel2 rosak ini menjadi malignan dan menyebabkan tumor. Sel2 kanser ini akan terus melindungi sel2 rosak itu dari kematian secara semulajadi. Kerana itulah ia menggunakan lebih banyak glukosa bagi membekalkan tenaga untuk membiakkan sel2 lain lebih cepat. Seperti contoh seorang ibu perlukan tenaga untuk terus membekalkan makanan atau susu kepada tumbesaran anak2 nya. Kanser hanya dapat dimatikan dan boleh dirawat jika glukosa disekat.

Puasa dalam rawatan kanser - pada tahun 2009, laporan kajian terbitan Jurnal Aging menunjukkan 10 individu yang mengidap kanser mengamalkan puasa berkala mengalami kesan yang lebih ringan dari kemoterapi. Puasa ketika proses kemoterapi akan melambatkan pembiakan dan penambahan tumor dan boleh mengambil alih sesetengah ubat yang digunakan dalam proses kemoterapi.  Kajian lagi dilakukan terhadap tikus yang disuntik sel kanser pada 2008, bahawa puasa berselang seli atau puasa seperti Nabi Daud berjaya mengurangkan kadar pembiakan sel kanser. Puasa seperti ini juga berkesan bagi penurunan kadar aras glukosa, insulin growth factor dan lemak yang jahat yang boleh menyebabkan penyakit kronik seperti diabetes,  jantung dan kanser. Kajian ini telah dilakukan pada 2007 oleh penyelidik Krista A Vardy dan Marc K Hellerstein di mana seseorang mengambil 400 kalori bagi wanita dan 600 kalori bagi lelaki. Mereka para penyelidik ini juga lebih cenderung kepada rawatan kaedah puasa berbanding dengan pengambilan makanan.

Ini bukan satu mitos mahupun cerita rekaan. Buktinya ada dan diketahui dari perjalanan hidup Rasulullah dan para sahabat. Mereka terhindar dari penyakit ketuaan iaitu Parkinson dan Alzheimier kerana amalan mereka sentiasa berpuasa bukan sahaja puasa Isnin dan Khamis malah mengikut saranan nabi puasa yang terbaik ialah puasa Nabi Daud, berpuasa sehari berbuka sehari. Hal ini diakui oleh Professor Mark Mattson pakar dalam bidang kajian mengenai kecelaruan minda, telah menerbitkan beberapa kertas kerja mengikhtirafkan puasa dua kali seminggu mampu mengurangkan risiko terkena prnyakit ketuaan.

Kajian terhadap peranan puasa dalam mengatasi penyakit epilepsi terus dilakukan semenjak tahun 1916 lagi.  T.E. McMurray yang telah menerbitkan kajiannya di New York Medical Journal telah mendakwa bahawa beliau berjaya merawat pesakit2 epilepsi dengan menggunakan kaedah puasa diikuti dengan pengambilan makanan yang tidak mengandungi karbohidrat. Sementara itu pada 1920an Hugh Conklin telah menyarankan kepada pesakitnya untuk berpuasa selama 18-25 hari telah berjaya merawat beratus2 pesakit dengan kaedah puasa dan mendakwa berjaya merawat 50% orang dewasa dan 90% kanak2.  Bagaimana ini terjadi? Apabila kita dalam keadaan berpuasa hati mula menukarkan lemak kepada asid lemak dan jasad2 ketone bagi menggantikan glukosa sebagai sumber tenaga bagi otak.

Stroke adalah sejenis penyakit angin ahmar yang paling banyak berlaku dan merupakan 85% adalah dari jenis Ischaemic Stroke. Stroke jenis ini berlaku disebabkan penyempitan salur darah atau arteri tersumbat. Salur darah ini dinamakan sebagai arteri caratoid.  Ianya tersumbat disebabkan darah beku yang boleh berlaku samada dalam arteri atau dalam saluran darah yang lain. Ia juga boleh tersumbat disebabkan mendapan2 lemak dalam arteri yang dinamakan plak. Ia merupakan jenis strok paling bahaya dan kerap serta menyebabkan kematian.

Manakalah Hemorrhagic Stroke atau pendarahan pula berlaku disebabkan kebocoran atau pecahnya arteri2 dalam otak. Darah yang keluar itu menyebabkan tekanan ke atas sel2 otak dan menyebabkan ianya rosak. Saluran darah boleh pecah di tengah2 otak atau pada permukaan menyebabkan pengumpulan darah di ruang2 antara otak dan tengkorak. Selain ianya juga boleh pecah disebabkan tekanan darah tinggi, trauma dan ubat-ubatan. Stroke ini boleh menyebabkan kelumpuhan badan. Kaedah berpuasa secara berskala mampu mengurangkan risiko serangan stroke. Menjarakkan waktu makan boleh mengurangkan aras terendah hormon leptin dan melindungi daripada kesan pengurangan hormon leptin yang beredar kesan daripada stroke.

Akhirnya, penyakit yang paling ditakuti oleh masyarakat dunia selain diabetes ialah penyakit jantung koronori, mampu dikurangkan dan dirawat dengan kaedah rawatan puasa.  Penyakit koronori ini berbeza dengan strok yang dirujuk sebagai Coronory Heart Disease dan disebabkan oleh pengumpulan plak dalam arteri koronari. Plak ialah sejenis bahan berlilin yang menghalang pengaliran darah ke otot jantung. Pengidap penyakit ini kebanyakkan nya adalah mereka yang obese. Puasa secara berkala iaitu rawatan puasa berbuka dengan minum air sahaja sebanyak dua kali seminggu atau mengurangkan makanan berlemak dan berkalori tinggi dengan susulan puasa selang sehari dapat mengurangkan pengumpulan lemak kolesterol berketumpatan rendah dan triglycerides.

Satu penyelidikan dilakukan ke atas golongan penganut kristian Mormon mengenai amalan keagamaan mereka yang melibatkan puasa. Mormon adalah agama yang dikaitkan dengan Mormonisme, cabang utama kepada mazhab kristian yang dinamakan Gereja Jesus Christ of Latter-day Saints. Mereka mengamalkan puasa hari sabtu setiap bulan tanpa makan dan minum dalam masa 24 jam dan wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli makanan disalurkan untuk kebajikkan. Ramai antara mereka ini mendiami kawasan Utah, Amerika. Mereka ini mempunyai kadar kematian yang rendah kerana peratusan mereka yang mengidap penyakit juga rendah.  Bagi mereka yang taat dan alim dalam agama ini tidak meminum alkohol, tidak menghisap rokok dan tidak minum kopi. Menurut Dr Benjamin D. Horne, pengarah di bahagian Kardiologi dan Epidermologi di Dalt Lake Amerika dalam kajiannya mengakui bahawa orang yang berpuasa secara rutin mempunyai kesan yang rendah untuk mengidapi penyakit koronori arteri.

Kesimpulannya,  sunnah nubuwah ini bukan sahaja memberikan kemanfaatan kepada umat Nabi Muhammad sahaja tetapi mencetuskan tsunami dalam penyelidikan sains dan biologi. Puasa adalah kunci kepada kesihatan jasmani dan rohani.

Rujukan dari : Puasa dan Makan sedikit  oleh Dr. Mohd Arip Kasmo, seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun 1997 hinggalah bersara wajib pada tahun 2017.  Buku beliau boleh didapati di pustaka UKM. 











Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah