Ilmu yang tidak surut

Assalamualaikum; 

Sebenarnya ada perkara yang saya sebagai seorang hamba Allah yang naif dan banyak kekurangan ingin kongsikan tapi saya takut pada pandangan orang2 awam. Sebab ilmu ini juga saya bertanya pada Ustaz Abdullah seorang yang saya kenal sebagai seorang guru. Saya mohon jika tak faham sila merujuk kepada arif. Jangan faham ikut kehendak dan naluri. So saya sharing di blog sebab kebanyakkan pembaca blog saya adalah kawan2 yamg faham tujuan saya dan untuk yang mungkin pertama kali melayari blog saya saya mohon agar anda membacanya bermula dari penulisan pertama saya. Kita manusia yang sama ingin memperbaiki diri dan tak sempurna. Manusia sempurna tidak akan sampai ke blog saya ini sebab penulis blog ini tidak sempurna kehidupannya. Kadang mengikut nafsu, emosi dan amarah. Kita sambung ye:)

Pandangan Tok Kenali tentang tafsir surah Yaasin di ayat terakhir:

"Tiada lain sungguhya urusanNya, apabila Dia mengkehendaki sesuatu cukuplah bagiNya bahawa Dia berkata "kun" (jadilah), maka jadilah dia" (Yaasin : 82)

Semasa beliau sedang mengajar ayat ini ada seorang muridnya bertanya ," Wahai guru, makhluk ini banyak dan bertaburan sana sini. Bagaimanakah hakikat Kun Fayakun ini? Adakah semestinya Tuhan berkali2 berfirman Kun! Kemudian Kun dan seterusnya sebab bamyaknya makhlukNya?"

Dengan senyum Tok Kenali menjawab : "Maksud kata2 itu bukanlah seperti lafadznya tetapi ibarat segeranya berlaku kehendak atau iraadah Allah Ta'ala Yang Maha Perkasa. Bukanlah mesti dengan mengucapkan kata2 demikian."

Subhanallah masyaallah..saya juga baru tahu imu ini..baru sedar keadaan sebenarnya Kun Fayakun ini. Bila saya renung banyak kali maksud Tok Kenali ini dengan juga bimbingan yang arif..naik bulu roma saya..betapa salahnya anggapan saya selama ini. Wahai pembaca yang saya sayang dan hormati..kita masih mentah dan jahil dalam banyakperkara dan tercetus serta sedarnya betapa keberuntungannya andai Rasulullah ada lagi di kalangan kita..









Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah