Ringkasan Buku Tentang Riwayat Ulama'dan cendikiawan Islam


Buku ini saya beli di Pustaka Mukmin Kuala Lumpur. Buku ini sedikit sebanyak mengisahkan tentang peribadi biodata dan perjuangan mereka dalam menegakkan syiar islam. Ianya menaikkan semangat kita pada zaman muktahir ini agar jangan berputus asa dan kuatkan keyakinan. Saya bahagikan pada dua bahagian manakala bahagian ketiga saya sudah share di Instagram milik saya MindProdigy. 

Ulama' Pengajian Islam

Kategori ini ramai di perkatakan dalam buku ini. Saya cuma huraikan secara ringkas. Anda boleh mengetahuinya dengan lebih detail dengan mendapatkannya di Pustaka buku. 

Imam Abu Hanifah - dilahirkan pada 660 M. Beliau banyak belajar berbagai ilmu bahasa Arab,  dari segi Nahu dan bermacam tingkatan bahasa Arab. Namun beliau tidak berpuas hati hanya dengan mempelajari bahasa Arab,  lalu melonjak kepada ilmu Fikah,  kerana baginya Ilmu Fikah ini banyak menggunakan akal.
Quote beliau yang popular ialah dalam kehidupan ini kita tidak hanya menyamakan kepentingan dunia dan akhirat tetapi juga kesamaan dalam mencari kekayaan dan kesenangan, kesamaan menuntut ilmu dan fikah serta kesamaan dalam ibadat dan takwa. 
Mazhab yang beliau dirikan berlandaskan Al Quran. Beliau berpesan jika beliau meninggal dan dikebumikan nanti mestilah di tanah yang baik,  iaitu tanah yang tidak dirampas oleh raja atau menteri. Beliau disemadikan di sebuah kawasan bernama Al Khaizaran di Timur Baghdad. Beliau terkenal kerana ibadah, puasa,  tahajud dan membaca Quran dengan sangat banyak. 

Imam Malik adalah penyambung usahanya,  walaupun bermazhab Maliki,  dilahirkan pada 673 Masehi. Beliau ini sangat cerdas fikirannya dan telah menghafal Quran dan Hadis. 

Imam Syafie,  iaitu pendiri mazhab Syafie,  lahir pada 687 Masehi,  telah menghafal Quran sejak kecil lagi. Selain dari itu beliau juga telah menghafal dan menulis hadis dan sangat tekun serta gigih mempelajari bahasa Arab. Beliau telah meninggal dunia di Mesir di rumah Abdullah bin Abdul Hakam, pada Khamis selepas Maghrib pada malam akhir Rejab tahun 204 Hijrah ketika umur 54 tahun. 

Imam Ahmad bin Hambal pendiri mazhab Hanbali lahir pada 780 Masehi di Baghdad. Beliau juga telah menghafal Quran dan mempelajari bahasa. Beliau seorang yang sangat cintakan ilmu, maka sanggup bekerja keras mendalaminya. Mempunyai fizikal tinggi, berkulit hitam kemerahan, suka memakai inai, memakai pakaian kasar dan suka pakai serban. Bab makan, beliau suka memakan cuka. Tidak suka menyusahkan orang lain menguruskan dirinya maka semua kerja dilakukan sendiri dan bersikap tawadhuk. Beliau sangat cerdas dan intelligent, sangat sabar dan punya keazaman yang kuat. Seorang yang tetap pendirian tetapi tidak riyak, selalu menjauhkan diri dari bergurau senda.
Beliau telah menjelajah dunia mencari hadis namun tidak pernah rasa susah kerana tekad dan niatnya semata kerana Allah. Seorang yang sangat bersih,  suci,  zuhud dan sangat mengelakkan syubhat dan jauhi perkara haram. Apabila ditanya apakah yang membuat hati jadi lembut, dia berkata,  makanan yang halal. 
Beliau banyak beribadah dan bertahajud. Anaknya memberitahu bahawa imam Hanbali bersolat sebanyak 300 rakaat setiap malam. Apabila mengalami uzur yang teruk beliau masih mampu solat sebanyak 150 rakaat sehari semalam dan khatam Quran setiap 7 hari.
Tidak pernah jemu menuntut ilmu dan beliau mengatakan dia tidak akan berhenti sehingga dari hujung pena ke pintu kubur. Sangat konsisten dalam memgamalkan hadis. Dalam bab hiburan,  beliau mengharuskan syair yang tidak melanggar syarak dan lalai dan mengutamakan syair yang berbentuk nasihat,  taubat,  ibadah. Anak2 muridnya terdiri dari kalangan hebat iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Abu Daud. Beliau sakit selama 9 hari dan meninggal pada Jumaat 855 Masehi pada usia 77 tahun. 

Imam Bukhari sejak kecil amat menjaga makan dan minum daripada segala perkara haram dan syubhat. Otaknya sangat cerdas manakala daya ingatannya sangat kuat. Pada usia 10 tahun beliau telah menghafal ribuan hadis lengkap dengan sanad. Caranya belajar ialah hanya mendengar dari gurunya tanpa mencatat. Beliau meninggal pada malam raya 870 Masehi pada usia 62 tahun. 

Imam Abu Daud tabiatnya apabila keluar rumah akan memakai baju yang satu lengan nya luas dan satunya sempit. Bila ditanya,  beliau berkata bahawa lengan luas itu adalah untuk membawa buku2, manakala yang sempit itu tiada guna, kalau diluaskan juga ianya membazir. 

Ibnu Sirin,  pakar mimpi islam berguru dari kalangan sahabat Nabi saw iaitu Abu Hurairah,  Abu Said Al Khudri,  Abdullah bin Umar,  Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik. Seorang yang warak dan abid, banyak menangis pada malam hari dan berjuang pada siang hari dan beliau juga suka berpuasa dengan puasa Nabi Daud selang sehari. Kebaikkan beliau yang amat benar ketara ialah suka menceritakan tentang kebaikkan orang lain,  walau beliau kadang diberitahu tentang keburukkan orang itu tetapi beliau mengalihkan kepada kebaikkan orang itu.

Imam Ghazali pula memulakan hijrah tasawwufnya pada Rejab 488 Hijrah dengan mengasingkan diri selama 10 tahun. Pada awalnya berlaku pertentangan hebat antara nafsu dan tawadhu',  kadang imannya dan iktikadnya lemah dan terkadang kuat. Selama 6 bulan beliau melaluinya bersendirian tanpa bimbingan kecuali menguruskannya secara peribadi. Beliau bermujahadah dengan diri sendiri tanpa bantuan syeikh atau guru. Namun,  itu kerana beliau dikurniakan Allah dengan keazaman yang kuat dalam merentas rintangan.
Bagi memulakan sesi mujahadahnya,  beliau telah mengagihkan hartanya kepada yang berhak kecuali disimpan sekadar untuk diri dan keluarganya. Meninggalkan sanjungan dan kemewahan yang diperolehinya dan bersedia untuk beruzlah iaitu latihan mujahadah bagi membersihkan diri dan meluruskan akhlak serta memperbanyak zikir.

Imam Nawawi ketika kanak2nya beliau tidak minat bermain2 melainkan menghabiskan masa dengan membaca Quran.  Beliau suka menimba ilmu dari guru2 yang terkenal dan berkerja keras tanpa lelah. Baginya masa itu amatlah berharga,  oleh kerana itulah hanya menyediakan dirinya untuk berehat sebentar sahaja. Merupakan prodigy zaman itu kerana kecerdasan akal fikiran dan otaknya.
Selain itu beliau amat warak dengan menjaga sekuat hati akan perkara syubhat. Pernah mengeluarkan fatwa bahawa raja tidak boleh menggunakan harta rakyat untuk urusan perang selagi harta raja dan seisi istana tidak habis. Raja murka dan beliau kemudiannya telah dihalau keluar negeri. Ini menunjukkan bahawa dia mengeluarkan fatwa tanpa mengira  sesiapa walau itu akan menyusahkan kedudukkannya.

Syeikh Muhammad Ali As Sanusi adalah pengasas tarekat Sanusiyah,  bermazhab Maliki namun tidak taksub dan masih mampu menerima pendapat mazhab lain jika ada kebenaran. Gerakan ini membersihkan syirik dan khurafat dalam tasawwuf seperti bertawassul dengan orang mati dan soleh. Beliau juga menggunakan cara diplomasi dalam berdakwah.

Haji Abdul Rahman Limbong,  ulama timur or melayu yang berketurunn Pattani. Seorang yang prodigy dan gifted kerana luar biasa cerdasnya. Berguru dengan Tokku Paloh. Sangat mengaja adab dalam berguru dengan mewarisi ajaran Imam Ghazali  adab dengan guru di mana beliau tidak pernah bertentang mata dan mengangkat muka dengan gurunya. Melaksanakan amalan Naqsyabandiyah iaitu amalan terpuji  dengan bersikap zuhud,  merendah diri, punyai akhlak tinggi walau beliau dikategorikan sebagai murid terpintar.
Beliau suka mengulang kaji pelajaran sendirian dan suka memencil. Tidak suka lepak makan minum di kedai kerana di situlah banyak berlaku mungkar. Suka berpakaian secara islam iaitu memakai terompah kayu yang dibuat nya sendiri atau ditempah tetapi tidak suka membeli di kedai terutamanya dibuat oleh orang kafir, lagi pula jika melalui kampung orang kafir beliau akan menyamak kakinya.

Siapa yang kenal dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi?  Maka harus dulu mengenali datuk beliau iaitu seorang ulama mulia di Tanah Melayu,  Syeikh Abdullah Fahim. Abdullah Fahim inilah yang menentukan tarikh kemerdekaan negara melalui ilmu firasat yang dimilikinya. Beliau juga meramal bahawa nama negara akan bertukar selepas 5 tahun merdeka.

Pencarian ilmu Badiuzzaman Said Nursi berada dikemuncak apabila Gabenor Bitlis,  Umar Basha yang sangat cintakan ilmu membenarkan beliau menggunakan librarynya untuk menelaah. Nursi telah menghafal dan mendalami kitab2 Al Matali dan kitab2 muktabar lainnya.  Tempoh 2 tahun beliau telah berjaya menguasai ilmu kalam,  mantik, nahu,  tafsir, hadis dan fiqah.
Walau telah mampu menguasai dengan cemerlang ilmu2 agama,  beliau masih merasakan bahawa ilmu moden beliau lemah,  maka beliau telah belajar ilmu2 sains moden,  fizik,  kimia,  biologi,  geografi dan astronomi di samping turut kuasai ilmu history,  matematik,  arkeologi dan kaji bumi. Sehinggalah beliau telah mampu menguasai bidang agama dan moden. Beliau mengubah persepsi masyarakat bahawa ilmu agama dan moden tidak boleh digabungkan. Karya beliau Rasail Al Nur iaitu ajaran tasawwuf tapi tidak berniat menjadikan pembacanya ahli sufi. Beliau berkata zaman ini ialah zaman untuk menyelamatkan iman manusia. Manusia tidak boleh memasuki syurga tanpa iman tetapi ramai yang boleh masuk syurga tanpa tasawwuf. Ibarat kita tidak boleh hidup tanpa nasi atau roti tetapi boleh hidup tanpa buah.

Hamka pernah mengatakan bahawa jika seseorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi,secara naturalnya akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang didapatinya dalam bentuk penulisan. Begitulah yang berlaku kepada imam2 dan ulama2 yang disebutkan dalam buku ini.

Syeikh Abdul Fattah Abu Gundah,  salah seorang ulama mutakhir yang terkenal dan mulia. Beliau dilahirkan di Aleppo Syria pada 1917 Masehi dan nasabnya sampai kepada Khalid Al Walid ra. Memiliki hati yang sangat lembut mudah tersentuh bila membaca dan mendengar Al Quran,  zikir dan kisah salafussolih. Seorang yang sangat cintakan ilmu selalu membaca, menulis dan sentiasa membawa pen dan kertas walau dalam musafir sekalipun.

Cendikiawan Islam

Siapa tidak kenal Ibnu Firnas,  manusia pertama zaman baru yang mencipta, menemui dan menguji konsep kapal terbang. Konsep ini kemudiannya dipelajari oleh Roger Bacon selepas 500 tahun Firnas menciptanya. Dan selepas 200 tahun Roger mempelajarinya,  barulah konsep ini di kembangkan. Kisahnya,  pada 875 Masehi Firnas telah mengambil keputusan untuk menguji ciptaannya itu dengan membuat model kapal dan meletakkan bulu pada sebuah bingka kayu. Beliau kemudiannya telah melakukan ujian terbang di Menara Masjid Mezquita,  Cordova,  namun,  gagal ketika meluncur untuk mendarat menyebabkan beliau mengalami kecederaan belakang yang serius.
Dalam catatan beberapa pengkaji,  kemungkinan Firnas gagal memperhatikan bagaimana burung menggunakan ekornya untuk mendarat,  Firnas mungkin terlupa menambah ekor pada pesawat ciptaannya.  Setelah mengalami kecederaan itu,  beliau tidak boleh lagi melakukan ujian tersebut,  kemudiannya terus tetap mencipta konsep dan teori untuk pelbagai ilmu. Antara karyanya ialah beliau menemui konsep halilintar dan kilat,  cara membuat gelas dari garam,  memperhatikan rangkaian planet2 bergerak dan bagaimana memotong kristal.
Dalam masyarakat barat berbangga dengan Wright Bersaudara,  mereka lupa bahawa tanpa Ibnu Firnas konsep mencipta kapal terbang ini mustahil untuk direalisasikan.

Ibnu Sina dilahirkan pada 980 Masehi dengan nama penuhnya ialah Abu Ali Al Husain. Pada usianya 10 tahun beliau telah menghafal Quran,  menguasai ilmu Quran dan ilmu2 agama lainnya sehingga usia 17 tahun.  Beliau mahir dalam penguasaan ilmu usuluddin,  tafsir pada usia 10 tahun. Mahir dalam ilmu falsafah,  politik,  logik,  fizik,  perubatan pada usia 16 tahun. Ini menunjukkan bahawa otaknya luar biasa dan mengingat setiap ilmu dipelajarinya. 
Ilmunya semakin bertambah apabila raja yang beliau selamatkan dari penderitaan sakit perut telah membenarkan Sina menggunakan librarinya. Setelah bertungkus lumus beliau akhirnya berjaya menguasai ilmu dari kitab2 purba itu. Sehinggalah librari raja itu terbakar,  maka ini bermakna bahawa hanya pada zamannya dia yang menguasai ilmu2 itu.
Sina yang pertama melakukan pengubatan terhadap meningtis,  yang pertama menemui perjalanan darah manusia,  lebih awal 600 tahun dari Willian Harvey. Dalam bidang falsafah beliau dianggap agung kerana falsafahnya suci menggambarkan dia muslim sejati berbanding dgn ahli falsafah lain ketika itu sudah rosak akhlak dan mencemari falsafah yang suci. Sina mengakui bahawa setiap kali mengalami kesusahan atas masalah yang tidak mampu diselesaikan,  dia akan mengambil wudhu dan mohon pertolongan Allah. 
Kitab Al Qanun Fi Al Tibb (Canon of Medicine) merupakan karyanya yang besar dan agung. Kitab ini yang telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa telah menjadi rujukan dalam sekolah perubatan di Eropah dan China.
Kewafatan beliau bermula kerana terlalu bekerja keras dengan tidak menghiraukan kesihatan. Sina mengalami sakit perut dan beliau mengubati dirinya sendiri dengan keterlaluan dengan memakan ubat sebanyak 8 kali sehari. Apabila menyedari bahawa dirinya sudah tiada harapan,  dia berserah dan bertawakal kepada Allah dan bersedia untuk bertemu denganNya. Beliau mula membersihkan diri dan bertaubat,  memohon maaf dan sedekahkan segala hartanya,  memperbanyak solat dan terus menerus membaca Quran sehingga boleh mengkhatamnya 3 hari sekali. Beliau wafat pada Ramadhan Jumaat 1037 Masehi pada usia 57 tahun.

Saya harap sedikit perkongsian isi dalam buku ini dapat membantu anda memilikinya. 


"Mengkaji sendiri adalah punca kemajuan dalam pembelajaran" - Tok Kenali






Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah