Final: Kem Penjara Holzminden - Peristiwa yang membentuk sejarah.

Semangat tidak pernah putus asa merupakan satu jati diri yang sebenarnya sangat sempurna. Manusia yang tidak pernah meletakkan dirinya dalam kegagalan adalah manusia yang kuat, walau hakikatnya kemampuan mereka tidak menyamai semangat mereka, namun, sepertimana kata2 manusia zaman silam, kekuatan fizikal bukanlah penentu seseorang itu kuat, tetapi kekuatan minda kebijaksanaan menggunakan sistem akal yang membawa kepada kejayaan.

Walau apapun layanan yang diterima daripada German, atau dari pegawai atasan mereka sendiri, para banduan di Holzminden dan di mana2 kem lainnya, tidak pernah patah semangat untuk melepaskan diri mereka dari belenggu kawalan dan penjara yang mereka anggap seperti neraka. Mereka membentuk minoriti, yang terdiri dari mereka yang mempunyai sifat tegar dan perancang yang tidak merasa penat dengan berbagai2 kegagalan sebelum ini untuk melepaskan diri. Hampir semua pegawai2, tidak sama seperti askar2 biasa, kerisauan dan ketakutan mereka agak berkurang berbanding askar biasa, kerana  mereka akan dihantar kembali ke kem jika tertangkap dan akan disenaraikan dan akan ditugaskan sebagai buruh paksa.

Berbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh para banduan bagi mengelakkan dikesan aktiviti mereka. Bagi meningkatkan peluang mereka untuk melepaskan diri, mereka telah menetapkan beberapa siri alarm palsu. Kuasa wayar elektrik bagi lampu kalimantang di sekeliling kem tersebut tidak di asingkan dan, walau pada risiko ditembak oleh pengawal, banduan akan membuka tingkap pada waktu malam dan membaling apa2 yang berbentuk wayar atau kepingan besi pada wayar elektrik itu dan akan membentuk aliran arus elektrik, yang menyebabkan peniupan pada fius serta akan menggangu lampu2 itu.

Mereka juga belajar dari kelemahan sistem kem penjara itu sendiri melalui sistem keselamatan kem. Walaupun pegawai2 akan diperiksa, agen yang bijaksana yang mencari informasi dari banduan2 dan mereka yang berurusan dengan kem tersebut seperti kontraktor yang terdiri dari orang awam yang sentiasa membawa barang2 selenggaraan sering keluar masuk ke dalam kem tersebut dan akan diberikan permit untuk memasuki kem, satu tiket kecil yang sepatutnya diberikan kembali kepada pengawal sebelum meninggalkan kem – tidak menunjukkan masa keluar dan masuk mereka. Seterusnya, walau pas itu sepatutnya ditunjukkan oleh setiap orang yang menggunakan pintu masuk kem, pengawal seolah tidak berapa peduli, dan apabila diselidik, ketika mereka yang ingin pulang, mereka menunjukkan bahagian dalam pada pakaian uniform pegawai German memdedahkan jahitan lapisan berwarna merah. Itu bermaksud menandakan bahawa mereka adalah pegawai German.

Ibu pejabat dipisahkan daripada kuarter banduan setiap tingkat bangunan oleh sekatan papan dua inci. Bagaimanapun, satu dari panel di pintu bawah dibiarkan terdedah, dan malam pertama di Holzminden, sebaik sahaja pengawal membuat pemeriksaan terakhir, Mejar John Thorn dan seorang banduan Kanada, Leftenan Wilkin bersedia untuk mengerjakan panel itu dengan menggunakan pisau lipat. Lebih kurang dua jam untuk mereka menanggalkannya. Langkah seterusnya ialah mereka memerlukan pakaian seragam palsu German. Mereka kemudiannya mengumpul secukupya makanan kering – biskut keras, kiub daging dan coklat – bagi mencukupi selama 12 hari pada anggaran mereka untuk berjalan menuju ke sempadan Belanda. Seorang dari pegawai British memberi mereka alat memasak Tommy, yang dikatakan sebagai dapur ajaib, dengan beberapa blok bermetil untuk bahan api – dan mereka menjadikan bekas tin rokok akan digunakan sebagai bekas air panas. Mereka juga membawa rokok bersama. Satu kewajipan bagi seorang lelaki untuk melepaskan lelah. No matter hungry or thirsty a man is, he will always be comforted by a cigarette or pipe of tobacco.

Percubaan untuk melepaskan diri telah ditetapkan pada sebelah petang. Rakan yang sepatutnya bersama Mejar Thorn, iaitu Wilkin jatuh sakit dan terlalu lemah untuk pergi, maka seorang darinya, Mejar Gaskell seorang Tentera Indian telah dilatih dengan tempat itu. Pada petang waktu pemeriksaan dijalankan, hari yang mereka rancang itu, Thorn dikejutkan apabila beliau diarahkan ke Kommandantur (ibu pejabat Komandan). Ketika ketibaannya, pengawal telah merampas Perancis dan Belgium Franc (matawang lama sebelum ditukarkan kepada Euro) dari beliau, dan ketika beliau meminta resit untuk wang itu, Niemeyer mengatakan bahawa wang tersebut adalah palsu dan akan dirampas. Apabila Thorn mempertikaikan, seperti biasa, Niemeyer akan memenjarakan beliau selama tiga hari dalam lokap yang padat dengan banduan2 yang sebelum juga mengingkar kepada komandan. Bagi Gaskel pula, apabila Niemeyer bertemu dengan Thorn, dia menganggap bahawa Thorn akan terus dihantar ke penjara tahanan dan itu mengecewakan rancangannya untuk melepaskan diri, tetapi setelah disumpah seranah dengan berbagai nama binatang kepada Thorn, Niemeyer sebaliknya memerintahkan beliau melaporkan diri untuk tahanan selama tiga hari pada pukul 10 pagi keesokkan harinya.

Satu jam selepas perintah dikeluarkan, Thorn dan Gaskell, menyamar dalam seragam German mereka, telah melalui kawalan komandan dan pengawal2 yang berkumpul di laman, membawa di tangan kanannya dua jug air, diisi dengan pakaian orang awam, dan di tangan kiri mereka bungkusan2 mengandungi makanan. Niemeyer dan pengawal2nya tidak walaupun sekali memandang mereka dan pengawal di pintu masuk melepaskan mereka keluar tanpa halangan. Sebaik pengawal2 di Holzminden menyedari ada banduan terlepas, mereka mula membunyikan siren dengan menembak sebanyak tiga kali, memberi amaran kepada pengawal di jambatan menyeberangi sungai itu supaya berjaga2, tetapi Thorn dan Giskell melepasi keseberang sungai dengan mudah. Mereka kemudiannya berjalan 10-15 batu melalui bukit, menempuh negeri, tetapi kemudiannya mereka tersesat dalam hutan. Selepas berkeliaran lebih kurang dua hingga tiga jam, mereka akhirnya bertemu kembali dengan jalan yang mereka mula2 tempuh masuk dalam hutan. Mereka menetapkan arah baru kembali dan hampir sepanjang hari mereka telah berjalan sejauh 40 batu, tidak jauh melepasi 20 batu dari Holzminden. Walau demikian, mereka perlu menempuhi perjalanan dalam 150 batu lagi untuk sampai ke sempadan Belanda. Apabila mereka sampai kepada papan tanda yang bertulis ‘Verboten Ingang’ atau Ingang Larangan, mereka memutuskan bahawa tempat itu adalah yang baik untuk bersembunyi sehingga hari gelap. Mereka menjumpai saliran air yang bersih, di mana mereka boleh mengisi bekalan air dalam botol dan tin rokok, kemudiannya membersihkan diri mereka sebelum mencari tempat yang selamat bagi menyembunyikan diri dalam hutan. Mereka memanaskan air dalam tin rokok menggunakan dapur Tommy, membuat air teh daging menggunakan kiub Oxe, memakan sedikit biskut dan satu keping coklat, dan berehat sementara menunggu hari menjelang gelap.

Sementara itu di Holzminden, kehilangan mereka disedari keesokkan harinya apabila pemeriksaan seperti biasa di buat dan hari sepatutnya Thorn melaporkan diri untuk menjalani hukuman penjara dalam tahanan selama 3 hari tidak hadir. Niemeyer kembali kepada pemerhatian bagaimana dua orang banduan itu boleh melepaskan diri dan memanggil polis dan menggunakan khidmat anjing polis untuk mengesan misteri tersebut. Setelah pencarian yang panjang, mereka memaksa anjing tersebut menuruni saliran parit, anjing itu, melihat cahaya pada hujung saliran tersebut dan dipaksa berjalan melalui saliran itu. Ini memuaskan hati mereka apabila mereka akhirnya menemui kaedah banduan melepaskan diri. Mereka kemudiannya telah menimbuskan saliran itu.

20 batu jauhnya, Thorn dan Gaskell menghabiskan masa mengikut giliran untuk tidur beberapa jam manakala seorang lagi mengawasi sekeliling, dan hanya sebelum matahari naik,mereka sekali lagi bersarapan dan mula bergerak. Mereka mengelak dari mengambil laluan jalanraya dan mengembara meredah negeri, mengharung sungai, meredah paya dan mendaki bukit. Perjalanan tanpa kompas mahupun peta yang sempurna dan mengembara meredah negeri samada cahaya malap atau menjelang tengah malam menimbulkan masalah kekeliruan bagi mereka. Mereka tiada idea di mana mereka berada dan apabila mereka melalui tanda jalan, Thorn memanjat tiang besi dan dengan risiko, menggunakan lampu suluh kecil beliau membaca kandungan pada papan tanda tersebut. Walau mengambil masa untuk membaca tulisan yang bertulis, ‘Horn-5km’, Thorn membuka peta sehingga mereka menjumpai tempat itu, Horn adalah 45 KM daripada Holzminden, mereka kini merasakan sudah mengembara terlalu jauh daripada zon pencarian. Mereka memutuskan mengambil risiko meneruskan perjalanan melalui jalan raya agar mempercepatkan sampai ke arah yang dituju. Mereka mula menanggalkan pakaian seragam palsu German dan memakai pakaian orang awam dan untuk beberapa hari dengan tumbuhnya janggut dan misai, mereka kelihatan seperti pengemis berbanding banduan yang terlepas.

Setelah menghabiskan masa selama 6 hari, melebihi dua malam berikutnya mereka mula bergerak pantas, dan menganggarkan bahawa mereka sudah berjalan melebihi 190 batu keseluruhannya, tetapi walau sempadan sudah semakin dekat, gabungan faktor seperti kepenatan, kelaparan dan perasaan asing melebihi keyakinan telah mengancam kejayaan mereka. Menambahkan lagi kesan peningkatan bagi keputusan mereka, mereka menjumpai saliran air yang baik selepas tengah malam, untuk mereka mandi. Mereka berpendapat bahawa sungguh mengejutkan jika penduduk melihat mereka pada waktu ketika itu yang telah mencecah dinihari, dan mereka seolah tidak berjumpa dengan air sejak beberapa lama yang lalu. Masih dalam penuh keyakinan bahawa mereka akan meneruskan perjalanan malam itu, mereka mula mengangankan dan berbisik sesama mereka andai berjaya sampai ke Holland, Thorn berkata benda pertama yang beliau akan minta ialah memesan stik yang tebal, separuh masak, dengan kentang goreng, wiski dan soda, apabila mereka mula kedengaran jeritan, “Halte! Hande hoch”! (Berhenti! Angkat tangan!), dan mereka mendapati mereka kini dikelilingi oleh dua orang yang seperti askar. Dalam mereka melihat sekeliling, dan mendapati mereka baru sahaja melepasi laluan keretapi dan hanya 25 batu sahaja ke sempadan, yang mana mereka berharap akan melepasinya malam keesokkannya. Thorn dalam tulisannya menceritakan pengalamannya, “bayangkan bagaimana perasaan kami, setelah mengharungi pelbagai rintangan dan berjalan sejauh 200 batu, melepasi daerah yang berbahaya, semuanya adalah sia2. Impian kami terhadap daging stik, separuh masak, dan wiski dan soda, terbang, dan dalam bayangan kami kini kembali ke tempat German yang penuh dengan roti dan air”

Mereka dibawa ke jel berhampiran bandar. Selepas diperiksa dan dirampas segala lebihan barangan makanan dan peta mereka, mereka kemudiannya dikunci dalam lokap untuk semalaman dalam sel berasingan. Hari berikutnya, Thorn dan Gaskell kemudiannya dipindahkan ke penjara tentera di Osnabruck dan empat hari kemudiannya mereka dipulangkan kembali ke Holzminden. Mereka kemudiannya mengetahui semenjak hari mereka melepaskan diri, beberapa lagi banduan berjaya melepaskan diri mengikut kaedah mereka. Niemeyer mencuba berbagai cara untuk mengetahui rahsia bagaimana mereka boleh melepaskan diri, namun masih tidak menyedari panel yang ditanggalkan  dalam pintu loteng  masih dielak dari notis askar dan Niemeyer sendiri. Dia menjadi hampir gila memikirkannya. Kebanyakkan banduan akan membawa guni di bahu mereka, untuk menjadikan mereka seperti orang German yang membuat kerja di Holzminden, yang di dalam guni tersebut adalah berisi pakaian orang awam dan makanan. Ketika Thorn dan Gaskell dibawa ke kem mereka, seramai 16 orang pegawai mengikut contoh mereka, melepasi diri mereka melalui panel, di bawah tangga  dan keluar melalui pintu masuk, yang mana Niemeyer masih bingung memikirkan bagaimana mereka boleh terlepas. Ketika Thorn dibawa ke hadapan Niemeyer, beliau memberi ucap selamat, “Good day, Commandant, bad weather, is it not?’. Ketika itu kemarahan tercetus dan setelah memanggil Thorn dengan panggilan Englander Schweinhund dan beberapa lagi nama binatang, dia memaki kepada mereka akan memberikan hukuman yang teruk yang mana tiada lagi mana2 pegawai berani melarikan diri. Setelah diperiksa dengan keseluruhan, mereka dibawa ke sel hukuman. Di sana telah dipenuhi ramai pegawai2 yang lain-  lebih dari 30 orang yang kini berada dalam status hukuman tahanan. Antara mereka termasuklah seorang leftenan yang telah ditangkap semula selepas berjaya melarikan diri, iaitu Leftenan Riley, pada 13 Oktober 1917. Percubaan beliau sungguh mengecewakan dan mematahkan hati kerana telah benar hampir kepada kejayaan – beliau menyangka beliau telah menyeberangi sempadan Belanda apabila ditangkap oleh pengawal yang membuat rondaan di seberang, yang hanya 3 batu dalam kawasan German! Seminggu selepas Riley ditangkap, 5 orang lagi pegawai cuba dengan kaedah yang sama. Namun juga berjaya menimbul syak kepada pengawal pintu dan akhirnya mereka juga ditangkap.

Setelah sebulan di dalam kurungan tahanan, tanpa mandi, menukar pakaian atau bersenam, Thorn menulis surat dalam bahasa Germannya yang paling baik kepada Niemeyer memohon membenarkan beliau mandi, dan meminta tiga perkara kecil seperti sedikit arang untuk memanaskan sel dan selimut lagi, yang mana musim sejuk yang hampir tiba menjadikan beliau kesejukkan. Niemeyer melihat ke dalam tempat tidur dan sekelilingnya dan berkata, “Itu sudah cukup baik untuk seorang English”, dan beliau berlalu pergi. Bagaimanapun, selang beberapa hari, mereka dibenarkan keluar dari sel ke laman, dan membenarkan mereka mandi.

Setelah tujuh minggu dalam sel, Gaskell dan Thorn diberitahu bahawa mereka akan dipindahkan ke kem penjara yang lain. Pada pukul 6 pagi keesokkan harinya, mereka meninggalkan Holzminden dengan dikawal ketat oleh pengawal. Beberapa bulan kemudiannya mereka menerima peluang pertukaran Tahanan Perang dan telah ditahan di Netherlands sehingga hari terakhir peperangan. Di samping berbagai cara untuk melepaskan diri dan tertangkap kembali, ada juga peristiwa yang tidak membawa kepada kesudahan yang baik. Percubaan yang dikenali sepanjang peristiwa sejarah Perang Dunia Pertama adalah percubaan Walters-Medlicott, iaitu Kapten Harold W.Medlicott, Infantri Afrika Selatan dan Kapten Walters,menjadi legenda di kalangan penghuni tahanan perang, dengan peristiwa tragik yang dialami mereka. Setelah beberapa kali melakukan cubaan melarikan diri, mereka kemudiannya dipindahkan ke kem lain di Bad Kolberg, dan di kem tersebut mereka melakukan lagi cubaan, namun mereka akhirnya ditembak mati selepas ditangkap. Pengawal yang menangkap mereka memberi alasan apabila mereka diiring ke penjara, mereka melarikan diri, walaupun amaran ketat, dan mereka mati kerana kecederaan. Tiada bukti yang kuat untuk peristiwa itu ramai antara mengesyaki bahawa pelolos beggar itu memang sengaja ditembak mati setelah ditangkap.

Melarikan diri dengan cara melalui pintu pagar atau kawat berduri nampaknya semua itu sudah menjadi mustahil sekarang, namun, usaha 20 orang dengan menggunakan akal dan kebijakaan mereka, melalui kaedah saintifik, plan melepaskan diri tanpa dikesan adalah merupakan plan yang genius – hasil dari kebijaksaan pegawai Canada, Mejar Colquhoun, menurut keterangan Leftenan Ellis, yang mula bekerja untuk itu sembilan bulan sebelum terlepas – menurut yang lainnya -  membina terowong dibawah tanah. Tempat yang dipilih untuk membina terowong adalah di bawah kaki tangga kuater orderlies di Kaserne B, yang terdekat dengan salah satu blok kawat berduri. Terowong yang akan dibina itu mestilah dielakkan dari diketahui oleh pengawal, dan pengawal stesyen yang bertugas di luar kawat berduri itu, yang boleh memandang jelas pintu masuk pegawai dan orderlies. Maka,mereka meminjam pakaian askar biasa itu dan menunggu dalam kuarter mereka sendiri sehingga keadaan kurang bahaya dan mereka kemudiannya menyelinap masuk ke dalam pintu masuk mereka sendiri dan berjalan masuk ke bangunan dan melalui pintu masuk orderlies. Mereka mula bekerja dengan segala peralatan yang ada di tangan mereka termasuk yang dicuri dari pekerja2 kontraktor yang bekerja di dalam bangunan Penjara itu. Penggali terowong sekarang mempunyai kemasukan yang selamat ke ruang bilik bawah tanah dan bekerja tanpa gangguan. Setiap hari mereka menukar pakaian kepada askar2 biasa dan mengotorkan muka dan tangan mereka – untuk kelihatan seperti askar2 buruh paksa itu demi menyembunyikan ciri2 mereka. Ini bagaimanapun menyakitkan askar2 tersebut yang mana implikasi kepada mereka, adalah dibayangkan sentiasa kotor, sedangkan mereka sentiasa menyucikan diri mereka sebelum melakukan apa2 khidmat untuk para pegawai. Walaupun begitu, bahaya yang paling ditakuti oleh para penggali terowong ialah Niemeyer mungkin memilih untuk melakukan kejutan tanpa sebarang pemberitahuan, beliau melakukan lawatan mengejut ke pintu postern yang mana hanya 10 yard sahaja dari pintu masuk askar2 itu. Namun begitu dengan sistem amaran yang mereka ubah sendiri, ianya berjalan dengan baik dan penggali itu tidak pernah ditangkap dalam tindakan mereka memasuki dan meninggalkan ruang kamar itu. Proses penggalian itu dilakukan dalam keadaan rahsia. Penggali akan membersihkan diri mereka dahulu sebelum meninggalkan kuarter askar2 biasa itu dan walau mereka berkongsi bilik dengan banduan lain, kadang juga mereka mengesyaki mereka sedang melakukan sesuatu namun masih tidak dapat mengagak teman sebilik mereka lakukan. Mereka masing2 mengunci mulut, dan itu berlarutan sehinggalah pembinaan terowong itu selesai.

Mereka bekerja keras menyiapkan terowong itu walaupun masa bekerja mereka kini terpaksa dihadkan berikutan dengan peraturan kesemua bangunan di Holzminden akan dikunci pada waktu malam dan penggali terpaksa melakukan kerja pada waktu siang antara pukul 9 pagi dan 4 petang, waktu pemeriksaan. Namun apapun, pemeriksaan yang dilakukan di bilik penyimpanan kentang yang menyambungkan koridor tingkat bawah, bermakna mereka tidak boleh mendekati terowong itu sehingga sekitar 11.30 pagi. Mereka juga terpaksa membenarkan beberapa masa untuk membersihkan diri mereka dan menghilangkan segala kesan dari aktiviti  sebelum berakhirnya hari tersebut, maka segala kerja haruslah berakhir sebelum pukul 4 petang.

Tiada peralatan yang khusus digunakan untuk kerja2 menggali itu, melainkan apa2 yang ada di tangan mereka, seperti pisau dapur, pisau lipat, sudu, pisau roti dan beberapa lagi. Terowong itu tidak ubah seperti lubang tikus, Cuma 16 inci dengan lebar 12 inci tinggi, lebih kurang saiz tempat pemanas api atau pendiang api. Penggali akan menyalakan satu lilin sahaja untuk mereka bekerja, yang mana beratus2 lilin  didapati dari parsel Palang Merah daripada England. Penggali kemudiannya merangkak masuk ke sepanjang terowong  itu dalam kegelapan dan menyalakan lilin yang satu lagi apabila sampai ke tempat yang ingin mula digali. Mereka memotong tanah liat dan tanah dengan menggunakan pisau pengukir. Risiko akan tanah runtuh dan permukaan atas runtuh juga menambahkan kerisauan yang boleh menyebabkan kejadian yang lebih teruk. Mereka bukan sahaja membahayakan  diri sendiri yang mungkin akan terperangkap di bawah tanah, tetapi juga apa sahaja permukaan runtuh, mereka yang berada di atas akan mengetahui akan kerahsiaan pembinaan terowong itu. Maka untuk itu, mereka melapisi terowong secara berkala menggunakan katil-papan yang dicuri dari kuarter mereka dan menyeludup masuk di bawah pakaian mereka. Kesemua katil tersebut mempunyai permukaan besi yang menyokong permukaan papan, di sokong pula oleh tilam, yang mana dipenuhi oleh kertas atau serbuk kayu. Kebanyakan permukaan katil itu telah digunakan untuk bahan api sepanjang musim sejuk, dan banyak lagi diambil oleh penggali2 itu. Kehilangan katil2 itu menimbulkan banyak aduan, sejak hanya beberapa orang sahaja yang mengetahui tentang terowong itu, tetapi dinafikan oleh penggali yang bersama2 terlibat dalam kerja penggalian terowong itu. Mereka masing2 bertindak mengunci mulut.

Mereka yang bekerja di situ mengambil masa paling maksimun ialah satu jam sebelum keletihan dan dahaga dan keadaan udara yang melemaskan memaksa mereka kembali ke permukaan -  tiada ruang untuk berpusing untuk memberi laluan kepada orang lain pula menyambungnya melain terpaksa memasuki dan bekerja setiap satu jam seorang sahaja. Maka, pada setiap berakhir giliran masing2, mereka akan mengalami kesakitan pening pada kepala oleh kerana kekurangan udara untuk bernafas. Mereka berusaha luar biasa yang boleh dikatakan mengkagumkan, boleh diputuskan bahawa hampir kepada diet yang mencecah kebuluran untuk beberapa bulan. Cara mereka bekerja ialah antaranya, mereka meletakkan tanah yang digali ke dalam mangkuk enamel dengan lubang yang digerudi di sebelah yang bertentangan dengan laluan dan tali panjang diikat antara satu sama lain. Apabila mangkuk penuh, penggali mengangkat dirinya atau sekurangnya, setinggi siling 12 inci, akan membolehkannya dan menolak mangkuk belakang di bawah tubuhnya. Karung berisi tanah itu disusun pada dinding bilik bawah tanah dan dijadikan sebagai tangga kepada tingkat bawah. Tanah2 yang digali akan dibuang separuh supaya tidak menyesakkan terowong, hanya meninggalkan lorong2 sempit melalui mulut. Mereka tidak boleh menggali terlalu lebar untuk mengelakkan dikesan samada keretakan bawah tanah ataupun disedari oleh pengawal.

Berbalik kepada keadaan di Holzminden, kehadiran banduan2 baru menambahkan kesesakkan di situ. Serangan German secara besar-besaran, dikenali sebagai Operasi Michael, juga digelar sebagai Kaiserschlact atau Pertempuran untuk Maharaja, yang dilancarkan pada 21 Mac, 1918, menyebabkan ratusan ribu rakyat British ditawan semasa serangan kecilan, memutuskan bahawa lebih ramai lagi ditawan sepanjang peperangan. Apabila wakil Belanda mempengerusikan satu konferen antara British dan German delegasi dalam tahun 1917, dia membuka meja untuk tawaran daripada kerajaannya menerima seramai 16,000 pejuang British dan  German atau pembabitan orang awam, ke tanah Belanda. Ianya dicadangkan oleh Belanda dan dipersetujui olah pejuang2 tersebut, berkaitan dengan keadaan perubatan, semua pegawai dan NCO yang telah ditawan sekurangnya 18 bulan telah ditawarkan peluang ditahan di Negara aman, melainkan mereka berkeinginan terus untuk tinggal di Negara berperang. Pihak2 yang berperang juga telah bersetuju untuk menghantar pulang mereka yang terlibat dalam kondisi perubatan yang telah ditawan, mengurangkan hukuman kepada banduan yang cuba melarikan diri dari penjara dan serta-merta melepaskan semua banduan yang menjalani hukuman panjang  atas kesalahan itu. Pihak yang berperang juga bersetuju bahawa hukuman untuk percubaan melepaskan diri dari tahanan atau kem walau telah dilakukan beberapa kali akan hanya dikenakan 14 hari maksimun hukuman ketenteraan atau, jika dikumpulkan sekali kesalahan mencuri atau kerosakkan, ke atas harta benda atau manusia, akan dikenakan maksimun 2 bulan tahanan penjara. Banduan yang menerima tawaran pertukaran itu bagaimanapun ditahan di Netherlands atau Swisszerland sehinga akhir peperangan. Ramai juga yang menolak, kerana itu bermakna mereka tidak berhak mengambil bahagian dalam pertempuran, dan sebagai sebahagian dari perjanjian, bahawa kerajaan yang berkenaan akan menghantar kembali mana2 lelaki yang terlepas dari tahanan dan membuat rancangan kembali ke Negara asal mereka tanpa kebenaran. Kumpulan pertama seramai 20 orang pegawai telah meninggalkan Holzminden pada Hari Boxing 1917 dan seterusnya 26, termasuk ramai darinya penggali terowong yang asal, tiba pada 24 Mac 1918. Pegawai British yang senior, Mejar Haig, pergi bersama mereka, dan telah digantikan oleh Kolonel Charles E.H. Rathborne. Rathborne, sebelum ini berada di kem penjara Schweidnitz, telah melarikan diri lebih dahulu pada  bulan itu, kemudiannya telah ditawan dan dihantar ke Holzminden, di mana dia menunjukkan minat serta-merta untuk rancangan melepaskan diri lagi.

Kini, hanya tiga dari penggali asal masih di Holzminden dan memutuskan untuk meneruskan usaha, mereka kemudiannya melatih seramai 10 lagi pegawai bagi berkongsi kerja dan bebas bersama mereka. Tiga belas mereka kini adalah Leftenan Walter Butler, Leftenan FrederickMardock dan Colin Lawrence daripada Royal Naval Perkhidmatan Udara, Kapten William Langren, Leftenan David Wainwright RN, Leftenan Neil Macleod, Kapten Clifford Robertson, Leftenan Andrew Clouston, Leftenan Arthur Morris dan Robert Paddison dan tiga lagi juruterbang, Kapten David Gray, leftenan Cecil Blain dan Leftenan Caspar Kennard yang masing2 secara individu telah mencuba beberapa kali melarikan diri dari kem penjara Osnabruck, Clausthal, Strohen, Neunkirchen dan Krefeld sebelum tiba ke Holzminden. 


Cecil Blain, David Gray, Kaspar Kennard

Kita akan mengenali tiga dari mereka ini, iaitu Cecil Blain, yang telah diambil sebagai banduan pada 7 Ogos 1916 selepas jetnya mengalami masalah enjin di belakang laluan German. Berciri fizikal dengan rambut yang kemas dan bermata biru, dengan muka yang bulat , dia boleh melepasi German. Dia pernah menghabiskan masa di Afrika Selatan sebelum perang di mana dia mempelajari bahasa Belanda-Afrika, dan walaupun dia bukanlah fasih dalam German, namun dia memahami bahasa itu dengan sempurna. Caspar Kennard, anak kepada tuan tanah Kent yang bekerja di Argentina sebelum perang, mempelajari membina perniagaan di syarikat ekstrak daging yang dikenali, telah ditangkap apabila jet beliau juga terpakksa mendarat di garisan musuh pada Oktober 1916. Seorang yang tinggi dan bermisai dan berambut hitam tebal yang disisir ke belakang dahinya, mempunyai sikap yang tidak sabar dan berbahasa Spanish dengan fasih. David Gray, telah ditembak jatuh dan ditawan berdekatan Bapaume pada pagi 17 September 1916, menghabiskan masanya banyak dalam pra-perang di India. Sentiasa kelihatan kemas rapi walaupun dengan berpakaian banduan kem – mempunyai rambut hitam dengan misai yang kemas dan kompleksi berkulit gelap untuk beliau dianggap sebagai seorang native Indian. Beliau dikurniakan kelebihan untuk menguasai bahasa, bercakap dengan fasih dalam French, German, Russian, Hindustani dan beberapa dialek Asia. Beliaau dikenali sebagai Munshi – Hidustani untuk bahasa guru di India, dan menjadi nama panggilan baginya. Berdarah Indian menjadikan beliau kawan kepada seorang penterjemah Kurt Grau. Apabila kad pengenalan dan pas memerlukan untuk di salin cetak, Grau membekalkan diri dan namanya sendiri digunakan ke atas satu dari kad pengenalan palsu ke atas tiga lelaki ini.

Salah satu yang menyebabkan penggali2 itu melemahkan semangat mereka ialah apabila mereka terdengar derapan langkah kasut boot atas permukaan yang mana membuat degupan jantung mereka cepat, yang hanya 3 kaki di bawah mereka sahaja. Penggali2 itu bekerja dalam tiga orang satu team, dan bergilir2 bekerja setiap jam dengan lelaki ketiga bertindak sebagai penjaga masa. Rutin harian tidak pernah bertukar. Satu juga berdepan dengan masalah ialah apabila bertembung dengan tikus, kerana banyak tikus yang tinggal di bawah terowong itu. Mereka akan bertembung dengan walau dimana2 pun sudut dalam terowong itu, dan kadang2 mengejutkan mereka dengan pandangan mata besar dan bersinar tikus2 itu. Apa yang boleh mereka lakukan ialah samada membunuh mereka – bukanlah perkara yang senang dalam ruang yang sempit terowong itu – atau hanya menundukkan kepala, melekapkan diri ke dinding terowong dan menunggu tikus2 itu melalui mereka dan melarikan diri.

BUKU HITAM

Pada Mei 1918, dimana German menuntut perjanjian antara kuasa2 perang yang telah dipengerusikan oleh Belanda tahun sebelumnya, Kem Tahanan Perang German di Britain masih menjadi subjek kepada tindakan balas. Kedua belah pihak bersalah dari tindakbalas peringkat2 yang berubah2 dari perang, praktik yang telah dilakukan oleh raja pertama dari Amiralty, Winston Churchill, pada awal 1915, apabila dia memerintahkan menawan krew U-bot German untuk dipenjarakan di Naval Detention Barrack di Chatham dan Devonport. Polisi tersebut di tinggalkan serta-merta apabila Arthur Balfour menggantikan Churchill pada Mei 1915, tetapi tindakbalas itu tetap berterusan, berkaitan dengan polisi meletakkan Tahanan Perang dalam subjek serangan udara. Britain juga menyerahkan dokumen lengkap aduan tentang kekejaman dan penganiayaan dalam kem tahanan German yang ditadbirkan oleh Pertubuhan Kesepuluh Tentera, Holzminden dan Clausthal dalam persamaan, adalah didominasikan oleh kembar Niemeyer yang terkenal. Apabila aduan diabaikan, pihak berkuasa British bertindakbalas ke atas banduan German daripada Persatuan kesepuluh Tentera, memindahkan mereka kepada kem tahanan Perang yang sama dan melucutkan keistimewaan mereka. Sebagai tindakbalas atas tindakan Britain, bermula pertengahan Mei 1918, Niemeyer memerintahkan serta-merta tindakbalas keatas banduan British di bawah arahannya. Tiada musik, teater, permainan atau bersiar-siar atas parol dibenarkan dan bilangan yang dimasukkan dalam sel juga bertambah. Mereka sekarang hanya mempunya masa pada 9 dan 11.30 malam dan 3.30 dan 6 petang, masa yang diperuntukkan sangatlah ketat kepada banduan untuk melarikan diri, untuk bekerja di terowong itu.

Kod kebiasaannya digunakan untuk meminta barang seludup tetapi Kapten Jack Shaw menyempurnakan kod yang mana dia hantarkan pesanan kepada Perkhidmatan Rahsia British. Abang kepada Robert Paddison memberitahu, keluarganya menerima surat daripada Robert menyuruh untuk iluminasi foto dari (senarai nama panggilan keluarga) di belakang monyet dan sekeping foto nenek. Ini bukan perkara main2, tetapi apabila mengambil kira huruf pertama dari nama Kristian dalam senarai ibunya mendapat COMP sebalik ASS (monyet) dan neneknya adalah M.A.P. Maka, berdasarkan itu,kompas telah diletakkan dalam bungkusan kulit walnut dan kedua sarang walnut itu digamkan bersama dan dihantar kepada Robert dalam parsel campuran kekacang.

HARI TERAKHIR

Ketakutan penggali terowong bahawa mereka akan ditemui semakin bertambah apabila terowong itu semakin hampir disiapkan, 9 bulan bekerja dalam jeopardy dan setiap bunyi atau langkh kaki dari kuarter askar2 biasa atas kepala mereka sudah cukup mencetus ketakutan yang amat sangat. Disamping usaha terbaik mereka mengekalkan rahsia secara total, pengetahuan tentang kewujudan satu terowong, walau tidak mengetahui lokasinya, telah menjadi buah mulut dan semakin tersebar. Apatah lagi dengan kekeliruan apabila askar2 itu melihat pegawai2 memakai pakaian seragam askar biasa hilang ke dalam kuarter askar2 itu dan tidak kelihatan sehingga beberapa jam, sudah cukup membuatkan mereka mengesyaki sesuatu.

Berkenaan dengan keselamatan di penjara Holzminden, Niemeyer sendiri menghadapi masalah tentang kaliber pengawal2nya  sendiri. Dengan tenaga kerja yang semakin tenat, pengawal2 yang muda dan kuat dihantar ke barisan hadapan perang, manakala yang menggantikan sebagai pengawal di penjara Holzminden adalah terdiri daripada veteran dan pemuda2 yang masih terlalu muda.

Orang pertama yang masuk menerusi terowong itu ialah Leftenan Walter Butler, diikuti oleh Kapten William Langren dan Andrew Clauston daripada Rejimen Diraja Newfoundland. Apabila mereka bertiga telah berjaya keluar, giliran Cecil Blain, Caspar Kennard dan David Gray pula melaluinya, dan kali ini mereka bertembung sekali lagi dengan tikus2 yang tinggal di terowong itu. Untuk kali ini, mereka tidak lagi menunduk dan membiarkan tikus itu melalui mereka, malah mengharungi mereka semua sehingga ke permukaan. Ahli terakhir antara 13 orang yang bekerja berkumpulan dengan penggalian itu Leftenan Robert Paddison, meninggalkan Kaserne B pada 11.30 malam dan memasuki terowong 10-15 minit kemudiannya. Seperti yang telah diatur, mesti menunggu satu jam sebelum pegawai senior British Kolonel Rathborne dengan gilirannya memasuki ruang terowong itu pada 12.30 malam, diikuti oleh jarak dengan beberapa minit oleh lagi 6 orang senarai tambahan. Orang yang terakhir dalam senarai tambahan adalah James Bennet, telah berjaya keluar hingga ke hujung pada 1.15 pagi. Mereka berterusan melalui perlahan2 sehingga Kapten Philip Smith dan Frank Sharpe, berjaya melalui terowong itu dengan selamat dan melalui belasan pengawal sebelum hilang pada kegelapan malam. Namun, nasib tidak menyebelahi yang selebihnya apabila giliran yang berikutnya dinding terowong tersebut runtuh, memaksa mereka kembali ke belakang, termasuklah Kapten Jack Shaw.

Keesookan paginya, setelah pengawal melakukan rondaan, pegawai2 yang terperangkap dan askar2 biasa itu kembali ke bilik bawah tanah, melainkan dua orang yang kemungkinan kurang berhati2 tidak melalui jalan kembali ke bilik bawah tanah melalui loteng, tetapi melalui pintu masuk ke kuarter askar2 prebet itu. Ketika itu mereka berlari melalui Niemeyer, yang melakukan rondaan seperti biasa setiap pagi. Niemeyer bertanyakan mereka kerana mereka kelihatan berlumpur, namun tidak mengesyaki cubaan melarikan diri, sehinggalah beberapa minit kemudian, beberapa petani muncul di depan pintu masuk. Mereka dalam perjalanan untuk ke ladang ketika mereka melihat ada laluan menerusi ladang rye itu. Niemeyer memerintahkan askarnya turun ke terowong tetapi ditolak oleh askarnya, walaupun mereka takut akan Niemeyer namun mereka lebih takut untuk turun keseorangan ke dalam terowong gelap itu di mana mungkin masih ada sisa2 banduan di dalamnya. Apabila Niemeyer juga percaya masih ada banduan di dalamnya, beliau menghantar pengawal bersenjata turun ke terowong, dan dia kemudiannya kembali ke Kommandantur untuk membuat laporan pecah keluar banduan kepada polis Holzminden dan kepada Persatuan Kesepuluh Tentera di Hannover. Niemeyer telah juga memberi arahan supaya pintu keluar blok berek dikunci, dinyatakan sebagai ‘Keselamatan Kem’, memerintahkan agar semua banduan ditahan dalam bilik mereka dan melarang mereka bercakap kepada sesiapa yang berlainan bilik, dan menberi amaran kepada banduan supaya menutup pintu tingkap bilik mereka supaya tidak ditembak. Sementara itu, secara kebetulan, terowong di Clausthal, kem yang dikendalikan oleh kembar Niemeyer juga hampir siap, tetapi dengan amaran umum selepas peristiwa Pelarian Diri Besar-besaran, memaksa Heinrich memerintahkan dilakukan pemeriksaan secara menyeluruh segenap kem dan terowong itu telah ditemui. Adalah tuah yang sangat kejam kepada mereka yang bekerja keras dalam tempoh yang lama dan semakin hampir kepada hari mereka melarikan diri. Holzminden selalu menjadi tarikan kepada orang awam yang bersiar-siar pada waktu petang sepanjang jalan keluar dan melalui pagar berduri menempatkan banduan perang British. Seorang banduan memberitahu apabila orang2 awam itu lalu, mereka seolah memandang mereka seperti memandang binatang dalam zoo, dan kanak2 yang bermain basikal yang lalu di situ sering mengejek mereka dengan menyanyikan lagu kebencian terhadap banduan2 itu. Kini, setelah peristiwa bersejarah itu berlaku, orang2 awam semakin ramai yang ingin mengetahui apa yang berlaku di sebalik pagar berduri itu dengan beramai2 datang ke luar pagar tersebut, memaksa Niemeyer memerintahkan agar tidak dibenarkan mendekati kawasan terbabit.

HIDUP ATAU MATI

Sebaik sahaja Niemeyer memberitahu Ibu Pejabat tentang Pelarian Diri Besar-Besaran, pencarian dilakukan oleh tentera berkuda dan anjing pengesan bermula, dengan ganjaran sebanyak 5,000 mark – sekitar 250 pound sterling – ditawarkan untuk setiap banduan yang tertangkap, hidup atau mati, tetapi banduan2 itu semua telah beberapa jam menyeberangi Sungai Weser. Mereka mengetahui pasti German akan menggunakan anjing pengesan untuk menjejaki banduan terlepas, maka ada darinya akan menyapu dan menggosokkan tapak kaki mereka dengan bawang putih jika dalam keadaan mereka dihidu oleh anjing dan juga sedikit lada untuk tujuan yang sama. Lada hitam boleh digunakan terhadap askar2 German juga atau pengawal sempadan dengan menyemburkannya kepada muka sesiapa, mereka tidak akan dapat menembak sementara mereka melarikan diri.

Bekalan makanan yang terlalu padat akan ditinggalkan sahaja bagi meringankan beban untuk membawanya, dengan harapan mereka akan menjumpai ladang2 buah-buahan atau sayuran, namun dalam suasana yang rakyat German sendiri berada dalam kelaparan dan semua makanan berjimat-cermat. Askar2 German akan memeriksa setiap pengeluaran petani dan akan memaksa mereka menyumbang separuh dari hasil mereka untuk alasan kegunaan tentera German. Ini memaksa petani juga menyorok makanan mereka dari tentera German. Sepasang  dari banduan terlepas itu pernah melihat beberapa orang dalam keadaan yang mencurigakan dengan membawa guni. Apabila disiasat, mereka menjumpai kentang ditanam dalam lubang di tanah, dan guni mengandungi gandum disorokkan dalam pondok. Apa sahaja yang banduan terjumpa kentang atau lain2 sayuran, mereka akan memasaknya dalam dapur Tommy – jika ada antara mereka yang memilikinya – kerana mereka perlukan makanan yang dimasak panas untuk menambahkan kalori yang diperlukan sepanjang perjalanan mereka.

Manakala itu, 19 banduan yang terlepas dari 29 orang telah ditangkap kembali, sebahagian darinya dikesan oleh orang awam. Ramai dari populasi German sebaik sahaja berita tentang banduan terlepas itu tersebar, ditambah pula dengan ganjaran yang ditawarkan, bersama2 mengesan mereka dengn pihak berkuasa. Apabila berita kedengaran tentang orang awam ternampak banduan2 itu, sudah menjadi kebiasaan sekolah akan diberi cuti, maka bersama2 membantu mengesan banduan2 itu di tempat2 yang tersembunyi. Banduan terakhir yang melalui terowong itu, Kapten Frank Sharpe dan Bernard Luscombe, adalah orang pertama yang ditangkap, ketika mereka mencuba melepasi sebuah perkampungan lebih kurang 15 batu daripada kem, selepas dua hari dua malam terlepas. Pegawai Kanada, Kapten Clifford Robertson, telah ditangkap pada hari ke 11 sepertimana juga Leftenan Neil MacLeod, berumur 25 tahun dari Wakapuaka, New Zealand, merupakan orang yang ke-11 melalui terowong.. Beliau telah ditangkap dalam hutan kecil berdekatan Osnabruck oleh seorang tentera German yang bercuti dan keluar untuk berjalan2 dengan membawa anjing dan senjata. Manakala, Leftenan Walter Butler, orang pertama yang melalui terowong berserta dengan lagi 4 orang ditangkap pada hari ke-10. Kapten William Langren dan Leftenan Frederick Mardock dan Colin Lawrence telah diberkas berdekatan Sungai Ems. Seorang lagi berkeliaran sekitar German menjelang malam sebelum ditangkap oleh seorang tua pengembala kambing, tetapi antara mereka, yang paling tidak bernasib baik ialah Leftenan Kedua A.T. Shipwright, beliau ditangkap hanya dua ratus yard sahaja dari sempadan Belanda, begitu juga dengan Robert Paddison, yang ditahan berdekatan sempadan Belanda, Kapten Philip Smith juga hanya 3 batu dari sempadan telah ditahan, disamping yang lain ditangkap ialah Mejar John Morrogh dan Leftenan Thomas Burril, Douglas Birch, Peter Lyon, Arthur Morris, David Wainwright, Frederick Illingworth dan Andrew Clouston.

Kesemua mereka yang ditangkap dikembalikan ke Holzminden, di mana mereka diletakkan di bawah tahanan penjara dan denda hanya dengan memakan roti dan air sahaja sejak 4-8 minggu. Kesemua mereka juga telah dihadapkan ke mahkamah pda 27 September 1918, didakwa dengan sengaja dan konspirasi memusnahkan harta berharga Kerajaan. Mereka dibenarkan mengambil peguam untuk membela mereka. Setelah disabitkan kesalahan, mereka semua didenda enam bulan penjara, tetapi kebetulan pada masa itu, Gencatan Senjata sedang berlaku, dan hukuman itu tidak pernah dilaksanakan. Tentu anda pernah mendengar kisah Leefe Robinson yang tertulis dalam artikle ini sebelumnya,mengalami penganiayaan dan ditahan dakam tempat yang lembap di bawah bangunan hukuman sel di Holzminden telah memusnahkan kesihatannya. Menjelang tengah malam sekembalinya beliau ke England pada akhir perang, lelaki ini yang telah memberikan kesan dramatic kepada England dalam dunia perang kerana telah menjadi orang pertama yang menembak jatuh Zappelin German, telah tidak mampu membawa dirinya lagi. Dia meninggal atas katil pada Dissember 31, 1918. Leefe Robinson adalah mangsa kepada wabak influenza pandemic yang melanda dunia ketika itu, tetapi, pejuang2 yang lain percaya bahawa perlembagaan yang lemah menjadi punca yang sebenarnya kepada kematian beliau. 

Lakaran peta untuk tujuan melepaskan diri


BERAKHIRNYA PERANG DUNIA PERTAMA

Pada peringkat perang ditamatkan, kemenangan pihak Bersekutu menjadi jelas kepada semua pihak, Hauptmann Niemeyer dan ‘anak2 didik’ di bawahnya menjadi berubah serta-merta. Banduan dapat melihat bagaimana mereka yang dulunya adalah pembuli, menjadi berubah kepada masyarakat yang bersifat ‘menjilat’. Niemeyer menurunkan gambar Kaiser dari dinding pejabatnya, berhenti dari membuat lawatan yang menyinggung penghuni kem dan bertemu dengan ahli baru, Brian Manning, hampir setiap hari menawarkan konsesi. Mendengar bahawa kebanyakan komanden akan di dakwa atas jenayah perang menjadi risau dan bertanya kepada pegawai British jika berita itu benar. Pegawai British memberitahunya bahawa kemungkinan itu benar, dan Niemeyer kelihatan gementar. Beliau memberitahu kepada pegawai itu bahawa beliau melakukan apa sahaja yang boleh untuk pegawai2 di situ dan jika terdapat perintah yang tidak menyenangkan, bahawa itu adalah datang dari pihak atasan.
Apabila Gencatan Senjata dkuatkuasakan pada 11 November 1918, kesemua banduan2 di dalam sel tahanan telah dilepaskan serta-merta. Di antara mereka adalah Juruterbang Canada Leftenan Hector Dougall, yang dikenakan tahanan denda akibat tindakan melarikan diri sebelum ini. Dalam kepuasan atas tindakan balas dendam dalam tindakbalas  atas kekurangan rawatan perubatan, dengan memegang parsel Palang Merah dan sumpahan yang berulang2 ke atas kurungan sebagai hukuman untuk cubaan melarikan diri banyak kali, Dougball menaiki ke tingkat paling atas bangunan kem, mencabut bendera negeri kem tersebut – helang German – dan membawanya pulang ke Winnipeg sebagai cenderamata.

Walaupun sebelum Gencatan Senjata  secara rasminya diisytiharkan, Niemeyer telah menanggalkan pakaian seragamnya, berjalan keluar dari kem dalam pakaian orang awam dan memberitahu banduan2 bahawa beliau bukan lagi seorang Prussian tetapi seorang Hannoverian yang baik hati. Kapten Jack Shaw dalam notanya menulis tentang perubahan kelakuan pengawal2 yang masih tinggal di Holzminden. Mereka lebih menghormati yang mana kelakuan mereka ialah mendengar apa sahaja yang diluahkan kepada mereka. Selepas 11 November 1918, ramai banduan2 dengan mata wang German yang disembunyikan, keluar ke kampung2, berharap dapat membeli wine dan daging. Di sana, tiada makanan yang boleh didapati di bandar, namun petani adalah lebih baik dan beberapa banduan2 berjaya mendapatkan makanan. Hector Dougall mendapati dia boleh membeli arnab, sosej, itik dan ayam daripada petani tempatan. Banduan2 juga dibenarkan pergi ke Bandar Holzminden tanpa pengawasan pengawal.

Dalam pada itu, penjara Holzminden seakan terbiar. German tidak memperdulikan banduan2 itu lagi, samada makanan dan lain2nya. Sementara menunggu pengangkutan Tentera British datang untuk mengambil mereka, mereka berusaha mencari sendiri apa2 makanan dan minuman serta pakaian dan sebagainya. German memang tidak bersedia untuk menanggung ratusan dari ribuan banduan Bersekutu yang masih berada di tanah mereka, dalam bilangan yang amat besar yang telah dilepaskan dan meninggalkan mereka berjuang sendirian kembali ke Negara mereka sebaik mana yang mungkin, dalam kelaparan dan pakaian hanya dalam raga yang kotor.

Menjelang pada hari keberangkatan pulang mereka, banduan yang masih tinggal di Holzminden melepaskan rasa lelah dan kekusutan dengan membuat bonfire menggunakan apa sahaja yang tinggal di kem tersebut, dalam proses untuk membakar kem banduan itu. Segala kerusi, meja, pakaian lama dan apa  sahaja yang tidak boleh dibawa pulang digunakan sebagai sumber menyalakan api. Dalam kurang 10 minit, api besar kelihatan telah menjulang tinggi. Keretapi khusus telah sedia menanti di Stesyen Holzminden, dipenuhi dan padat dengan manusia seperti sardin, namun, tiada seorang pun dari mereka mengadu tentang itu, dan mereka menyaksikan dengan rasa puas hati, apabila keretapi bergerak, mereka dapat melihat warna merah menyala dari bonfire itu masih lagi tidak surut, masih lagi membakar kem dan semakin merebak dan merebak sehingga tidak kelihatan lagi pada pandangan mereka.

Sekembalinya ke Britain, kesemua bekas Tahanan Perang diminta untuk mengumpulkan laporan berkenaan keadaan tangkapan terhadap mereka. Mereka juga dikehendaki menjawab soalan pertanyaan dari Jawatankuasa Kerajaan atas Layanan oleh Musuh Kepada Banduan Penjara British dan menyediakan ‘Kenyataan Pengalaman Luar Biasa dalam kem Tahanan German’. Nama Niemeyer juga antara yang tersenarai dalam percubaan untuk membawa beliau ke muka pengadilan tetapi ‘Milwaukee Bill’ itu dengan senangnya terus hilang dan tidak ditemui. Lebih 4 tahun selepasnya terdapat laporan tentang dia dan buah mulut yang konflik berkenaan apa yang telah menimpanya, tetapi pada 1923, dalam satu surat khabar British membawa laporan bahawa Niemeyer telah menembak dirinya sendiri dalam sebuah restaurant di Hannover. Lain sumber pula menyatakan dia terlibat dengan kes bunuh diri di flatnya di Dresden. Bagaimanapun, laporan2 tersebut tidak dapat di sahkan dan terdapat kenyataan bahawa Niemeyer dan kembarnya, Heinrich, komandan kem penjara Clausthal yang juga dikehendaki atas jenayah perang, telah  melarikan diri dari keadilan dengan terbang ke Selatan Amerika.

KEHIDUPAN SELEPAS PERANG

Persahabatan yang terjalin antara Leftenan James Bennet dan Leftenan Colin Lawrence ketika mereka sama2 menjadi banduan di Holzminden adalah tidak terjangka mencapai dua puluh tahun, apabila Bennet menyelamatkan Lawrence daripada di penjara dengan membela untuk dia di mahkamah. Lawrence berdepan dengan hukuman penjara setelah didakwa menimbulkan kekacauan dengan mencederakan setelah berada dalam keadaan mabuk yang amat sangat, tetapi Bennet yang telah mengetahui keadaannya dalam surat khabar, menghadiri mahkamah untuk pendengaran. Beliau juga memberitahu Majistret  bahawa dia pasti Lawrence tidak akan berniat mencederakan sesiapa, dia merayu untuk membebaskan Lawrence dengan memberitahu mahkamah, “Kapten Lawrence dan saya berdepan kematian dalam perang apabila kami dipaksa keluar dari jet pejuang, tetapi bernasib baik selepas beberapa jam dalam air, kami diambil oleh submarin German, Lawrence telah ditawan dua kali dalam perang dan tleah mengalami beberapa kecederaan di kepalanya.” Majistret memerintahkan Lawrence hanya membayar 50 pound untuk setahun dan menasihatkan beliau menjauhi daripada minum arak. Bennet kemudiannya mendedahkan bahawa kawan lamanya itu telah berpindah ke sebuah kampung 200 batu jauhnya untuk memulakan hidup baru, “Saya tidak boleh mendedahkan di mana dia sekarang. Dia telah pergi ke sana bersama dengan anak kecilnya untuk melupakan apa yang telah terjadi dalam hidupnya.

Berkenaan dengan tiga sahabat yang telah berjaya melarikan diri dari penjara Holzminden, iaitu Cecil Blain, David Gray dan Caspar Kennard, mereka bagaimanapun tidak ditakdirkan menikmati kehidupan sempurna dan aman pada usia tua. Cecil Blain telah mendaftar  kembali bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan dalam yang dinamakan semula, Royal Air Force – abangnya mencadangkan bahagian itu sebagai motivasinya kemungkinan ada harapan untuk kembali menemui kembar Niemeyer selepas perang dan membalas dendam. Apabila perang berakhir, Blain menjadi juruterbang pelatih, tetapi dalam Januari 1919, dia telah terbunuh ketika mencuba Sopwith Dolphin di Martlesham Health di Suffolk. Caspar Kennard pula, telah kembali ke Argentina selepas perang, di mana dia menjadi pengurus satu estancia, tetapi telah terbunuh dalam kejadian tembak pada 1935. David Gray kekal sebagai askar, menyertai British Expeditionary  Force pertempuran di Bolsheviks di Rusia, kembali ke India di mana ditawarkan jawatan sebagai Kolonel, dia menjadi pegawai komandan kepada rejimen Indian Armynya yang lama, 48th pioneers. Dalam tercetusnya Perang Dunia Kedua, dia meletakkan jawatan dan memohon menyertai RAF sebagai pembantu juruterbang dan menjadi sebagai ketua skuad sebelum bersara pada 1942. Minatnya dalam tentera tidak pernah berhenti, dia serta-merta menyertai syarikat Keselamatan Rumah, tetapi semasa menjalankan tugas pada minggu pertama, dia telah dilanggar oleh sebuah lori dan terbunuh. Sebuah filem mengenai Pelepasan Diri Besar-Besaran ini telah diterbit dan ditayangkan dengan tajuk Who Goes Next, diarahkan oeh Maurice Elvey dan dibintangi oleh Barry K. Barnes. Fiksyen penceritaan kembali peristiwa bersejarah di Holzminden telah ditayangkan pada Mac 1938 dan kemudiannya  pada tahun itu, pada Sabtu, 23 Julai 1938, penasihat bagi filem itu, Kapten Jack Shaw yang telah dipersembahkan kepada Raja selepas perang dan telah dilantik menjadi komanden di Buckinghamshire Police, telah di antara  25 orang yang terlibat dalam peristiwa itu mengadakan pertemuan di Ye Olde Cheshire Cheese di Fleet Streetpada ulangtahun ke 20 peristiwa Pelarian Diri Besar-Besaran.

Dua blok bangunan kem banduan Holzminden dan Spielplatz masih berdiri teguh – walau di tengah kemodenan bandar tersebut, bangunan itu kemudiannya distrukturkan kembali. Kem banduan yang lama masih digunakan untuk tujuan ketenteraan sebagai pusat yang dikendalikan oleh Tentera German. Padang di mana terowong itu dibina dan runtuh pada waktu itu telah menjadi sebuah padang untuk kegunaan atlit bersukan. Mereka nampaknya seperti cuba untuk melupakan peristiwa tersebut, yang hingga kini menjadi kesan sejarah yang panjang.

Perang, telah membutakan semua Negara, tetapi benar dan hanya keamanan sebagai satu keputusan yang membuka mata orang ramai dengan fakta bahawa tujuan mereka adalah sama – tiada perbezaan pada bendera, percakapan atau warganegara boleh mengubah kebenaran persaudaraan sesama manusia – perang ini tidak diperjuangkan dengan sia-sia. Jika manusia akhirnya menyedari bahawa mereka bukan sesiapa untuk menjadikan seseorang itu sebagai musuh, tetapi kekejaman tentera yang berimperialisma dan mementingkan kapitalisma, menjadikan ketenteraan dari segala macam, dunia kewartawanan menabur kepalsuan, kebencian dan syak wasangka, perang tidak akan telah diperjuangkan dengan sia-sia. Kemudiannya, keamanan tidak akan dilaksanakan dalam sia-sia.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah