Ulasan Buku ; Everything i know about business i learned from McDonalds


"Whatever you do,  don't prostitute yourself and do something for money" Kata2 dari Ray Kroc, Pengasas McDonald

Mereka memang tegas dalam meneraju satu syarikat besar tapi masih tetap memelihara pertimbangan, namun jangan sesekali mengkhianati. Seperti kata Ray, "a lot of things can be fixed and resolved, but only three ; don't lie - don't cheat - don't steal. If you do any of these no one can trust you. 

Berikut adalah antara isi2 penting dalam buku ini tulisan Paul Facella iaitu salah seorang bekas CEO McDonalds
.
🍔 idea pertama kali bagaimana McDonalds memperkembangkan perniagaannya adalah dengan cara pemilikan tanah. Harry Sonneburn, salah seorang CEO awal McDonald yang telah memperkenalkan strategi bahawa pemilik restauran harus memiliki tanah bagi membina restauran unit di situ. 

🍔 setiap syarikat sebelum melakukan sesuatu mesti dengan kontrak namun McD hanya melakukannya dengan kepercayaan dan kejujuran dengan genggaman tangan. Truly incredible! 

🍔 Ray dan Fred juga Founder McD pernah memberitahu seorang pembekal bahawa tiada kontrak akan ditandatangani jika itu yang dimahukan oleh pembekal, antara mereka kerana kontrak itu akan senang sahaja di langgar. Samada mereka bersedia membina syarikat untuk McD dan melabur kewangan dan membekal kepada mereka apa yang dikehendaki atau tiada apa2 yang berlaku. 

🍔 Bagi membuktikan kejujuran pengurusan McD, dalam satu Konvensyen McDonald Sedunia, seramai 13,000 orang hadir yang mana 4,000 antaranya adalah pembekal. Mereka mendengar perkara yang sama seperti pekerja syarikat dengar, Pengarah dan Pengurusan dengar, penuh dengan ketulusan dan tiada perbezaan messages. 

🍔 Jika mereka mampu penuhi standard integreti dan kejujuran McD then, kerjasama mereka akan berpanjangan.  Ini termasuklah membangunkan teknologi bagi memastikan kualiti dan keselamatan makanan terjamin, membeli pattern McD dan mengadaptasikan standard tinggi industri

🍔 McD tidak perlukan pengiklanan untuk franchisee kerana pembeli hanya mahukan McD, mereka hanya mahukan McD dan sentiasa mencari McD, maka McD sentiasa dihati pelanggan

Buku ini mengajar banyak lagi contoh2 yang boleh dijadikan inspirasi bagi yang menjalankan perniagaan dan mahukan kejayaan seperti Mcdonald.





















Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah