Pengurusan Mesyuarat Yang Berjaya
PENGENALAN
DAN ASAS
Marketing is making business. But, meeting is big
business.
Saya tidak ingat dari mana perkataan itu tapi
pernah membacanya. Memang benar, industry pemasaran dan permesyuaratan, apatah
lagi membabitkan event memang mendatangkan pulangan yang cukup lumayan bukan
sahaja dari skop mesyuarat itu sendiri malah yang berkaitan rapat dengannya.
Industry yang sering dituju apabila sesuatu conference atau mesyuarat besar
lainnya seperti hotel, pusat konvensyen, penerbangan dan industry restoran
serta perkhidmatan catering mendapat efek yang sama dengan ruang kerja
mesyuarat itu sendiri.
Apabila seseorang yang ditugaskan mengendalikan
mesyuarat, dia perlu peka dan tahu apa itu mesyuarat dan siapakah individu2
yang terlibat dalam mesyuarat serta kedudukan mereka. Mereka adalah terdiri
dari golongan yang diiktiraf dalam syarikat iaitu Pengarah Mesyuarat,
Penyelaras Mesyuarat, Perancang Mesyuarat, Pengurus Persidangan dan Pengurus
Event Khas. Manakala Perancang Korporat terlibat jika mesyuarat event
membabitkan jumlah yang besar dan bertaraf antarabangsa.
Mesyuarat yang dianjurkan mestilah mempunyai sebab
dan tujuan. Konsep mesyuarat itu sendiri merangkumi perkara2 asas seperti untuk
pemberitahuan, pembelajaran, pertukaran, idea2, perbincangan masalah2, membuat
keputusan, strategi komunikasi dan peserta yang hadir ke mesyuarat juga
inginkan sesuatu atau hasil dari mesyuarat yang mereka hadiri seperti belajar
mengenai sesuatu pengetahuan dan ilmu2 baru, membina hubungan jalinan kerja dan
menambah kenalan dan perhubungan professional.
Perlu diketahui, terdapat perbezaan di antara
jenis2 mesyuarat:-
a.
Persidangan
Mengumpulkan
orang2 yang berkongsi bidang displin yang sama untuk tujuan pembelajaran
b.
Konvensyen
Atau
juga dipanggil Kongres, iaitu Perhimpunan Delegasi, membina platform antara
mereka dan juga negara2 yang menyertainya, pemilihan calon, seperti pertubuhan
antarabangsa yang dianggotai oleh negara2 di dunia ini untuk memilih calon baru
bagi memegang Ketua Pertubuhan dan sebagainya, mengambil tindakan undang2
keatas salah laku yang berlaku diseluruh dunia, contohnya tindakan keras kepada
serangan ke atas Syria, Iraq dan penduduk2 yang tertindas oleh sebab peperangan
atau politik seperti Palestin, dan perbincangan bagi isu2 semasa.
c. Ekspo dan Pameran Perdagangan
Kebiasaannya ekspo
adalah dibuka kepada orang awam manakala Pameran Perdagangan hanya dibuka atas
jemputan sahaja. Namun fungsinya tetap sama iaitu memperluaskan perkhidmatan
komunikasi kepada pengguna dan ahli2 tentang produk dan servis.
d. Acara Istimewa
Jamuan penyampaian
award, program komuniti pertujukan, festival, pameran, gala makan malam,
pertunjukkan awam seperti perarakan Hari Merdeka dan sambutan tahun baru, pertunjukkan
jalanan, acara sukan, acara untuk pengutipan derma atau tabung khas, penghargaan
dan perkahwinan.
e. Mesyuarat Korporat
Ia biasanya mesyuarat
syarikat atau mesyuarat dalaman, samada membabitkan anggota professional sahaja
atau keseluruhan pekerja yang berkhidmat dalam syarikat tersebut. Ianya
bertujuan bagi menyelesaikan masalah dalam syarikat, idea2 baru dan membuat
keputusan penting bagi kemajuan syariikat.
Dalam pengurusan mesyuarat selalu bertemu dengan
dua istilah ini iaitu Mesyuarat Yang Berkeuntungan dan Mesyuarat Bukan
Keuntungan (Profit and Non Profit Meeting). Mesyuarat yang Berkeuntungan ini bermaksud mesyuarat yang
dianjurkan oleh sesebuah organisasi atau syarikat untuk ahli2 atau pekerja2
dalam naungannya. Kehadiran peserta dibayar oleh pihak syarikat dan kedatangan
adalah wajib kecuali atas sebab2 kecememasan dan benar2 tidak dapat dielakkan
atas sebab musibah. Ia kebiasaannya adalah untuk melatih dan memberi motivasi
kepada unit jualan dan pemasaran bagi memperbaiki skil mereka dan menambah
pengetahuan tentang produk2 yang akan dilancarkan serta merangka pelan strategic
syarikat. Mesyuarat ini kerap diadakan setahun sekali dengan disertai oleh
Ahli2 Lembaga Pengarah. Jenis2 acara untuk mesyuarat jenis ini pula ialah pameran
perdagangan, acara kebajikan, piknik atau Hari Keluarga dan mungkin juga hari2
istimewa untuk para pekerja dalam organisasi.
Mesyuarat
Bukan Keuntungan pula bermaksud organisasi atau syarikat menganjurkan
mesyuarat atau forum dan sebagainya untuk orang awam, pihak2 yang terlibat
dengan tema mesyuarat atau forum dan juga untuk para pekerja syarikat itu
sendiri, tetapi syarikat tidak bertanggungjawab atas perbelanjaan peserta
melainkan peserta itu sendiri bertanggungjawab atas kepentingan kehadiran
mereka. Peserta juga dikehendaki membayar fee pendaftaran dan kehadiran tidak
diwajidkan. Selalunya diadakan sebagai acara tahunan, melibatkan tema seperti
persidangan pendidikan, konvensen dan sebagainya. Mesyuarat seperti ini
mempunyai kesan ke atas organisasi, berkemungkinan kehadiran peserta adalah
rendah dan juga kehilangan bajet kewangan syarikat.
Oleh itu penting bagi penganjur mesyuarat memerhati
faktor2 seperti berikut:-
a.
Masa
yang sesuai
Penganjur mesti
memastikan dan peka pada kekosongan tarikh sepanjang tahun. Pastikan mesyuarat
yang akan dianjurkan tidak akan bertembung dengan cuti umum, tarikh pilihanraya,
acara sukan yang bertaraf antarabangsa mahupun nasional kerana kemungkinan akan
memberi kesan kepada kehadiran peserta. Penganjur juga harus memeriksa kepada
tarikh keramaian pada industri lain, kerana mungkin peserta akan terpaksa
membuat pilihan ke atas kehendak mereka yang utama.
b.
Tempat
yang sesuai
Penting bagi
memastikan kehendak peserta bagi menghadiri mesyuarat anjuran syarikat dengan
menetukan keselesaan kepada mereka dengan menyediakan tempat yang boleh menarik
minat mereka. Namun, perlu juga mengikut tema bagi mesyuarat itu sendiri, contohnya
resort-sesuai untuk suasana persekitaran yang tenang dan rehat, downtown
fasiliti seperti hotel dan pusat persidangan, adalah untuk yang membabitkan
urusan perniagaan yang serius, airport fasiliti pula adalah untuk peserta2 yang
sentiasa dalam keadaan sibuk dan bergerak pantas kerana penglibatan mereka
dalam pekerjaan tertentu dan pusat persidangan yang merangkumi semua iaitu yang
besar sesuai untuk bengkel latihan, perhimpunan golongan prosesional dan
suasana yang tidak bising dan senyap.
c.
Orang
yang sesuai
P Para
peserta, penganjur mestilah sentiasa mementingkan mereka dalam senarai target
mereka. Penganjur juga sentiasa memeriksa latar belakang peserta kerana ini
penting bagi memastikan kepuasaan mereka dengan mengikuti sesuatu yang sesuai
dengan mereka.
d.
Penyampai
yang sempurna
Mereka
ini ialah Penceramah Utama atau Keynote speaker, iaitu seseorang yang
berpengetahuan tinggi dalam subjek yang ingin disampaikan oleh penganjur,
disamping mereka ini adalah personaliti yang disegani. Kebiasaannya keynote
speaker ini dijemput pada mesyuarat yang berbentuk forum, seminar dan acara
yang membabitkan perhimpunan yang besar dan bertaraf professional. Penganjur
mesti memastikan bahawa penceramah ini tahu akan tujuan mesyuarat itu diadakan,
mesti tahu topik yang akan dibincangkan dan level kefahaman dan pengetahuan
peserta.
Sesi Rehat – kebiasaanya penganjur
mempunyai pilihan samada dipenuhi dengan hidangan makanan dan minuman atau
ceramah2 sampingan, yang mungkin boleh diisi dengan pekerja dalam syarikat yang
berpengalaman dan berpengetahuan dalam topik yang menjadi tema mesyuarat.
e.
Agenda
Dalam
melaksanakan mesyuarat perkara yang paling diserapkan ialah objektif kepada
mesyuarat itu sendiri supaya mencapai tujuan dan kejayaan dalam penganjuran
mesyuarat. Kejayaan ini akan menimbulkan tanggapan yang baik dan berpanjangan
kepada peserta yang menghadirinya. Apabila di kemudian hari dianjurkan kembali,
maka peserta tidak akan teragak2 untuk menyertainya.
Tujuan dan
Objektif
Mesyuarat dianjurkan mestinya ada alasan kenapa dia
dilakukan? Adakah semata memanggil peserta untuk bergembira dengan acara
aktiviti dalam waku dan selepas mesyuarat? Adakah berbaloi begitu? Banyak wang
telah dilaburkan tetapi hasil kosong. Maka, ia mesti mempunyai tujuan dan
objektif kenapa diadakan mesyuarat itu. Matlamat, adalah asas kepada mesyuarat
dan proses perancangan bagi mencapai sesuatu. Objektif, matlamat tersebut mesti
memastikan sasaran dicapai atau pencapaian matlamat. Pihak yang berkepentingan
juga adalah tunggak utama dalam penganjuran dan kesempurnaan mesyuarat
tersebut. Pihak yang berkepentingan itu menentukan setiap yang dibelanjakan
adalah berbaloi, maka itu adalah kejayaan sesuatu mesyuarat itu.
Bagi mencapai matlamat, penganjur mesti memikirkan
sesuatu yang besar dan berada dalam luar kotak fikiran. Penganjur mesti
memikirkan sesuatu yang strategic secara semulajadi, agar tidak lari dari
konsep tema mesyuarat itu sendiri.
Contoh-contohnya:-
·
Memperkenalkan teknologi terkini kepada industry
perbankinan
·
Melatih pengurus hotel bagi meningkatkan jualan
·
Memantapkan kekuatan laman web di antara
industry
·
Ulangtahun syarikat
·
Perancangan perniagaan syarikat untuk tahun
depan.
Tidak dinafikan menetapkan matlamat dan objektif adalah
satu perkara sukar bila merancang mengadakan mesyuarat. Apabila menulis
objektif pula, penganjur harus selalu menggunakan SMART (specific, measurable,
attained, relevant, timeframe) supaya semuanya berjalan mengikut yang dirancang
dan tidak lari dari matlamat. Sesebuah syarikat apabila mereka ingin
menganjurkan mesyuarat, ada dua yang perlu difikirkan iaitu, bagi pihak
peserta, tentunya objektif mereka adalah keseronokkan disamping menambah imu.
Manakala bagi pihak syarikat sendiri, mereka tidak membayar untuk keseronokkan
tanpa mendatangkan manfaat bagi syarikat. Maka, matlamat mereka ialah memberi
motivasi dan latihan kepada pengurus jualan untuk meningkatkan keuntungan dan
jualan syarikat denggan cara yang tidak lari dari objektif mereka.
Syarikat mesti memikirkan berkenaan bagaimana cara
untuk menyampaikan pesanan kepada team jualan, kaedah untuk memotivasikan
peserta, memperkenalkan mereka dengan teknik2 yang baru dan memasukkan mereka
ke dalam matlamat syarikat. Elakkan daripada menulis objektif yang memberi
perspektif yang salah kepada peserta dan ahli2 yang akan menghadiri mesyuarat.
Penilaian
Masa
Penganjuran mesyuarat akan mengambil banyak waktu,
terutama yang membabitkan wang dan usaha serta kerja keras penganjur. Tapi akan
menjadi mudah bila penganjur tahu akan pesanan yang akan disampaikan efektif
untuk team jualan, ekhibitor, penaja dan pelanggan yang berpotensi. Mereka
mesti memotivasikan peserta untuk menghadiri mesyuarat atas alasan yang baik,
dan berguna untuk pengetahuan mereka, bukan sahaja untuk syarikat tetapi juga
untuk diri peserta itu sendiri di masa depan. Kerana itulah, penganjur mesti
mendahulukan kepentingan peserta dengan menjadikan penyertaan mereka berbaloi
dari segi wang dan masa.
Untuk itu, objektif mesti dicatitkan dengan jelas
untuk menarik kehadiran peserta, dengan memberikan alasan2 yang cukup baik
seperti pendidikan, jalinan kerja, informasi berkenaan pelancaran produk baru,
pengikhtirafan, keperluan kerja dan masukkan juga pertunjukkan samada hiburan
atau cara memperkenalkan produk oleh para penceramah.
Penganjur perlu merancang kepada keadaan yang tidak
dijangka seperti:-
·
Bajet yang tidak cukup
·
Kekurangan pekerja
·
Politik
pejabat
·
Perkembangan ekonomi dalam dan luar Negara jika
membabitkan peserta dari Negara luar
·
Isu berbangkit
·
Bekerja dengan vendor
·
Tarikh akhir (deadline)
·
Isu berkenaan peserta
·
Keadaan semulajadi yang tidak diduga seperti
banjir, taufan, kebakaran, rusuhan dan sebagainya.
Mengurus keadaan ini semua dan monitor setiap sudut
adalah termasuk dalam proses perancangan mesyuarat. Penganjur perlu
berinteraksi dan motivasi pengurusan senior agar memahami keadaan yang bakal
berlaku dengan memastikan juga mereka dalam situasi yang terkawal secara
professional dan mengelakkan konfrontasi dan kontroversi.
Pihak penaja yang terlibat juga mesti inginkan
manfaat atas mesyuarat yang ditajanya. Mereka pasti inginkan pulangan dalam
pelaburannya menaja sesuatu mesyuarat atau yang berkaitan dengan acara bertaraf
nasional dan antarabangsa.
Walau apapun, nilai bagi mesyuarat itu akan kembali
kepada pihak yang berkepentingan. Apabila mesyuarat itu Berjaya maka matlamat
dan objektif telah tercapai dan ini dinamakan Pulangan Pelaburan (ROI). Setiap
organisasi yang terlibat mesti membuat keuntungan dalam tempoh jangka masa yang
panjang. Pihak syarikat yang mengalami masalah kewangan akan target untuk
mengurangkan perbelanjaan syarikat dengan tidak menganjurkan mesyuarat, kerana
mereka menganggap bahawa peserta tidak mengeluarkan wang mereka melainkan
syarikat yang membayar, maka pendapatan tidak diperolehi. Ini biasanya
membabitkan mesyuarat dalaman yang mana pihak syarikat mengeluarkan
perbelanjaan. Jika ini berlaku,syarikat akan mengalami masalah kekurangan
produktif dikalangan mereka.
Thinking bright. How sales persons learn new
technique if no meeting held? Maka, tentunya kemahiran mereka terbatas. Mungkin
dengan penganjuran mesyuarat akan menjadi pelaburan bagi pihak syarikat itu
sendiri untuk mendapat pulangan dalam tempoh jangka masa panjang. Kembali
kepada objektif iaitu untuk menambahkan jualan syarikat, meningkatkan
produktiviti, mempertingkatkan kecekapan, memberi motivasi dan pendidikan
kepada pekerja mereka sendiri.
Nilai mesyuarat itu juga diukur dari kejayaan
penganjuran dengan membuat penilaian pengukuran kepuasan bagi para peserta.
Maka, penganjur mesti melampirkan borang untuk peserta mengisinya dengan
menilai apa yang mereka dapati dalam mesyuarat yang dihadiri. Tempat strategic boleh
diletakkan di depan pintu masuk atau pusat pendaftaran dan memperingatkan para
peserta supaya mengisinya setelah selesai mesyuarat. Antara yang boleh
dicatitkan ialah bagaimana mereka menilai untuk:-
·
Nilai kualiti program
·
Penyampaian Penceramah
·
Pemahaman peserta
·
Kepuasan
·
Kemudahan
·
Makanan dan minuman (F&B)
·
Lokasi mesyuarat
Penganjur boleh juga menggunakan system maklum
balas yang lebih berkesan dengan menggunakan teknologi terkini untuk para
peserta bagi memudahkan dan menyediakan jawapan yang cepat. Penganjur juga
mesti menyediakan dan menyimpan rekod sejarah kehadiran peserta bagi menilai
kehadiran mereka selama mana mesyuarat itu dianjurkan terutama pada tahun2 yang
lepas. Dari situ boleh dilihat akan perbezaan kehadiran dan jika terlihat
perbezaan yang besar, maka pembaharuan mesti dilakukan. Penilaian ini juga
penting bagi melihat perspektif dari sudut ekhibitor apa yang mereka boleh rasa
dari penglibatan mereka dalam acara yang syarikat anjurkan iaitu hubungan
jalinan kerja, kos khemah, material dari penganjur seperti penyediaan asas
kerusi meja dan hiasan dan jadual timesheet. Satu perkara penganjur selalu
terlepas pandang ialah melawat ruang khemah ekhibitor, sekurangnya bertanya
akan keadaan mereka waktu itu dan apa yang mereka kurang, jika termasuk dalam
rangka bajet syarikat maka kekurangan itu akan diatasi. Jika tidak, sekurangnya
penganjur akan membantu menyelesaikan masalah mereka dengan mencari alternatif
lain. Jangan biarkan exhibitor tidak dipedulikan. Mereka ini banyak menyertai
event di merata tempat malah ada yang sampai seleuruh dunia maka pengalaman
mereka berguna dan boleh meminta pendapat mereka sebagai perbandingan dengan
event yang penganjurkan uruskan.
Sumber-sumber
Dalam pengurusan mesyuarat penganjur harus
berurusan juga dengan pembekal2 samada perkhidmatan atau produk. Terdapat
beratus2 syarikat pembekal di luar sana yang membuat penganjur terpaksa memilih
yang terbaik dan sah di sisi undang2. Antara yang biasa terlibat ialah:-
a. Persatuan
– setiap disiplin industri mempunyai persatuan masing2. Mereka ini bernilai
bagi penganjur mesyuarat atau event. Sebelum penganjur bertindak menyertai
persatuan, mereka mesti menyedari apa tujuan mereka menyertainya melainkan
untuk melahirkan jalinan kerja.
b. Penerbitan
perdagangan – ini selalunya berbentuk majalah atau brosur yang mengandungi
artikle berkenaan mesyuarat, event, perancangan atau apa saja yang berkenaan
dengan mesyuarat dan perniagaan. Contohnya; Business Travel News, Meeting and
Conventions dan Successful Meeting.
c. Biro
Konvensen dan Pelawat (CVB) – biro ini sejenis pertubuhan bukan keuntungan yang
menyediakan info berkenaan Bandar atau destinasi untuk dituju. Ahli2 pertubuhan
ini akan disediakan dengan produk dan perkhidmatan hotel, membantu mencari
produk atau perkhidmatan yang diperlukan di sekitar kawasan mesyuarat, dan
beberapa servis yang disediakan lagi seperti pemeriksaan kawasan destinasi,
panduan mesyuarat, kemudahan fasiliti yang spesifik, mencari pembekal,
penyediaan lencana, pembantu pendaftaran,brosur untuk promosi, papan tanda
ucapan selamat datang di lapangan terbang dan gambar promosi.
d. Syarikat
Pengurusan Destinasi (DMC) – pertubuhan ini pula lebih kurang skop kerja yang
sama dengan CVB tetapi lebih ekslusif dan detail. Syarikat yang menganjurkan
mesyuarat akan membayar untuk servis ini berbanding dengan CVB yang hanya
percuma atau kadar murah. Syarikat ini berkepakaran dalam semua aspek.
e. Pejabat
Jualan Global dan Nasional (NSO/GSO) – ianya salah satu bahagian dari skop
hotel, terutamanya hotel berangkai. Jika berdaftar dengan syarikat ini, mereka
akan membantu penganjur menempah hotel cawangan mereka di seluruh destinasi
yang diadakan mesyuarat itu.
f. Blog
– sejenis online jurnal yang membincangkan khusus tentang topik mesyuarat.
Bersifat berinformatif dan agak menarik kerana pengetahuan berkenaannya tidak
perlu membayar kecuali berada dihujung jari.
Perancangan
Teknologi
Setiap perancang mesti mempunyai sekurangnya Word
Processing Program, Spreadsheet Program dan Database bagi memudahkan kerja
mereka dan lebih tersusun serta sentiasa dikemas-kini. Pengkalan Data atau
database berfungsi untuk memproses info yang didapati melalui rekod, yang
mengandungi rekod semua peserta. Pengkalan data hubungan, lebih advance
fungsinya iaitu ia akan mengakses lebih kumpulan data yang berkaitan dengan
rekod peserta. Ia boleh mengemaskini, menguruskan dan menggunakan data daripada
pengkalan data yang lain.
Pakej Mesyuarat – boleh melanggan dengan pakej
perisian individu iaitu berfungsi untuk kelancaran tugas yang spesifik. Ia juga
berfungsi sebagai mengesan proses mendaftar kehadiran peserta, pilihan untuk
pembayaran, mengesan kembali penyediaan makanan dan minuman pada anjuran yang
lepas, set audio visual, detail berkenaan dengan ekhibitor dan vendor.
Kelemahan pakej ini adalah mahal dan mengambil masa untuk dipelajari.
Pendaftaran
Tugas pendaftaran adalah tugas yang paling
mencabar. Harus bersedia dengan kerenah peserta yang agak cerewet terutama
sekali bagi yang membayar sendiri fee pendaftaran, kerana mereka akan bertanya
apakah manfaat yang akan mereka dapat dari mesyuarat ini. Mereka akan ambil
tahu beberapa perkara yang kadang2 sukar untuk penganjur tentukan kelogikannya,
kerana pastinya mereka inginkan pelaburan mereka berbaloi dari segi wang dan
masa. Maka, untuk proses ini, penganjur perlu menyediakan pakej pendaftaran
yang bagus yang menawarkan proses pendaftaran yang up to date, report yang
tepat, menawarkan perlindungan kata laluan dan boleh mendaftar 24 jam.
Penganjur perlu lakukan kerja rumah sebelum memilih pakej yang bagus dan
memudahkan peserta. Disamping itu, penganjur juga perlu memastikan keselesaan
dan kepuasan peserta, dengan perlu memilih perisian yang bagus dan berkaitan
dengan itu, antaranya:-
a. Rajah
Bilik – membantu mewujudkan pelan lantai yang tepat, susunan tempat duduk,
mudah digunakan, susun atur pengubahsuaian yang cepat, arahan jelas tempat
kakitangan, menjadikan tempat pendaftaran nampak kreatif dan mengemaskini rajah
sebelum mesyuarat dengan cepat dan mudah.
b. Perisian
Tanda Nama – perkara ini sangat penting untuk pendaftaran. Perisian ini akan
merekabentuk dan menformat dengan cepat, mencetak nama peserta yang baru dengan
serta merta dan mereka akan menghargainya kerana nampak seperti professional
berbanding yang ditulis dengan tangan. Perisian ini juga bertindak sebagai
Cardscan, iaitu mereka kad perniagaan menggunakan special scanner dengan
mengimport info dari pendaftaran.
Semakin maju dunia semakin berkembang juga kemajuan
industri ini. Proses pendaftaran tidak perlu lagi menyediakan borang yang
bertulis tangan dan terpaksa menaip dan memasukkan kembali ke pengkalan data,
tetapi lebih mudah dengan program dalam talian, tidak perlu ditaip semula malah
secara dimuat turun ke pengkalan data.
Mencari tempat atau lokasi untuk mengadakan
mesyuarat juga tidak perlu bersusah payah mengumpul direktori dari pusat2
konvensyen dan brosur hotel, tetapi hanya melayari internet, berbagai2 tempat
menarik boleh didapati penerangannya.
Cara mesyuarat dijalankan juga berbeza berbanding
sebelum zaman internet, terutama membabitkan mesyuarat yang tidak melalui
secara normal or no eye contact. Tiada lagi panggilan telepon yang belum tentu
disahkan kesahihan orang yang mengadakan urusan sesama mereka. Zaman teknologi
mengubah segalanya, mesyuarat kini boleh dijalankan secara dalam talian
internet, wajah dapat dilihat dengan jelas dan seolah-olah benar2 berada dalam
bilik mesyuarat.
Fokus Kepada
Acara Penting
Ia selalunya dianjurkan untuk tujuan yang spesifik
yang berbentuk pendidikan dan yang berkaitan dengan perniagaan. Jika mesyuarat
yang diadakan maka ianya berbentuk yang serius dan berkaitan dengan kerja. Jika
event pula, maka sifatnya lebih kepada sesuatu yang menyeronokkan, hubungan
social, persembahan dan menarik. Bergantung kepada size event, ia akan
mengambil masa untuk diuruskan, makin besar event itu makin memakan masa yang
lama. Kesemuanya baik perancang mesyuarat dan event, semuanya boleh
menganjurkan keduanya. Penganjuran juga membabitkan staf pentadbiran jika untuk
event kecil dan membabitkan pengarah dan staf tambahan jika event yang
dianjurkan lebih besar.
Dalam penganjuran event, untuk menarik minat ekhibitor
atau peserta untuk menyertainya, harus mencipta satu identiti yang boleh
dijadikan memori kepada mereka. Identiti yang berasaskan semulajadi akan
menyakinkan ianya berpanjangan berterusan. Untuk tema yang dianjurkan boleh
menggunakan artwork atau color yang menarik. Fikirkan tentang masa depan,
bagaimana membentuk identiti yang menyediakan pengenalan yang konsisten dan
cepat menimbulkan pesanan kepada peserta. Penganjur harus bertindak berbeza
dengan syarikat lain untuk mewujudkan idea baru tapi keep it simple. Bagi
mewujudkan festival yang fun, create something yang unik bagi menjadikan
peserta merasai pengalaman yang berbeza di samping memotivasikan mereka sebaik
mungkin.
Jika event atau mesyuarat itu tidak diadakan di
tempat yang tersedia kemudahan fasiliti, maka pertimbangkan untuk menyediakan
semuanya. Penganjur mesti berhubung dengan orang2 yang bertanggungjawab di
kawasan tersebut dan mengikuti undang2 mereka samada ordinan Bandar dan
sebagainya. Syarikat katering juga boleh menyediakan info atau mempunyai
hubungan perniagaan dengan lain2 fasiliti seperti pembekal dan kontraktor.
Perlu diambil berat tentang pihak yang akan menaja
keseluruhan event atau mesyuarat yang bakal dianjurkan, samada mereka menaja
kesemuanya atau hal2 tertentu sahaja, mereka tetap pihak yang berkepentingan.
Pihak penaja adalah skop bidang perniagaan yang besar. Mereka membelanjakan
berbilion dollar setiap tahun untuk menaja mana2 syarikat yang berpotensi boleh
mendatangkan manfaat kepada penganjur sendiri dan mereka. Kehadiran penaja yang
sanggup berbelanja akan mendedahkan target khalayak dan tambahan kepada sumber
untuk menghasilkan event yang berkaliber. Pihak penaja mesti difahamkan tentang
matlamat dan objektif syarikat atas penganjuran event dan mesyuarat itu. Namun,
penganjur tidak boleh mengambil kesempatan mendekati mereka semata hanya kerana
mempunyai segala yang penganjur perlukan dan apa yang mereka ada, kerana ini
akan menimbulkan kepentingan sebelah pihak. Penganjur harus menyediakan pakej
untuk penajaan dengan memberi dan mengambil perjanjian untuk kedua pihak.
Pastikan dan yakinkan pihak penaja dengan pulangan yang berbaloi dan pertukaran
untuk manfaat, samada menyiarkan nama syarikat mereka pada tatapan awam atau
menjalinkan hubungan interaksi antara penaja dengan peserta2.
Penganjuran berbentuk penjanaan dana, iaitu dianjurkan
tujuan mengutip dana untuk kebajikan, organisasi atau individu2 yang memerlukan
samada perseorangan atau berkumpulan, wang yang dikumpul akan didermakan kepada
mereka2 yang memerlukan. Cara wang dikumpulkan itu didapati melalui auction
atau dengan membayar tiket persembahan artis2 terkenal.
Agenda penting untuk mesyuarat sebagai plan induk.
Jadualkan untuk event segala aktiviti2 dan apa sahaja yang berkaitan dengan
event, dengan mencatitkan segala event info dalam beberapa keping kertas supaya
senang dibawa ke mana2 sepanjang waktu menguruskan event tanpa perlu membawa
fail2 yang membebankan. Penganjur juga kena bersedia untuk kontigensi plan
dengan bersedia menangani sebarang kecemasan seperti bencana alam atau tindakan
manusia seperti keganasan dan rusuhan. Jika penganjur mengadakan persembahan
berbentuk hiburan, kebiasaanya selebriti ini akan meminta disediakan tempat
untuk mereka berehat, menukar pakaian, mandi dan sebagainya, iaitu sebuah bilik
peribadi yang dinamakan rumah hijau. Maka, penganjur harus menepati kehendak
mereka ini semampu bajet yang boleh. Untuk mengendalikan event yang besar pasti
menggunakan lebih ramai tenaga manusia yang tidak mampu disediakan oleh pihak
syarikat dengan bajet yang ketat, maka khidmat sukarelawan amat diperlukan.
Menjaga mereka seperti menyediakan makanan, rehat dan memberi aktiviti yang
menyeronokkan mestilah diambil kira kerana mereka ini telah mengorbankan masa
untuk membantu kelancaran majlis penganjur. Jadi, jika penganjur menjaga mereka
dengan baik, maka mereka tidak ragu2 dan bersedia melakukan tanggungjawab
dengan baik dan pasti akan bersedia lagi untuk event yang seterusnya.
Hotel dan
Komunikasi
Apabila perkara yang membabitkan hotel, adalah
penting bagi melakukan senarai apa yang patut dilakukan dengan mereka. Perkara
pertama ialah menempah hotel untuk dijadikan ruang mesyuarat dan atau bagi
penginapan kepada peserta sepanjang mesyuarat itu berlangsung. Proses ini
dinamakan Inquiry Call. Pihak hotel akan bertanya soalan standard berkenaan
mesyuarat atau event. Catitkan spesifikasi yang diperlukan dan hantar senarai
tersebut kepada pihak hotel. Jika penganjur berkehendakkan kadar yang rendah
pada musim puncak, kemungkinan besar penganjur tidak akan mendapat semua yang
ditempah dan diperlukan. Hotel mempunyai pengiraan kadar target mereka
berdasarkan bajet hotel, bekalan dan permintaan untuk sesuatu mesyuarat atau
event. Mesyuarat akan dinilai daripada hasil bilik, makanan dan minuman dan
jumlah ruang yang diminta. Mereka juga akan memeriksa sejarah dan nilai
penganjur pada tahun2 sebelumnya atau dari mesyuarat yang pernah penganjur
anjurkan di tempat mereka. Jika terdapat sebarang percanggahan, soalan yang
kerap akan ditanya dan lebih pertanyaan berkenaan kehadiran peserta, contohnya,
jika tahun sebelum itu, pihak syarikat menempah 90 buah bilik, namun pada
mesyuarat kali ini, syarikat menempah 150 buah bilik, sesuatu yang sangat
berbeza. Mereka akan bertanya soalan tentang peningkatan tempahan bilik kerana
terdapat perbezaan yang sangat besar. Maka, pihak syarikat harus menyediakan
alasan yang kuat dan mesti bersedia untuk membalas pertanyaan dan keraguan
tersebut seperti pertambahan minat terhadap topik yang bakal dibincangkan atau
syarikat mengalami keuntungan yang besar dan ingin menggalakkan pekerjanya
menyertai bengkel2 tertentu.
Apa akan terjadi jika situasi No Show berlaku? No
Show ialah orang yang telah membuat tempahan bilik tetapi tidak muncul. Situasi
ini terbahagi kepada dua keadaan, iaitu:-
a. Seseorang
menempah bilik dan akan tiba pada 4 atau 6 petang atau dalam tempoh 72 jam,
namun setelah tempoh tersebut, beliau tidak muncul, bilik akan dilepaskan untuk
jualan kembali.
b. Tempahan
dengan jaminan akan membayar harga bilik, namun tidak muncul atas sebab2
kelewatan atau mengalami masalah dengan penerbangan dan kenderaan yang sesat,
maka pihak hotel akan mencajkan harga bilik melalui kad kredit atau kad debit
seseorang itu sebagai deposit.
Setelah mesyuarat selesai, pihak2 yang
bertanggungjawab atas penganjuran itu tidak terhenti tugas mereka setakat itu
sahaja. Kebiasaannya pihak fasiliti akan memeriksa samada mesyuarat yang
dijalankan di tempat mereka berjalan secara progresif baik atau tidak. Baik
pihak penganjur dan pihak fasiliti harus melakukan perhubungan komunikasi yang
berterusan. Begitu juga ketika dan sebelum mesyuarat berlangsung, terutamanya
membabitkan fasiliti hotel, jika syarikat penganjuran tidak memerlukan kesemua
bilik yang ditempah dan hanya segelintir sahaja, serahkan kembali kepada pihak
hotel supaya mereka dapat melakukan jualan kembali terhadap bilik tersebut dan
tidak akan mencaj penganjur atas kelebihan bilik itu. Namun, adalah tidak
munasabah jika memberitahu pihak hotel beberapa jam sebelum mesyuarat
berlangsung dan satu tindakan yang tidak betul kerana mereka waktu itu telah
dalam proses penyediaan. Sebaiknya uruskan hal berkenaan bilik yang berlebihan
ini dua atau tiga hari sebelum mesyuarat event berlangsung. Ini juga berkaitan
dengan reputasi syarikat andai mereka masih akan mengadakan mesyuarat di tempat
yang sama, maka pasti jika tidak dilakukan dengan cermat, akan meninggalkan
tanggapan yang tidak enak. Big point di sini ialah, kedua pihak harus
berkerjasama dengan baik.
http://mindabeku.blogspot.my/2015/09/pengurusan-mesyuarat-yang-berjaya-part-2.html?m=1
Comments
Post a Comment