Keputusan Dalam Mesyuarat
LANGKAH
KEPADA MEMBUAT KEPUTUSAN
Kita telah memahami fungsi dan asas kepada
penganjuran mesyuarat sebelum ini, maka proses seterusnya ialah bagaimana kita
bertindak untuk memastikan kelancaran program itu sehingga berjaya.
Menyediakan bilik menyuarat sama seperti pentingnya
perkara lain yang membabitkan penglibatan peserta yang kebanyakkannya terdiri
dari golongan yang dikategorikan dewasa dan matang. Golongan ini hadir ke satu2
mesyuarat samada berbentuk forum, persidangan, konvensen, bengkel atau event,
adalah untuk mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran di samping menambah
pengetahuan berkenaan perkara2 baru. Maka, dengan keinginan menguasai itu
adalah dengan cara berinteraksi dengan sesama mereka. Adalah amat perlu, pihak
penganjur memahami kehendak ini apabila mengadakan program mesyuarat bagi
mengalakkan value pembelajaran itu dengan menitik beratkan suasana dalam bilik
mesyuarat itu sendiri.
Penyusunan bilik mesyuarat itu terbahagi kepada
beberapa jenis:-
Penyusunan Bilik Darjah
Penyusunan seperti ini adalah sama seperti
penyusunan bilik darjah bagi sekolah. Cara ini senang untuk berinteraksi dengan
pembahagian nota2 dan perkongsian computer riba.
Pawagam (Theathre)
Penyusunan ini lebih kurang sama dengan bilik
darjah tetapi tidak menggunakan meja, hanya kerusi sahaja. Bagi penganjur yang
ini memaksimunkan jumlah peserta, maka ini adalah cara yang sesuai. Sesuai
untuk sesi singkat dan tiada penyalinan nota serta pembahagian nota.
Chevron
Ini menggabungkan dua jenis bilik darjah dan
pawagam. Penyusunan cara ini lebih mudah dilhat dari berbagai sudut dan
mendapatkan view yang lebih baik bagi sesama peserta.
Persidangan, T-Shape, U-Shape dan hollow-square
Sesuai untuk mesyuarat yang kecil yang hanya
membabitkan pihak dalam syarikat seperti pekerja dan Lembaga Pengarah.
Crescent
Penyusunan ini juga sesuai untuk aktiviti kumpulan
yang kecil kerana ianya memudahkan pembahagian nota dari peserta ke peserta
lainnya. Penceramah juga mudah berinteraksi dan menjalankan aktiviti dengan peserta
dan juga interaksi sesama peserta. Penyusunan ini adalah cara terbaik digunakan
setakat ini kerana menggalakkan suasana pembelajaran yang tepat.
Bankuet Rounds
Digunakan untuk jamuan makan untuk peserta.
Pihak penganjur mesti memahami khalayak yang bakal
hadir ke program mereka dengan melihat dari pelbagai sudut iaitu umur, jenis
diri mereka, kelakuan dan taraf pendidikan mereka. Ini penting bagi memastikan
kepuasan peserta yang hadir.
Jenis
peserta
|
Tahap
peserta
|
Veteran (pre-boomers)
|
Lebih focus kepada topik yang disampaikan.
Golongan ini membiasakan diri dalam menggunakan terma dan frasa baru. Harus
menyediakan font yang besar bagi memudahkan mereka membaca.
|
Baby Boomers (lahir tahun 1948-1964)
|
Golongan ini lebih menyukai pengabungan antara
pendidikan dan keseronokkan. Harus wujudkan aktiviti yang fun. Suka bertanya.
Sesi soalan dan jawapan adalah sangat penting.
|
Gen X (lahir tahun 1965-1980)
|
Golongan yang membesar bersama zaman teknologi.
Golongan separa moden. Interaksi dan perubahan amat penting bagi mereka.
Golongan ini tidak suka penyampaian secara statik dan lebih berinteraksi
dengan orang.
|
Gen Y (lahir zaman milineum)
|
Golongan generasi moden yang membangun bersama
kemajuan sains dan teknologi. Golongan ini jenis tidak cukup masa dan tidak
suka membuang masa. Bagi mereka masa yang singkat namun padat adalah lebih
berbaloi. Jenis yang tidak sabar dan mementingkan keluarga. Program mesyuarat
mestilah menyertai sekali dengan program keluarga.
|
Setiap manusia adalah berbeza dan tidak sama antara
yang lainnya. Cara mereka menerima info dan pendidikan adalah berbagai cara.
Setengah peserta mudah dengan pendekatan pembelajaran secara visual,
setengahnya pula adalah dengan pembelajaran secara audio, yang lainnya
pembelajaran melalui pengalaman dan ujikaji dan selebihnya menggabungkan
kesemua cara ini. Maka, penganjur harus bijak memahami kehendak dan mentaliti
para peserta yang hadir.
Ketika sesi rehat, kadang kala penganjur kurang
menitik beratkannya. Sedangkan waktu ini mereka boleh juga mempelajari sesuatu
yang ringkas selain dari sesi utama. Bantu peserta mendaftar untuk sesi rehat ini. Penganjur harus mewujudkan lebih
sesi rehat jika peserta terlalu ramai. Penceramah jemputan kebiasaannya tidak
mengambil terlalu ramai peserta dan menghadkannya kepada kumpulan kecil antara 15-25
orang sekali sesi kerana mahukan interaksi yang lebih baik antara penyampai dan
peserta agar pembelajaran lebih berkualiti. Maka,pihak penganjur harus membuat
beberapa sesi atau menjemput lebih penceramah jemputan jika program yang
dianjurkan besar dan kehadiran peserta ramai. Jadi, sesi dapat di bahagikan
kepada beberapa kumpulan dalam satu waktu dan dapat menjimatkan masa. Penganjur
juga boleh memohon kerjasama dari pihak hotel untuk menyediakan lebih bilik
tetapi tidak melebihi keperluan yang sudah ditentukan. Tidak semua peserta akan
menghadiri mesyuarat pada setiap sesi. Pastikan juga peserta yang berada pada
situasi sesi rehat ini mudah akses ke mana2 samada ke sesi yang lain atau
aktiviti lain yang dianjurkan atau juga untuk berehat.
Polisi
Beberapa polisi harus diikuti oleh setiap pihak
yang terlibat dengan program mesyuarat dan event. Pihak terbabit mestilah
membuat polisi tertentu ketika program berlangsung dan sesi rehat untuk peserta
sehingga selesai hari program tersebut:-
Merokok – sediakan bilik khusus untuk peserta yang
merokok.
Alkohol – beri peringatan kepada peserta agar tidak
meminum alcohol atau yang memabukkan ketika program atau sesi rehat.
Gangguan elektronik – peringatkan peserta supaya
telefon bimbit dimatikan atau tidak dibunyikan nada dering ketika mesyuarat
diadakan.
Barangan penting
Tanda Nama
– sesuatu yang sangat penting dan item yang yang diperlukan untuk
pengenalan. Kebiasaanya tanda nama ini
dipinkan pada poket kemeja atau di sebelah kiri atau kanan dada, tetapi peserta
wanita lebih suka tanda nama yang digantung pada leher kerana mengelakkan
pakaian mereka rosak. Info pada tanda nama itu perlu diberi tepat namun hadkan
informasi berkenaan personal. Sediakan untuk perkara asas sahaja atas alasan
keselamatan.
Pemberian
Penghargaan - mungkin penganjur
boleh membuat kejutan kepada peserta dengan meletakkan sejenis yang berbentuk
makanan (sesuai untuk jenis makanan berhidang), dengan meletakkan atas meja
seperti barangan goodies dan bentuk kecil. Ianya mungkin tat, dodol atau
makanan tempatan yang sesuai di bungkus kecil. Kejutan berupa buku yang ditulis
dan di tandatangani oleh penceramah juga amat dihargai peserta. Wujudkan
sesuatu yang kreatif seperti mengikut tema mesyuarat atau event itu, atau
sesuatu yang popular di kawasan mesyuarat itu dianjurkan. Ianya akan menjadi
kenangan kepada peserta.
Logo – merupakan
alat paling berkuasa terutama sekali untuk penaja. Ia menjadikan syarikat
dipandang tinggi kerana reputasinya melalui logo yang dipamerkan. Ia mesti
nampak menarik dan professional dan mengikut tema mesyuarat yang dianjurkan.
Lekatkan ia pada pemberian kepada peserta dan pastikan ianya kelihatan simple.
Penceramah
yang bagus
Apakah sebabnya manusia mahu menghadiri forum atau
seminar yang dianjurkan, yang induknya adalah dari konsep mesyuarat, adalah
kerana kuasa penceramah dalam menyampaikan maksud dan topic yang baik dan
bagus. Namun, tidak semua penceramah itu berjaya dalam tujuan dan matlamat yang
diingini oleh pihak klien.
Kegagalan penceramah kemungkinan interaksi antara
penceramah itu sendiri dengan peserta tidak dapat kesesuaian dan tiada tarikan
magnetik antara mereka. Penceramah juga tidak memahami konsep dan matlamat
mesyuarat itu. Perancang program juga kadang2 selalu berpendapat bahawa semakin
mahal upah penceramah itu maka semakin berkualiti mereka, padahal tidak semuanya
mempunyai kualiti tersebut. Dan pernah juga berlaku penceramah yang arif dalam
bidang mereka namun tidak mampu menyampaikan ilmu secara baik dan penyampaian
mereka tidak sampai kepada maksud program.
Untuk memastikan kelancaran proses ini pihak terbabit
perlu merujuk kepada topic yang berpotensi berasaskan kepada matlamat, agenda
dan objektif mesyuarat itu selain dari mengenali profil peserta. Penganjur
harus membuat pilihan jumlah penceramah yang diperlukan terutama professional
yang pakar dalam industri. Cara penyampaian yang natural dan penuh motivasi
dari segi teknikal, pembelajaran atau persembahan, bagi mendatangkan minat
kepada peserta. Penganjur harus tahu bajet dan khalayak sebelum membuat
keputusan untuk melantik penceramah yang profesional. Penganjur perlu
menyenaraikan penceramah yang diusul dan dicadangkan nama mereka oleh pihak
atasan atau dari pekerja mereka.
Penganjur boleh berhubung dengan pihak Biro Penceramah
bagi memudahkan mencari seseorang yang professional kerana biro seperti ini
menyediakan beratus dan beribu orang penceramah profesional untuk tujuan
program mesyuarat.
Senjata
Upahan adalah istilah yang digunakan untuk penceramah profesional yang
menjadikan kerjaya mereka sebagai sepenuh masa. Mereka ini kemungkinan terdiri
dari para selebriti yang arif dalam bidang masing2, yang jawatannya terdiri
dari CEO, Komentator, Ahli Politik, Kewartawanan, Pengarang, Penulis, legenda
sukan atau Bintang dari golongan hiburan seperti filem dan nyanyian. Upah bagi
penceramah ini adalah berbeza setiap dari mereka mengikut kepakaran masing2.
Andai penganjur mengupah mereka maka harus pertimbangkan beberapa perkara yang
selalu menjadi permintaan mereka iaitu penerbangan kelas pertama samada dengan
pembantu atau tidak, kenderaan limo, suite untuk penginapan dan kemudahan
khusus dalam bilik.
Penceramah
Sesi Rehat adalah mereka yang terdiri dari ketua2 komuniti dalam berbagai
bidang samada golongan profssional atau mahir dalam perkhidmatan. Mereka ini
kebanyakannya mudah didekati dan bagus untuk sesi rehat itu. Mereka akan
memohon untuk mengadakan sesi meja bulat untuk diskusi bagi mendekatkan
hubungan rapat dan memudah interaksi dengan peserta. Peserta akan merasa
keseronokkan dengan sesi bersama penceramah ini.
Keputusan
menentukan penceramah
Pemilihan untuk menentukan penceramah yang akan
menyampaikan ucapannya pada program mesyuarat harus melalui pelbagai proses,
dan apabila telah ditentukan, maka dialah yang bertindak menjayakan program
mesyuarat tersebut. Sampaikan juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
penceramah yang tidak dipilih dan menjemput mereka untuk memeriahkan dan hadir
ke persidangan mesyuarat tersebut. Cara ini adalah tindakan kelakuan yang baik,
yang mana membuat mereka merasa dihargai dan penganjur juga mungkin memerlukan
khidmat mereka untuk program seterusnya.
Sesetengah penceramah tidak mengambil upah mereka
kerana mereka bercakap dan mewakili pihak organisasi yang menjadikan mereka
sebagai duta dan sebagainya. Mereka ini mendermakan masa dan kepakaran mereka
bagi membantu organisasi. Jika pihak penganjur mengadakan rekod untuk ucapan
penceramah, mereka perlu mendapat kebenaran pihak penceramah. Ini memudahkan
peserta yang mendaftar boleh mendengarnya kembali pada bila2 masa dan memberi
juga peluang untuk peserta yang tidak hadir mengikuti topik yang dibincangkan
oleh penceramah dan mereka perlu membayar untuk itu.
Penceramah juga patut dihargai dengan melayan
mereka dengan perkhidmatan yang tinggi, samada berjumpa mereka dan menyambut
ketibaan mereka. Penganjur boleh menggunakan khidmat Lembaga Pengarah untuk
melakukan tugas itu.
Bilik Hijau adalah
istilah untuk bilik rehat bagi penceramah atau ahli persembahan yang membuat
persembahan pada waktu program tersebut. Kegunaan bilik tersebut adalah untuk
mereka membuat ulangkaji atau memeriksa teks sebelum program bermula atau
bersambung kemudian, mempraktikkan persembahan dan juga rehat sementara menanti
program seterusnya.
No Shows
atau Pembatalan
Istilah ini adalah bagi penceramah yang tidak
kunjung tiba atas sebab2 tertentu seperti atas alasan kerosakan alam,
pengangkutan terlewat tiba dan sebagainya. Untuk tidak menjadi kelam kabut,
sentiasa mempunyai plan backup.
Penyediaan
Pengangkutan
Penganjur tidak akan bertanggungjawab menyediakan
pengangkutan kepada peserta untuk perjalanan ke tempat mesyuarat tetapi mereka
boleh memudahkan urusan peserta dengan memberikan arah tuju dan dan panduan.
Istilah meet and greet juga penting iaitu menjemput
peserta dan memberi alu-aluan bagi kedatangan mereka serta memberi panduan
terus kepada mereka untuk ke destinasi seterusnya. Cara yang cukup kuat bagi
menimbulkan perasaan senang dan gembira setelah melalui perjalanan yang
panjang. Pihak hotel mungkin menyediakan perkhidmatan shuttle dan penganjur
boleh mencuba berunding bagi menyediakan servis percuma atau mengurangkan
bayaran.
Jika menggunakan pengangkutan persendirian, selidik
dengan berhati2 akan prosedur yang telah ditetapkan oleh syarikat mereka dengan
bertanya seberapa banyak soalan kerana servis seperti ini bukanlah murah.
Selidik juga akan reputasi syarikat mereka.
Mesyuarat yang menganjurkan aktiviti bengkel luar
mungkin memerlukan pengangkutan untuk membawa peserta ke luar kawasan mesyuarat
atau program. Perkhidmatan motor coaches adalah mahal dan jangan terperanjat
jika masa minimum yang diperuntukkan untuk sewaan kenderaan tersebut adalah 4-5
jam sahaja. Oleh itu, fikirkan cara yang lebih jimat tetapi selesa, samada
dengan menyewa bas sekolah dan pastikan bas itu dalam keadaan kondisi yang
elok. Penganjur boleh memohon untuk mendapatkan bas yang baru dengan kadar
sewaan yang berpatutan.
Makanan dan
Minuman
Antara bahagian terpenting dalam penganjuran
program ialah hidangan makanan dan minuman. Memang waktu yang ditunggu2 oleh
peserta program kerana waktu ini mereka boleh merehatkan diri dan fikiran di
samping boleh berinteraksi dengan lebih bebas di kalangan mereka. Ramai
penganjur yang terlepas tentang perkara ini dan sering menimbulkan kesilapan
juga apabila tiba tentang pengendalian section ini. Antara perkara yang perlu
dititik beratkan ialah:-
a. Anda
tidak perlu memilih menu sebenarnya, melainkan bertanya kepada chef apakah menu
sesuai untuk musim tersebut. Mereka lebih arif tentang penggunaan bahan2 dan
keluaran untuk sesuatu musim.
b. Tempah
makanan yang sesuai untuk majoriti, bukan untuk diri sendiri. Kebanyakkan
penganjur banyak buat kesilapan ini kerana mereka lebih mementingkam selera
peribadi dari kelompok. Pastikan makanan yang ditempah sesuai dengan tahap
umur, agama, kenegaraan dan bangsa.
c. Tempahan
mengikut penggunaan. Iaitu pihak penganjur hanya perlu membayar makanan yang
dibuka sahaja. Ini melibatkan makanan yang berbungkus dan minuman dalam botol
atau tin. Cara begini dapat menjimatkan kos dan tidak membazir. Pihak hotel
akan menjual kembali makanan yang tidak disentuh.
d. Menyajikan
makanan yang berkualiti tinggi sahaja kepada peserta.
e. Mohon
untuk mengadakan sesi food testing terutama untuk penyediaan yang banyak. Rasa
sesuatu makanan tidak sama apabila dimasak hanya untuk 4-5 orang sahaja
berbanding dengan beratus orang, maka perlu memastikan bahawa kualiti makanan
tersebut tidak terjejas dan konsisten.
f. Polisi
untuk peserta yang membawa makanan sendiri atau memesan dari luar fasiliti dan
akan dikenakan caj untuk itu.
g. Bilangan
pelayan hidangan dan pelayan bar dilantik untuk tujuan majlis dalam mesyuarat
tersebut.
h. Menentukan
jenis2 hidangan yang akan diberikan kepada peserta samada jenis buffet, plate
atau makanan berbungkus.
Ketahui bahawa makanan yang dicaj untuk individu
dan secara kuantiti adalah berbeza. Makanan ditempah mengikut seorang individu,
pihak hotel akan menyediakan kuantiti yang lebih manakala makanan yang dipesan
mengikut kuantiti atau secara kumpulan maka pihak hotel hanya akan menyediakan
mengikut jumlah yang kita sertakan itu secara tepat.
Sarapan merupakan
waktu yang sangat penting bagi setiap peserta sebelum mereka memulakan sesi
mesyuarat yang panjang dan ingin fokus pada
topic yang akan dibincangkan. Mereka mahukan makanan yang ringan dan
khasiat serta memberi rasa kenyang sehingga waktu rehat seterusnya. Kebiasaan yang
dihidangkan pada waktu sarapan adalah 65% minuman panas dan 35% minuman sejuk
seperti jus buah dan smoothie. Hidangan adalah berbagai pilihan samada secara
hidangan duduk dan hidangan buffet penuh. Jenis program yang berbentuk award,
makanan akan dihidangkan secara hidangan lengkap duduk. Hidangan secara buffet
memberikan lebih pilihan makanan kepada peserta dan mereka lebih selesa kerana
lebih mudah berinteraksi.
Sesi
rehat
memerlukan makanan yang simple dan menarik.
Hidangan ini dalam istilah barat disebut brunch. Adalah lebih baik jika
mengandungi kombinasi manis, masin dan berkhasiat. Mungkin pihak penganjur
boleh berunding dengan pihak hotel bagi menyediakan makanan yang bentuk kecil
seperti mini tat, small cream puff dan sebagainya.
Makan Tengahari
adalah lebih mudah disediakan dalam bentuk pembungkusan yang menarik dan nampak
professional, kerana waktu ini tidak banyak waktu diperuntukkan kerana masa
yang tidak mahu dibazirkan. Makanan berupa pizza, burger, pie adalah amat
sesuai terutama yang tidak suka makanan berat yang boleh menyebabkan mengantuk.
Makan Malam
boleh jadi disediakan dalam bentuk mewah mahupun sederhana kerana waktu ini
adalah waktu rehat yang panjang setelah selesai mengharungi sesi mesyuarat yang
panjang, samada untuk sehari atau memakan masa hingga beberapa hari atau
minggu. Waktu ini, pihak penganjur lebih menfokuskan kepada tema, matlamat,
objektif serta tujuan diadakan makan malam. Untuk program bertaraf
antarabangsa, mereka akan meyediakan hidangan duduk dan untuk program yang
bersifat nasional atau pendidikan, mesyuarat dalaman samada hari keluarga atau
jamuan makan malam tahunan dan sebagainya adalah sesuai secara berselerak atau
buffet. Idea yang bagus untuk meletakkan station kopi di beberapa sudut dan
disertai dengan hidangan manisan berdekatan station kopi tersebut, dan manisan
tersebut mestilah dalam bentuk kecil yang tidak terlalu mengenyangkan.
Liabiliti
untuk minuman keras yang kebiasaannya hanya dihidangkan atas permintaan
khusus. Pastikan pihak hotel atau fasiliti mempunyai lesen dan insuran untuk
hidangan tersebut. Pihak pembekal mesti juga meliputi liabiliti awam. Jangan
sesekali hidangkan alkohol jika pembekal tidak mempunyai lesen berdaftar, demi
mengelakkan kesusahan. Untuk tidak menggalakkan peserta memesan alkohol,
sediakan lebih banyak minuman yang tidak beralkohol seperti soda dan coke serta
jus, kurangkan masa bar beroperasi dan menutupnya lebih awal. Tidak membiarkan
peserta mengendalikan sendiri minuman tersebut di bar melainkan diserahkan
tugas tersebut kepada pelayan bar yang terlatih. Pihak penganjur juga mesti bertanggungjawab
atas apa2 kerosakkan dan insiden yang membabitkan peserta yang mabuk dan
tindakan yang tidak dijangka akibat itu.
Kejayaan mengendalikan proses ini bergantung kepada
bagaimana penganjur memahami kehendak peserta mereka. Makanan yang dihidangkan
secara berselerak adalah lebih kelihatan luas konteksnya, lebih banyak pilihan
makanan ditawarkan, disamping cara ini adalah bagus bagi jalinan perniagaan
kerana audien menyambung hubungan sesama mereka. Penganjur mesti focus kepada
penilaian rentak habit pemakanan peserta. Untuk memudahkan peserta mengenal
pasti makanan yang mereka ambil, adalah mudah diletakkan label pada makanan
yang di hidangkan atas meja itu. Penganjur mesti bersedia juga jika permintaan
peserta untuk mengadakan sesi makan di luar kawasan fasiliti dengan melihat
pada bajet dan kesesuaian.
Jaminan makanan adalah istilah untuk jumlah peserta
yang telah diberitahu kepada pihak hotel atau fasiliti untuk penyediaan makanan
kepada mereka. Ini proses yang penting kerana, andaikan bahawa tidak semua
peserta yang terlibat dalam mesyuarat akan datang menikmati makanan yang
disediakan. Oleh itu, pihak penganjur perlu merujuk kembali rekod kepada
anjuran pada sebelumnya yang mana mungkin dihadiri peserta yang sama atau
anggaran kasar.
Penggunaan
Audio-Visual
Perkara yang tidak kurang penting dalam industri
ini,melibatkan penggunaan teknologi untuk melancarkan proses kefahaman kepada
peserta yang hadir. Ianya tidak sekadar ditumpukan kepada peralatan sahaja
malah lebih daripada itu fungsinya. Kebanyakan penceramah masa kini banyak
menggunakan data projector, iaitu bagi menayangkan penyampaian menggunakan
kaedah computer dan kos untuk ini adalah amat mahal. Ianya bergantung kepada
bilik mesyuarat itu sendiri dan jumlah yang hadir. Namun, boleh dipertimbangkan
untuk penjimatan kos menggunakan tayangan skrin.
Tayangan skrin terbahagi kepada dua jenis iaitu
tayangan depan dan tayangan belakang. Tayangan depan adalah apabila imej
dipancarkan daripada arah depan dan tayangan belakang adalah apabila imej
dipancarkan daripada belakang. Tayangan belakang mempunyai kelebihan kerana
projektor dan segala wayar dan kelengkapan lain yang berkaitan tidak nampak
berselerak di hadapan peserta kerana kesemuanya diletakkan di bahagian belakang
pentas atau skrin.
Mesyuarat masa kini lebih dimudahkan seiring dengan
kemajuan sains dan teknologi. Itulah kebaikkannya penemuan dan ujikaji sains
terhadap perkembangan dunia masa kini dan hadapan. Berbagai pilihan media boleh
digunakan bagi memberi manfaat kepada perkembangan industri ini juga seperti :-
Persidangan
Satelit
Persidangan mesyuarat dapat disaksikan sepertimana
kita dapat menyaksikan siaran langsung daripada televisyen. Ianya adalah secara
langsung tepat pada tarikh dan waktu mesyuarat itu diadakan. Kaedah ini
menggunakan uplink satelit atau talian gentian optik untuk menghantar isyarat.
Persidangan
Video
Kaedah ini menggunakan talian internet bagi
menghantar video dan audio namun dalam kelajuan yang perlahan dan kurang jelas
berbanding satelit tetapi kos untuk ini lebih rendah. Samada satelit atau
video, ianya memerlukan kamera video, kelengkapan audio, peralatan video dan
semestinya pekerja teknikal bagi membantu melancarkan proses penghantaran
isyarat ini.
Persidangan
Audio
Kaedah ini adalah lebih murah berbanding kaedah
yang melibatkan penyiaran secara langsung di samping ia membenarkan audien
memberi maklum balas dan sesi pertanyaan. Pekerja teknikal dan kelengkapan khas
diperlukan untuk penggunaan kaedah ini.
Mesyuarat
Laman Web
Kaedah ini menjadi semakin popular dan pelbagai
pilihan perisian dapat digunakan. Namun kelemahan bagi kaedah ini ialah anda
harus pertimbangkan jika mesyuarat terbabit melibatkan info sensitif seperti
kewangan syarikat dan maklumat sulit syarikat, maka penggunaan secara laman web
adalah sangat berisiko.
Sambungan :
http://mindabeku.blogspot.my/2015/09/final-persediaan-mesyuarat.html?m=1
Comments
Post a Comment