Part 1 : Kem Tahanan Perang; Situasi Perang Dunia Pertama.


Peperangan besar bukan sahaja penggunaan senjata secara besar-besaran, yang pasti melibatkan kos yang bukan sedikit. Peperangan juga mengakibatkan kehilangan harta benda Negara malah juga harta orang awam. Dan lebih tragis lagi, pasti setiap keluarga yang mana anggotanya terlibat dalam peperangan,  tidak akan menjangka lagi kepulangannya, kerana pemergiannya tidak diiringi dengan harapan yang besar untuk pulang.

Pejuang2 perang samada kehilangan nyawa ketika berada di barisan hadapan ataupun ketika dalam tahanan pihak musuh, pasti dianggap sebagai wira negara, walaupun negara mereka yang mengakibatkan terjadinya peperangan. Namun, wira negara bukan hanya setakat kepada pejuang yang gugur atau berjaya mengalahkan pihak musuh atau membantu negara mencapai kemenangan, tetapi juga lari dari konsep yang melibatkan pertarungan menumpahkan darah, iaitu berjaya melepaskan diri dari tahanan perang.

Apabila kedua2 pihak berperang, masing2 akan menjadikan anggota tentera pihak masing2 sebagai tawanan perang mereka dan kekal di dalam tawanan sehinggalah peperangan itu berakhir. Itu adalah perkara biasa dalam suasana perang dari operasi ketenteraan, bukan hanya setiap orang yang ditawan mempunyai potensi memusuhi pihak musuh namun juga mendedahkan tentang operasi pihak musuh mereka dan kelemahannya, pertukaran, strategi dan taktik pihak lawan.

Kisah yang diceritakan ini berlaku pada zaman peperangan Perang Dunia Pertama. Satu kisah yang mengujakan, dan memberi inspirasi kepada generasi masa kini akan kekuatan fizikal bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan jika tidak menggunakan kebijaksaan akal. Kisah ini memori yang tidak akan dilupakan sampai bila2 pun terutamanya kepada pengkaji sejarah dunia. 

Mengikut fakta sejarah, tawanan yang ditangkap dalam Perang Dunia Pertama adalah sangat mengejutkan. Perbandingan beratus-ratus lebih tinggi dari mana2 peperangan sebelumnya. Antara 7 dan 8.5 juta dari seluruh negara Eropah, tidak termasuk Asia, yang berperang ditangkap oleh pihak tentera dan ditahan dalam kem tahanan perang. Pada tahun 1916-17, Austria-Hungary sendiri mempunyai 1.8 tawanan yang majoritinya adalah Rusian, dengan kos 2.5 peratus dari jumlah perbelanjaan perang, malah lebih lagi apabila melibatkan aset tentera, bom pemusnah, kenderaan bermotor dan juga pesawat perang.

Perang Dunia Pertama menyaksikan permusuhan terbesar antara German dan British. German mempunyai 2.5 juta tahanan,  hampir 4 kali ganda dari pihak British dan Perancis apabila digabungkan! Majoriti tahanan German adalah tentera2 Rusia iaitu seramai 92,000 tentera yang menyerah kalah pada pertempuran Tannenberg. Namun, menjelang akhir peperangan, jumlah keseluruhan pihak yang bekerja dengan empayar British yang berada dalam tangan German adalah 191,652 orang. Selebihnya, seramai sekitar 177,000 masih ditahan di Armstice, selebihnya disahkan mati, dilepaskan atas sebab2 perubatan, melarikan diri atau dihantar sebagai pertukaran kepada tahanan dalam Netherlands atau Switzerland sebagai perjanjian yang dibuat antara pihak berkuasa peperangan.

Walaupun dalam suasana perang yang menumpahkan darah dan kebencian, pihak pejuang masing2 masih mengekalkan hubungan diplomatik, selalunya melalui pihak ketiga. Kerosakan yang ditimbulkan oleh peperangan banyak menimbulkan kesan. Kerosakan di setiap daerah dan wilayah, penduduknya sentiasa dalam kelaparan, mereka hampir kebanyakkannya dipaksa menyumbang wang dan membekalkan makanan dan sumber2  kepada askar2 mereka sendiri yang ditawan oleh pihak lawan. Mereka terpaksa melakukannya, walaupun tahu antaranya digunakan untuk tujuan lain.

Pihak tentera yang ditahan di German akan dipaksa melakukan kerja2 buruh bagi menampung pengeluaran membekalkan aset2 tentera German. Sebahagian dari pekerja2 itu sendiri adalah dari kalangan rakyat mereka yang sebelum perang adalah lelaki dan wanita yang tidak bekerja, orang tua dan lelaki wanita yang masih muda dan pekerja2 asing. Kesemua mereka ini diperlukan untuk menampung tenaga kerja yang diperlukan bagi menghasilkan pengeluaran yang digunakan untuk kelengkapan perang. Pada tahun 1916, 80 peratus lelaki dan NCO yang disenaraikan berada dalam bawah German bekerja sebagai buruh, bagaimanapun pegawai2 dibiarkan tanpa gangguan.

Dalam memastikan kebajikan tahanan2 yang bekerja itu dipelihara, pihak2 yang berkuasa harus mengikut Peraturan Hague - Peraturan2 Menghormati Undang-Undang dan Adat Perang, yang dipersetujui oleh semua pejuang2 pada Konvensen Hague untuk Penyelesaian Pertikaian Pasifik Antarabangsa pada 1899. Mengikut Peraturan Hague, ia membenarkan pihak yang menawan tawanan perang menggunakan mereka untuk bekerja sebagai buruh melainkan bagi kes pegawai, menurut pangkat dan kebolehan mereka. Upah mereka dibayar mengikut tarif perang yang mana organisasi pekerja menuntut mereka dibayar di bawah kadar standard. 

Jumlah tawanan yang bekerja adalah mengejutkan. Pada tahun 1917-18, 900,000 orang Rusia yang ditawan bekerja di German dan berjuta lainnya di Austria-Hungary,  majoritinya bekerja dalam industri pertanian bagi mengatasi kekurangan makanan. Tawanan2 ini dikerahkan bekerja di ladang2 bagi menampung kekurangan tenaga pekerja petani, yang telah dikerahkan menyertai tentera. 

Dalam kesemua peraturan yang dikenakan ke atas tawanan perang, sembilan dari artikel dalam Peraturan itu adalah didapati relevan:-

Artikel 4

Tawanan perang adalah berada di bawah kuasa kerajaan, bukan di bawah kuasa individu atau pegawai yang menawannya. Mereka mesti dilayan secara kemanusiaan. Segala barangan peribadi kepunyaan mereka kecuali senjata, kuda dan dokumen2 perang, mestilah kekal menjadi milik mereka.

Artikel 5

Tawanan perang mestilah ditahan dan diletakkan di bandar, kubu, kem atau mana2 tempat dan berada tidak pada tempat yang dihadkan, tetapi mereka tidak boleh dikurung melainkan terdapat unsur2 keselamatan.

Artikel 6

Pihak berkuasa mestilah mengklasifikasikan pekerjaan tawanan perang mengikut pangkat dan kebolehan mereka melainkan pegawai dikecualikan. Tugas mereka mestilah tidak berlebihan dan mesti tiada kaitan dengan operasi ketenteraan.  Tawanan boleh bekerja untuk perkhidmatan awam, orang perseorangan atau melakukan pekerjaan sendiri. Tugas yang dilakukan untuk kerajaan akan dibayar mengikut kadar yang dibayar sama kepada tentera tempatan. Manakala tugas untuk cawangan atau orang persendirian mesti mengikut perjanjian dengan pihak berkuasa ketenteraan.  Upah yang dibayar adalah diberi untuk kegunaan mereka sendiri dan selebihnya akan dibayar apabila mereka dibebaskan, setelah dipotong kos penyelenggaraan mereka.

Artikel 7

Jika tiada perjanjian khas antara pihak yang berperang, tawanan perang akan dianggap sebagai hal lembaga, penginapan dan pakaian sama seperti tentera kerajaan yang menawannya.

Artikel 8

Tawanan perang mestilah tertakluk di bawah undang2,  peraturan dan perintah dalam pihak tentera kerajaan yang mempunyai kuasa atas mereka. Tawanan yang melarikan diri dan kemudian ditawan kembali, sebelum mereka sempat menyertai tentera mereka atau sebelum meninggalkan sempadan adalah bertanggungjawab atas denda yang dikenakan. Tawanan yang berjaya dalam tindakan melarikan diri, kemudiannya ditawan kembali pada serangan berikutnya, tidak bertanggungjawab untuk sebarang denda atas tindakan mereka sebelumnya. 

Artikel 9

Setiap tawanan perang bersedia untuk memberi kerjasama, menjawab soalan untuk subjek perang, nama sebenar dan pangkat mereka dan jika melanggar peraturan ini, dia akan bertanggungjawab disekat dari kelebihan yang diberikan kepada tawanan mengikut kelasnya.

Artikel 10 

Tawanan perang mesti diberikan kebebasan atas parol jika undang2 negara mereka membenarkan, dan dalam sesetengah kes, mereka adalah bersedia ke arah penghargaan peribadi.

Artikel 11

Tawanan perang tidak boleh dipaksa menerima kebebasan atas parol, begitu juga dengan kerajaan yang bermusuhan tidak wajib akur dengan permintaan banduan itu untuk ditetapkan pada kebebasan pada parol.

Artikel 12

Tawanan perang yang dibebaskan pada parol dan ditangkap membawa senjata menentang kerajaan yang mana mereka dicagarkan kehormatan mereka, atau menentang pihak bersekutu kerajaan, akan kehilangan hak mereka untuk dirawat sebagai tawanan perang dan boleh dibawa ke muka pengadilan.

Dalam satu keterangan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai British bahawa musuh2 yang ditawan di tangan German sentiasa dilayan baik dan dalam keadaan aman. Bagaimanapun, beban berat  ke atas pertuduhan itu dinafikan. Propaganda British berterusan dalam menuntut keadilan berkenaan keganasan kepada pihak bersekutu kem tahan perang German dan kekejaman German terhadap orang awam. Mereka berjaya menyakinkan pendapat antarabangsa terhadap kekejaman German. Pertuduhan berkenaan rawatan sakit terhadap tawanan perang hampir tepat apabila selepas tahun 1915, kem banduan semua askar2 perang dibuka untuk pemeriksaan, kali pertamanya oleh wakil2 Amerika dan kemudiannya selepas USA mengisytiharkan perang pada Mac 1917, pihak Belanda atau Swiss mengambil alih pemeriksaan, secara teorinya, boleh mendedahkan sebarang kepalsuan yang boleh dibuktikan.

Saat bahaya yang besar bagi banduan adalah saat menyerah kalah, dan ramai daripadanya dibunuh samada kedua2 pihak yang berperang dalam tindakan tersebut. Apa sahaja dalam Peraturan Hague itu ditetapkan, pihak musuh tidak selalunya mengasihani kepada tawanan yang mereka tawan, sepertimana kata sinis seorang pegawai atasan, "No man in this war has ever been killed with the bayonet unless he had his hands up first". Sekalipun mereka terselamat pada waktu tangkapan, banduan2 akan dibiarkan tanpa perhatian, jeopardi dan kerap menderita dengan rawatan yang kasar sepertimana mereka kembali kepada garisan, "Antara tempat penangkapan dan penjara, terutama pada awal waktu peperangan, keadaan ini adalah kejam dan keji, populasi orang awam menunjukkan kezaliman mereka lebih berbanding pegawai perang". Ramai banduan yang cedera mati selang beberapa hari mereka ditawan dan ramai pegawai tentera British percaya bahawa rawatan perubatan disekat untuk tentera mereka untuk tujuan mengurangkan jumlah banduan yang mana pihak German terpaksa menyediakan penempatan dan tanggungan.

Kematian yang membabitkan orang awam British untuk lelaki berumur dari 20 tahun hingga 40 tahun, setiap tahun pada masa Perang Dunia Pertama dan kematian itu meningkat di kem tahanan perang askar British di German. Punca kematian antaranya ialah kekurangan nutrisi dan dianiaya paling tinggi dicatatkan, dan kadar kematian yang lebih tinggi untuk lelaki senarai bawahan daripada pegawai2.  Hampir nisbah 1:14, 11,978 daripada 177,553 bamduan British dan Komanwel yang ditahan di German mati semasa perang tersebut.

Punca peningkatan kematian dalam Perang Dunia Pertama adalah kerana tiada persediaan menghadapi keadaan yang tidak terjangka terutama untuk kemudahan bagi tahanan yang ditawan. Masalah yang tidak terduga, kekurangan makanan dan serangan penyakit, termasuk firus dan disentri, yang mengorbankan banyak nyawa. Keluarga yang menunggu dirumah juga tidak mengharapkan berita baik dan seolah tiada harapan bahawa para askar akan kembali kepangkuan mereka. Sehinggakan seorang wanita German menulis kepada pihak berkuasa tentera pada Ogos 1914, selepas diberitahu bahawa suaminya telah ditahan sebagai banduan, "Should I consider myself a widow?"

Terdapat perkara rumit yang harus dipertimbangkan walau dalam konsep ihsan, seperti dalam perjanjian secara lama, pegawai di kedua belah pihak yang memberi parol, dalam perkataan, kepada yang menawannya, jika membenarkan banduan keluar dari kem penjara untuk bersiar2 di sekitar negeri, bandar atau taman, mereka tidak akan mencuba untuk melepaskan diri, atau mencari jalan untuk melepaskan diri kemudian hari, atau merosakkan sebarang harta benda. Mereka kemudiannya menyerahkan perjanjian itu dan dibenarkan keluar mengikut kumpulan kepada setiap kumpulan seramai 40 orang, tidak ditemani pengawal bersenjata, melainkan hanya seorang setiap kumpulan sahaja ditemani pengawal biasa. Tiada percubaan melarikan diri dan mereka mematuhi perjanjian tersebut.

Sebahagian lagi dari banduan menolak memberi parol kerana mereka bimbang jika mereka tertangkap oleh ejen German, akan dituduh mereka cuba memberikan informasi kepada pihak musuh dan cuba untuk melarikan diri dan akan dikenakan hukuman.

Antara 500 bekas banduan di kem tahanan perang German apabila tiba di London pada akhir perang November 1918, terdapat seorang askar yang mengatakan bahawa satu pertiga dari 1,500 lelaki yang dipenjarakan di kem terakhir mereka mati akibat kelaparan dan dahaga. Sebahagian saksi pula memberitahu bahawa mereka melihat banduan British menderita akibat penyakit disentri, dan ditanam hidup2 oleh askar German. Seorang banduan Irish yang pengsan akibat kelaparan dan kekurangan nutrisi telah ditikam dengan bayonet oleh pengawal German. Pegawai itu kemudiannya meletakkan banduan yang tidak sedarkan diri tersebut dilandasan keretapi dan membiarkan keretapi melaluinya sehingga mati. 

Kejadian kekejaman dan penganiayaan terhadap banduan mahupun pegawai2 juga, yang tidak jauh bezanya dengan askar biasa adalah benar dan dibuktikan, sepertimana disaksikan oleh pekerja sukarelawan perang dan disahkan penghuni2 kem tahanan tersebut. Setiap hukuman dan tindakan adalah mengikut dasar pemerintah daerah ketenteraan tertentu. Terdapat empat kem yang diseliakan oleh Pemerintah Umum Pertubuhan Tentera ke Sepuluh Hanisch iaitu Holzminden, Clausthal, Strohen dan Schwarmstedt, dan antara mereka, Holzminden yang kemudiannya menjadi terkenal. 









Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah