AJARAN SESAT


Dalam membicarakan tentang ajaran sesat ini saya merujuk kepada sebuah naskah yang telah Out of Publication karya AbdulFattah Haron Ibrahim, bekas profesor di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia yang berjudul Ajaran Sesat. Buku ini saya terpanggil untuk mengulasnya walaupun pelbagai pendapat saya terima. 

Ajaran sesat ini bukan perkara baru malah telah berlaku sejak dahulu lagi iaitu sebelum kehadiran Islam. Pengikut Yahudi pernah menuduh Nabi Isa AS menyebarkan ajaran sesat kerana beliau menyebarkan ajaran yang bukan dari Kitab Yahudi atau Taurat, tetapi Kitab Injil yang khusus untuk umat Nasrani atau umat beliau. Yahudi, memang tidak akan pernah mengakui mana2 kewujudan Nabi dan Kitab selain dari bangsa mereka sendiri selama-lamanya. 

Namun, bukan sahaja pada zaman sebelum kedatangan islam yang dibawa oleh Nabi ummi, Muhammad SAW, malah Nabi SAW sendiri telah dikatakan membawa ajaran sesat oleh kaum musyrik Quraisy Mekah yang berlainan dari ajaran berhala yang mereka anuti. Tidak dinafikan, sebelum islam, ajaran Injil Nabi Isa dan Taurat telah berlalu sejak ratusan dan ribuan tahun yang lampau, dan ajaran itu seakan aneh bagi mereka. Dan bila islam hadir, kaum Quraisy tidak dapat menerima pembaharuan yang dibawa oleh Nabi SAW, walaupun bapa saudaranya sendiri, Abu Jahal laknatullah.

Tasawuf, sering disalah anggap sebagai pembawa ajaran sesat. Ini mungkin kerana, pengamalnya berkemungkinan dengan terangan melakukan hal aneh yang mungkin juga bukan berasal dari ajaran murni Nabi SAW. Tetapi tasawuf sebenarnya telah berasal dari zaman Nabi SAW, yang mana para sahabat telah mengamalkan hidup zuhud hasil bimbingan secara langsung Nabi SAW. Ada antara Sahabat yang digelar al-Suffah, mereka mengamalkan hidup secara zuhud dengan sentiasa beribadat kepada Allah, dengan gelaran pelarian Muhajirrin. Mereka ini termasuklah Abdullah Al-Makhzumi, Bilal, Abu Zar al Ghifari, Salman Al-Farisi dan beberapa orang lagi. Mereka ini tidak seperti Sahabat yang lain menyeimbangkan kehidupan dunia dan akhirat dan tidak dibantah oleh Nabi SAW. Pendapat mengatakan bahawa bukanlah sengaja mereka melakukannya, kerana mereka ini hanya menumpang sementara di Anjung Masjid Nabi di Suffah, sebelum mendapat tempat tinggal tetap. Para Sahabat Nabi SAW memang dikurniakan karamah dan sakti, dan riwayat mereka ini berdasarkan Ayat2 Alquran dan Hadis serta Athar. Tetapi para Sahabat ini tidak membesarkan kelebihan mereka, malah menyembunyikan kelebihan di luar adat dan keramat itu. Mereka menganggap itu semua sebagai satu bala yang menimpa yang mana Allah menguji keikhlasan mereka dalam bertauhid kepadaNya. Mereka takut jika menjadi angkuh da riyak yang boleh menghancurkan amalan mereka dalam sekelip mata. 

Kezuhudan mereka itu tidaklah sampai kepada tahap rabbaniah atau persemadian kerana dalam islam tiada wujud istilah pertapaan dan persemadian, iaitu mengasingkan diri dari masyarakat semata inginkan redha Allah. Rabbaniah cuma ada dalam agama Kristian. Mulai abad kedua Hijrah, timbul golongan yang dikenal dengan nama Mutasawwifah atau Sufiah. Mereka ini tetap mengikuti contoh dan amalan kezuhudan para Sahabat Nabi Saw, cuma, pada ketika itu mereka berada pada zaman fitnah dan kemaksiatan, mungkar bermaharajalela, zina merata2 dan ramai yang gilakan dunia dan harta, maka mereka golongan sufiah ini membentuk satu kumpulan yang hidup dalam kesederhanaan, ridha dengan apa yang ada dan menumpukan perhatian kepada ibadah. 

Imam Al-Ghazali pernah dalam bukunya, mengatakan bahawa tasawuf itu senang dipelajari tetapi sukar diamalkan. Untuk mencapai nafsu Muthma'innah kita harus melemahkan indera dan nafsu zahir, dengan latihan rohani yang berterusan melalui latihan puasa, mengurangkan makan minum zahir dan membanyakkan zikrullah. Apabila kelamaan diamalkan kita bukan sahaja mendapat ilmu tetapi juga syuhud. Kita layak mendapat maqam demi maqam sehinggalah ke maqam muqarrabin dan bersedia menerima anugerah dan cahaya Ilahi tanpa hijab. Pada maqam ini, kita boleh mengetahui hakikat al-wujud, meramal apa2 yang akan berlaku dengan izin Allah, mengubati orang sakit dan melakukan perkara2 aneh. Namun, para sufi murni ini tidak menceritakan perkara2 aneh ini dan tidak memperdulikan tentang terbukanya kasyaf, sakti dan keramat. Mereka malah tidak ingin menerima kelebihan ini dan sangat takut akan kesannya. Tujuan mereka hanya semata-mata tauhid dan ma'rifatullah. 

Zaman tasawuf semakin berubah dengan tidak lagi menjadikan mujahadah dan kezuhudan bagi mencapai redha Allah, tetapi dipersulitkan dengan teologi dan falsafah ketuhanan. Al-Ghazali memang membantah keras konsep ittihad, hulul dan wusul yang selalunya menonjol dalam tasawuf Wujudiah atau Wahdatul Wujud. Konsep Wahdatul Wujud ini sebenarnya bersumberkan dari ajaran Hindu dan Neoplatonisma. Hindu percaya konsep kelahiran semula yang dipanggil samsara yang menganggap dunia ini tempat bala bencana dan kehidupan sengsara. Setiap matlamat akhir individu itu ialah ingin mencapai brahma dan menuju alam kekal iaitu Nirvana. Maka dengan itu, mereka harus mengosongkan akal fikiran dari segala hal keduniaan dengan melalui latihan puasa dan menyeksa diri. 

Amalan kebatinan dalam tasawuf sebenarnya adalah berasal dari Neoplatonisme yang diasaskan oleh Yahudi bernama Philo 20 SM. Ketika zaman ini masyarakat masih berpegang kepada Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa AS. Samada kitab yang dipegang itu adalah yang asliatau yang telah diselewengkan. Philo ini adalah yang pertama membuat takwilan bagi menyesuaikan wahyu dengan akal atau Taurat dengan falsafah. Plato mengatakan bahawa wujud alam ini adalah Alam Mithal dan itulah yang sebenarnya, manakala Alam Benda ialah bayangan atau refleksi dari Alam Mithal. Alam Mithal adalah akal, dan Alam Benda adalah pancaindera. Lantas, Philo dengan definisi Kitab Tauratnya datang dengan konsep Adam itu adalah akal, Hawa itu adalah pancaindera dan ular itu adalah keseronokkan. Philo mengatakan bahawa Allahlah yang menciptakan Alam Mithal itu. 

Plotinos datang kemudiannya mengembangkan falsafah Philo. Beliau lahir pada 203 Masihi. Beliau mengatakan bahawa limpahan cahayaNya  melahirkan jiwa universall yang memenuhi alam. Jiwa individu boleh mencapai jiwa universal dengan latihan2 tertentu, yang menghasilkan Makrifah. Makrifah ini tidak dicapai melalui akal fikiran dan pancaindera, tetapi kurniaan terus dari Tuhan Yang Maha Tinggi. Maka beliau menegaskan bahawa inilah makrifah atau ilmu yang sebenar. Tidak diketahui samada Philo-Plotinus ini sebenarnya beriman kepada Allah atau menyeleweng dari ajaran sebenar Taurat dan Injil tetapi teori mereka ini telah diambil oleh tokoh2 Kristian seperti Saint Augustine untuk kepentingan agama mereka, dan kemudinnya diambil oleh tokoh islam terkemudian khususnya tokoh tasawuf (ini terkecuali bagi Para Sahabat dan ahli Sufiah kerana mereka tidak memerlukan teori dan falsafah dalam bertasawuf mencapai redha Allah).

Kitab Tasawuf melayu pertama di nusantara ini dipercayai ditulis oleh Muhammad Nafis al-Bajari yang mengisahkan tentang Martabat Tujuh, iaitu Kitab al-Durr Nafis. Manuskrip ini ketika ditemui dibungkus dengan kain kuning dan disimpan oleh tuannya dalam peti berkunci. Martabat Tujuh ini dihuraikan satu persatu di sini.

a. Ahadiah - Martabat ini dinamakan sebagai zat Allah, zat kadim, azali, abadi. Ianya martabat tiada nyata. Kewujudan Allah pada tahap ini tidak nyata lagi

b. Wahdiyah - dikatakan sebagai martabat Allah, azali, abadi dan roh qudsi iaitu roh Muhammad. Tahap ini didefiniskan sebagai nyata yang kedua, iaitu kewujudan Allah pada tahap kedua. Wujud Allah nyata disebabkan dengan penciptaan Muhamad, atas ilmuNya dan zatNya. Nyatanya Allah sebab sudah ada hamba iaitu Muhammad yang wujud keran ilmuNya. 

c. Wahidiah - tahap ini dinamakan sebagai nyata yang kedua, iaitu kewujudan roh Adam dan segala ciptaan alam ini. Kesimpulannya segala ciptaan Allah telah nyata pada tempatnya dengan sifat RahmanNya. Tahap ini benar2 mengatakan bahawa kewujudan Allah nyata wujud disebabkan telah ada pelbagai ciptaan. Bukankah ini satu kesalahan yang nyata? Wallahualam.

d. Alam Arwah - tahap ilmu segala nyawa.
e. Alam Mithal - tahap alam kalbu atau niat
f. Alam Nutfah - tahap alam syahadah atau unsur bagi segala penciptaan. 
g. Alam Insan - tahap alam insan yang mana penciptaannya adalah dari unsur Kun Fayakun.

Kenapa dikatakan bahawa Kitab Martabat Tujuh ini menyalahi al_quran? Mengikut ajaran Hamzah Fansuri dan Sumatrani bahawa wujud Allah adalah tidak nyata. Hakikat Allah adalah diluar dari akal fikiran manusia. Wujud Allah adalah wujud Mutlaq yang transcedence. Pada peringkat ini konsep mereka benar. Kemudianya menurun kepada nyata hingga berakhir kepada alam insan melalui tujuh martabat. Allah meresap kesetiap martabat itu dan kaedah peresapan ini digelar immanent. Walhal dalam nas2 Al Quran menegaskan bahawa Allah itu adalah transcedence. Sehingga ke proses keyakinan immanent inilah menunjukkan bahawa ajaran ini menyalahi al-Quran.

Hamzah Fansuri telah membuat perbandingan bahawa Allah itu sama seperti laut. Bukan Hamzah sahaja, malah Ibnu Arabi dalam Kitabnya al-Futuhat al-Makkiyah juga menggunakan laut dalam comparation with Allah. Sedangkan firman Allah dalam Quran jelas dan nyata bahawa tidak dibolehkan membandingkan Allah dengan sesuatu. Ia adalah syirik yang nyata. Tiada sesuatu menyerupai Dia. Ajaran Hamzah dan Sumatrani ini memang lari jauh dari nas2 Quran dan hadis. Hamzah berpendapat bahawa semua manusia boleh jadi insan kamil jika dapat mengatasi penyakit lupa. Penyakit lupa inilah yang menjadi hijab pandangan manusia terhadap al Khaliq. Cara mengatasinya ialah menyatukan segala dzat. Mereka menggunakan ungkapan, Siapa yang mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal Tuhannya, sedangkan ungkapan ini bukan dari hadis tetapi dari perkataan Yahya Ibn Mu'adz Al-Razi. Ajaran ini mengatakan bahawa jika  mengenal diri maka tubuhnya hanyalah tamthil semata, nama hanya gelaran. Dirinya tidak berwujud , batinnya sahaja berwujud, iaitu 'Dia ada dalam dirimu', maka hijab akan tersingkap, tiada beza lagi antara Tuhan dengan makhluk, seperti kata raangkap syair Fansuri, "Hapuskan hendak sekalian perkara, Hamba dan Tuhan tiada berbeza", inilah dinamakan fana'.

Ungkapan terkenal Al-Hallaj, Ana al-Haq menjadi punca beliau dihukum mati dengan cara amat mengerikan. Hamzah amat taksub dengan ajaran al-Hallaj, sampaikan beliau membuat rangkap puisi dengan bermaksud bahawa beliau mencari Tuhan sampai ke Mekah, tapi tidak ketemu, akhirnya ditemukan Tuhan di dalam rumanya sendiri. Mencari Tuhan bagi beliau ialah dengan cara membuang dunia melalui 4 peringkat; Syariat, tarikat, hakikat dan makrifat dengan tahapan 4 alam iaitu Alam nasut, malakut, jabarut dan lahut. 

Alam nasut bermaksud alam insan tahap di mana murid masih mengamalkan Syariat. Alam malakut, murid telah mampu menjalani jalan kerohanian berada di alam malaikat, digelar tarikat. Alam jabarut bermaksud alam kekuasaan. Tahap ini para sufi menjalani hakikat menemui Tuhannya. Akhirnya, Alam fana' iaitu alam lahut dengan mencapai makrifah. Syariah ialah amalan rukun islam yang lima. Tariqah pula ialah peningkatan maqam bermula denga taubah, bertaubat dari segala dosa dan noda serta meninggalkan keduniaan. Dunia hanya diambil sekadar amat berkeperluan sahaja. Buang dunia adalah punca segala ibadat dan cintakan dunia punca segala maksiat. 

Pemikiran Wahdatul Wujud dengan ahli zahir syara' memang tidak dinafikan lagi. Ahli syariat mengatakan bahawa amalan dan pemikiran wahdatul wujud sukar difahamidan tiada dalil yang sah dan diperkuatkan. Manakala ahli tasawuf al tajalli atau wahdatul wujud menegeaskan bahawa ahli syariat tidak faham akan isi dan hanya pentingkan kulit sahaja. Hubungan kedua pihak menjadi lebih tegang apabila ahli tasawuf tajalli bertindak merahsiakan ajaran mereka kepada orang awam. Konsep ini pun sudh lari dari garis dan panduan islam supaya dakwah itu harus menyeluruh dan imu tidak disembunyikan. Marahsiakan ajaran adalah sifat suatu pegangan ajaran sesat. Mereka menyamakan diri mereka seperti contoh para sahabat dan tabiin menyembunyikan kekeramatan mereka, tetapi menyembunyikan kerana takut diketahui oleh pihak berkuasa. Dalam kitab Ibnu Hazim pun mengatakan bahawa Rasululah mengatakan bahawa menyembunyikan ajaran adalah golongan menjadi kafir. 

Begitulah perkembangan tasawuf zaman mutakhir, semakin jauh dari zaman Rasullulah dan salaf, semakin menyeleweng dari lunas quran dan sunnah. Mereka menggunakan hadis2 nabi yang tidak sah riwayatnya tetapi menerima maksud dan tujuannya. Apabila seseorang sampai ke tahap fana' dan baqa' ini ada keistimewaannya iaitu mereka tidak perlu lagi mengamalkan hukum syariat seperti sembahyang, malah membunuh pun dihalalkan kerana mereka menyelewengkan satu firman Tuhan dalam Surah AlKahfi di mana Nabi Khidzir telah membunuh seorang budak walau dibantah oleh Nabi Musa. Mereka mengatakan bahawa Nabi Musa berada ditahap pengajian dan tidk tahu, sedangkan Khidzir tahu rahsia batin. 

Berkenaan dengan ungkapan al Hallaj iaitu Ana al Haq itu dalam istilah syatahat iaitu sesuatu yang keluar dari mulut seorang sufi yang jika berada dalam keadaan fana' maka dimaafkan. Tetapi jika dituturkannya dalam keadaan sedar maka pertuturan itu dipertanggungjawabkan.

BAHAGIAN KEDUA BUKU INI

Ia membincangkan tentang ajaran Batiniah. Ajaran ini dikenali dan lahir pada zaman Kekhalifahan al-Abbasiah, bermula dari Khalifah Al Makmun (198H), merebak ke zaman Khalifah Mu'tasim (218H) dan seterusnya dipelopori oleh Kaum Majusi. Mereka melantik seorang munafik bernama Abdullah bin Maimun al-Ahwazi sebagai ketua. Abdullah ini amat berpengetahuan luas dalam agama Yahudi dan falsafah, ilmu sihir, kaya dan berpengaruh dalam masyarakat. 

Puak Batiniah ini amat berpengaruh bukan dari segi aqidah tetapi juga dalam politik. Puak ini banyak menimbulkan kerosakan dan penumpahan darah. Pernah berpeluang memegang tampok kerajaan seperti Kerajaan al-Sulaihy di Yaman (1047-1137M) diasaskan oleh Ali bin Mohammad al-Sulaihy, dan kemudiannya telah jatuh ketangan pegawai2 Sultan Salahuddin al-Ayyubiy. Al Ghazali telah bertegas bahawa puak Batiniah ini ialah golongan anti-islam. Mereka mengatakan setiap zaman ada seorang imam maksum yang sama taraf dengan Nabi, bezanya imam tidak menerima wahyu. Imam ini akan mentakwilkan zahir ayat Quran, hadis dan athar. 

Golongan Batiniah menafikan terjadinya hari Kiamat. Mereka mengatakan bahawa Tuhan tidak bodoh, setelah dijadikan alam ini dengan sempurnanya, maka apakah ingin dirosakkan kembali? Mereka juga mengingkari hukum taklif iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Syarak mesti mengikut imam bukannya Syafie atau Hanafi. Tentang mandi junub pula mereka mengatakan bahawa mandi sebenar adalah untuk mengikat janji setia ajaran Batiniah. Mereka tidak takutkan siks neraka kerana menganggap bahawa neraka itu wujud bagi yang berpegang pada hukum, maka segala hukum itu dibuang maka terlepaslah dari belenggu api neraka. Mereka juga suka bertakwil mengikut bilangan nombor kerana terpengaruh dengan falsafah Phytagoras pada abad ke-6 SM yang mengatakan bahawa alam wujud ini berasal dari bilangan. Ternyata falsafah ini kurang siuman dan telah dibantah oleh Aristotle. Mereka juga membuat hukum bahawa perempuan yang telah diceraikan talak tiga oleh suaminya tidak perlu melalui proses cina buta. Apa yang perlu ialah, perempuan itu mesti murtad  dan bertaubat semula, maka itu membolehkan suaminya mengahwininya kembali. Dan wanita yang kematian suami dalam fisabilillah tidak boleh berkahwin selama-lamanya, kerana orang yang terbunuh di jalan Allah itu tidak mati . 

Di nusantara Melayu juga telah wujud golongan dan ajaran Batiniah ini melalui Haji Ahmad Matahari yang telah memperkenalkan agama taslimnya. Beliau telah berguru dengan seorang bangsa India di Pulau Pinang. Juga di Kota Bahru, Kelantan  terdapat kubur seorang India bernama Faqrullah Qadiri yang membawa dan mengamalkan ajaran sesat. Dalam dokumentari ajaran Batiniah di semenanjung telah wujud sejak 200 tahun dahulu. 

Ajaran Batiniah ini bahayanya lebih daripada ajaran Yahudi, Nasrani dan Majusi, malah lebih bahaya dari bahaya Dajjal akhir zaman nanti. Ulama tidak sependapat dalam menghukum puak Batiniah ini. Ada pendapat bahawa mereka ini dihukum sepertimana hukum ka atas Majusi, dikenakan jizyah dan haram makan sembelihan mereka dan haram kahwini wanita mereka. Pendapat lain pula hukum sepertimana hukum orang murtad, dimestikan bertaubat, jika tidak akan dibunuh. Manakala Imam Malik mengatakan bahawa taubat Batiniah dan Zindiq tidak akan diterima jika mereka yang mengamalkannya tahu akan ajaran itu dan boleh diterima jika tidak tahu.

Batiniah ini diasaskan oleh orang2 Majusi bertujuan menyelewengkan akidah orang2 islam kepada ajaran Majusi dan Zindik. Majusi ini mengikut ajaran Zoroaster yang hidup kira2 500 tahun SM. Kitab suci ajaran ini ialah Avesta  dan syarah2nya ialah Zend Avesta. Kalimah Zindik lahirnya dari ajaran2 ini. Mereka mempercayai dua Tuhan , Tuhan baik bersimbolkan api dan cahaya (Ormudz) dan Tuhan jahat (Ahriman) bersimbolkan gelap. Ajaran ini berjaya merentasi zaman hinggalah sekarang ini. Di Bombay puak ini kenali sebagai Farsi dan mempunyai kuil sebagai Fire Temple. Sebelum kedatangan islam, dua perubahan berlaku iaitu pertamanya, perubahan dibawa oleh Mani (Manes) pada abad kedua Masihi. Mani mengabungkan ajaran Budhisme dan Kristian, dikenal sebagai Zoroaster. Persamaan dan kedekatan ajaran ini terdapat dalam Ajaran Tasawuf Wujudiah dan dalam keseluruhan ajaran sesat. 

Perubahan kedua pula dilakukan oleh Mazdak pada abad ke lima masihi dan masih berpegang kepada kepercayaan Tuhan baik dan Tuhan jahat. Berbeza dengan ajaran Mani yang menyuruh pengikutnya membenci keduniaan dan kebendaan, ajaran ini pulak menggalakkan manusia dengan sepuas2nya menikmati kehidupan ini, harta benda dan perempuan. 

Dahri pula menganggap bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya tanpa ada Maha Pencipta dan mereka ialah orang2 Zindik. Golongan Batiniah ini pernah menuntut kepada Kerajaan Indonesia dalam Kongres Kebatinan pada Disember 1970 supaya mengikhtiraf Batiniah sebagai golongan agama, mempunyai pejabat berasingan dari  Kementerian Hal-Ehwal Agama, Awal Muharram sebagai raya rasmi dan menjadikan hari tersebut sebagai hari kebangsaan dan pemerintah mesti memberi kebebasan kepada mereka menjalankan hal ehwal nikah kahwin mengikut cara mereka.















Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah