Rahsia di sebalik sains forensic (Bahagian 1) : Kawasan Kejadian dan Bukti Jenayah

● This article's is in Bahasa Malaysia. Please using the translation tool below for your own language or get the professional for better understanding. 

Setiap kejadian itu telah ditentukan Tuhan tetapi tentu ada sebab musababnya. Untuk  mengetahui sebabnya mestilah dengan ilmu, samada dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.

Masih ingatkah pada novelist Agatha Christie, seorang novelist jenayah dan penyiasatan yang terkenal satu ketika dulu? Atau novel bersiri Murder to Wrote, atau siri2 penyiasatan yang ditayangkan di television pada tahun2 70-80an dulu? Pada mereka, suasana ditempat jenayah berlaku ialah apabila darah terpercik di lantai dan di dinding2 dan istilah itu dipanggil 'the scene of the crime' atau kawasan jenayah. Namun bagi penguatkuasaan undang2 zaman moden yang terlibat dalam kes jenayah dan penyiasatan, pegawai penguatkuasa, pegawai yang expertise dalam kes jenayah, para saintis forensic dan, malah terbabit penyambungannya kepada penyiasat persendirian, bagaimanapun mempunyai perspektif yang berlainan.

Kawasan jenayah kemungkinannya adalah dalam sebuah bilik, keseluruhan bangunan, kawasan darmaga, kawasan persekitaran pelabuhan, atau lebih rumit ialah kawasan tempat penerbangan dan di pondok telefon yang juga termasuk keypad dan receiver. Size bukanlah terlalu diperkirakan terutama saiz fizikal kawasan jenayah itu dan tidak berhubung dan berkenaan dengan bilangan tetapi berkenaan dengan individu2 iaitu suspek dan saksi2 yang terlibat dalam kes jenayah.

Kawasan jenayah juga bukanlah seperti yang Agatha Christie maksudkan hanya pada tempat sebenar berlakunya jenayah itu atau 'actual location', tetapi akan melibatkan perkara2 ketika penyiasatan dijalankan mengikut klue yang diberikan oleh pakar forensic sebenar iaitu:-

▶ kawasan permulaan dan perancangan
▶ laluan kapalterbang kepada dan daripada kawasan primary atau utama
▶ laluan primary kepada kawasan secondary
▶ membabitkan jalinan antarabangsa
▶ lebih banyak lokasi fizikal dan individual
▶ beribu-ribu ekshibit
▶ kenyataan saksi2

Orang yang dipertanggungjawabkan yang tiba awal di lokasi berlakunya jenayah akan bertanggungjawab mengawal segalanya termasuklah mengawal suasana yang kemungkinan masih berada pada tahap kepanikan atau kacau bilau, berusaha melindungi kawasan tersebut, perhatian yang serta merta yang kemungkinan besar boleh terjadi aktiviti jenayah yang selanjutnya dan akan melakukan keputusan yang segera jika diperlukan.

★ Perkara yang mesti dititik-beratkan ialah perlu menganggap kawasan sekitar tersebut masih tidak selamat dan di bawah kawasan berbahaya sehinggalah ianya ditentukan sebaliknya selepas pemeriksaan rapi. 

★ mesti mengkaji keadaan sekitar kawasan jenayah samada terdapat manusia yang cedera, perkara2 pelik di laluan keluar dan masuk kawasan itu di samping memerhatikan kenderaan yang keluar dan masuk.

★ mengenal-pasti kawasan primary dan secondary termasuklah laluan keluar masuk.

★ mereka juga mesti benar2 memastikan bahawa keadaan berada pada akses yang selamat. Mesti peka pada persekitaran dengan memerhatikan pada segala sudut kawasan, mendengar bunyi yang kemungkinan pelik dan bauan yang tidak menyenangkan. 

★ jika terdapat sebarang permasalahan yang bukan pada bidang kuasanya maka mesti menghubungi bahagian yang bertanggungjawab, ini bagi mengelakkan atau berhati2 dengan tindakan secondary jenayah seperti letupan bom, kebocoran gas dan kemungkinan kehadiran kelibat orang2 yang berbahaya.

Bukti tidak akan berubah atau dialihkan, yang menentukannya cuma ianya sukar untuk dianalis atau sebaliknya. Contohnya bukti Patent dan Latent. Patent adalah sesuatu yang boleh dilihat pada pandangan mata dengan jelas atau mata kasar, seperti barangan yang pecah atau percikan darah. Latent ialah bukti yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar melainkan setelah dianalisis dan dengan penggunaan teknologi sains seperti mikroskop dan sebagainya. Tanda yang ditinggalkan pada kaca dan metal tidaklah sukar untuk dilihat tetapi  tanda yang terdapat pada kertas atau permukaan bergerutu dan kasar adalah sangat2 sukar untuk dianalisis. 

Bukti2 forensic seperti ini perlu diambil langkah yang cepat dan pemerhatian yang rapi kerana kadang2 tanpa diduga bukti akan hilang sebelum dianalisis oleh para teknikal forensic.

Odorology, adalah satu bukti yang kerap dianalisis di makmal forensic, yang mana telah dibangunkan oleh seorang saintis yang bernama Kay Diok yang dikenali sebagai 'the emergent science of forenic sniffing'. Beliau telah mencipta sebuah alat mekanikal yang dipanggil Pengesan Bauan yang boleh terdapat di kawasan jenayah atau pada pakaian atau juga mangsa. 

Anjing yang dahulunya dilatih sekian lama untuk mengesan dan menghidu bauan dadah dan bom, kini telah dilatih lebih dari kebiasaan iaitu untuk menghidu sesuatu yang mengandungi klorofom seperti alkohol dan aluminium yang terkandung dalam deodoran. Untuk mengesan bukti, bukan hanya pada bahan primer tetapi juga jika berkemungkinan terhadap rambut, fiber, dan sample tanah yang boleh merujuk dan mengarahkan penyiasat kepada kes yang berkaitan dan itu menjadikan penyiasatan lebih mudah. Apapun saja penemuan ianya mestilah diproses dengan mendalam dan memerlukan pemikiran yang kritis.

Kawasan Khusus

Ia disebut kawasan khusus ialah ianya bertindak sebagai kawasan yang terdapat bukti jenayah yang ada value forensic. Ianya tidak perlu yang luar dari biasa atau rare tetapi ianya akan mengubah aspek forensic yang menyediakan penyiasat dengan masalah yang unik. Contohnya :-

★Adipocere ialah sejenis bahan berlilin yang seperti grayfish terbentuk melalui lemak manusia dan dari lain2 produk yang terpecah dalam air yang boleh menggantikan kesemua tisu, maka penguraian tisu lembut dalam badan mayat bergantung kepada kelembapan. Ini menyukarkan tugas penyiasat yang membabitkan mayat dikeluarkan dari dalam air atau tasik sungai sebagainya.

★ Decomposition atau penguraian ini membabitkan proses dalam udara yang sama sekali berbeza dengan badan  yang tenggelam. Kes seperti ini seperti mayat yang hampir reput di kawasan tertentu yang terdedah kepada udara.

★ Tekanan, suhu berbeza pada setiap kedalaman berbeza. Bakteria dan serangga yang biasa pada persekitaran akan mengubah kadar pereputan menjadikan masa dan tarikh kematian sangat sukar untuk ditentukan.

★ Ketinggian dan kedalaman yang ektreme juga akan menyebabkan perubahan kimia berubah dan memberi kesan lepada bukti jenayah dan mayat.

Antara kes2 yang melibatkan penggunaan sumber forensic yang besar :-

▶Kes pengendap dan rogol di Kinston, Australia yang membabitkan bukti kes sebuah pondok telefon yang memerlukan 8 orang technician untuk 3 hari penuh bekerja tanpa henti.

▶Pengeboman di Bangunan Alfred P. Murrah dalam bandar Oklahoma Amerika - kejadian berlaku pada April 19, 1995 yang melibatkan 168 kematian dan 100 lebih tercedera. Ianya telah di lakukan oleh militan anti kerajaan. Selepas beberapa lama kes berlangsung akhirnya pada 2001, Timothy McVeish telah dihukum mati dan pembantu konspirasinya, Terry Nichols telah menerima hukuman penjara seumur hidup. Kes ini telah membabitkan sebuah beg komputer yang kecil tetapi yang spesialnya ia tidak ditemui di kawasan kejadian mahupun dalam beberapa meter kawasan bertanda tape kuning.

▶Serangan keatas Pentagon dan World Trade Centre or WTC pada September 11 telah mencipta sejarah pada sains forensic secara besar-besaran. Kes yang telah membabitkan 7,000 penyiasat, Sokongan Personel seramai 35,000+ dan tumpuan juga ke arah kemungkinan terdapat penglibatan antarabangsa.

Pengalaman pakar2 yang terlibat dalam kes2 forensic yang unik juga adalah sesuatu yang berharga untuk dipelajari. Fumiko Cleal, seorang penyiasat dari New York terpaksa merangkak masuk dalam saluran pendingin hawa semata untuk mendapatkan bukti. Kes beliau melibatkan seorang perogol bersiri, telah mengumpulkan 400 ekshibit untuk membuktikan perogol tersebut berada dalam kawasan jenayah, telah memecahkan alibi yang kuat bagi memprovokasikan pengakuan. Manakala Ling Yu, menjadikan penemuan pasir halus dalam kes pecah masuk rumah dan rompakan bagi menentukan situasi kejadian yang telah berlaku.

Tentu ramai yang berminat dengan kerjaya sebagai ahli forensic tetapi ianya bukanlah seperti yang anda saksikan dalam siri television CSI, Criminal Minds or Bones. Bukan semudah itu. Tugas mereka berbeza mengikut keperluan. Mereka bertindak kepada kawasan jenayah dan menganalisis serta mendokumenkan segala keterangan, mengumpul bukti2 dengan menangkap gambar kejadian, melindungi bukti dan menjalankan proses patent dan latent.

Mereka ini dilantik oleh bahagian polis tetapi mereka bukan termasuk dalam pasukan SWAB bersenjatakan polis dan ini menyatakan bahawa mereka tiada kuasa dalam pelaksanaan undang2 walaupun dilantik daripada pegawai polis. Mereka boleh membawa dan menggunakan senjata api tetapi mestilah dengan kelayakan dan mereka juga tiada kuasa dalam menahan orang awam.

Pegawai polis yang terlibat dalam kes pembunuhan memang diketahui pakar dan mempunyai skil dalam pengumpulan bukti dan sebagainya,  tetapi mereka juga masih memerlukan berkenaan dengan DNA keatas percikan darah, analisis bukti, pakar analisis senjata api dan yang membabitkan kajian makmal, maka semua itulah adalah pekerjaan pasukan forensic.

Kerja2 penyiasatan forensic bukanlah murah. Apatah lagi membabitkan bukti2 yang terpaksa dianalisis ke makmal seperti tanda2 geseran pada jari2. Dalam blog saya telah dikupas isu berkenaan dengan tanda capjari sebelum ini. Sila rujuk tajuk posting 'Fingerprints Made Perfect'.

Setiap tanda capjari adalah unik kerana ianya tidak boleh dicuri, dipinjam atau dilupakan. Selain daripada itu ianya adalah murah, tetap dan jelas dan merupakan bukti yang setiap penyiasat perlukan apabila kes telah dibawa ke pengadilan. Maka tidak dinafikan bahawa tanda capjari adalah ekshibit utama dalam banyak2 pengadilan. 

Seperti yang telah diketahui bahawa sejarah tanda capjari ini telah bermula sejak 2,000 tahun yang lampau di negara China untuk urusan hubungan perniagaan dan pertukaran barang serta akujanji dalam banyak hal. Namun di Eropah ianya mengambil masa selama ratusan tahun untuk dikaji dan dibangunkan sebelum dapat dibuat keputusan bahawa tanda yang manusia ada ketika kelahirannya adalah menjadi hak miliknya sepanjang hidup, tiada yang serupa dengannya ataupun tiada dua individu yang mempunyai corak yang sama pada tanda tersebut dan buktinya apabila dilakukan sistem pengkatalogan ianya akan mendapati berapa besar data yang didapati pada setiap manusia yang mananya tanda capjarinya dapat dikesan.

Pada ketika itu sistem mengkatalogkan secara individual kesan jari tidak berapa berjaya dan amat sukar. Namun pada 1900, Sir Edward Richard Henry telah berjaya mencipta satu sistem klasifikasi yang sampai sekarang masih digunakan di United States of America dan seorang warga Argentina Juan Vucetich telah mencipta satu kaedah yang sama yang lebih baik untuk mengkatalogkan kesan capjari manusia yang juga digunakan meluas sehingga hari ini. Hanya dengan proses basis penyimpanan dan pengesanan, data yamg relevan telah ditubuhkan. 

Pada hari ini, ridgeology melibatkan koleksi dan analisis tanda  daripada pelbagai sudut daripada volar skin, yang mana kebanyakan sistem pengadilan berhubung tanda tersebut adalah bukan tangan dan kaki masih pada peringkat penyelidikan.  Terdapat tiga katagori asas geseran rabung tanda iaitu patent, latent dan tekanan.  Seperti diketahui bahawa patent adalah tanda yang boleh dinampak dan dikesan dengan pandangan mata kasar. Di kawasan jenayah, darah boleh membentuk tanda yang jelas, sama seperti minyak, dakwat, sos tomato dan beberapa lagi bahan2, kerana balutan bahan2 tersebut walaupun berada dalam keadaan sempurna, tidak boleh di ambil  dalam cara yang biasa.  Ianya mungkin jelas kepada photo sahaja yang boleh digunakan sebagai alat primary. Maka, tanda yang jelas itu samada boleh dianalisiskan secara invididual ataupun terpaksa di bawa ke makmal untuk dikaji.

Tanda latent, ianya tidak boleh dilihat dengan pandangan mata kasar melainkan menggunakan bahan2 pencetus seperti penggunaan serbuk atau rawatan kimia.  Dan ciri ketiga iaitu tanda tekanan atau kesan tekanan, tidak boleh dipindahkan  tetapi ianya mudah dikesan pada permukaan yang mudah dibentuk seperti tingkap, lilin dan gam.

Kadang2 kesan tersebut tidaklah semudah untuk diproses di kawasan jenayah dan tidak juga mudah untuk dipindah atau dialihkan.  Penyiasat yang terlibat mesti dalam langkah berhati2 dengan risiko berat dan manfaatnya dan teknologi diperlukan sebelum kesan tersebut diambil bagi memulakan langkah penyiasatan. Sebagai contohnya, seorang penyiasat forensic, Kari Day-Wells telah mngambil keseluruhan rangka pintu dan belakang pintu untuk dibawa ke makmal bagi tujuan pemeriksaan selanjutnya kerana analisis tidak dapat dijalankan di kawasan kejadian kerana factor persekitaran cuaca yang tersangat sejuk, yang tidak membolehkan serbuk yang digunakan berfungsi dengan baik.

Kebanyakan serbuk yang digunakan termasuklah serbuk pendaflor bertindak dengan baik dengan sumber cahaya alternatif, manakala serbuk magnetic bertindak sempurna apabila digunakan dengan berus magnetic, boleh digunakan pada permukaan yang bukan berliang bagi menghasilkan hasil yang baik. Ujikaji makmal yang dijalankan selalunya akan mengambil masa bagi menentukan komposisi kesan dan pada permukaan jenis apa ianya dikesan, samada permukaan yang berliang atau pada permukaan yang mempunyai penyerapan yang tinggi seperti kertas atau pun  permukaan berkilau. Penggunaan bahan kimia juga menyumbang kepada risiko kesihatan yang tinggi dan tentunya merbahaya. Kawalan pihak persekutuan terhadap bahan kimia yang mempunyai peratusan asid yang tinggi juga memyukarkan penyiasatan kerana kebanyakan bahan yang struktur kimianya tinggi lebih berkesan untuk pengesanan.

Setengah kesan sukar untuk diuji kerana factor semulajadinya pada persekitaran menyebabkan cepat rosak sebelum kesan tersebut dibawa ke makmal atau ketika berada di kawasan kejadian.  Ujian keatas pewasapan juga mengambil masa sehingga berjam2 lamanya kerana ciri2nya mesti berada pada persekitaran yang tertutup dan selalunya akan menggunakan teknik makmal.

Setiap pemeriksa harus senntiasa bersedia dengan alat2 yang memerlukan mereka menjalankan penyiasatan dengan sempurna seperti :

● Serbuk2 – kebanyakkan serbuk yang digunakan adalah hitam, kelabu atau putih, apa sahaja yang boleh mengkontrastkan permukaan kesan yang ditinggalkan. 

● Serbuk pendaflor – yang sesuai digunakan untuk permukaan yang sukar yang memerlukan penjagaan khusus. Serbuk ini juga digunakan bagi menampak kesan di bawah sumber cahaya UV atau ALS. 


Serbuk pendaflor (Ehsan Google)

 ● Serbuk magnetic – digunakan dengan berus magnetik.

 ● Produk Cyano -  bahan kimia penyumbang kepada kesan yang selalunya menjadi hakcipta terpelihara untuk kegunaan makmal sahaja.  


Produk Cyano (Ehsan Google)


 ● Lifting tape – ini bukanlah tape yang digunakan bagi kegunaan rumah, bagaimanapun tape tersebut boleh digunakan jika kecemasan.
 ● Rubber lifter -  ianya lebih sesuai digunakan pada permukaan yang tidak rata atau melengkung, lebih baik dari lifting tape

 ● Kad yang mana lifting tape boleh dilekatkan.

 ● Berus – kebanyakkan kesan memerlukan sentuhan yang teliti, maka penyiasat memerlukan berus yang pelbagai jenis, kebanyakkan bulu biasa, lainnya kaca gentian, bulu burung dan rambut unta.

 ● Dakwat pengesan atau thumbprint pad – kebanyakkanya digunakan untuk mengambil kesan capjari daripada  individu. Orang yang masih hidup akan dibawa kepada pemeriksa untuk diambil kesan capjarinya, manakala individu yang telah mati akan dibawa ke makmal untuk pemeriksaan autopsy dan pemeriksa perlu untuk mendapat mayat tersebut.

 ● Cahaya lampu dan bateri.

 ● Kamera,  imbasan, pilihan tripod, lebihan filem dan bateri – kamera pengesan special wujud dan kebanyakkan pengadilan menggunakan mereka dan selainnya mengunakan standard 35mm sistem Polaroid,

l● Bekas petri pakai-buang 

 ● Barang perlindungan peribadi seperti topeng muka, kasut getah, sarung tangan.

 ● Acuan untuk adunan

 ● Pinset, chopstick atau lain2 alat untuk memanipulasikan kesan

 ● Pembaris, kompas atau material lakaran

 ● Pencil, pen dan marker.

Satu yang perlu diingat, kisah2 dalam novel atau siri2 penyiasatan yang lama kebanyakkannya mengunakan istilah ’99 peratus padan’. Secara realitinya, ianya tiada istilah tersebut dalam dunia forensic. Cuma boleh digunakan dalam dua keadaan, iaitu 100 peratus padan dan 100 peratus tidak padan. Tiada yang di antaranya,kerana setiap kesan atau tanda pada diri individu itu adalah unik.

Terdapat lapan corak pada kesan capjari manusia itu:-

▶  Lekuk or arch
▶ Tented arch
▶ Gelung ulnar
▶ Gelung radial
▶  Lingkaran
 ▶ Lingkaran gandaan-gelung
 ▶ Pusat-poket gelung lingkaran
 ▶Accidental lingkaran

Corak capjari manusia (Ehsan Google)


 Untuk pemadanan dan digunakan secara terus dalam pengesanan, mestilah diklasifikasikan dan ditambahkan dalam section yang berkait dari Automated Fingerprint Identification System Database atau AFIS, sistem yang digunakan secara antarabangsa. Sistem pemkomputeran, walau digunakan bagi memudahkan kerja namun tenaga manusia masih tetap diperlukan bagi memantau padanan setiap individu dan memastikan setiap padanan itu adalah padan dengan individual tersebut.

Dan setiap antara rabung2 geseran itu, setiap satunya berkemungkinan jatuh kepada ciri2 di bawah kelas kecil:-

★ Percabangan – berlaku apabila rabung terpisah kepada dua rabung berlainan

★ Rabung penamat – penamatan mendadak mana2 rabung

★ Tasek – berlaku apabila satu rabung mengariskan cabangan, kemudiannya secara pantas tidak menyambung dan berterusan sebagai satu rabung

★ Pulau – rabung singkat yang secara mudahnya bermula dan berhenti dan tidak berhubung kepada mana2 rabung

★ Dot – pulau yang sangat pendek, basisnya sama panjang dan lebar

★  Jambatan -  rabung yang singkat yang lari di antara dua rabung selari yang lain

★ Spur –percabangan yang special di mana satu rabung  dianggap pendek, berakhir berhampiran pisahan yang asli.


Ciri2 rabung jari manusia (Ehsan Google)


 Edgeoscopy adalah pembelajaran tentang ciri2 yang terdapat pada setiap rabung individu. Berjalan daripada situ ridgeology kepada edgeoscopy seperti kisah Sherlock Holmes yang terkenal dengan lensa kanta pembesar kepada mikroskop pengesan electron. Technology pengesan secara peribadinya menggunakan kaedah digital membenarkan software yang canggih bagi menghasilkan pemetaan sebenar kesan dan mengesahkan identiti ciri2 kecil rabung.

Pengesan tanda, yang hanya digunakan sebagai sistem kemasukkan di bank, kini telah dijadikan ciri keselamatan  atas computer riba sebelum dibawa masuk di seluruh kampus kolej di Amerika Syarikat. Poroscopy sama seperti edgeoscopy juga berkait dengan ciri2 kesan kecil yang juga diihat dalam pengesan atau kad tanda yang berkualiti. Tetapi di sini di tumpukan kepada kesan rembesan minyak dan garam daripada kulit. Kaedah ini agak unik sepertimana rabung dimana ianya ditemui dicadangkan pada 1912 oleh Dr Edmund Locard, yang juga dipanggil Bapa Forensic.

Super Glue, sejenis cyanoacrylate iaitu sejenis bahan kimia yang kerap digunakan dalam rawatan pada kesan terutama pada objek yang tidak berliang yang berwasap. Wasap, mudahnya dipanaskan pada gam  untuk menghasilkan tahap mengelegak lebih dari 120  fehrenheit dalam ruang terhad boleh mengenalpasti objek pada permukaan tidak berliang.

Sekurangnya kita ada pengetahuan untuk mengetahui ciri2 yang ada pada kita. Saya dah cuba..tapi rahsialah..bahaya kalau didedahkan walaupun capjari kita itu hanya hak milik kita. Anda bagaimana? Bagaimana nak mencuba? Ambil stampad dan lekapkan pada ink dan pindahkan pada kertas. Samada anda boleh nampak atau gunakan kanta pembesar kemudian kajilah megikut ciri2 yang telah saya kongsikan di atas. Selamat mencuba. 























Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah