Freeemason - Hukum hakam


Rujuk tulisan saya yang sebelum ini -  freemason adalah gelaran golongan yahudi yang bekerja berat berkaitan dengan aspek binaan yang berasaskan batuan. Mereka anggap diri mereka terlalu istimewa hinggakan undang2 pun patuh kepada mereka. Mereka menjalankan perniagaan dengan yang tidak diiktiraf undang2, tapi mereka walau menjalankannya secara amat rahsia namun tidak takut dengan risiko.  Boleh saja dilihat bagaimana mereka angkuh dan sombong walau dikecam badan antarabangsa berkenaan pencerobohan atas Palestin.

Namun,  sejahat mana pun Yahudi or Mason mereka tolak bidaah. Orang islam terima bidaah. Sorry. Langgarlah law mana sekalipun tapi bab agama mereka sangat respect dan kewajipan2 agama mereka hormat walau tidaklah taat mana pun. Sama seperti orang islam juga. Yer, i have few friends on jews blood tapi tidaklah i taksub seperti masonian. Saya tolak mentah2 Zionis, tapi Yahudi ada yang beriman kepada Allah dengan masuk islam,  so tidak boleh samakan dengan Zionis. 

Ajaran bidaah ini bukan sahaja bahaya kepada umat islam tapi Yahudi juga mengganggap ianya sebagai murtad. Yahudi yang berpegang kepada gereja Protestan amat sensitif dengan kepercayaan berunsur bidaah. Di England sendiri melalui Akta Parlimen England menetapkan hukuman bagi pembawa bidaah dan ajaran sesat adalah dibakar hidup2.

Semua ini bermula apabila golongan masonian menolak kepercayaan ortodok Kristian bahawa Jesus muncul dari roti dan arak yang telah disucikan.  Mereka juga percaya bahawa pada Hari Penyerahan roti dan arak sepatutnya boleh dihidangkan kepada orang2 awam,  bukan sahaja kepada para imam.

Mason memegang kepada teori aristotle bahawa antara reality sesuatu objek dengan sesuatu terjadi melalui  pengertian bayangan. Katolik gereja percaya bahawa roti dan arak yg disucikan itu adalah tubuh dan darah jesus, manakala protestant tetap mempercayai hukum realiti bahawa tiada lain selain roti dan arak. 

Di england, hukuman dibakar hidup2 itu merujuk kepada orang yang menyebar bidaah atau ajaran sesat. Ortodok Kristian tidak dapat menerima kepercayaan yang bukan dari agama asal bible. Maka, melaksanakan hukuman itu menunjukkan rasa kewajipan kepada agama kristian sebenar. Kadang2 ada di kalangan ahli ortodok yang mempunyai kenalan baik dari pelaksana hukuman, telah mendapat kebenaran untuk menyeksa tertuduh sebelum dibunuh.  Mereka akan menggantungkan gun powder pada leher pesalah,  dan apabila api dinyalakan ianya akan meledak dan membunuh pesalah serta merta dan pesalah tidak perlu menderita. 

Terdapat lagi bentuk penyiksaan sebelum pesalah dibunuh. Ada yang dicekik dan ditikam sebelum dibakar ketika masih bernyawa. Ada juga cara dengan membasahkan kayu api,  maka api akan membakar secara perlahan dan ini akan menyebabkan kesakitan berpanjangan.

Di England segalanya bermula apabila raja paling bersejarah iaitu Henry VIII telah menolak penguatkuasaan Papal apabila Pope tidak mengizinkan dia untuk menceraikan Queen Catherine of Aragon supaya membolehkan dia mengahwini wanita simpanannya aka kekasih gelapnya Anne Boleyn. Beliau memcuba memujuk parlimen dengan mengatakan bahawa beliau adalah raja bukannya pope yang juga menjadi Ketua Tertinggi Gereja England. Maka,  sesiapa yang tidak mengakuinya adalah dianggap khianat. Lama kemudian,  Pope kemudiannya dihukum bunuh dengan cara digantung, ditarik dan disalai,  setelah beliau tetap teguh dengan pendiriannya. Walau Mason Company di sana bersetuju dengan ini tetapi masih beberapa individu tidak memperakui akan cara membunuh dan menyeksa ini. Tetapi mereka kekal rahsia malah teramat rahsia disamping berusaha menjalankan beberapa plot rancangan.

Dan,  apabila Protestant menang kuasa di England dan Scotland,  mereka seolah membayar dendam ke atas golongan mereka yang pernah teraniaya di bawah ortodok kristian. Di Scotland sendiri,  golongan katolik yang membunuh regent protestant akan dicerai-beraikan tubuhnya dengan digelek oleh roda.

Percaya? Jika orang Yahudi sendiri menidakkan akan perayaan Krismas, kerana mereka ini sanggup mengkaji dan membaca setiap perkataan dalam Bible berjumlah 860 ribu semata mencari fakta yang boleh meragui kristian ortodok. Mereka tidak menjumpai tercatit bahawa Jesus dilahirkan pada 25 haribulan Disember.

Freemason sendiri telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Book of Constitution karangan ahli mason yang taat,  James Anderson on 1723 setelah menubuhkan English Grand Lodge. Mereka menyatakan bahawa Tuhan itu adalah mason, membina syurga dan bumi dalam 6 hari, Adam adalah mason,  mason juga yang membina Menara Babel, Tuhan memerintahkan manusia bertutur dalam bahasa berlainan. Dia memberitahu mason supaya bertutur dalam bahasa isyarat dengan mason lain yang bertutur bahasa berlainan. Nuh juga mason walaupun dia membina kapal dengan kayu bukannya batu,  Ibrahim adalah mason, dimana dia mencipta gometri. Ketika dia di Mesir dia bertemu seorang hamba Greek bernama Euclid,  dan Ibrahim mengajarnya gometri dan Euclid mencatit ajaran Ibrahim itu,  dan di situlah bermulanya penulisan kepada dunia pembelajaran geometri.

Kisah mason berterusan sehinggalah zaman British. Cuma Queen Elizabeth 1, see the film about her. I like when she said, I am Anne Boleyn daughter! Penuh power,  maybe because i know the story about Anne Boleyn and decided that her fate tak boleh end di hujung pedang,  because she's not guilty. Dia cuma jadi mangsa. Queen Elizabeth tidak menyukai mason,  possibility dia tidak dibenarkan menjadi salah seorang dari mereka,  tetapi James 1, Charles 1, Charles 2, and William 3 adalah masonic. Mereka anggap mason adalah sangat special dan menjadi favorite Tuhan,  seperti Tuhan mencipta manusia melebihi tarafnya dari binatang,  maka Tuhan mencipta mereka melebihkan taraf dari manusia lain selain mason.

Ramai benar ahli2 sekular dan para pengkaji berminat dengan Kuil Sulaiman. Saya pun pelik. Kita as muslim yang juga percaya akan Nabi Sulaiman dan kekayaannya yang melebihi segala kekayaan di dunia ini pun redha dengan hanya kisah penceritaan dalam Kitab suci,  tak sampai bersusah payah menggali dan mengkaji,  kerana kita cukup percaya dengan Al Quran. Tak ketinggalan Pakar Matematik dan Saintis Isaac Newton, even he is not Freemasons. Banyak buku2nya yang mengisahkan tentang ini. Sebanyak 470 buah buku dan penulisan adalah tentang teologi subjek dan secara kebetulan atau benar dia banyak menulis berkaitan kuil Sulaiman. Dia considered yang Solomon adalah ahli falsafah hebat sepanjang zaman. Dia mengaitkan kepercayaannya kepada ukuran kuil tersebut membantunya mencipta formula tentang graviti dan pasti bahawa pengukuran ini berkemungkinan meramal kehadiran Jesus kali kedua yang akan berlaku pada 1948. Tapi,  nothingkan? Dan juga tarikh2 peristiwa besar berlaku dalam tempoh 400 tahun kemudiannya.

Freemason juga menuntut bahawa mereka adalah The Knight Templars, iaitu para pejuang salib yang ditubuhkan ketika pertahankan kerajaan Kristian di Palestin. Pada 1094, Pope  telah melancarkan Perang Salib Pertama, memanggil seluruh Kristian di Eropah bagi mengambil kembali Jerusalem tempat di mana Jesus tinggal dan mati dari penguasaan orang2 muslim. Pada Julai 1099 penyerang berjaya menawan Jerusalem dan membunuh penduduk muslim di sana. Then mereka menubuhkan kerajaan Kristian di Jerusalem dan di sekitar negara itu yang mereka panggil Outremer.

Kerajaan Outremer ini sering mendapat tentangan serangan dari kaum muslim yang ingin merampas kembali Jerusalem. Justeru,  Pope telah menubuhkan Pejuang Salib bagi menentang percubaan kaum muslim untuk menawan dan menceroboh Jerusalem dan berlanjutan selama 160 tahun,  namun sedikit sahaja yang berjaya. Sehinggalah pada 1187, kaum muslim di bawah ketua yang berkaliber Salahuddin Al Ayubi berjaya menawan kembali Jerusalem dan segala percubaan tentera Kristian menawannya tidak berjaya. Tentera salib terakhir telah ditinggalkan pada 1276, dan nothing left untuk Tentera Salib berbuat apa2. Dalam satu filem berkisah tentang peperangan ini,  Orlando Bloom ask Salahuddin, kenapa dia tidak memusnahkan segala barang milik Kristian dalam istana itu,  maka jawab Salahuddin,  Because, I am Salahuddin. Dan kerana juga,  umat islam diajar diajar berperang secara berhemah,  tiada kezaliman dan penindasan pada musuh keterlaluan!

Sepanjang saki baki tentera salib ini tinggal di Outremer mereka banyak bergaul dengan muslim dan yahudi dan menjadi berminat dengan legenda mereka,  kisah2 purba mereka etc. Mereka belajar tentang kuil Solomon. Ramai dari mereka menjadi rosak dengan salah laku termasuk homoseksual dan terlibat dengan pemujaan syaitan dan mengamalkan anti-Kris aka Dajjal. Dikatakan ketika persembahan meraikan anggota baru Tentera Salid,  mereka meludah pada palang salib dan menafikan Kristian.

Baik Freemasons dan musuh2 mereka sangat percaya bahawa anggota Tentera Salib itu adalah nenek moyang Freemasons. Penulis Katolik, Abbe Barruel pada 1789 telah menulis sebuah buku menyalahkan Freemason atas Revolusi Perancis,  membidas bahawa Freemason pada tahun itu adalah pewaris dari Tentera Salib pada kurun ke-14 yang telah dihukum oleh Raja dan Pope kerana salah laku dan penglibatan mereka dalam pemujaan syaitan. Mereka percaya bahawa Freemason telah membalas dendam untuk keadilan atas tindakan Raja Perancis itu

Barruel juga menegaskan bahawa Tentera Salib itu akhirnya mengaku setelah melalui proses undang2 selama bertahun2, yang mana Pope pada mulanya tidak percaya akan penglibatan mereka dalam segala salah laku. Mereka mengaku benar mereka meludah kepada palang salib,  dan menyembah kepala Iblis instead of Christ, mereka juga terlibat dalam parti minun saturn pada Good Friday dan mereka mencampak bayi baru lahir dalam api.

Penulis Anti-masonik yang beragama Katolik pada kurun ke 18, Abbe Larudan juga menulis,  ketika Tentera Salib berada di Timur Tengah mempertahankan Outremer,  telah terlibat dengan pemakanan Hashish dan berada di bawah pengaruh itu. Mereka yang berada di bawah pengaruh dadah itu yang orang Arab panggil Hashish iaitu Kanabis,  terlibat melakukan pembunuhan rawak,  dan di situlah pengenalan nama 'assassin' dalam bahasa Eropah. Larudan percaya bahawa Pasukan Salib dan pewarisnya Freemason telah belajar habit membunuh sebegitu daripada Assassins.










Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah