Review buku : Renungan Untuk Mengubah Sikap oleh Ustaz Ashaari Muhammad



Buku ini terbitan Syarikat Publication Al Arqam. Now sudah berkubur dan digantikan dengan Penerbitan Al Ikhwan. Buku ini diterbitkan pada tahun 1990. Tahun 1990an adalah tahun kemuncak kegemilangan pertubuhan ini, dengan menerbitkan banyak bahan2 ilmiah seperti buku,  majalah dan kaset2 lagu nasyid dan koleksi ceramah2 mereka. Diasaskan oleh Ashaari Muhammad mereka membina empayar sehingga ke pelusuk dunia. 

Tak salah saya buku ini dihadiahkan kepada saya oleh salah seorang pengikut Al Arqam yang juga kawan saya. Saya pun dulu hampir2 terjebak masuk Arqam kalau tak dihalang keras oleh kedua arwah datuk dan nenek saya. Kalau ikut pandangan kasar tiada salah pun mereka ini, tetapi entahlah mungkin mereka yang bertanggung jawab dalam menjaga keamanan negara lebih tahu luar dalam pertubuhan ini. 

Buku ini sebenarnya lebih kepada mendidik seorang pemimpin masyarakat, tertumpu bagaimana menjadi pemimpin bagi negara islam. Gaya bahasanya mudah,  mungkin disesuaikan dengan pembacaan untuk orang2 awam. Dibahagikan kepada 26 Bab. 

Diringkaskan sahaja sedikit bagi bab2 tertentu isi kandungannya bagi menghormati privasi author dan publisher. 

Dalam Bab Islam Agama Fitrah, penulis mengajukan isu tentang kepercayaan agama lain tentang amalan dan Tuhan. Agama kristian percaya kepada 3 Tuhan. Kalau Tuhan itu 3 maka Tuhan yang manakah yang menguasai dan mentadbir alam ini? Paderi2 dan sister juga ditegah dari hidup berkelamin sedangkan itu adalah fitrah manusia. Dengan kerana itulah pernah wujud kes dan isu mengenai kes rogol dan zina dalam institusi gereja. Fitrah manusia juga adalah sangat marah apabila digelar sebagai hamba perempuan,  hamba kereta,  dunia dan nafsu, sedangkan kadang2 mereka memang menjadi hamba kepada semua itu. Kerananya naluri kita adalah ingin menjadi hamba Allah. 

Diulas juga tentang sikap2 khulafa Arrashyidin dan salafussoleh dan ciri2 hidup mereka. Mereka ini golongan manusia beriman dan bertakwa,  beribadah dan berzikir, berakhlak mulia dengan Allah dan sesama manusia,  berjuang dan berjihad, berkorban untuk Allah, menuntut ilmu dunia akhirat, mencari rezeki halal, taat dan patuh kepada Allah,  Rasul dan pemimpin yang taat kepada Allah,  berkasih sayang, amar maaruf nahi mungkar dan bertolak ansur. 

Dalam Bab Matlamat Hidup pula penulis mempertikaikan tentang perangai setengah manusia yang tidak suka dihina, diumpat, sekalipun mereka sendiri keterlaluan mengata2 dan menghina orang lain. Kalau baginya dia menghina orang lain tidak mengapa, jangan terkena pada dirinya pula. 

Ilmu adalah senjata perjuangan islam yang penting kerana dengan ilmu yang banyak hukum Allah banyak boleh ditegakkan. Menuntut ilmu itu adalah alat sedangkan matlamat ialah mencari keredhaan Allah. Bagi pemerintah pula, negara hanya alat sedangkan sepatutnya matlamat itu ialah menegakkan pemerintahan islam. Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman, orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu. 

Orang2 beriman itu sudah tentu akan beramal namun orang yang beramal belum tentu benar2 beriman. Orang beriman itu sentiasa tenang, tidak susah kalau miskin tetapi berusaha dan berikhtiar menjadi kaya kerana inginkan kekayaan itu adalah fitrah. Dia memandang ujian itu adalah ringan kerana yakin segalanya adalah pemberian Tuhan. 

Dalam Bab Kehebatan Mati penulis membayangkan bahawa mati itu adalah sangat menakutkan. Orang yang tidak beriman sangat benci akan mati, sebaliknya orang yang beriman akan insaf kerana para kekasih Allah akan merasa indah kematian itu bilamana mereka menanti saat pertemuan dengan Allah sudah tiba. Mati itu betul2 menjadi guru.

Dalam Bab Didikan Allah diperjelaskan tentang tahap kemampuan manusia berfikir,  jika dia seorang yang kuat fikirannya,  sebaik2nya dididik dengan cara mengajak ia berfikir. Bagi yang kuat perasaannya, sangat elok dididik dengan membawa khabar gembira dan menakutkan. Seterusnya bagi yang kuat jiwanya kaedah pendidikan terbaik ialah mengingatkan mereka tentang nikmat2 Allah. Hakikat penciptaan hati itu adalah suatu yang maha ajaib. Maruah bagi umat islam ialah imannya.

Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air tapi lembah yang rendah boleh menakung air. Maksud madah oleh penulis ini ialah orang yang meninggi diri tidak boleh mengambil hati orang, sebaliknya orang yang merendah diri dapat memikat hati orang. Tanda2 orang bertakwa itu ialah orang yang cinta padanya, cinta sangat manakala yang benci menjadi sangat benci kepadanya. Dan ujiannya untuk juga banyak sangat.

Dalam Bab Pembangunan Insan mengutarakan bahawa ianya lebih utama dari pembangunan material. Untuk capai jalan ketakwaan ialah harus memerangi hawa nafsu. Maka kita kena ada ilmu dan akal,  sebab kesempurnaan insan itu pada jiwa yang kuat,  akal yang tajam dan badan yang sihat dan cergas. Jarang terhimpun pada seseorang itu cantik, cerdik,  berani dan terdidik. Apabila seseorang memberi tanpa kita meminta maka ambillah pemberian itu. Itu maksudnya rezeki yang Allah beri melalui orang itu.

Madah untuk wanita -
Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya,  daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awaslah selalu agar jangan kita kena panahan matanya.

Kerana perempuan negara boleh jatuh ke tangan musuh,  bangsa boleh terhina,  raja2 boleh lupa dan lalai, negarawan rosak, ahli2 perniagaan selalu menipu,  pasukan keselamatan khianat dan pemuda2 jadi khayal.

Watak wanita itu ialah menangis, simpati, merajuk,  mudah lupa kebaikan orang,  menunjuk2, sabar,  pemurah,  penakut dan suka kepada pakaian lebih daripada suka kepada makan dan minum.

Sesungguhnya dunia itu ada dalam 3 bentuk ; dunia yang dilaknat, dunia yang menjadi fitnah dan dunia yang manfaatnya dibawa ke akhirat. Wallahu'alam.














Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah