Ulasan Buku : Catering by Bruce Mattel



Isi2 penting dalam buku ini :

🍵 perniagaan katering kebiasaannya bermula dengan orang yang suka memasak dan entertain

🍵 kualiti bagi katerer yang berjaya ialah; 

🍰 skil organisasi yang cemerlang
🍰 skil pengurusan masa
🍰 kebolehan multi task
🍰 personaliti menarik
🍰 keupayaan menguruskan tekanan
🍰 tahu dengan detail berkenaan bahan2 masakan
🍰 skil level tinggi komunikasi dan penulisan
🍰 berpengetahuan tentang kebudayaan sosial dan keagamaan
🍰 skil berunding yang baik
🍰 skil berpemikiran cepat dalam menyelesaikan masalah

🍵 Masjlis katering luar kawasan - bermaksud majlis di luar  kawasan katerer  yang dipilih oleh pelanggan. Pihak katerer terpaksa memunggah barang2 katering. Kelebihan style begini ialah kurang penggunaan kapital untuk menubuhkannya. Namun cabaran bagi jenis ini lalah terpaksa mengangkut segala makanan dan barangan katering. Maka ia memerlukan kekuatan fizikal dan kualiti organisasi

🍵 pergabungan - syarikat bertaraf sendirian berhad dapat terhindar dari perundangan,  jika terjadi apa2 hanya syarikat dalam risiko. Jika diisytiharkan muflis pembayaran akan melalui penyelesaian kebangkrapan,  bukan disaman secara directly

🍵 persendirian - syarikat enterprise akan mengalami risiko besar  jika terjadi sesuatu. Ia akan kehilangan segalanya termasuk aset peribadi

🍵 Insuran bangunan atau harta perniagaan - jika terjadi sesuatu, insuran akan menyediakan dana untuk deposit pembayaran kembali bagi membantu pelanggan mencari kawasan baru untuk mengadakan majlis

🍵 insuran liabiliti - melindungi kecederaan pelanggan2, tetamu2 dan pekerja2 dari kecuaian pihak katerer 

🍵 jangan kerap menukar identiti perniagaan,  itu adalah satu kesalahan yang banyak berlaku

🍵 Formula harga dikira 👉 overhead + material + labor + profit = harga 

🍵 overhead ialah perbelajaan tetap seperti gaji, bill, pembekal, sewa kenderaan, harta syarikat, bajet pemasaran dan pengiklanan, insuran

🍵 material ialah kos servis dan penyediaan makanan

🍵 pengiraan kos makanan = kos per unit = kos pembelian / bilangan unit

🍵 pemohon di bawah kelayakan - kelemahannya ialah terpaksa menghabiskan masa untuk training

🍵 Kelayakan tinggi - akan cepat merasa bosan dengan tugas dan akan mula mencari pekerjaan baru 

🍵 bagaimana untuk hargai pekerja :

🍰 pemberian insentif, komission dan bonus
🍰 menawarkan benefit insuran kesihatan
🍰 penambahan gaji
🍰 polisi anti gangguan
🍰 beri makanan minuman secukupnya
🍰 hormati mereka

🍵 pelanggan yang mohon harga terlalu rendah tidak berbaloi kepada katerer dan tidak membuat keuntungan. Maka, katerer jangan teragak untuk merujuk dan beri cadangan agar pelanggan menggunakan khidmat katerer lain. Satu keputusan yang sukar tapi tidak berbaloi jika tidak membuat profit dengan kerja yang keras lagi

🍵 kebiasaannya off premise katering lebih mahal dari in-premise katering 

🍵 bayaran pendahuluan tidak boleh dikembalikan kerana :

🍰 barangan katering mesti disediakan awal
🍰 kerugian atas pembatalan kerana katerer terpaksa lepaskan job lain apabila pelanggan sudah booking penuh

🍵 bayaran boleh dikembalikan jika pelanggan membatalkan 90 hari lebih awal atau lebih dari tarikh sebenar majlis

🍵 menu sampling akan dikenakan caj,  ada setengah katerer mengenakan bayaran pendahuluan

🍵 apabila pelanggam menetapkan bilangan tetamu secara pasti maka ianya tidak boleh dikurangkan

🍵 kad perniagaan sentiasa ada ditangan katerer pada masa majlis tetapi harus tunggu sehingga seseorang meminta

🍵 menyediakan pinggan kecil  menggalakkan tetamu mencuba semua makanan

🍵 makanan mesti dalam keadaan baik dan harga berpatutan

🍵 makanan yang konsisten akan menentukan kejayaan berterusan

🍵 kebanyakkan orang akan meminta katerer menyediakan makanan untuk majlis mereka apabila mereka merasa makanan yang dihidangkan pada majlis terakhir yang dihadiri dan berharap bahawa rasa yang sama pada majlis tersebut

🍵 kesesuaian penyediaan makanan :

🍰 makanan untuk sit-down bankuet tidak praktikal untuk servis buffet
🍰 pelanggan mesti ditunjukkan

🍵 Masalah alkoholik :

🍰 mana2 masalah disebabkan oleh tetamu yang mabuk boleh dipertanggungjawabkan kepada katerer umpamanya seperti berlaku kemalangan
🍰 liabiliti boleh dikongsi dengan hos majlis, katerer dan bartender
🍰 oleh kerana itulah katerer mesti mempunyai polisi insuran











Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah