Keluarga dipertahan lambang peribadi unggul

Saya tak faham kenapa masih ada orang yang komplen mengenai jamuan perkahwinan. Padahal walimatulurus itu adalah digalakkan dalam islam asal ianya adalah berniatkan kerana Allah dan bukan kerana adat. Ada yang kata membazirlah apalah. Peliklah golongan macam ini. Oklah..andai pihak pengantin buat gah dan besar-hesaran, itu adalah duit dan kemampuan kewangan mereka asal ianya mengikut syariat jadi kenapa orang lain pulak yang rasa cemburu dan sakit hati? Adakah yang selalu buat bising tu sudah cukup baikkah? Majlis walimatulurus ini bertujuan untuk menghebahkan bahawa pasangan tersebut telah selamat menjadi suami isteri dan bertujuan meraikan kedua mempelai serta mengeratkan silaturrahim antara kedua keluarga dengan menjemput saudara mara dan rakan taulan serta golongan orang2 yang kurang upaya bagi menambah berkah. Ianya adalah sunat muakad. Nabi Saw pun pernah memberitahu Abdul Rahman Bin Auf apabila beliau bernikah supaya mengadakan majlis kenduri walau dengan menyembelih seekor kambing.

Tapi walau gah mana pun majlis tersebut ianya masih tertakluk kepada syarat2 yang ditetapkan dalam islam iaitu jemputan bukanlah terhadap satu golongan sahaja, misalnya menjemput orang2 kaya dan mempunyai kepentingan sahaja tetapi menjemput berbagai golongan termasuk fakir miskin dan itu lebih afdal kerana disamping kita meraikan pengantin ianya dapat juga menambah amal ibadat dengan memberi makan golongan fakir miskin. Majlis tersebut juga mesti bebas dari unsur2 khurafat dan yang haram seperti arak dan judi dan hiburan yang tidak melalaikan. Islam menggalakkab hiburan yang sederhana. Seboleh-bolehnya elakkan percampuran lelaki dan perempuan dan janganlah kerana ingin menunjukkan kehebatan majlis itu dengan menggunakan peralatan yang diperbuat dari barangan emas, perak dan sutera.  Menyentuh sedikit tentang bab hiburan tadi, pastikan nyanyian dan muzik tidak menimbulkan nafsu dengan lirik yang tidak mengandungi perkataan yang cabul dan tidak sopan.  Kebanyakkan kita akan lalai apabila hadir ke majlis2 seperti ini dengan lupa bersolat serta tidak menghiraukan bab aurat terutamanya kepada wanita. Satunya,  tuan rumah majlis tidak menyediakan tempat solat untuk lelaki dan perempuan. Bagi saya demi keselesaan bersama baik tuan rumah dan para jemputan, lebih baiklah dibuat di dewan kerana dewan selalunya menyediakan ruang atau bilik solat.

Nak kahwin pun bukan boleh style zaman dulu2 zaman sebelum perang zaman tok piut miut kita. Undang2 dan peraturan yang wujud sekarang ini adalah untuk melindungi kaum wanita.  Borang dan segala dokumen kena lengkap. Untuk lelaki beliau mestilah melengkapkan dengan dokumen2 :-
♥ kad pengenalan atau visa yang sah
♥ Bukti permastautin. Jika alamat berlainan dengan ic sila dapatkan pengesahan imam kariah dan mesti bermastautin sekurangnya 6 bulan. Jangan menipu nanti akan hilang keberkahan dalam rumahtangga yang bakal dibina.
♥ surat pengesahan bujang dari majikan dan penghulu. Ini pun jangan menipu bujang jika telah beristeri kerana dikhuatiri akan menjadi lafaz kinayah bagi isteri yang sedia ada seperti tercatit dalam surat nikah.
♥ salinan kad pengenalan dua saksi lelaki
♥ surat cerai jika duda
♥ surat perakuan memeluk islam bagi saudara baru
♥ surat kebenaran mahkamah jika pengantin bawah umur
♥surat kebenaran bernikah di luar kariah jika berlainan kariah
♥ surat sokongan keduataan jika bukan warganegara Malaysia.

Dan bagi wanita hanya perlu menyediakan :- 
♥ kad pengenalan
♥ wali mengikut hukum atau turutan dalam syarak
♥surat pengesahan bujang dari majikan atau penghulu
♥ salinan ic dua saksi lelaki
♥ surat cerai jika janda
♥ surat perakuan memeluk islam bagi saudara baru
♥ surat kebenaran mahkamah jika bawah umur
♥ surat sokongan kedutaan jika warga asing

Bagi yang nak menikah atau berada di luar negara mereka boleh mendapatkan sokongan dari pejabat kedutaan. Setelah kebenaran diperolehi maka mereka boleh menikah dan didaftarkan di pejabat kedutaan Malaysia dan surat akuan nikah dikeluarkan tetapi tidak sah di gunakan dalam negara. Maka setelah pasangan kembali ke Malaysia pendaftaran akan dibuat sekali lagi di Unit Nikah, Cerai dan Rujuk  dalam tempoh enam bulan tarikh ketibaan dan surat akuan nikah baru dikeluarkan. Maka fikirlah banyak kali sebelum buat keputusan nak kahwin lari ke luar negara kerana prosedurnya tetap ketat dan perlu dipatuhi demi kemashlahatan wanita.

Bila dah kahwih para suami janganlah buat kuasa veto sangat. Tak salah melayan isteri dengan baik. Melayan baik itu tidak semestinya tidak memukul atau menzalimi isteri dari segi fizikal sahaja tapi tidak melukai dan tidak menyakiti hati dan perasaan si isteri. Isteri mesti dilayan dengan kemesraan dan kelembutan. 

Suami jika masih seorang yang berkemampuan tetapi mengizinkan isteri bekerja mesti menanggung kos perjalanan isteri ke tempat kerja. Pendapatan isteri adalah hak mutlaknya dan suami jika inginkan bantuan isteri maka itu dikira sebagai hutang dan isteri dibolehkan menuntut hutang di mahkamah.

Saya pun masih tak faham kenapa suami aje yang perlu persoalkan tentang penampilan isteri misalnya kalau isteri sudah naik berat badan atau senang cerita, gemuklah, dikatakan tiada lagi keserasian? Kenapa isteri mesti di suruh kuruskan badan, kenapa suami tidak praktikan benda yang sama? Kenapa suami boleh pula nampak selekeh kalau berada dirumah sedangkan isteri berbau ikan dan hanyir dipertikaikan? Isteri pun ada citarasanya sendiri inginKn suami juga sentiasa berpenampilan menarik.

Wanita tidak dapat lari dari bersikap negatif sebab memang itu fitrahnya, cemburu, kuat membebel dan macam2 lah . Jadi suami perlu bijak menangani emosi dan menasihati isteri dengan kesabaran yang tinggi demi kebaikkan bersama. Kami wanita ni memang sensitif dan penuh emosi. Jangan cakaplah sehebat mana wanita tiada emosi. Mesti ada sedikit sebanyak. Memang mengarut kalau dikatakan tiada. Dan jangan jadikan alasan bagi pihak suami untuk mencari keseronokka dengan wanita lain selain dari isteri kerana sikap negatif isteri sedangkan diri suami itu sendiri tidak berusaha untuk memperbaiki yang sedia ada.

Kalau isteri berbau ikan maka pandai2lah carikan pembantu rumah. Salah satu kewajipan suami ialah menyediakan pembantu rumah kepada isterinya untuk membantu uruskan rumahtangga. Pada dasarnya isteri tidak wajib membuat kerja rumah dan isteri tidak boleh dimarahi apabila beliau enggan melakukan kerja rumah seperti memasak dan mengemas. Tetapi tugas seorang isteri adalah menjaga kebajikan suaminya dan merupakan satu bonus jika isteri rajin memasak dan mengemas. Dan memang naluri seorang wanita yang inginkan suaminya dan keluarganya bahagia dengan khidmatnya dengan makan masakkannya dengan berselera dan selesa dengan rumah yang bersih. Maka tolonglah hargai isteri dengan membawa makan di luar sekali-sekala dan ucapan terima kasih serta melayan penuh kasih-sayang.

Isteri juga perlu memahami suaminya yang berkerja keras demi kebahagiaan keluarganya. Menyenangkan dan mengembirakan hati suami dengan tidak membebankan dengan perkara sia2. Ini termasuklah membenarkan suami mengembirakan hati dan kehidupan ibu bapanya dan tidak menggunakan suami untuk menyusahkan ibu bapa suami serta menjadi anak derhaka.

Suami berhak rasa cemburu begitu juga isteri. Tapi kalau cemburu membabi buta sampai pasangan seperti hidup ibarat katak bawah tempurung, itu sudah kira melampau. Saya ada seorang kawan yang punyai isteri tahap maut cemburunya. Saya pelik kenapa isterinya rasa tidak selamat padahal suaminya sangat sayangkannya. Suaminya seorang pengarah di jabatan kerajaan dan tentunya akan banyak berurusan dengan pelbagai golongan. Kalau rasa cemburu sangat lebih baik kurungkan sahaja suami dalam rumah tak payah pergi bekerja. Dan suaminya juga minat muzik dan berpeluang melebarkan bakatnya tetapi atas cemburu melampau lampau isterinya suaminya terpaksa pendamkan minatnya. Sungguh kesihan dapat isteri begini! 

Tapi suami juga cemburu yang melampau dan lagi teruk dari isteri. Apabila isteri melawa dan berpakaian cantik tanpa usul periksa belasah isteri bagai belasah anjing jalanan. Cemburu tu biarlah kena masa dan tempat. Tiada salahnya bertanya dulu keluar dengan siapa sebagainya dan kalau pakaian itu agak menjolok tersembul biji mata nasihatilah dengan sabar dan baik. Tak salahkan?

Ini lagi satu, suami atau isteri yang sentiasa sibuk dan lebih mengutamakan urusan yang berat sebelah. Antara keutamaan rumah tangga dan kegemilangan kerjaya mana lebih penting bagi anda? Bagi saya keduanya sama penting. Tiada kerjaya gemilang kestabilan rumahtangga tidak akan tercapai. Keluarga sukar gemilang andai kerjaya kecundang. Maka perlu bijak mengendalikan keduanya tanpa terkurang salah satunya. Kalau kerjaya kecundang keluarga nak makan apa? Makan pasir? Atau redha dengan makan ikan bilis atau ikan kering setiap hari? Makanan bernutrisi memang tidak kenal rupa lagilah.

Lelaki kalau sebut tentang poligami, hujah mempertahankan sunnah nabi itu boleh sampai bergegar hingga langit ketujuh. Padahal ianya bukanlah wajib berbanding solat puasa dan banyak lagi sunnah2 nabi yang lebih afdal diamalkan. Dalam terjemahan oleh Fathurahman dari buku tulisan Dr Muhammad Al Bahi " poligami bukanlah satu prinsip yang wajib dilaksanakan dalam syariah islam hingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Ia hanya perkara harus dan satu rukhsah dalam keadaan darurat".

Berdosakah menyintai suami orang? Rujuklah mana2 pun hadis dan ayat quran tiada satu pun peruntukkan bahawa cintai suami orang adalah salah. Walhal dalam ijmak empat mazhab pun tidak disebutkan perkara larangan tersebut. Kalau tidak bercinta dengan suami orang mana pulak boleh wujud poligami? Syaratnya wanita itu bukan isteri orang. Tu aje.

Namun, walau menyintai suami orang tidak salah dan mengharap kebahgiaan darinya, tetapi akan bahagiakah kita dengan terlukanya hati insan pertama, walau diberi izin sekalipun? Tanyalah diri anda sendiri. Keputusan terletak di tangan anda dan jangan jadikan takdir sebagai penyebab keputusan yang diambil. Jika takdir dijadikan sandaran, maka perogol, perompak dan pembunuh akan redha dengan alasan mereka tidak bersalah kerana takdir Allah yang menetapkan mereka jadi begitu. Wallahu'alam. 

Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah