Magazine sharing : The Economist Intelligent life


Title : The Economist : Intelligent Life
Publisher : Des McSweeney
Available at : moreintelligentlife.com
Pages : 130
Genre : non-fiction magazine

Magazine ini agak berat. Saya ambil masa seminggu untuk betul2 menghayatinya. Mungkin kerana penggunaan bahasa agak tinggi. English di sini terlalu professional dan memang sukar untuk fahami istilah jika tidak biasa membaca buku2 berprofil tinggi. Saya cadangkan pembaca kena naikkan level pembacaan anda agar terbiasa dengan pembacaan yang lebih sukar. Sukar di sini bermaksud walaupun sebenarnya apa yang ingin diperkatakan sesuatu yang simple tetapi oleh kerana olaham bahasa dan pemikiran yang kritis dari penulis2 menjadikan yang biasa menjadi ekslusif.  

Ini antara isu2 yang terdapat dalam magazine ini dan jika ingin membaca lebih detail boleh melanggan kepada info di atas.

**************************************

Penghuni dunia

Bumi yang kita duduki ini bukan hanya dihuni oleh manusia tetapi kita berkongsi kehidupan dengan makhluk lain termasuklah serangga2. Faktanya, setiap kehidupan manusia di planet ini disertai dengan 40 tan serangga2. 

Dalam buku tulisan Vaclav Smil iaitu seorang Profesor di Universiti Manitoba menulis tentang keberadaan penghuni bumi ini termaksuklah bahan2 material dan hidupan. Beliau dikenali dengan tulisannya mengajak manusia berfikir menggunakan minda yang tidak terbatas, melalui pengetahuan dari kesusasteraan yang relevan dan membangkitkan keyakinan diri yang tidak tergoyah kepada pembacanya. Salah satu tulisannya ialah berkenaan kekuatan sebalik proses berlakunya tektonik, memberikan cukup masa untuk gunung2 membesar dan membentuk lautan, anggaran 85 miliwat disetiap segiempat meter daripada permukaan bumi. Selama 3 bilion tahun yang lampau penetapan nitrogen yg mana semua benda2 hidup bergantung dalam aturan membentuk protein dan yang sama dengannya telah secara eklusifnya dikawal oleh bakteria. Untuk lebih selama 50 tahun jugalah kilang2 baja tiruan yang ada kebanyakkannya di setiap daerah pendudukan fed with udara dan natural gas. So Smil telah membuat pengiraannya diikhtiraf ramai bahawa 40% nitrogen yang manusia dapat dari diet mereka, secara kasarnya juga 40% nitrogen dalam otot2 kita, sel darah, DNA kita dan semua kita ini adalah datangnya dari...kilang baja tiruan. Jangan terkejut dengan fakta ini yer.

Museum khayalan jadi realiti

♥ Ada sebuah museum yang rasanya tidak pernah terlintas dalam benar akan wujudnya..tapi ianya betul2 wujud! Museum itu terletak di Zagreb, Croatia yang diberi nama Broken Relationship Museum. Museum ini diwujudkan untuk mempamerkan kesan2 memori sepanjang perhubungan sebelum terputusnya cinta antara sepasang pencinta. Unik bukan?

♥ Diasaskan oleh Olinka Vistica dan Drazen Grubisic yang sebelumnya pernah menjadi pasangan kekasih tetapi telah memutuskan perhubungan cinta beberapa tahun yang lalu. Mereka muka membahagi-bahagikan barangan yang pernah dimiliki bersama yang mempunyai sentimental value between them. Mungkin selama ini kebanyakkan manusia akan membuang barang2 yg pernah menjadi kenangan - berpendapat bahawa apabila cinta berakhir maka segalanya tiada apa perlu disimpan. Tetapi mereka mengambil pendekatan berbeza. Bagi mereka ianya satu bentuk kekejaman membuang barangan yang telah menjadi bukti bertahun2 akan kegembiraan dan pleasure dalam perhubungan. Maka mereka decided untuk mengembara dan mengumpul bukti2 dan item2 yg telah didermakan bagi merialisasikan hasrat tersebut.

♥ Objek2 yang dipamerkan mewakili perasaan setiap pemiliknya, bahagia, derita malah kesakitan. Satu objek berbentuk payu dara palsu yang telah didermakan oleh seorang wanita telah menarik ramai pengunjung. Menurut wanita itu payu dara itu dipakai setelah dipaksa oleh suaminya ketika mereka setiap kali melakukan hubungan seksual sehinggalah beliau meninggalkan suaminya.

♥ Objek lain ialah sejenis kapak yang telah dikirimkan daripada Berlin oleh seorang wanita lesbian yg telah ditinggalkan oleh kekasihnya yg juga lesbian untuk lesbian lainnya. Ketika ex lovernya pergi bercuti bersama kekasih baru, wanita lesbian itu membeli kapam itu dan memecahkan kepada kepingan2 perabot2 ex lovernya. Mengikut ceritanya beliau telah kemudiannya menyusun teratur kepingan2 itu dan menanti sehingga ex lovernya pulang dari bercuti dan mengambil barangannya. 

♥ Di sini juga satu kisah yang boleh membuat kita menangis. Selepas 13 tahun, cinta mereka yang indah bertukar menjadi persahabatan, seorang suami telah meninggalkan isterinya. Isterinya mengambil anjing kecil mereka dengannya kerana suami merasakab bahawa isterinya memerlukan teman lebih dari dirinya. Namun selama berbulan suaminya merasakan depression yang amat, kemungkinan dia merindukan isterinya, tetapi walau apa pun situasi dia tetap tidak kembali kepada perkahwinan itu. Ini membuatkan isterinya merasa sedih. 

♥ suatu hari suaminya menerima satu bungkusan dari isterinya dan kandungan dalam bungkusan itu lagi merobekkan hatinya especially satu kolar anjing yang ada red flashing light yg bertujuan agar anjing itu senang dicari jika menyembunyi or tersesat. Dalam tempoh setahun mereka berpisah, suami telah bercakap mengenai dirinya merasa kehilangan.  Sehinggalah suatu hari isterinya telah check-in ke sebuah hotel di bandar yg asing dan mengambil nyawanya sendiri. Kolar anjing itu telah mengingatkan beliau kepada hati isterinya yang terluka.

Kisah sedih buku kanak2

♥ Dunia kanak2 adalah dunia khayalan. Dunia yang mereka ciptakan sendiri mengikut kehendak dan naluri walau jauh dari realiti, namun kepuasan menikmatinya meninggal kesan dalam jiwa.

♥ maka untuk merealisasikan impian kanak2,  buku2 kisah fairytale banyak diterbitkan. Tiada hairan bagaimana kisah dalam buku kanak2 kerana berkisar situasi yang sama iaitu 'happily ever after', 'true love', 'cursed broken', 'married to Prince Charming', semuanya happy ending. Boleh dikatakan hampir seluruh penulis buku kanak2 di seluruh dunia berkongsi jiwa yang sama dengan kanak2, tidak terkecuali penulis muslim.

♥ Namun, masih ada yang berkecuali. Perancis, sebuah negara yang terkenal dengan industri fashionnya yang hebat dan fabrik yang bermutu tinggi, juga melahirkan para genius yang ramai berbanding negara2 lain. Bagaimana itu terjadi, kita selusuri zaman kanak2 mereka.

♥ Perancis juga mengeluarkan buku kanak2.  Namun ianya sama sekali berbeza dengan British, American dan mana2 pengeluar buku kanak2 terbesar dunia. Buku mereka terlakar ilustrasi yang cantik, bermuka keras atau hardbook dan juga mahal. Buku2 itu tidak diterjemahkan dalam bahasa English,  maka bagi pembaca yang non-french terpaksa mengikut kreativiti masing2 dalam membaca dan memahami gambar2 yang terlukis di dalamnya.

♥ Buku2 mereka bersifat lebih kepada moralistik dan berat untuk berfikir, tulisan dan kandungan buku lebih kepada penulisan cara lama. Ayat2nya terlalu formal untuk perbualan. Nampaknya buku2 itu ditujukan untuk dewasa, bukan untuk kanak2.  Dari segi kata lain,  ianya jika pada kanak2 lain di luar French, tidaklah berminat untuk dijadikan bacaan di tempat tidur.

♥ Buku2 itu seperti tajuk 'The tiger who came to tea', 'Where the wild things are', adalah antara yang dikeluarkan oleh french untuk kanak2 mereka. Agak pelik tetapi itulah realitinya. Tujuan buku2 itu diterbitkan sedemikian adalah berbentuk pendidikan seperti pembentukkan moral melalui pembacaan. Memang ianya tidak selalunya berakhir dengan happy ending sepertimana buku kanak2 English. Kisah2 dalam buku itu selalunya berakhir dengan horrific seperti kematian ibu, bot tenggelam, ibu tiri kejam dan penderaan anak, tetapi ironisnya penerbitan seperti ini memberi kejayaan besar di Perancis.

♥ Menyedari akan kelainan merekalah, buku2 French tidak diekspot ke negara luar terutamanya British, kerana British sendiri kaya dengan penerbitan buku2 tanpa perlu mengimpot masuk bahan penerbitan luar. Keadaan ini ditambah lagi dengan sokongan kerajaan melalui penubuhan Undang2 Lang pada 1981, telah memberi French perlindungan harga buku, yang mana lebih mahal untuk dibeli dan lagi pula buku2 mereka berbentuk 'hardback'. Maka, kita boleh melihat attitude mereka dibentuk sedari kecil melalui bacaan2 berat.

♥ Bentuk bacaan juga adalah non-komersil. Maka tidak hairanlah buku terlaris atau best-seller didominasikan oleh buku berbentuk falsafah dan politik, dibandingkan dengan Britain, banyak didominasi oleh tajuk2 seperti buku masakan dan memoir selebriti. Kesusasteraan kanak2 tidak dinilai tinggi. Bayangkan buku kanak2 seperti Aesop dibaca pada awal usia dibandingkan dengan kanak2 English sepatutnya baca. Buku2 Aesop itu dibaca oleh kanak2 English hanya setelah umur melebihi 6 tahun ke atas, tetapi kanak2 Perancis memulainya seawal umur 3 tahun! Hanya satu buku British yang boleh diterima di Perancis, iaitu Harry Potter!

♥ Siapa patut dipersalahkan? Kemungkinan sekolah di Perancis kurang kreativiti. Pendidikan mereka lebih tegar dan terlalu berbentuk professional, menjadikan homework mereka lebih terbeban. Maka, mereka membaca buku bukan untuk pleasure tetapi lebih kepada kewajipan.

♥ Mereka diajar berfikir dengan taraf pendidikan orang dewasa. Majalah juga terlalu matang untuk kanak2 walaupun ianya diterbitkan untuk mereka.

♥ Now, mungkin kita boleh buat kesimpulan bahawa orang2 Perancis mempunyai tahap sakit jantung yang rendah walaupun diet mereka kaya dengan lemak tepu, kerana, celik huruf mereka secara konsistennya amat dibanggakan!









Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah