POW Kem Holzminden : Di sebalik Pagar Berduri (Part 3)


Pada 1 Ogos 1917, satu Peraturan baru telah dipinda bagi menggantikan Peraturan Hague sebelum ini. Segala peraturan dan denda untuk kesalahan bagi banduan yang melarikan diri dari penjara sebelum ini telah dibatalkan. Peraturan baru itu merujuk kepada Para 16(a), yang telah ditandatangani oleh Pihak Bersekutu dan Kerajaan German, mengisytiharkan bahawa maksimum denda penjara bagi percubaan pertama  mahupun telah berulangkali tetapi dilakukan keseorangan mestilah tidak melebihi 14 hari.

Namun tidak bagi di Holzminden, yang mengamalkan Peraturan peribadi yang selalu mengelakkan dari melaksanakan peraturan yang telah ditetapkan dalam perjanjian rasmi. Para komanden menggubal undang2 mereka sendiri, di bawah kawalan Jeneral Von Hanisch. Bagi membuktikan tindakan itu, dua peraturan yang kerap dilakukan dipenjara Holzminden. Pertama, masa sebelum dikenakan tindakan dan hukuman, banduan yang melakukan kesalahan percubaan melarikan diri menghabiskan masanya di lokap atas Tahanan Siasatan Belum Selesai atau Tahanan Atas Permintaan, dalam keadaan memastikan mereka dihadapkan di bawah Tahanan Selepas Hukuman adalah sangat jauh, iaitu dalam tempoh sebulan. Kedua, kesalahan terkumpul akan dikenakan bagi penambahan atas denda sebenar yang sepatutnya mereka tempohi adalah 14 hari, iaitu mensasarkan dengan kerosakkan harta benda kerajaan ketika percubaan melarikan diri, mencuri kelengkapan, termasuk juga masa penyiasatan dilakukan, maka jumlah keseluruhan tempoh penahanan adalah 6 bulan.

Tujuan mereka mengenakan denda itu bukan hanya bagi mengekalkan disiplin tetapi juga dalam usaha mematahkan semangat tentera British. Selain itu mereka dikenakan punitif rejim diet, yang mana makanan disediakan berselang-seli, dengan tiga hari untuk roti hitam dan satu hari untuk hanya air. Penyediaan masa di bawah keadaan yang paling teruk, sekatan dan kesusahan. Banduan2 mendakwa mereka ditahan dalam lokap yang panjang dan sempit, yang berukuran 4 kaki tinggi, 6 kaki lebar dan 15 kaki panjang, manakala tingkapnya hanya mempunyai satu tingkap kecil yang tinggi. Peralatan dan perabot yang ada dalam tempat tahanan itu hanyalah meja kecil, satu tempat pembuangan najis, satu tin basin, satu jug untuk air minuman dan satu katil kosong. Penjara juga digambarkan gelap dengan pengudaraannya yang teruk. Banduan2 akan merasa seolah beku pada musim sejuk dan dalam keadaan kepanasan yang tidak menyelesakan ketika musim panas. Situasi di kem adalah sebenarnya kesinambungan perang antara German dan British. Satu laporan dari seorang banduan mengatakan bahawa kakitangan kem lebih tidak sabar menguatkuasakan perintah kecil dan tidak penting, manakala kami, mungkin juga bersedia untuk berjuang bagi menuntut hak2 sebenar atau sepatutnya.

Tindakan Niemeyer yang pertama sebagai komanden adalah menguruskan pertukaran pegawai yang menimbulkan masalah iaitu Mejar Wyndham ke Freiburg pada 7 November 1917, yang mana ketika itu duta Belanda Dr. R. Romery dalam jadual lawatannya ke kem akan tiba, maka Wyndham tidak akan dapat lagi membuat laporan aduan kepada beliau kerana sudah tiada di Holzminden. Sebagai tambahan kepada lawatan umum itu, pihak Pejabat Perang British telah menyuruh Duta tersebut menyiasat tentang harga yang tidak munasabah dan keuntungan yang dikenakan oleh kantin Holzminden. Namun, kerana perasaan yang tidak selesa berada di kalangan banduan2, maka, dengan kemesraan Niemeyer, beliau berjaya menawan hati Romery, yang mana Romery berkata, Niemeyer adalah sangat sopan, sentiasa menemaninya berada dalam kem – dan beliau telah menolak sebanyak 13 spesifik aduan yang naik terhadap Komanden, sebagai aduan yang tidak ditemui. Duta itu juga memberi komen yang mengikhtirafkan penempatan dan dapur dan mencuba roti yang disediakan di kem tersebut, yang mana baginya adalah berada pada kualiti yang baik.

Dalam tindakbalas terhadap aduan spesifik berkenaan kadar yang tidak munasabah pada barangan yang dijual di kantin, seorang pegawai senior yang dipenjarakan di Holminden telah mengangarkan keuntungan Niemeyer daripada hasil kantin antara September 1917 dan Januari 1918 adalah kurang dari 150,000 dan berkemungkinan 250,000. Duta Belanda itu bagaimanapun dapat menerima anggaran itu bahawa harga yang ditentukan itu adalah berbaloi dengan refleksi kualiti barangan dalam pasaran. Dr Romery juga mengesahkan bahawa kem tersebut dikendalikan di bawah peraturan ketenteraan.

Dalam satu laporan yang ditulis oleh Kapten Christie-Miller berkenaan dengan keuntungan yang didapati Niemeyer kepada Pejabat Perang di London mencadangkan bahawa tawaran ini adalah satu peluang bagi menjatuhkan Niemeyer dengan aduan yang secara rasmi. Pandangan ini nampaknya terlalu sangat optimistic, sedangkan ianya adalah lemah, kerana Niemeyer berada di bawah perlindungan Jeneral Von Hanisch, ianya mesti menerima lebih aduan daripada beberapa aduan kecil berkenaan harga kantin bagi mendakwa Niemeyer. Seorang lagi Pegawai Senior Kolonel Charles Rathborne, membuat kenyataan yang lebih realistic berkenaan perkara ini dengan mengatakan bahawa adalah sangat mustahil untuk mengubah keadaan di Holzminden selagi mana Niemeyer masih di situ dan tidak pasti samada kedudukannya kurang selamat dan sebaliknya.

Denda yang dikenakan juga kadang2 tidak berpatutan. Seorang banduan mengingati kembali saat di mana beliau ketika itu sedang memasak makanan apabila disapa oleh Komanden dan beliau tidak menyedari kehadiran komendan kerana beliau lebih berminat menumpukan perhatian kepada memasak dari komanden dan kemudiannya beliau telah diletakkan dalam bilik tahanan selama 7 hari. Bilik tahanan tersebut sebenarnnya padat dengan pegawai2 yang dipenjarakan tanpa sebab, hanya kerana, ‘memandang dengan pandangan menjeling atau tidak menghormati beliau atau tanpa sebarang alasan pun’. Seorang banduan pula dikenakan tahanan selama tiga hari hanya memandang keluar tingkap, seorang lagi hanya menyimpan sebotol air panas dalam biliknya, seorang pula menerima lima hari tahanan kerana menyimpan tali yang digunakan untuk mengikat barangan beliau dalam kotak ketika proses pemindahan beliau ke kem lain. Sebagai tambahannya, penalti kerana tidak menghormati pegawai German adalah tiga hari dalam kurungan.




Jenayah Niemeyer bukan hanya sebagai seorang Perusian yang sombong, nampaknya, dia juga menjadi seseorang manusia kelas bawahan!William Leefe Robinson, juruterbang muda yang menjadi hero bagi British dan memenangi Anugerah Victoria Cross kerana menjadi orang pertama yang menembak jatuh German Zappelin, menghadapi saat sukar berhadapan dengan kem yang dianggapnya sebagai sekolah umum yang keras. Robinson dibawa ke Holzminden pada 13 Mei 1918 dan kerana kemasyurannya dalam peristiwa Zappelin itu dia menjadi subjek untuk segala layanan kasar.  Sebelum ketibaannya, Niemeyer mengejek kepada banduan2 yang lain dengan mengatakan bahawa ‘English Richthofenn telah datang’. Robinson gagal dalam percubaannya untuk melarikan diri bersama Kapten W.S. Stephenson dan mereka kemudiannya dengan segera ditangkap dan Niemeyer dengan perasaan marah yang tidak terkawal menyumpah Robinson kerana menyebabkan kematian Komanden Zappelin Wilhelm Schramm, yang dianggapnya sangat mengenali beliau. Bermula dari situ, Robinson selalu menjadi mangsa buli walau dengan apa cara sekalipun dan berterusan mencari jalan untuk memenjarakan Robinson walau tiada alasan kukuh.

Di samping itu, dalam beberapa keadaan, Niemeyer pernah mengarahkan pengawal2 beliau membuat tembakan secara terbuka, pengakuan dari banduan, “Beberapa banduan yang berada di tingkap atas bangunan telah melihat keluar padang, dan saya tidak tahu samada mereka ketawa atau apa saja, tetapi tiba2 Niemeyer mengarahkan tenteranya menembak kepada banduan2 tersebut tanpa sebarang peringatan. Dia menganggap banduan2 tersebut mengejeknya”.

Bercakap soal pemakanan dan minuman yang terdapat di kantin kem tersebut, arak yang kurang kualiti dipanggil mereka ‘Clouded wine’ dijual di kantin dengan sebelas atau 12 mark sebotol, padahal harga sebenar wine tersebut adalah tiga atau 4 mark sahaja. Itu menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Kapten Douglas Lyall Grant, yang merupakan pembeli tetap produk tersebut, yang menulis dalam diarinya, tiada yang lebih kurang dari SKANDAL. Clouded wine tersebut dijual tanpa nama brand dan kualitinya adalah sangat tidak masuk akal, yang mana wine itu hanya layak untuk menjadi minuman sinki. Satu dokumen yang telah ditampal di papan notis kem menyatakan pada 1915 Army & Navy Stores Wine List membuktikan bahawa minuman itu secara kasarnya telah dicaj secara berlebihan dan dalam tempoh tiga bulan jualan 100 botol wine untuk satu hari, seseorang lebih tahu – telah menjadi duit poket untuk 36,000 Mks untuk 9,200 botol arak.

Makanan yang dibekalkan kepada banduan2 boleh dikatakan lebih buruk dari makanan babi, di sediakan dalam cara yang ‘tidak boleh dimakan’. Sarapan bermula pada pukul 8 pagi dan terdiri dari roti hitam masam dan kopi barli bakar, tanpa gula dan susu. Makanan tengahari adalah pada 12.30, ‘mereka memanggilnya sebagai sup – air dengan beberapan sayuran di dalamnya dan pada Ahad pula, diletakkan sedikit daging kuda. Sup itu bertukar warna tetapi bukan pada rasa dan boleh diterangkan sebagai satu pes yang sangat meloyakan, yang dibuat dari barli, beet stew atau apa saja sayuran yang ada di  tangan mereka, yang paling kerap adalah turnip, atau beberapa pilihan sup berminyak. Makan malam pada 6.30 juga disediakan sup, walaupun bertukar warna tetapi tetap juga tiada rasa, satu hidangan kecil kubis merah masam dan lebih stew beet.

Berbeza dengan awal operasi Holzminden, mereka mempunyai pelbagai pilihan makanan yang boleh dikatakan agak mewah, kepingan ikan atau daging, kadang2 sedikit cincangan sosej German dalam sup mereka. Seorang bandunan mengingati mereka memakan sup yang diletakkan potato dalamnya, sedikit kepingan ikan dan daging. Hari2 tertentu mereka akan menikmati sauerkraut, iaitu sejenis kubis yang dibuat jeruk, kadang2 sup barley yang mana banduan akan menyimpannya untuk sarapan keesokkan harinya. Kadang2 mereka mendapat protin dari daging kuda, kepala kerbau, lengkap kecuali kulit dan telinganya, dan separuh dari kepala kuda, berserta denga matanya, akan dicampakkan ke dalam sup untuk dimasak. Namun, pada pertengahan 1918, walau sumber2 protein yang meragukan tidak didapati dan sup  banduan2 hampir secara ekslusifnya mengandungi kulit turnip yang kering yang hampir sama dengan kepingan kayu, dicincang seperti habuk kayu dan dicampurkan dengan air panas. Segala aduan berkenaan dengan kualiti dan kuantiti makanan yang dibekalkan akan mengikut sepertimana standard kritik Niemeyer, “Semua pegawai yang membuat aduan berkenaan makanan dalam surat mereka akan diberikan beberapa hari hukuman tahanan dalam lokap”.

Lebih memburukkan keadaan, import German terhadap makanan, baja dan kelengkapan pertanian telah disekat dan kekurangan bahan api dan pengangkutan dengan kekurangan tenaga kerja yang bekerja di ladang2 dan lebih ramai daripada mereka dipaksa menyertai tentera, menjadikan kekurangan makanan bertambah buruk sejak musim sejuk 1916-17 yang dikenali sebagai musim sejuk lobak putih oleh rakyat German, sejak mereka tiada makanan untuk keperluan sendiri. Pada akhir 1917 dan awal tahun 1918 kekurangan mencecah kepada titik krisis. Walaupun hampir sejuta banduan perang dan pekerja asing yang bekerja sebagai buruh paksa di ladang2 German, mencuba meningkatkan pengeluaran, namun, produktiviti yang rendah seperti tenaga kerja yang enggan melibatkan diri, kekurangan pengurus yang berkelayakan untuk mengarahkan usaha mereka dan kekurangan kronik baja, bahan api dan pengangkutan, membawa kepada peningkatan yang sedikit dalam bekalan makanan.

Namun, dalam situasi setengah banduan biasa atau orderlies menghadapi krisis kekurangan makanan, berbeza dengan banduan pegawai2, sekurangnya mereka dibenarkan menerima parcel dari kampung halaman mereka tanpa dipintas dan dicuri dalam kuantiti banyak – hidup penuh bergaya yang menimbulkan kemarahan kepada yang bekerja keras dan juga kepada pengawal2 dan orang2 tempatan juga, yang mana terpaksa menyekat perut untuk menjimatkan makanan. Salah seorang darinya adalah Kapten Douglas Lyall Grant, menerangkan beliau bersarapan dengan krim dan buah, Bubur, Ikan, Sosej, Bacon, Tomato, berbagai daging dan ayam, Toast, Mentega, Jam dan Marmalade yang kesemuanya adalah dari parcel yang beliau terima.

Walaupun Grant dan beberapa pegawai menikmati hidup yang menyenangkan dari semasa ke semasa, ramai lagi banduan2 yang kurang bernasib baik dan kebanyakan mereka hampir kekurangan zat. Kebanyakan banduan mengalami penurunan berat badan dan kurang khasiat, hampir kepada kebuluran, namun yang memberi sedikit cahaya kepada mereka adalah kiriman parcel dari England iaitu dari Persatuan Palang Merah, yang mana mereka akan mengumpulkan parcel untuk enam orang dan berkongsi sama2. Tanpa kiriman tersebut, mereka akan kelaparan atau mati disebabkan oleh kesakitan kerana kekurangan nutrisi.

Mengimbau sejarah penubuhan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit, ianya telah ditubuhkan pada 1863, oleh seorang ahli perniagaan berkarisma dari Swiss, Jean-Henri Dunant. Dalam tahun 1858, pada usia 30 tahun, beliau telah berpindah ke daerah tanah jajahan Perancis di Algeria dan menubuhkan syarikat pengeluaran pengilangan tepung. Apabila percubaan beliau untuk membeli tanah bagi mengusahakan tanaman gandum menemui kekecewaan dengan pengawal penjajah, Dunant bertindak mengembara ke Paris untuk menyerahkan petisyen kepada Napoleon III. Beliau mendapati maharaja tersebut berada di Lombardy, mengetuai pasukan tenteranya dalam pertarungan terhadap askar Austro-Haungarian yang diketuai oleh Maharaja Franz Joseph, Dunant mengembara ke sana sendirian. Apa yang dia lihat di situ, mengubah kehidupannya. Dia tiba pada Jun 1859, serta merta selepas pertempuran di Solferino. Pasukan Austro-Hungarian telah berlalu tetapi walaupun kemenangan yang dimiliki oleh tentera Perancis, mereka membayar harga yang amat dasyat. Ramai di antara mereka mengalami cedera parah hanya ditinggalkan di kawasan pertempuran itu dan dibiarkan sehingga mati, tetapi walaupun seramai sembilan ribu orang yang dibawa untuk dirawat di Bandar Castiglione  itu, hanya enam doctor tentera yang terlibat menanganinya.

Terkejut dengan keadaan itu, Dunant telah menulis polemic, Un Souvenir de Solferino. Dia menerangkan akan kejadian ngeri yang dia saksikan dan sikap acuh tak acuh komanden2 tentera menyebabkan penderitaan kepada askar2 mereka, dan cadangan mewujudkan sesuatu yang boleh memberi suasana aman dan senyap, semangat dan penumpuan serta semestinya sukarelawan yang layak untuk menyediakan dan memberi penjagaan yang rapi ke atas mereka yang tercedera dalam masa apapun peperangan. Diterbitkan pada 1862, buku beliau menjadi sensasi, dan pada Februari 1862, Dunant, dengan seorang juri Swiss yang cemerlang, Gustave Moynier dan tiga lagi lelaki, menubuhkan persatuan bantuan di Geneva, memilih lambang palang merah berlatarkan putih. Pada tahun berikutnya 1864, beliau dan rakan2nya mengendalikan Konvensyen Geneva yang pertama, yang mana seluruh delegasi yang terdiri dari ketua2 yang berkuasa bersetuju mengikhtirafkan status perkhidmatan perubatan dan bagi yang tercedera di medan perang, menerima Palang Merah lambang kepada simbol keamanan sejagat.

Walaupun fokus utama Palang Merah sentiasa menyediakan penjagaan perubatan, organisasi itu juga badan yang diiktirafkan untuk merekod nama2 yang tercedera dan hilang, dan sebagai tambahan, tahanan perang. Dalam Peperangan Perancis-Prusia, badan yang bertempat di Berlin dan mempunyai kakitangan seramai sebelas sukarelawan menangani enam puluh ribu pertanyaan berkenaan kehilangan tentera Perancis dan mengendalikan 186,000 surat kepada dan daripada banduan2 perang. Pejabat di Tokyo juga ketika Perang Russo-Japanese 1902, memberi penerangan ke atas 70,000 banduan2 perang dan juga menyelia mereka dengan kejujuran yang benar2 teliti, memulangkan barangan peribadi yang ditemui pada tentera yang terkorban, termasuk lebih satu juta yen dan dua juta Rubles.

Versi Palang Merah British telah ditubuhkan pada Julai 1870, berikutan perang antara Franco-Prussian dengan kesemua pembantu yang berada dalam ketakutan. Membenarkan rakyat Britain menubuhkan British National Society for Aid to the Sick and Wounded in War, dan beroperasi di bawah undang2 Konvensyen Geneva, mereka memberi bantuan perubatan dan bantuan kepada kedua belah pihak dalam perang tersebut dan kepada beberapa bilangan konflik lain yang terlibat. Persatuan itu secara rasmi ditubuhkan sebagai Palang Merah British pada 1905 dan dianugerahkan sebagai Royal Charter pertama pada 1908 oleh Raja Edward VII dan Permaisuri Alexandra, yang menjadi presiden persatuan itu.

Persatuan Palang Merah juga banyak terlibat dalam memberikan ketenangan dan sokongan moral kepada banduan perang dan keluarga mereka. Seksyen British di Palang Merah Geneva mempunyai kakitangan seramai 80 orang dan bekerja 24 jam sehari semalam. Mereka dibahagikan kepada empat bahagian; pertama, berurusan memberikan penerangan berkenaan Tahanan Perang dan menyampaikannya kepada keluarga mangsa;kedua, menguruskan penghantaran parcel, surat menyurat dan wang; ketiga, melakukan pemeriksaan dalam Kem Tahanan Perang, dan yang terakhir, mengendalikan penghantaran pulang dan menyeliakan kebajikan dalaman yang bertempat di Negara aman seperti Swisszerland dan Netherlands. Kad yang standard mesti dikenakan ke atas semua askar Tahanan Perang dengan mengisi nama, pangkat, alamat rumah dan segala info berkenaan dengan kem penjara yang mereka  akan ditempatkan. Sehinga akhir perang, Seksyen British sendiri telah memproses setengah juta dari kad ini.

Sebagai tambahan menyediakan, membungkus dan pembahagian parsel makanan untuk Tahanan Perang, kedai2 yang diiktiraf seperti Harrods, Selfridges dan The Army & Navy Stores – yang mana parsel yang telah di bungkus dan dihantar dan disediakan untuk pengangkutan barangan tetapi tidak boleh dipercayai melalui perkhidmatan pos secara biasa, maka. Palang Merah akan mengambil alih tugas tersebut dan menyerah tugas kepada sukarelawan organisasi untuk berurusan sendiri dengan Tanahan Perang, memberi kewangan dan lain2 bantuan, yang mana diperlukan, kepada kumpulan tempatan dan pertubuhan penjagaan rejimen.  Meskipun dalam usaha yang terbaik dilakukan oleh Palang Merah, tidak semua parsel akan sampai kepada penerima. Mereka menerima aduan yang kerap bahawa parsel mereka telah dicuri oleh pengawal German, dengan tin biskut, kopi dan tobacco yang paling kerap. Palang Merah menganggarkan dalam kadar empat dari lima parsel hanya sampai kepada target penerima, tetapi bahawa anggaran itu adalah keseluruhan kem Tahanan Perang di German dan sedikit darinya termasuk Holzminden, bahagian yang lebih rendah. Makanala ramai banduan tidak menerima makanan yang disertakan, sebahagiannya mempertimbangkan bahawa askar German telah dengan selesanya memakan sebahagian dan sisa makanan akan dihantar kepada banduan perang. Banduan di Holzminden yang membuat aduan kecurian dari parsel mereka akan mendapati diri mereka kesudahannya berada dalam penjara.

Dalam beberapa keadaan, Niemeyer mengambil pisau lipat beliau dengan diperhatikan oleh banduan perang akan mencincang peha babi dan lidahnya, akan meninggalkan bahagian yang dikehendakinya kepada banduan. Jeneral Von Hanisch memesan kepada salah seorang pengawal pemeriksa, beliau tidak mahu yang sampai kepada banduan berupa sesuatu yang di dalam tin, kertas atau bungkusan tali atau apa sahaja, kecuali yang sudah terdedah, iaitu yang berupa sisa makanan. Beliau kemudiannya, dengan pisau ditangan beliau telah mencarik2, merobek dan mencincang segala makanan tersebut berkali2 dengan menggunakan pisau yang sama tanpa dicuci atau dilap, kemudian mencampurkan kesemua, dan meninggalkan hanya untuk kegunaan sahaja.

Para banduan, walau pun berdepan dengan persimpangan antara hidup dan mati, untuk banduan yang tidak mempunyai pangkat yang tiada parsel makanan untuk dituntut, roti kering yang dibekalkan kepada mereka, diibaratkan sebagai roti kelas keempat, disertai dengan habuk, daripada memakannya, kebanyakkan mereka menyimpannya untuk dijadikan sebagai bahan bakar pemanas api.

DEMAM KAWAT BERDURI

Makanan yang teruk dan taraf penempatan yang sengsara adalah fakta kehidupan yang harus dilalui oleh setiap penghuni Holzminden, yang jauh khabar dari rupa, namun factor kebosanan juga menambah sengsara bagi mereka yang mereka gelar sebagai ‘demam kawat berduri’, yang mana mengantikan energy mereka kepada hilang pengharapan. Mereka jauh dari kehidupan social di luar kawat berduri itu, hanya mengetahui berita melalui pengawal2 German terutama perkembangan berkenaan perang dan kejayaan atau kekalahan yang menyakitkan hati. Setiap petang seorang pegawai pasti akan menayangkan edisi petang surat khabar dan kemudiannya melekatkan pada papan notis – yang mana salah satunya mereka mengetahui berkenaan pengambilan Bapaume dan 15,000 banduan yang lainnya. Berita yang disebaliknya atau kemenangan yang banyak memakan korban seperti pada November 1917, apabila pertempuran ketiga berdarah Ypres yang mangsanya tertanam banyak dalam lumpur sekitar perkampungan Passchendaele -  satu nama yang selepasnya menimbukan rasa tidak senang dalam ketakutan kepada veteran perang – menambahkan perasaan pengasingan dan kemurungan. Sepanjang penahanan di Holzminden, seorang penyair F.W. Harvey begitu taksub mengatakan bahawa ianya bukanlah kerana kekuatan fisikal tetapi kekurangan tujuan darinya, kebosanan mengerikan yang menyakitkan hati. Para banduan juga merasakan perasaan malu dengan penyerahan kalah mereka dan menjadi tawanan, yang sepatutnya mereka berjuang sehingga mati, dan ini menyumbang kepada tekanan perasaan. Sesetengah banduan merasa terpencil dengan watak diri mereka, kekurangan kenikmatan social, menambah risiko tekanan dan juga mengakibatkan bunuh diri.

Banduan2 akan mencari jalan untuk menghilangkan kebosanan seperti dengan bersukan. Walaupun bukanlah permainan yang sempurna namun cukup bagi melepaskan ketegangan. Mereka menjadikan sukan bola sepak sebagai rekreasi yang popular, walau ruang yang diperuntukkan hanyalah sebuah bilik kosong. Kapten Jack Shaw diberi penghormatan menjadi setiausaha kepada perlawanan bolasepak kem, yang mana melibatkan pegawai dan orderlies. Sukan membantu banduan2 mengekalkan stamina dan menambah baik bagi moral mereka, tetapi diharamkan oleh Niemeyer setelah lampu arca secara tidak sengaja pecah, walaupun banduan2 yang terlibat telah membayar kerosakan tersebut dengan wang mereka sendiri. Banduan yang kurang bertenaga akan bermain permainan sukan kad. Selebihnya akan berjalan sekitar penjara, mengambil sedikit masa, sesuatu yang lebih baik dari mereka yang cuma menghabiskan masa di katil dan tidak melakukan apa2.
Sebuah perpustakaan yang mengandungi lima ribu buku yang terkumpul dari parcel yang dihantar oleh keluarga banduan serta Palang Merah, dan seorang banduan mengatakan bahawa beliau membaca setiap buku2 tersebut bagi menghilangkan kebosanan. Mereka juga terlibat dengan kem orkestra, dikendalikan oleh Italian Count di Balme, dengan Vernon Combs sebagai double bass dan Reverand Bernard Luscombe – walau beliau kini bukan lagi seorang yang terhormat, sebagai cello dan beberapa lagi instrument. Ahli orkestra membeli sendiri alat2 instrumen dengan menggunakan gaji yang dibayar oleh pihak penjara.

Tingkat kedua bilik makan dalam Kaserne B  digandakan sebagai tempat konsert, dewan kuliah, gereja atau teater, mana2 yang diperlukan. Produksi teater dan revue kerap  mementaskan persembahan di situ, yang lebih memfokuskan kepada persembahan berbentuk komedi, dan ianya menjadi popular, boleh menghilangkan kesengsaraan banduan buat seketika. Meja makan disusun dan dijadikan sebagai pentas. Produksi telah mementaskan di Pusat Teater Holzminden, termasuk kisah Home John, The Crimson Streak, The Just Impediment, An Irish Sketch dan The Pigeon, dan banduan juga memainkan kisah berkenaan Krismas, Sleeping Beauty. Orang2 German tidaklah kerap datang ke konsert tetapi mereka datang menyaksikan konsert tersebut -  malah seorang komanden di kem penjara Trier datang membawa anak perempuannya menonton bersama beliau. Mereka ketawa mendengar jenaka itu namun mereka tidak mampu mengerti di sebalik maksud jenaka di dalamnya.
Kostum yang berkaitan dengan konsert dan kisah dalam konsert itu direka – dibenarkan di bawah perjanjian bahawa item daripada setiap kostum itu tidak boleh digunakan untuk percubaan sebagai melepaskan diri – dengan lelaki memainkan peranan sebagai seorang wanita, dengan seorang banduan menerangkan bahawa peranan wanita itu sangat mengiurkan, sebelum disangkal oleh para banduan bahawa tiada tingkah laku homoseksual berlaku di kem.

Di antara aktor amatur tersebut adalah James Whale, seorang leftenan dengan rejimen infantry dan seorang banduan di Holzminden selama 15 bulan. Dia menghabiskan masa di situ dengan melakukan kerja2 seni, membuat rekabentuk dan melukis pemandangan dan terlibat juga dalam penulisan material. Dia mengatakan bahawa beliau melakukan gimik, di Holzminden, yang mana persembahan beliau sangat popular. Dia juga melukiskan potret rakannya dengan menggunakan arang dan bermain permainan yang berkepentingan tinggi dan memenangi banyak wang sehingga empat ribu pound apabila beliau kembali semula ke England selepas perang. Di England, beliau kemudiannya mengarahkan Journey’s End untuk pementasan di London, yang memainkan kisah berkenaan Perang Dunia Pertama, dengan dibintangi oleh aktres berumur 21 tahun, Laurence Olivier, kemudiannya menjadi kejayaan global untuk beliau.


Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah