Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran
Rasanya ramai antara kita yang pernah mendengar tentang kewujudan lohong hitam atau black holes, yang ditemui hampir seratus tahun yang lampau dan kedengarannya isu ini mula agak agresif 10 tahun yang lalu. Lohong hitam ini dikatakan misteri hingga saat ini dan tiada mampu dibuktikan bagaimana aktiviti penyerapan itu berlaku sehinggalah satu kajian telah dilakukan oleh sekumpulan para saintis dari Universiti Nanning China dengan mencipta lohong hitam tiruan. Selama ini hanya teori yang mampu membuktikan proses tersebut. Apakah lohong hitam tiruan itu dan bagaimana ianya dilakukan? Sebelum kita temui jawapannya, kita fahami dahulu apakah sebenarnya lohong hitam itu dan sifat2nya. Gambar Ehsan Google Lohong hitam ialah ruang masa yang mana tarikan gravitinya terlalu kuat sehinggakan zarah dan radiasi elektromagnetnya iaitu cahaya yang melaluinya tidak mampu melepasi tarikan tersebut. Apabila objek dan material yang berada berdekatan dengan lohong hitam itu melintasinya, maka keb...