Final Persediaan Mesyuarat
Hari
Pendaftaran dan Tempahan
Masa yang paling dinantikan dan menambah debaran
bagi setiap perancang mesyuarat adalah hari berlangsungnya program tersebut.
Segala persiapan sebelum ini mesti dipastikan kelancarannya, dan tiada yang
menjadikannya sukar. Perkara paling dititik-berat ialah hari pendaftaran.
Namun, seiring dengan kemajuan teknologi proses tersebut semakin menjadi mudah.
Pendaftaran secara tradisi memakan masa yang agak
panjang dan meremehkan. Peserta harus mengisi borang pendaftaran dengan menulis
dan pihak penganjur juga terpaksa menaip kembali segala data dalam borang
tersebut kepada komputer sistem data. Teknologi memudahkan kerja tersebut.
Peserta kini tidak perlu lagi mengisi borang hard copy melainkan hanya melalui
dalam talian internet. Borang pendaftaran boleh diisi melalui dalam talian
dengan setiap orang boleh mengaksesnya. Pembayaran juga mudah dengan penggunaan
kad kredit atau debit, namun harus dipastikan ianya adalah selamat dan info
penting tidak didedahkan. Penggunaan borang dalam talian yang menggunakan
driven template memudahkan dan lebih sofistikated kerana peserta senang
mendapatkan info semasa dan tepat.
Bayaran pembatalan juga diwujudkan bagi
menghapuskan tanggapan peserta bahawa mereka boleh membatalkan penyertaan pada
saat2 akhir tanpa dikenakan penalti. Maka, dengan cara ini, peserta akan lebih
membina komitmen yang kuat untuk menghadirinya tanpa alasan untuk
membatalkannya kerana walau apapun alasannya,penalti tetap dikenakan.
Senarai tempahan untuk hotel mestilah sepadan
dengan senarai pendaftaran kehadiran, kerana kadang2 peserta menggunakan
perbelanjaan sendiri bagi menempah hotel yang berlainan. Oleh itu, sekatan
bilik mesti termasuk dalam kontrak antara pihak penganjur dan hotel. Pihak
hotel akan memerhatikan proses pendaftaran peserta mesyuarat kerana kadang2
kehadiran peserta adalah baik tetapi tempahan sekatan bilik adalah rendah.
Maka, pihak penganjur akan memeriksa samada peserta kelewatan atau menyewa di
tempat lain, yang mungkin faktor kawasan sekitar hotel mereka kelengkapan lebih
murah dan lebih menyeronokkan.
Pada hari ketibaan perancang atau pihak terbabit
penganjuran ke lokasi mesyuarat iaitu kemungkinan lebih awal dari tarikh
mesyuarat itu, sentiasa berhubung dengan syarikat dan pihak fasiliti bahawa
anda telah selamat tiba ke lokasi. Anda juga perlu menguruskan segala
kelengkapan dan barang2 untuk tujuan mesyuarat seperti barangan pendaftaran, bekalan
pejabat seperti pen, pencil, tape dan sebagainya serta kelengkapan pejabat
seperti computer, printing etc, jangan lupa juga snek untuk pekerja yang
mungkin tidak sempat menjamah makanan berat dan wisel, bertujuan menarik
perhatian pekerja dan peserta.
Lakukan pemeriksaan setiap pagi dengan bertemu
pihak front office jika terdapat kes no show, peserta yang bertukar ke fasiliti
lain dan pembatalan. Ini untuk memastikan bahawa bil tidak dikenakan caj jika
bilik jaminan telah dibuka kembali untuk jualan kepada orang awam oleh pihak
hotel.
Penglibatan terlalu ramai ketua yang menguruskan
hal mesyuarat ini boleh menimbulkan kekeliruan dan perasaan tidak senang kepada
pekerja, maka elakkan terlalu ramai yang terbabitkan dalam satu bahagian.
Lantik setiap bahagian satu ketua dan bagi semua bahagian itu hanya beberapa
orang yang boleh membuat keputusan andai perancang tidak sempat dan terlalu
banyak perkara untuk diuruskan. Ini juga memudahkan kerja perancang mesyuarat
agar dapat menumpukan kepada perkara yang lebih memerlukan perhatian khusus.
Perancang juga harus bertemu dengan pengurus bahagian perkhidmatan persidangan
fasiliti untuk membincangkan beberapa perkara. Terdapat tujuh bahagian yang
perancang perlu fokuskan iaitu bahagian audio visual, bankuet, bell stand,
servis konvensyen, front office, penempahan dan bahagian kemas bilik. Perbualan
yang terus menerus setiap hari dengan pihak2 yang terlibat dengan event akan
melancarkan program anda.
Masa yang
dinanti
Perancang perlu hadir ke bahagian pendaftaran untuk
memastikan tiada sebarang masalah yang timbul dan untuk mengemaskan dan
menyediakan segala kelengkapan di situ. Jangan biarkan bahagian tersebut tidak
dikendalikan dengan betul dan dijaga dengan rapi kerana bahagian pendaftaran
kebiasaannya akan menyimpan dan mengandungi info sulit berkenaan dengan
mesyuarat dan juga barang2 peribadi.
Seseorang yang boleh menjawab sebarang pertanyaan
dan mengendalikan dengan baik berkenaan pendaftaran harus diletak di meja
pendaftaran. Pekerja di bahagian tersebut akan mengalami kesibukkan yang amat
serius apabila bermulanya tarikh mesyuarat maka lantik beberapa orang bagi
membantu mengendalikan peserta. Walkie-talkie harus dibekalkan kepada pekerja
terbabit bagi memudahkan komunikasi jika mereka tidak dapat menjawab soalan
yang ditanyakan peserta. Perancang mesti memastikan bahawa pekerja tahu akan
tugas mereka dan bertanggungjawab sepenuhnya bagi mengelakkan kekeliruan dan
untuk itu harus diberi info melalui secara bertulis.
Perancang akan mengadakan perjumpaan dengan seluruh
pekerja yang terlibat apabila berakhirnya program untuk setiap hari tersebut
dengan cuma mengadakan perjumpaan singkat sahaja, untuk mengetahui maklum balas
setiap pekerja akan tugas mereka, menentukan masalah yang terbabit, membuat
pertukaran plan. Setiap perkara negatif harus didengar dan berikan sedikit
pendapat dan cadangan positif untuk memotivasikan mereka. Perancang juga boleh
meletakkan tanda arah atau pemberitahuan agar peserta yang hadir untuk
pendaftaran akan tahu arah dituju disamping akan menarik perhatian audien yang
mungkin mendaftar secara langsung pada hari tersebut. Tanda arah tersebut
mestilah bersaiz besar dan diletakkan tinggi agar boleh dapat dilihat jelas.
Masalah yang
timbul ketika mesyuarat
Antara masalah yang timbul yang boleh menjejaskan
kelancaran program ialah:-
a. Pekerja
tidak dikendalikan dengan betul dan tiada komunikasi sepanjang program
berlangsung.
b. Gangguan
kuasa menyebabkan beberapa program membabitkan penggunaan eletrik tergendala.
c. Kelengkapan
Audio Visual mengalami kerosakan atau kesilapan teknikal. Sebarang item yang
berkaitan mesti dalam keadaan bersedia jika satunya mengalami kerosakkan.
d. Kaunter
lost and found tidak disediakan. Ini penting jika peserta mengalami kehilangan
atau keciciran barang maka mereka boleh merujuk kepada kaunter ini. Begitu juga
sesiapa yang menjumpai barangan yang ditemui boleh menyimpannya di kaunter ini
dan pekerja akan membuat pengumuman berkenaan barang tersebut.
e. Suhu
bilik mesyuarat tidak berada pada keselesaan peserta dan penceramah.
f. Peserta
yang merasakan kawasan di luar fasiliti lebih murah berbanding penginapan yang
telah dijamin oleh pihak penganjur membuat keputusan berpindah hotel. Ini akan
merugikan pihak penganjur dan hotel.
Masalah akan dapat diselesaikan dengan baik jika
pihak penganjur memikirkannya sebelum ia berlaku. Sentiasa bersedia dengan
penyelesaian jika itu terjadi tanpa menguriskan mana2 pihak dan kebaikkan
berbagai pihak.
Perancang yang telah berkerja keras dalam projek
beliau yang mungkin kali pertama atau beberapa kali sebelum ini akan tetap juga
merasa keliru dan perasaan yang bercampur baur, maka pastikan mereka tidur
dengan baik terutama sehari sebelum hari berlangsung. Programkan telefon bimbit
dengan semua nombor vendor dan pihak2 yang berkepentingan. Kendalikan dengan
baik dan bijak segala pembelian barangan daripada pihak vendor atau sewaan dari
mereka. Diingatkan juga bahawa kaunter pendaftaran mestilah tidak dibiarkan
tanpa pengendalian kerana terdapatnya beberapa barangan dan dokumen penting di
situ. Bekalkan walkie-talkie kepada semua pekerja agar urusan mudah
diselesaikan. Sepanjang mengendalikan mesyuarat, pasti anda inginkan keselesaan
bergerak, maka pakai kasut yang sesuai dan selesa serta tidak menyakitkan dan
akhirnya, sediakan sedikit makanan berupa snek jika tidak sempat untuk menjamah
makanan dan yang paling penting adalah pengambilan sarapan yang berkhasiat dan
kenyang selama beberapa jam.
Kawalan
keselematan
Perancang mesyuarat mengambil masa yang banyak
untuk memastikan perkara yang betul berada dalam perancangan untuk sesuatu
perkara yang tidak terduga. Hanya kerana anda tidak menyangka dan mengharapkan
perkara buruk berlaku, tidak bermakna anda tidak mengambil langkah penyediaan.
Apakah itu krisis? Anda tentu pernah mendengar
berkenaan denngan pengurusan krisis. Sebagai seorang perancang atau bakal
perancang, anda pasti akan melalui satu tahap krisis yang runcing. Krisis dalam
industri permesyuaratan ini adalah apabila sesuatu yang dirancang tidak
berjalan seperti diharapkan. Ia kerap berlaku. Jadi bagaimana anda mampu
mengendalikan krisis sebenar? Iannya adalah subjektif dan berhubung kait dengan
impak yang bakal menimpa peserta dan program anda. Makna yang lebih spesifik
ialah kesukaran mengendalikan titik krisis itu kerana manusia bertindak dan
kendalikan isu2 dan stres berbeza antara yang lain. Antara krisis2 tersebut
disenarai seperti ancaman bom, penyebaran bahan kimia di kawasan berdekatan,
jenayah, gangguan, kebakaran, kecemasan dalam perubatan seperti reaksi alergi,
tercekik, kematian, kecederaan akibat terjatuh, keracunan makanan, serangan
jantung dan lain2 penyakit yang serius. Bencana semulajadi juga termasuk dalam
krisis ini iaitu gempa bumi, banjir, putting beliung, ribut dan tornado.
Pertama dan seterusnya, perancang harus mempunyai
plan luar jangka. Ini akan membantu mereka dari kesan panik. Panik tidak akan
menyelesaikan masalah dan tiada kegunaannya. Memang tidak boleh dijangka akan
keadaan tersebut tetapi plan jika perkara besar berlaku. Bermula dengan
tindakan mengambil nombor pihak kecemasan yang bertanggungjawab atas itu. Dalam
keadaan krisis juga, perancang harus mengarahkan pekerja tidak membuat sangkaan
atau spekulasi berkenaan perkara yang akan berlaku seterusnya dan hanya
bergantung kepada fakta sebenar sahaja. Jika tidak, jika khabar yang tidak benar
disebarkan maka tugas anda semakin sukar.
Menulis plan persediaan adalah perkara yang harus
dimulakan. Apabila membuat plan luar jangka, satu perkara yang patut dilakukan
ialah menyerahkan sesalinan plan tersebut kepada pihak hotel atau hotel
bahagian prosedur kecemasan. Memahami dengan jelas akan prosedur tersebut dan
rangkaian perintah dalam prosedur yang ditetapkan pihak hotel.
Pihak penganjur juga boleh memilih untuk mengupah
anggota keselamatan dari syarikat perkhidmatan keselamatan, bergantung kepada
keperluan mesyuarat anjuran syarikat. Keputusan samada penganjur memerlukan
firma keselamatan, pertimbangkan kepada beberapa faktor:-
a. Adakah
mesyuarat itu dihadiri atau melibatkan para diplomat, selebriti atau VIP?
Mereka mungkin menpunyai pegawai keselamatan sendiri namun anda mungkin
pertimbangkan mengupah tambahan pegawai.
b. Apakah
kawasan mesyuarat itu adalah kawasan yang sering terlibat dengan kegiatan
jenayah atau kawasan politik yang panas.
c. Adakah
jadual mesyuarat itu bertembung dengan jadual event yang lain atau yang
berisiko seperti demonstrasi dan sebagainya.
d. Apakah
topik bagi mesyuarat tersebut? Adakah kontroversi?
e. Samada
mesyuarat itu berpontensi untuk pencuri mengadakan kegiatannya terutama
terhadap para peserta.
Sesetengah orang akan mudah bangkit dengan amaran
walau pada isu yang sangat kecil, mereka cuma tahu membuat aduan. Setiap kali,
manusia hanya mahukan suara mereka didengari. Mereka menpunyai masalah dan mahu
seseorang melakukan sesuatu bagi mengatasinya. Banyak kali anda tidak mampu
menyelesaikan, tetapi dengan memberitahu pada mereka bahawa anda akan mencuba
mengatasinya, sudah membuatkan mereka dihargai. Kadang2 masalah itu selesai
dengan sendirinya, kadang2 ianya tidak berlaku. Ambil perhatian dan lakukan
dengan ikhlas.
Masih Belum
berakhir
Hanya kerana anda fikir bahawa program sudah
berakhir dan tugas anda selesai, tetapi sebenarnya masih terlalu banyak perkara
yang harus diuruskan terutama dengan pihak fasiliti.
Bersedia untuk mengambil langkah seterusnya iaitu
membayar segala bil dan caj yang dikenakan. Ambil masa untuk mengkaji semua bil
yang sampai ke meja anda dengan terperinci. Pastikan segala konsesi dan syarat2
yang tercatat dalam kontrak adalah tercapai dengan plan dan pengurusan
mesyuarat.
Pemberian penghargaan atau tipping juga harus diambil
kira terutama kepada pekerja yang bertungkus lumus menjayakan program anda.
Pemberian secara individu adalah lebih dihargai tetapi tidak selalu dijangka.
Perganjur melakukkannya kerana ingin mengenal pasti individu2 yang melakukan
tugas dengan cemerlang dan baik dan mereka akan mengingati anda apabila
syarikat anda menganjurkan program yang sama di tempat mereka pada masa yang
akan datang. Sepanjang persidangan mesyuarat itu, tulis semua nama dan bahagian
mereka bertugas yang banyak membantu anda. Jika anda mahu memberikan
penghargaan kepada secara berkumpulan seperti pekerja di bahagian bankuet,
pengemasan bilik tetapi tidak mengetahui nama mereka, anda boleh meletakkan
dalam sampul surat dan memberikannya kepada pengurus perkhidmatan konvensyen
untuk diagihkan bahagian masing2. Menjadi kreatif apabila memberi tip yang
bukan hanya wang sahaja tetapi pemberian barangan yang berharga juga baik untuk
mereka.
Penilaian adalah tugas yang penting yang harus
diselesaikan dengan terperinci. Sebelum meninggalkan pusat fasiliti, pastikan
anda mengumpul kesemua penilaian. Selesaikan cepat proses penilaian kerana jika
terlambat, sukar untuk pekerja yang bertanggungjawab menyelesaikan tugas itu
kerana sudah pasti tugas yang lain yang sama penting juga menunggu. Setiap
salinan penilaian yang telah dianalisiskan pertimbangkan untuk menghantarkannya
kepada pihak penaja dan ekhibitor2. Hantar juga salinan kepada pihak fasiliti
dan perkhidmatan. Maka, mereka juga akan dapat membuat analisis berkenaan
dengan servis mereka dan akan melakukkannnya lebih terbaik di masa hadapan. Dan
tidak lupa untuk menyiapkan laporan akhir kerana laporan akhir itu adalah,
mengandungi sejarah mesyuarat atau event yang syarikat anjurkan.
Rebate
Hampir kesemua hotel akan membayar komisyen atau
rebat ke atas hasil pada bilik tidur jika rundingan menepati kontrak yang
ditandatangani. Berkenaan dengan komisyen yang berkaitan dengan bilik tidur
ini, pihak hotel mungkin atau tidak menaikkan kos terhadapnya. Komisyen akan
dibayar secara primarinya kepada perancang pihak ketiga atau ejen perjalanan
dan rebat akan dibayar kembali kepada penganjur event.
Hanya Untuk
Pembekal
Tugas pembekal tidak kurang pentingnya apabila
sesuatu program mesyuarat dianjurkan, samada berbentuk event, seminar,
persidangan atau konvensyen.
Topic berkenaan pembekal ini agak sensitive tetapi
perlu dibangkitkan perkara negatif supaya pembekal mengetahui dengan cara
bagaimana mereka boleh kehilangan pelanggan. Di antara enam sebab utama
pembekal kehilangan pelanggan tetap ialah:-
a. Menghantar
kontrak dengan item yang berbeza dengan yang telah dibincangkan atau hantar
kontrak yang menyembunyikan item perancang akan di kenakan caj di kawasan
mesyuarat.
b. Tidak
menghubungi kembali panggilan samada telefon, membalas faks, atau menjawab
email.
c. Tidak
menunjukkan minat ke atas program mesyuarat yang kecil. Pembekal membuat
kesilapan besar jika ini berlaku kerana pihak penganjur mungkin akan
melaksanakan mesyuarat yang kecil bagi membincangkan program yang lebih besar,
maka pembekal akan terlepas kepercayaan pelanggan.
d. Tidak
meninggalkan pesanan supaya pelanggan harus hubungi kembali kerana pelanggan
tidak akan melakukannya kecuali mereka benar2 berminat dan tahu lebih lanjut
akan servis pembekal, maka pembekal harus berkorban masa untuk menarik dan
menimbulkan kepercayaan kepada pelanggan.
e. Tidak
menunjukkan minat kepada pelanggan dan perniagaannya.
f. Menjadi
tidak fleksible. Terdapat perbezaan antara tidak fleksible dan benar2 boleh
menghormati permintaan pelanggan.
Maka enam langkah mewujudkan hubungan perkongsian
yang hebat dengan pelanggan:-
a. Bertanyakan
soalan dan mendengar dengan teliti perancang mesyuarat menerangkan tentang
program mereka.
b. Hubungi
kembali pelanggan samada telefon, faks atau email.
c. Memahami
pelanggan sebelum bertindak menjawab segala permintaan dan pertanyaan
pelanggan.
d. Pembekal
patut tahu dengan lebih baik akan produk yang mereka ada. Sangat menimbulkan
kekecewaan apabila pembekal sendiri tidak mengetahu fungsi produk mereka dengan
baik luar dan dalam.
e. Pembekal
juga perlu tahu saingan perniagaan mereka dan kelebihan pihak saingan
berbanding mereka.
f. Menjadi
jujur dalam perhubungan dengan semua pihak.
Pihak penganjur dan perancang mereka sudah pasti
akan memohon untuk melawat kawasan mesyuarat yang bakal diadakan itu, untuk
memastikan bahawa kawasan tersebut baik untuk penganjuran program mereka. Tugas
pembekal adalah membina hubungan, menganalisiskan keperluan, maka
memperlihatkan dan menunjukkan kemudahan fasiliti dan tempat kepada penganjur
akan mencapai keperluan dan membina kepercayaan berasaskan perhubungan.
Pembekal harus tahu bagaimana untuk mencari
pelanggan yang berminat dengan servis mereka:-
a. Plan
strategi
b. Menunjukkan
target pasaran
c. Selalu
menghadiri mana2 mesyuarat dan menghadiri sesi pembelajaran bagi menambah
pengetahuan dan membina hubungan jalinan kerja.
d. Lakukan
kerja rumah.
e. Berkerja
keras untuk mendapatkan rujukan dan sentiasa membuat susulan terhadapnya.
f. Menggunakan
teknologi dengan bijak di mana pembekal boleh mendapatkan pelanggan yang
berpotensi dalam talian.
g. Sentiasa
membawa kad perniagaan dan jangan hadkan komunikasi dengan orang awam.
Membelanjakan wang dengan menghadiri mesyuarat atau
yang berkaitan dengan perniagaan yang pembekal usahakan, untuk mendapatkan
pelanggan secara berdepan dan kontek secara langsung serta mempelajari kehendak
mereka adalah lebih baik dari duduk di depan computer dengan menghantar email
kepada pelanggan yang belum tentu berminat dan mendapatnya.
Pembekal juga boleh mendidik pelanggan mengenai
perkhidmatan yang diusahakan dengan memberikan info berkenaan perniagaan dan
mengenai apa2 kekeliruan serta memberikan alasan tentang beberapa perkara yang
tidak boleh diterima cadangan dan permintaan pelanggan dan menerangkan juga
kenapa pembekal mahukan hubungan perniagaan dengan mereka.
Untuk mengekalkan dan membina kepercayaan
pelanggan, senaraikan segala kos termasuk kos tersembunyi yang mana setengah
dari perancang yang baru berkecimpung dalam industry ini ingin ketahui dan
jauhkan kelakuan yang tidak baik dengan menyembunyikan servis tetapi tetap
mengenakan caj kepada mereka. Pembekal harus memikirkan keperluan pelanggan lebih awal dan menghapuskan kekecewaan yang
tidak perlu di tapak mesyuarat.
Bertenang di
bawah tekanan
Menjadi seorang perancang mesyuarat bukanlah tugas
mudah dan glamer seperti dibayangkan sesetengah orang. Taraf kehidupan hari ini
memerlukan sepenuh perhatian bagi memenuhi kehendak diri dan keluarga. Dan ini
menjadikan sesetengah dari mereka mengalami tekanan yang cukup besar. Mereka
juga terpaksa memikirkan kehendak dan komitmen terhadap yang tersayang samada
keluarga atau orang2 yang istimewa dalam hidup mereka.
Maka, untuk mengelakkan stres yang berpanjangan,
perancang mesti sentiasa dalam keadaan tersusun. Antara tips yang boleh diikuti
ialah :-
a. Bahagikan
setiap tugas kepada keutamaan; rendah, medium, tinggi atau segera.
b. Lakukan
setiap hari sekurangnya tiga perkara lebih dari senarai tugas yang perlu
dilakukan dan selesaikan dengan tugas yang memerlukan keutamaan yang tinggi
dahulu.
c. Biarkan
pesanan suara menjalankan tugas apabila anda menumpukan perhatian kepada
perkara penting.
d. Jangan
biarkan segala dokumen2 berselerakan dan tidak disusun dalam fail. Lakukannya
pada setiap pengakhiran hari.
e. Memikirkan
dan membentuk kembali senarai hari esok sebelum anda meninggalkan pejabat.
f. Apabila
memerlukan penjelasan atau info, hantar email segera yang boleh pada awal hari.
Setiap perancang mesti membabitkan diri dengan
bahagian strategik dalam pengendalian mesyuarat, bukannya hanya logistik. Anda
akan berdepan dengan manusia yang merasakan bahawa mereka lebih tahu banyak
berkenaan dengan perancangan mesyuarat dan event. Jika itu terjadi, anda harus
merujuk kembali kepada pihak pengurusan sekiranya anda tahu tidak berkesan dan
tetapkan pendirian jika anda di pihak yang benar. Bertindak secara profesional
dan tetapkan viewpoint anda berdasarkan pengalaman. Lakukan proses seperti ini
jika berdepan dengan perkara seperti itu:-
a. Terangkan
kepada kumpulan terbabit kenapa idea mereka tidak sesuai. Sandarkan penerangan
dengan fakta dan menyediakan penyelesaian yang alternative.
b. Dapatkan
sokongan dari dalam organisasi anda atau dari orang2 yang berpengalaman dalam
industri ini.
c. Jika
anda masih ditanya permintaan untuk melaksanakan, pastikan dokumen cadangan
disediakan dan berikan salinan kepada pembuat keputusan yang berkaitan dengan
mesyuarat tersebut.
d. Membuat
susulan selepas pogram event dan menulis penilaian. Belajar dari pengalaman.
Perancang juga mempunyai kehidupan mereka
sendiri.mereka sentiasa bekerja di bawah tekanan dan sentiasa berkerja dengan
tugas2 saat akhir untuk diselesaikan. Penting untuk mereka kembali kepada
kehidupan yang tenang selepas program sebelum memulakan tugas yang penting
seterusnya. Maka berhenti melakukan perkara yang tidak penting seperti :-
·
Melibatkan diri terlalu banyak kerja2
sukarelawan, secara profesional dan peribadi.
·
Membuat terlalu banyak komitmen dalam
perniagaan.
·
Menonton terlalu banyak televisyen.
·
Menghadiri perjumpaan sosial berkenaan
perniagaan.
·
Menyimpan email yang tidak dibaca dan juga
majalah dengan kemungkinan akan melakukannya kemudian.
Mulakan kehidupan dengan perkara2 yang benar2
penting:-
·
Pulang ke rumah untuk menidurkan anak2 setiap
malam atau bermain2 dengan binatang kesayangan bagi yang masih bujang.
·
Memasak makanan di rumah untuk makan malam dan
makan sekurangnya sekali bersama keluarga atau rakan2 setiap hari.
·
Menaiktarafkan kepakaran teknoologi dan
pengetahuan anda untuk menjadikan hidup lebih mudah.
·
Pergi berjalan2 atau menunggang basikal,
berhubung dengan alam sekitar.
·
Menikmati makan tenghari bersama orang2 yang
disayangi.
·
Ambil percutian setiap tahun dan tinggalkan alat
komunikasi di rumah ketika bercuti.
·
Menjadi wakil di tempat kerja dan di rumah.
Andai anda membuat kerja sukarelawan, pastikan tidak melakukan tugas majoriti.
·
Lihat kembali senarai yang perlu dilakukan dan
selesaikan senaraiyang paling teruk sekali dahulu, bagi menjadikan hidup anda
lebih mudah sepanjang hari.
·
Upah seseorang yang boleh menolong anda
menyelesaikan tugasan di rumah seperti mencuci rumah, memotong rumput dan boleh
mohon pertolongan dari kejiranan. Masa anda adalah sangat penting untuk
dibazirkan dan sangat berharga.
·
Mudahkan kehidupan anda dengan membuang perkara
yang merungsingkan dan tidak mendatangkan faedah dan buang segala barang2 yang
menyemakkan.
·
Menerima kenyataan bahwa kadang2 secara
faktanya, lebih baik merehatkan diri dari membuat sebarang tugas.
Sepanjang event berlangsung, tentu masa anda dengan
keluarga terhad, maka luangkan masa untuk mereka dan menghadiri upacara penting
melibatkan keluarga. Penting juga untuk mengingatkan tarikh istimewa mereka
agar anda tidak terlepas dan menyesal kemudian hari.
Secara kesimpulannya, jalinan tugas dalam industry
ini tidak hanya membabitkan satu pihak tetapi berhubung juga dengan pihak2 yang
juga tidak kurang pentingnya dalam menjayakan program anda. Sebagai contohnya,
seorang perancang mesyuarat mempunyai
arah tuju untuk plan mesyuarat. Seorang pembekal tugasnya memenuhi keperluan
perancang dalam skop mesyuarat. Maka, kesemua pihak sama penting dalam
menjalankan tugas. Teruskan dengan keseimbangan yang baik dalam pekerjaan dan
kehidupan anda.
nice article thank you
ReplyDeletemacam macam masakan tumis