Where is Peter?


Menyelusuri kembali kisah jenayah misteri pada awal milenium 16 tahun yang lampau memberi banyak pengetahuan dari segi penyiasatan, maruah dan perundangan. Saya tidak akan detailkan kisahnya dan harap readers akan memiliki buku ini supaya dapat pengetahuan dan maklumat yang lebih tepat. Jangan mudah percaya pada penulisan dan rumours online kerana kadang2 ceritanya hanya mengikut pandangan peribadi dan fantasi.

Penulis buku ini ialah seorang bekas wartawan veteran Britain yang mengambil masa menjelajah ke seluruh Australia dan United Kingdom bagi mencari bukti untuk kes yang luar biasa ini dan menulisnya untuk tatapan pembaca, supaya dapat menilai keseluruhan kes ini untuk membuktikan kebenaran. Walau keputusan mahkamah harus diakui namun percanggahan dari segi pernyataan saksi dan pihak penyiasatan serta penolakan pengakuan bersalah defendan menguatkan lagi kekeliruan dalam keputusan akhir mahkamah ini.

Kisah ini bermula apabila sepasang anak muda daripada Britain memulakan pengembaraan mereka ke seluruh Australia iaitu Peter Falconio dan teman wanitanya Joanne Lees. Dalam perjalanan akhir mereka yang bermula dari Alice Springs dan sepatutnya berakhir di Darwin tidak seperti dirancang. Perjalanan mereka tidak sampai ke penghujungnya apabila ketentuan takdir mengambil tugasnya, satu, arah kehidupan yang tidak pasti samada hidup atau mati dan satu laginya meninggalkan satu pengalaman yang tidak akan terlupa sampai akhir hayat. 

Tragedi bermula apabila mereka diserang oleh seseorang, Peter dikhuatiri dibunuh dan Joanne diculik namun dapat melepaskan diri dan dibantu oleh dua orang pembawa trak berangkai yang lalu di kawasan kejadian iaitu Vince Millar dan Adam Rodney telah menyelamatkan Joanne dengan membawanya ke tempat selamat seterusnya melaporkan kepada pihak polis akan kejadian yang menimpa Joanne. 

Bermula dari situlah penyiasatan dijalankan berturutan semenjak hari kejadian sehingga selepas tempoh kejadian yang berlaku pada 2001 membawa kepada penangkapan suspek 2003. Namun satu yang menimbulkan persoalan, di manakah Peter? Peter mahupun mayatnya masih tidak dijumpai sehinggalah saat ini. 

Kawasan kejadian itu berlaku di Barrow Creek iaitu kawasan highway yang terpanjang di Australia yang dinamakan Stuart Highway bermula dari Port Augusta di selatan Australia dan berakhir di Darwin dalam Utara Australia yang hampir mencecah 3000 kilometres. Berbagai rumors yang kedengaran berkenaan kejadian ini. Masyarakat setempat percaya bahawa kemungkinan kedua pasangan ini melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan bad luck menimpa mereka. Mereka mengambil keterangan Joanne bahawa sebelum sampai ke Alice Springs Joanne dikatakan telah singgah di Uluru Stands yang lebih dikenali sebagai Ayer Rocks.  

Monumen semulajadi Uluru Stands ini berketinggian 348 meter adalah merupakan tempat suci bagi orang2 asli di kawasan situ. Mereka menganggap ianya adalah kawasan laluan bagi makhluk di dunia satu lagi lalu lalang dan tidak boleh dihalangi, maka mereka tidak menggalakkan pelawat mengambil sebarang tanda atau batu batu di kawasan itu. Pelawat juga dinasihatkan tidak mendaki hingga ke atas bagi menghormati tempat suci tersebut.  Dikatakan bahawa 30 orang telah kehilangan nyawa akibat kedegilan mereka sendiri. Dan beberapa ramai lagi orang mengalami nasib yang buruk setelah mengutip dan membawa pulang sample tanah dan batu2 kecil di situ. Mungkinkah Peter dan Joanne ada memgambil sesuatu dari kawasan itu, hingga membawa kepada nasib buruk mereka?

Rumors demi rumors kedengaran semenjak kejadian itu berlaku.  Tetapi yang paling panas ialah tentang peribadi dan kelakuan Joanne sendiri ketika bersama Peter. Joanne, setelah penyiasatan dilakukan mendapati pernah mempunyai hubungann intim dengan seorang lagi backpacker dari Ireland Nick Riley ketika beliau bekerja sementara di sebuah kedai buku di Sydney.  Boleh dikatakan setiap malam jumaat mereka akan mengadakan hubungan seks. Tidak diketahui samada Peter sedar tentang hal ini namun menurut Joanne hubungan mereka setakat sekadar mengisi masa terluang dan just for fun. Namun, mengapa setelah kejadian itu hasil siasatan melalui email Joanne menggunakan Steph sebagai ganti nama Nick itu membuat temujanji yang mereka akan berjumpa di Itali?

Berfikir tentang seseorang itu suci atau bersalah pasti akan membabitkan fakta yang dicampur-aduk dengan bukti atau kenyataan fantasi. Setiap orang mempunyai pendapat sendiri, pandangan yang boleh mempengaruhi kesimpulan menjadi lebih ekstrem di samping boleh pemgaruhi akan kebenaran.  Joanne bukan lagi dipandang sebagai mangsa,  yang pada awalnya mendapat simpati banyak pihak termasuk para media. Namun, setelah satu persatu kenyataan bercanggah, kenyataan berubah2 serta bukti2 yang kadang2 mengelirukan menjadikan Joanne sebagai suspek utama.

Teknik mengesan samada pesalah atau seseorang itu bercakap benar iaitu Technique Scientific Content Analysis (SCAN) telah digunakan dalam kes ini. Dicipta oleh Avianoam Sapir, seorang bekas leftenan Israel, telah mengajar teknik ini kepada badan berkuasa polis dan yang berkaitan dengan jenayah serta bank2 di Eropah, United States, South Africa dan Australia. SCAN tidak membabitkan bahasa tubuh namun hanya konsentrasi kepada percakapan sahaja. Apabila seseorang memberi pernyataan, kadang2 ada yang tidak penting dan perlu ditapis, disamping itu ada yang mengelirukan maka saksi atau pesalah akan cuba mengubah dan menbetulkan kenyataan setiap masa, pernyataan yang memberi petunjuk kepada jalan cerita, mewujudkan kontradiksi yang tidak konsisten atau diterima. Pihak yang terlibat bukanlah bergantung sepenuhnya kepada alat teknikal dan mereka yang pakar mengetahui lenggok percakapan dan style pemberi maklunat. Statement penuh yang dikategorikan benar selalunya termasuk dengan detail yang tidak rilevan. Kenyataan yang mengelirukan kebiasaannya mengandungi sesuatu yang tersembunyi dan sedaya upaya mengelakkan isu utama. Dan inilah yang berlaku kepada Joanne. Namun, keputusan SCAN tidak tepat dan tidak boleh dijadikan sebagai bukti kukuh di mahkamah tetapi bermanfaat untuk pemeriksaan dan petunjuk kepada penyiasatan seterusnya. Persoalannya,  ujian ini tidak didedahkan kepada media dan seolah pihak penyiasatan polis cuba menyembunyikan sesuatu.

Adakah pihak penyiasat bimbangkan akan pihak media yang kemungkinan memanipulasikan bukti?  Atau dengan sengaja untuk melibatkan seseorang yang tiada kaitan dengan kes ini namun oleh kerana mereka gagal menyabitkannya dengan kes lama? Dalam dunia kewartawanan, tiada alasan untuk melakukan cerita yang tidak tepat demi menghormati etika kewartawanan but memang tidak dapat dielakkan akan timbul salah faham dan kesilapan yang selalunya berlaku. Namun lihat juga pada bidang2 lain yang lebih utama seperti pihak polis yang kerap melalukan salah tangkapan atau mahkamah yang salah menjatuhkan hukuman kepada orang yang tidak bersalah seperti kes Lindy Chamberlain yang juga pernah berlaku di daerah tersebut sehingga Lindy terpaksa merengkok dalam penjara akibat kesalahan bersabit membunuh bayinya sendiri selama 3 tahun, sehingga bukti baru telah dikemukakan dan pihak kerajaan terpaksa membayar ganti rugi kepadanya. Maka tidak adil hanya membabitkan pihak media yang melakukan kesilapan yang pastinya mereka sesekali tidak akan menyalahi etika.

Motif membabitkan Murdoch? Pihak berkuasa dapat menyabitkan beliau setelah ujian DNA dijalankan dan mendapati kesan cap jari dapat dikesan pada baju Joanne dan pada stereng van dan pada darah di baju Joanne. Tapi, kesemua bukti tersebut adalah lemah yang mana telah dipersoalkan oleh pihak pembangkang dengan pengetahuan yang sangat telus menerusi kajian mereka. Namun apa motif pihak polis terlalu berkehendak Murdoch disabit kesalahan? Siapa Murdoch ini?

Bradley John Murdoch, lahir pada 6 Oktober 1958 merupakan seorang mekanik dan juga secara rahsia adalah pengedar kanabis. Dia pernah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara atas kes aktiviti dadahnya dan kes pencabulan. Namun itu masih tidak memuaskan pihak polis kerana Burdoch masih meneruskan aktiviti rahsianya dan berjaya mengelak dikesan pihak berkuasa.  Burdoch yang juga berkongsi perniagaan dan mempunyai property bersama dengan rakan kongsinya James Hepi. James Hepi inilah penyebab membawa kepada penangkapan Burdoch. Sebelumnya telah berlaku pertengkaran antara mereka dan memaksa Burdoch mengeluarkan semua stok simpanan kanabisnya dari property tersebut manakala nasib Hepi tidak baik apabila berjaya ditangkap oleh pihak polis dalam satu road block. Hepi percaya bahawa itu adalah kerana Burdoch yang mendedahkan kegiatannya. Maka ketika itu kes Falconio masih tidak selesai dan pihak polis masih meneruskan penyiasatan untuk mencari pembunuh Peter.  Hepi yang takut dikenakan hukuman berat telah membuat perjanjian dan kerjasama dengan polis bagi mendedahkan siapa pembunuh Peter. Namun dalam mahkamah keterangannya telah dibidas oleh peguambela dan menyebabkan Hepi terperangkap dalam kenyataannya sendiri. Persoalannya, walaupun bukti yang dikemukakan Hepi lemah tetapi kenapa masih diterima-pakai oleh pihak penyiasatan,  pemdakwaraya dan mahkamah? Adakah wujud konspirasi di sini? Adakah begitu tololnya Murdoch untuk mendedahkan kegiatan Hepi sedangkan beliau sendiri terlibat secara langsung dengan jual-beli kanabis dan dadah? Dan kalau itu berlaku dia mendedahkan dirinya sendiri dalam bahaya.

Setiap motif jenayah adalah jelas walaupun kadangkala ada jenayah bersiri yang tidak dapat diselesaikan dan pelakunya hingga saat ini masih misteri tidak dapat dikesan tetapi ideologi dan motif mereka jelas atas apa sebab mereka melakukan jenayah. Pengebom berani mati sekalipun jelas dengan kelakuan jenayah mereka iaitu tujuan merosakkan dan membunuh target walaupun terpaksa membabitkan khalayak ramai. Dan mereka akan menggunakan teknologi yang paling tinggi sekalipun hanya untuk memaksimunkan letupan. Tetapi dalam kes ini motif pembunuhan adalah misteri. Polis sendiri tidak dapat merungkaikan misteri ini dan berpendapat bahawa hanya Murdoch tahu akan motifnya, sedangkan dalam setiap pertuduhan yamg dibacakan terhadapnya ditolak dengan tegas dan tidak mengaku bersalah hinggalah saat ini walaupun berada di atas katil menunggu kematian beliau tetap dengan keputusannya.

Dalam membaca setiap satu dengan detail kes ini saya berpendapat bahawa terdapat kelonggaran dalam setiap siasatan. Anda tidak perlu menjadi seorang yang pakar dalam undang2 untuk menilai keseluruhan kes ini kerana kekurangan sangat jelas dan nyata.  Dan sekali lagi pihak mahkamah telah membuat keputusan diluar kotak ketelusan, sama seperti kes Lindy Chamberlain yang berlaku pada 1980an. Segala teknik forensik telah digunakan dari sekecilnya hinggalah kepada ujian DNA, namun untuk menyabitkan Murdoch masih tetap lemah. Tembakan yang dimaksudkan oleh Joanne dalam kenyataannya masih tidak dapat dibuktikan dengan tepat dan hanya bersandarkan fantasi not realiti. Sample kecil DNA juga tidak boleh dibuat pengiraan untuk memberikan pengesahan yang tepat, sepertimana kesan darah yang ditemui pada baju Joanne adalah sangat kecil.

Sementelah para media, bloggers, orang ramai serta pihak perundangan sendiri mengandaikan bermacam telahan dan spekulasi, pihak juri telah diingatkan oleh hakim dengan berbagai perkara dan ianya ialah tidak mendengar dan mengambil-pakai sebarang telahan dan teori daripada mana2 komuniti di luar mahkamah dengan mengenepikan dan tidak memperdulikan semua itu. Walaupun perkara yang didengar itu kadang masuk akal, tetapi dilarang menggunakannya sebagai rujukan, walaupun perkara itu tidak adil untuk defendan. Para juri juga diingatkan agar tidak bercakap dengan sesiapapun berkenaan kes tersebut, tidak membawa sebarang bukti ke rumah dan menyebutnya kepada seluruh anggota keluarga melainkan kepada bekas juri sahaja.

Aksiden yang berlaku pada 2001, tangkapan dibuat pada 2003 dan pada 2005, Bradley John Murdoch telah didapati bersalah atas semua pertuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selama 28 tahun dengan tiada parol. Realitinya, mayat Peter masih tidak dijumpai hingga kini. Walaupun pihak polis dengan pertolongan penduduk tempatan kebanyakkannya orang2 asli mengesan kedudukkan mayat tersebut dengan juga menggunakan anjing pengesan Cavader, iaitu sejenis anjing pengesan yang sangat bijak yang bukan sahaja mengesan mayat yang baru ditanam atau yang hilang tetapi juga mampu mengesan badan yang ditanam dalam kubur lebih daripada 50 tahun, namun hasilnya tetap hampa. Bagaimana mungkin Murdoch akan mendedahkannya sedangkan beliau tidak melakukannya? Maka, di manakah Peter? Adakah tidak pernah mati? Apa jawapan anda?

Istilah perundangan, tiada mayat-tiada senjata-ditimbangkan tiada pembunuhan. Tepat untuk kes ini. Sepatutnya.  Possibility.

* ada pandangan dari penulisan ini adalah dari idea penulis blog ini sendiri. Penulis buku ini tidak akan bertanggungjawab atas apa2 yang berlaku.




















Comments

Popular posts from this blog

Perfect Fingerprint

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah