Book review : Luqmanul Hakim Adalah Socrates Berkulit Hitam


Antara isi-isi kandungan.

Socrates

1. Dalam tafsir Al Bayan,  Lukman menasihati anaknya :-

🔆 Ketika solat jagalah hati.  Ketika makan jagalah kerongkong.  Ketika salam rumah orang lain jagalah pandangan.  Ketika berada dalam khalayak jagalah lisan. 
🔆 Ingat dua perkara - Allah dan kematian. Lupakan dua perkara - kebaikan kepada orang lain dan kejahatan orang lain kepada kita.
🔆 Orang yang menjual kecantikan dirinya bagi mendapatkan wang, maka orang itu adalah pelacur. Begitu juga dengan orang yang menjual ilmu pengetahuan. - Socrates
Kata2 hikmah Socrates :-
🔆 Hidup tanpa ujian adalah kehidupan yang tidak bernilai
🔆 Manusia yang paling bijaksana dan berjaya di kota dan desa adalag merka yang takut kepada Tuhan. 
🔆 Kita perlu rehat dan bersantai,  maka Tuhan melimpahkan malam yang sunyi dan diberkati. 
🔆 Orang bijaksana tidak boleh meminta-minta depan pintu rumah orang kaya. 
🔆 Kesombongan lebih mencintai pembohongan dan kepalsuan berbanding mencintai kebenaran. 
🔆 Pendapat yang baik adalah pendapat orang bijaksana manakala pendapat buruk adalah pendapat orang bodoh.
💥 Socrates dikatakan miliki dua kelebihan iaitu memiliki suara emas hingga membuat ramai pesona.  Pengisian kata2 Socrates mengesankan hati yang mendengar sepertimana Bilal melaungkan azan. Allah memberikan kelebihan kepada manusia berkulit hitam dengan nada yang indah dan merdu,  sepertimana di zaman ini penyanyi berkulit hitam punyai suara terbaik. Itulah kelebihan di sebalik kekurangan. 
💥 Suara manusia terbahagi kepada 4 kategori :-
1. Suaranya indah dan kata2nya juga mengandungi hikmah,  indah dan berkesan. 
2. Suara sedap didengar namun tiada kesan dalam makna kata2nya 
3. Suaranya tidak sedap didengar namun kata2nya indah 
4. Ibarat suara keldai,  suara buruk,  makna kata2nya juga buruk. 
💥 Makna Socrates itu adalah "kotoran yang keluar daripada tubuh".
💥 Kebiasaannya pemimpin dipilih bukan kerana kebijaksanaan dan pengetahuannya yang tinggi tetapi kerana latar belakang yang kaya dan undi yang banyak. Kerana itu Socrates tidak minat politik.  Beliau beranggapan bahawa merawat jiwa2 manusia adalah politik tahap tertinggi. 
💥 Iman Al Ghazali membahagi manusia kepada 4 golongan :- 
1. Orang yang tahu bahawa dia tahu. 
2. Orang yang tahu bahawa dia tidak tahu. 
3. Orang yang tidak tahu bahawa dia tahu. 
4. Orang yang tidak tahu bahawa dia tidak tahu. 
💥 Socrates banyak menjumpai golongan yang ke 4. Mereka tidak sedar bahawa sebenarnya mereka tidak tahu tetapi berlagak tahu. Ini kebodohan terbesar manusia. 
💥 Socrates menggunakan kaedah ironi (at-Tahakkum) dan maieutic (at-Taulid) dalam mencari hakikat.  Kaedah ironi ialah kaedah memberi idea atau konsep yang dapat membantah dan menafikan idea awal. Kaedah maieutic ialah kaedah anggap lawannya tidak fahami persoalan,  dan dipancing agar memberi idea mengenai kebenaran hakikat. 
💥 Socrates menepati hadith Abu Hurairah " Hikmah ada 10 bahagian,  9 darinya adalah pengasingan diri dan satu adalah diam. 
💥 Beliau tidak pernah meminta upah atas khidmat dan dakwahnya jauh berbeza dengan para sofis Yunani yang lain. Walau para sahabat amat menyukai jika beliau sanggup menerima hadiah dari mereka. Beliau tetap hidup dalam kemiskinan dan bersyukur dengan keadaan itu.  
💥 Sikap Socrates ini seperti satu hadis dari Abu Hurairah "orang miskin itu bukanlah yang berkeliling meminta daripada orang lain,  lalu menerima sesuap dua makanan tetapi,  orang yang tidak miliki harta secukupnya namun tidak menunjukkan keadaan dia yang sebenar hingga perlu meminta sedekah dan meminta2.
💥 Socrates mengatakan bahawa tiada ertinya semua harta benda apabila tiada sahabat yang baik dan ikhlas. 
💥 Berusahalah berbuat baik sekiranya kamu mahu dianggap baik. Atas nama kebaikkan yang ada dalam diri manusia,  kita akan sedar bahawa bukan satu tetapi yang lain pun akan bertambah apabila kita belajar dan mengamalkannya. 
💥 Wahai anakku,  apabila kamu hendak menjadikan seorang sahabat,  buatlah dia marah kepadamu. Jika dia bersifat pemaaf maka bersahabatlah dengan dia. Apabila dia enggan memaafkannya maka berhati2lah dengannya. - nasihat luqman dalam Tafsir Maraghi. 
💥 Nasihatnya lagi,  wahai anakku,  janganlah kamu bersikap terlalu manis nanti kamu akan ditelan dan jangan pula bersikap terlalu pahit kerana kamu pasti akan dimuntahkan. 
💥 Socrates berkata tanda orang yang tidak mampu mengawal diri itu ialah :-
1. Orang yang menjadi hamba kepada perutnya. 
2. Orang menjadi hamba kepada anggur. 
3. Orang menjadi hamba kepada nafsunya. 
4. Orang yang tidak suka Bekerja keras dan suka tidur. 
💥 Ahli falsafah Yunani kuno berpuasa beberapa hari berturut2 dalam setahun. Bagi mereka puasa adalah cara terbaik bagi melatih dan membersihkan jiwa. Phytagoras,  ahli matematik berpuasa selama 40 hari supaya dapat meningkatkan daya pemikirannya. Socrates dan Pluto berpuasa selama 10 hari. 
💥 Socrates berkata bahawa bukan kekayaan dan mewah menjadi kan orang itu bahagia tetapi rohani yang bersihlah memancarkan bahagia sejati. 
💥 Socrates dihukum mati dengan dipaksa meminum racun pada 399SM,  yang mengajarkan bahawa Tuhan itu satu,  ajaran monoteism. Yunani sukar menerima ajaran baru ini maka menghukum mati beliau. 
💥 Xenophon adalah sahabat Socrates dan sentiasa menulis tentang kebaikkan ajaran beliau,  namun dalam ketidak sengajaan beliau juga turut melakukan kesalahan fakta,  walau dalam tujuan membela Socrates. Oleh sebab itulah para pengkaji muslim enggan akui Socrates itu beriman,  malah menganggap beliau kafir. 
💥 Para penyalin teks dalam sesuatu karya sastera ada agenda tersendiri,  dilakukan dengan sengaja. Contohnya seperti pemalsu Kitab Taurat,  dengan cara,  menyembunyikan ayat,  mengubah ayat,  mengganti fakta dan memesongkan ayat. 
💥 Dengan kepalsuan kisah Socrates,  maka dunia moden anggap bahawa beliau adalah beragama pagan dan homoseksual.


Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah