Perfect Fingerprint

Tahukah apa yang unik dalam dunia ini pada diri manusia? Wajah? Mungkin serupa dengan manusia lain kerana wajah manusia mempunyai tujuh orang dengan rupa yang sama. Cap jari. Cap jari adalah kepunyaan mutlak individu itu sendiri, tidak wujud cap jari yang sama di dunia ini.

Pengesahan cap jari telah digunakan bagi pihak kerajaan melebihi 100 tahun untuk mengesahkan identiti jenayah dan pengenalan diri. Perkara asas bagi setiap agensi pihak berkuasa berkaitan sejarah jenayah di bumi ini. Ditubuhkan untuk organisasi profesional forensik pertama, Persatuan Antarabangsa untuk Pengenalan or IAI, pada tahun 1915, program pertama untuk sains forensic, IAI's Certified Latent Print Examiner (CLPE) pada 1977, ianya mengeluarkan persijilan kepada mereka yang memenuhi kriteria yang ketat dan membatalkan persijilan kesalahan pengenalan yang salah. 

Penggunaan pengesahan cap jari masih dikekalkan bagi keterangan forensic di seluruh dunia. Kebanyakkan bidang kuasa memeriksa cap jari bagi memadankan kes dan juga bagi kegunaan forensic untuk tujuan lain. Ianya adalah cara yang paling tepat secara positifnya untuk mengesan identiti manusia. Secara keseluruhannya, dunia tetap menganggap cap jari bagi jenayah adalah cara paling mudah mengesan suspek dan menambahkan lebih keterangan dalam mahkamah berbanding dengan pelbagai teknik forensik yang lain.

Kembali kepada permulaan penggunaan cap jari, bermula di China pada tahun Sebelum Masehi 2000. Pada zaman Dinasti Qin, 221-206 Sebelum Masehi, mereka telah menggunakan cara ini untuk menyiasat jenayah rompakan. Peniaga zaman silam juga menggunakannya dengan meletakkan capjari pada tanah liat untuk mengesahkan urusan perniagaan. Masyarakat Cina pula menggunakan dakwat pada cap jari dan ianya sebelum zaman Qin, bukanlah tujuan bagi mengesan kegiatan jenayah sehinggalah abad ke-19 masihi. Cap jari mengalami saat pembaharuan setelah seorang British, Sir William Herschet, 1858, cif Majistret di Wilayaj Jungipoor India telah memperkenalkan kaedah meluas penggunaan cap jari ini bagi mengelakkan penipuan dengan menyuruh penduduk merekodkan cap jari mereka untuk tujuan menandatangani dokumen perniagaan. 

Manakala seorang doktor berbangsa Scotish, Henry Faulds yang bekerja di Jepun telah menemui kesan cap jari pada tanah liat dan dari situlah beliau mendapat idea memperkembangkan penggunaan teknik cap jari ini bagi mencari suspek untuk kes jenayah mahupun forensic.  Maka, Faulds telah menulis kepada sepupunya, Charles Darwin, saintis yang terkenal ketika itu untuk menbangunkan sistem standard bagi Penggunaan Kesan Cap Jari. Darwin kemudiannya telah menulis kepada sepupunya, Sir Francis Gaulton, bagi tindakan selanjutnya, dan bermula dari situlah ianya dibangunkan sedikit demi sedikit setelah melalui pelbagai proses kajian.

Cap jari senang dikesan pada permukaan kaca atau yang digilap melalui rembesan peluh daripada kelenjar peluh yang terdapat pada tepi eepidermal. Dalam terma penggunaannya yang luas, cap jari dikesan daripada geseran tepi tangan bahagian dari tangan manusia, iaitu jari jemarinya. Boleh juga dikesan daripada jari jemari kaki. 

Cap jari boleh dilakukan samada jari tersebut ditekan pada dakwat atau pada permukaan lembut seperti kad cap jari. Seperti diketahui, jari manusia adalah terperinci, unik, sukar untuk diubah dan adalah hak individu itu sendiri seumur hidup menjadikan mereka sesuai untuk mengesahkan identiti diri. Ianya mungkin diuruskan oleh pihak polis ke atas individu itu sendiri atau memgesahkan orang yang telah mati yang sudah tidak mampu lagi dikesan identitinya setelah melalui bencana semulajadi atau melalui tindakan jenayah. 

Analisis cap jari ini semenjak digunakan telah banyak menyelesaikan kes membabitkan jenayah. Dan semenjak ianya diketahui, ramai juga para penjenayah menggunakan langkah selamat dengan memakai glove. Kenapa jari kita begitu penting? 

Geseran tepi ialah epidermis yang timbul pada jari2 tangan dan kaki, telapak tangan dan kaki, terdiri dari satu atau lebih unit kulit yang berhubung dengan geseran tepi tersebut. Kadang2 ianya dipanggil 'rabung epidermis' yang disebabkan oleh asas antara papilla dermis dan pasak interpapilari dalam epidermis. Rabung epidermis ini berfungsi untuk menguatkan cetusan getaran contohnya, apabila hujung jari menyapu pada permukaan yang tidak rata, berkesan menghantar iayarat ke saraf deria yang terlibat dalam menentukan tekstur yang halus. Rabung ini juga boleh menentukan dalam permukaan kasar dan lebih meningkatkan sentuhan permukaan dalam keadaan basah. 

Pengesahan cap jari yang dikenali sebagai dactyloscopy, ialah proses membandingkan dua jejak bagi geseran rabung kulit daripada jari tangan atau kaki, or tapak tangan atau kaki, bagi mengesahkan bahawa ianya datang dari individu yang sama. Fleksiblenya, tiada kesan menunjukkan bahawa capjari walau secara terperinci pun tidak sama dengan satu dan yang lain, walau disahkan melalui sistem computer yang canggih.

Jenis-jenis Cap Jari

Cap jari terbahagi kepada tiga jenis :-

A. Cap Jari Tekanan

Kesan ini terjadi apabila jari bersentuhan  pada sesuatu permukaan yang basah atau melekat atau pun yang mudah meninggalkan kesan tekanan seperti objek yang baru dicat, pada cokkat cair, gam, minyak dan sebagainya.

B. Cap Jari Nampak (patent)

Cap jari ini mudah didapati ketika sesuatu pendaftaran atau pilihanraya, iaitu dengan melekapkan ibu jari pada permukaan berdakwat dan kesan dakwat itu melekat pada jari dan kemudiannya dipindahkan ke permukaan bersih seperti form, boleh juga didapati apabila terkena minyak dan bahan berwarna.

C. Cap jari pendam (latent)

Kesan ini berlaku apabila dalam situasi yang berlaku perpindahan apabila jari menyentuh sesuatu dan hasil dari proses perpeluhan, struktur lemak dan yang dihasilkan kelenjar peluh, ia akan meninggalkan kesan jalur halus, yang tidak boleh dikesan dengan mata kasar tetapi boleh dikesan dengan bahan2 kimia dan teknik2 forensic. Namun ada kesulitan dalam mengesan cap jari pendam ini kerana jika tiada proses perpeluhan maka kesan cap jari tidak berlaku.  Factor cuaca juga memainkan peranan kerana cuaca sejuk akan menutup liang peluh dan perpeluhan tidak berlaku. Dan cuaca yang panas juga akan menyebbkan kandungan kimia sebatian garam akan mencair menyebabkan kesan jalur tidak terbentuk.

Bentuk cap jari terbahagi kepada tiga pengelasan iaitu gegelung (loops), lingkaran (whorls) dan lengkungan (Arches).


Terdapat banyak cara bagaimana analisis ini dilakukan. Bagi cap jari pendam, langkah pertama adalah menyerlahkan dulu kesan tersebut dengan pelbagai kaedah fizikal dan kimia serta teknik2 tertentu yang biasanya dilakukan oleh unit forensic. Cap jari pendam ini kebiasaannya ditemui pada permukaan kasar dab licin. Permukaan licin adalah yang paling sukar kerana ianya mudah rosak seperti pada gelas, besi ataupun kayu yang bercat.

KAEDAH SERBUK

Merupakan cara yang telah digunakan sejak seratus tahun yang lampau dan merupakan cara yang berkesan dengan kos yang efektif. Seperti selalu kita lihat dalam rancangan penyiasatan NCIS dan sebagainya, kebanyakkannya menggunakan cara ini. Namun, kaedah ini hanya sesuai untuk kesan cap jari baharu sahaja. Permukaan yang disyaki mengandungi kesan cap jari akan disapu dengan serbuk disamping menggunakan berus lembut. Apabila kesan jari timbul, maka gambar kesan itu akan diambil dan akan melalui proses pemindahan (lifting) dengan menggunakan pita pelekat yang lutsinar dan akan direkodkan.

Serbuk yang digunakan ialah Hadonite dan Lanconide serta karbon hitam. Serbuk mestilah bersifat halus dan sekata sesuai dengan prinsip sains iaitu air merupakan kandungan utama dalam sebatian cap jari. Ianya melekat pada kelembapan maka serbuk itu akan melekat pada unsur2 minyak dalam sebatian cap jari. Ianya memang sesuai untuk mengesan cap jari pendam dan permukaan yang licin seperti gelas, logam, plastic, iaitu yang tidak menyerap air. Kadbod dan peluh dan minyak yang menyerap dalam kertas adalah kurang berkesan. Dan kaedah serbuk ini sesuai untuk kesan cap jari yang baru sahaja dan kurang berkesan untuk kesan lama.

Kandungan serbuk karbon hitam adalah daripada serbuk dakwat karbon yang kering manakala serbuk putih ialah serbuk kering yang merupakan campuran titanium dioksida, kolin dan kapur, kedua serbuk ini dipanggil 'loose powder'. Berus pula terdapat dua jenis berus diperlukan bagi proses mengecam cap jari iaitu berus biasa digunakan ialah berus bulu tupai. Berus ini senang dicuci dan dibersihkan dengan air sabun dan dikeringkan pada suhu bilik. Berus Zephyr adalah dibuat dari filament fiber kaca, ianya tidak boleh dicuci jika terbasah dan harus dibiarkan kering pada suhu bilik. Ianya hanya boleh dibersihkan dengan menyikatnya dengan sikat.

Faktor yang menyebabkan penimbulan dan kualiti cap jari pendam dengan penggunaan kaedah serbuk

Kejayaan menimbulkan kesan2 cap jari pendam bergantung kepada beberapa faktor, antaranya ialah kawasan cap jari tersebut ditemui terutama pada permukaan rata, lagi mudah ditimbulkan berbanding di kawasan melengkung. Ia juga bergantung keoada perilaku tuan punya jari itu sendiri jika dia menyentuh benda dalam keadaan berpeluh.  Serbuk karbon seperti yang telah diterangkan akan bertindakbalas dengan campuran yang terdapat peluh, minyak serta kandungan asid pada bekas kesan cap jari pendam ini. Ianya tidak dapat ditimbulkan sekiranya tidak berpeluh.

Kelebihan teknik ini ialah kerana ianya lebih murah dan mampu memberi kesan yang fleksibel dari segi masa dan wang,  selain mudah dibawa kerana hanya mengandungi berus dan serbuk sahaja.

Kekurangan teknik ini ialah akan mencemarkan tempat kejadian terutama jika dilakukan oleh orang yang kurang berpengalaman. Teknik ini juga tidak boleh ditimbulkan pada permukaan kasar atau permukaan tidak rata. Selain itu serbuk ini juga boleh mengotorkan perabot dan lain2 dokumen yang penting sebagai bahan bukti.

KAEDAH SUPER GLU

Teknik ini adalah kaedah kimia untuk menimbulkan cap jari pendam. Nama sebenar bagi bahan kimia ini ialah Cyanoacrylate dan boleh didapati dalam bentuk cecair serta bersifat tidak larut dalam air. Stabil pada suhu bilik dan perlu dijauhi dari suhu yang sangat tinggi dan pancaran yang sangat tinggi.  Elakkan juga dari agen pengoksidaan, alkohol, air, amina asid dan peroksida. Pastikan memakai agen keselamatan iaitu pelindung mata dan muka bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diduga seperti radang mata, kulit dan sistem pernafasan.

Kaedah ini digunakan secara meluas bagi forensic untuk menimbulkan kesan pada permukaan licin seperti gelas, kaca dan logam.  Cara dilakukan dengan menitiskan bahan Cyanoacrylate pada bekas aluminium dan panaskan pada suhu berkuasa rendah dan hendaklah dilakukan dalam bekas tertutup berserta dengan bahan objek yang hendak dianalisis itu. Pastikan sampel rawatan cap jari itu dilekatkan pada mana2 bahagian yang boleh dilihat dengan melekapkan jari sendiri sebelum proses pemanasan. Ianya sebagai penunjuk bahawa kesan cap jari tersebut telah timbul berdasarkan pada sampel rawatan cap jari. Jika pengeluwapan dilakukan terlalu lama ia akan merendahkan keupayaan untuk mengesan cap jari pendam ini. Proses ini berlangsung selama 20-30 minit dan selepas cadangan 24 jam, barulah disapukan dengan serbuk karbon pada kesan cap jari itu dan dipindahkan dengan menggunakan pita pelekat.

Faktor yang mempengaruhi kualiti penimbulan menggunakan kaedah super glue

Tiga aspek penting iaitu:-

1. Sumber haba Cyanoacrylate dan pengudaraan. Haba mestilah mencukupi dan suhu mesti dikawal agar tidak terlalu tinggi kerana struktur akan rosak dan tidak dapat bertindakbalas dengan sebatian cap jari pendam.

2. Suhu rendah akan melembapkan proses penimbulan. Pengetahuan tentang suhu yang baik ialah ketahui sifat fizikal dan kimia superglue itu.

3. Cadangan suhu ialah 80-100° celcius disamping bahan yang berkualiti baik amat penting, jika tidak ia akan hilang. Suhu pengudaraan mesti dikawal baik.

Kelebihan teknik ini ianya amat sesuai digunakan untuk permukaan licin dan mengekalkan cap jari dalam tempoh yang lama dan memudahkan melakukan kaedah peralihan or lifting berulang2 pada tempat yang sama.

Kekurangan teknik ini ialah ianya tidak sensitif pada cap jari pendam yang lama dan tidak sesuai ditimbulkan pada permukaan warna yang terang. Hanya pada permukaan yang gelap kerana cap jari ini akan timbul pada bentuk putih salji. Bahan kimia Cyanoacrylate ini juga adalah agen merbahaya dan memberi kesan toksik dan radang.

KAEDAH NINHYDRIN

Merupakan satu kaedah kimia, ditemui pada 1910 oleh seorang ahli kimia Siegfried Ruhemann untuk menjalankan pemeriksaan tindak balas asid amino. Hasil dari penemuan itu saintis forensic menggunakan ninhydrin pada 1954 bagi tujuan penimbulan cap jari pendam yang terdapat asid amino dalam perpeluhan. Ia dapat ditunjukkan dengan pembentukkan warna ungu. Kaedah ini sesuai untuk permukaan porous iaitu kasar seperti kertas, kadbod dan kayu lembut. Ia juga sesuai bagi kesan cap jari yang telah lama.

Cara prosesnya ialah dengan menggunakan 100 gm  kristal ninhydrin dilarutkan perlahan2 ke dalam 400ml Absolute Etanol dengan menggunakan eletrik mixer. Apabila larut tambahkan 200ml asid Asetik Glasiel ke dalamnya. Untuk solution sebanyak 120ml stok solution ini dicairkan dengan 1880ml Benzena. Bahan campuran ini disimpan selama 6 bulan dalam botol yang gelap.



Namun begitu, kesan tidak dapat timbul secara serentak or serta merta. Oleh sebab itu , proses solution tersebut amat penting untuk menimbulkan kesan cap jari ini, samada dalam beberapa minit atau lebih lama iaitu hari atau minggu. Selepas few minit disapukan ninhydrin, majoriti kesan dapat ditimbulkan. Manakala kesan selanjutnya selepas beberapa minggu. Proses ini hendaklah dilakukan dalam tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Campuran ninhydrin ini terlalu pekat dan sukar menimbulkan warna ungu maka harus diingat bahawa tidaklah semakin pekat kandungan ninhydrin tersebut maka lebih berkualiti kesan cap jari ditimbulkan.

Kelebihan teknik ini ianya boleh bertindak balas pada suhu bilik dan merupakan agen yang paling efektif dengan asid amino yang boleh membentuk kesan cap jari. Disamping itu kesan cap jari yang lama yang memakan masa beberapa bulan boleh ditimbulkan dengan menggunakan kaedah ini.

Kekurangan teknik ini ialah ianya tidak sesuai digunakan pada permukaan licin atau pada objek yang telah direndam dengan air atau dalam keadaan lembap. Permukaan yang diperbuat dari kandungan protin haiwan seperti kulit binatang akan menyukarkan membezakan kesan cap jari. Masa yang agak lama juga banyak mengganggu proses mengenal pasti sesuatu peristiwa disamping hasil dari analisis kesan yang timbul juga hanyalah sedikit. Walaupun hasil ini dapat dilihat dengan mata kasar tapi tidak kekal lama jadi kesan harus dirakam pada gambar untuk tujuan rekod.

Tidak dinafikan bahawa pengenalan kepada pengesanan cap jari ini yang telah diperkenalkan melebihi 100 tahun banyak menyumbang kepada berbagai perkara samada dari sudut prosesional dan peribadi dan banyak menyumbamg kepada bidang2 tertentu samada perubatan dan jenayah,  namun masih terdapat halangan dalam kaedah ini.

1.  Komposisi cap jari pendam
Cap jari dihasilkan dari rembesan peluh melalui kelenjar peluh dan rembesan itu adalah merupakan bahan buangan haiwan yang terdiri dari minyak, lemak, asid, garam dan bendasing. Jangka hayatnya tidak panjang dan terdedah kepada kekeringan, tindakbalas kimia, pertumbuhan bakteria dan fungus dan faktor alam sekitar. Faktor seperti bahan kosmetik, losyen, makanan dan minyak yang melekat pada jalur jari apabila bersentuhan dengan permukaan juga menyumbang kepada kesan cap jari pendam ini.

2.  Kuantiti bahan terkumpul
Walau dalam keadaan tenang, rembesan dari kelenjar kulit terus berfungsi. Kebiasaannya,  lelaki merembeskan lebih banyak peluh dari wanita disamping faktor usia, kesihatan dan diet.

3.  Ciri2 fizikal pada permukaan yang terdapat kesan cap jari
Permukaan beralun, bersih atau licin boleh menpengaruhi kemungkinan cap jari pendam dan cara menimbulkannya. Kadar resap pada permukaan berliang adalah lebih rendah. Ini menyukarkan penimbulan kesan cap jari. Suhu juga memainkan peranan penting. Jika suhu permukaan penerimaan terlalu tinggi akan menghapuskan corak jalur akibat kesan minyak akibat kepanasan.

4.  Persekitaran
Suhu, cahaya, angin, hujan dan sebagainya boleh menentukan ciri2 analisis.

5. Kedudukan
Jika berada pada kedudukan atau suasana yang sentiasa menjadi laluan orang atau yang sentiasa dipegang seperti tombol, pintu, stereng kereta akan senang dimusnahkan.

6. Masa
Kesan cap jari pendam terdiri dari bahan organik maka digradasinya tidak dapat dihalang. Analisis mestilah dilakukan dalam tempoh 48 jam kerana kesan penimbulannya akan berkurang dalam waktu 3-4 hari.

Kesimpulannya, dalam apa jua keadaan proses mengesan cap jari ini memerlukan penelitian yang tepat dan mendalam, harus dilakukan dengan sistematik bagi mendapatan hasil yamg terbaik kerana setiap keputusan pasti membabitkan kehidupan seseorang malah keadilan untuk mangsa yang telah mati malah juga membabitkan komuniti ini, yang turut menuntut sebarang penjelasan dan keadilan.

Note : pada sesiapa yang mengkaji tajuk ini boleh juga menggunakan tag 'forensic' bagi penjelasan yang lebih detail.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah