Bumi kita pada tahun 2100
Manusia yang lahir pada tahun 2015, berkemungkinan sempat melalui tempoh waktu tersebut, menyaksikan kepesatan atau kehancuran dunia. Namun, andai sekalipun ada manusia yang dikurniakan umur panjang, walaupun kedengaran dunia masa depan begitu mengujakan, tidak pasti dia ingin sampai ke tarikh tersebut.
Mengikut laporan Perubahan Cuaca dari Panel Antara-Kerajaan UN, dunia akan mengalami suhu yang suam, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk, antara 0.3 dan 4.8° celcius. Perubahan suhu itu bergantung kepada tindakan manusia pada masa sekarang, andai tiada usaha yang dilakukan. Ia bergantung penuh kepada tingkah laku manusia masa kini, dari mana sumber tenaga dan makanan diperolehi, jenis bangunan atau kediaman yang kita duduki dan kenderaan yang digunakan. Semestinya juga populasi manusia yang semakin bertambah.
Kajian sains telah dilakukan bagi melihat akan perkembangan dunia ini apabila berada pada tahun 2100, permulaan dan pengakhiran abad, melalui empat hipotesis masa depan menggunakan kriteria yang dikeluarkan oleh pemodel cuaca. Kajian ini walau bagaimanapun antara banyak senario dan cara menghentikan pelepasan bahan kimia, tetap menunjukkan bahawa jalan keluar dari permasalahan perubahan cuaca masih memerlukan manusia untuk melaksanakan dan tanggungjawab itu atas samada individu atau sebagai anggota masyarakat keseluruhannya.
Gambar ehsan Google
Perubahan cuaca dunia itu dibahagikan kepada empat peringkat :
Peringkat Pertama : KESELAMATAN GEO KEJURUTERAAN
Populasi 9 bilion
Penggunaan tenaga global 8×10 (gandaan atas 20) joules
CO (gandaan bawah 2) penyerapan 400 ppm, kejatuhan
Permulaan abad, manusia melabur membina pusat Penyelidikan dan Pembangunan untuk tujuan mengkaji dan membangunkan sistem untuk menyerap karbon dioksida dari atmosfera dan menyimpannya bawah tanah. Manusia juga beransur-ansur menghentikan penggunaan bahan api fosil. Manusia juga, banyak menanam pokok2 dan tumbuhan untuk tujuan pembakaran tenaga dan menghasilkan elektrisiti. Kita memerangkap gas yang dihasilkan rumah hijau apabila pembakaran pokok2 dan secara geologikal jauh ke dasar bumi dan akan kekal di bawahnya untuk beberapa abad dan lebih. Suhu global masih pada tahap kekal sejak tahun 2050. Manusia mengelak kegiatan berlebihan di lautan ais Artik dan memperlahankan pengaksidan lautan. Bagaimanapun, paras laut masih tinggi disebabkan kepanasan yang disimpan dalam sistem pelepasan sebelumnya.
Kenaikan suhu 0.3-1.7°
Kenaikan paras laut 0.26-0.55 m
Peringkat Kedua : SEDIKIT KELEWATAN
Populasi 8.5 bilion
Penggunaan tenaga global 1×10 (gandaan atas 21) joules
CO (gandaan bawah 2) penyerapan seimbang pada 550 ppm
Peringkat ini, manusia mula sedar perubahan cuaca dunia yang kian meruncing. Mereka mula menggunakan kurang tenaga dan mengurangkan bahan material bagi menambah lebih penghasilan. Manusia juga sedar akan proses kitar semula dan menambah-baikkan akan tindakan tersebut. Penggunaan gas adalah peralihan bagi bahan api. Banyak tenaga diperbaharui dan dihasilkan melalui nuklear. Institusi yang berasaskan teknologi rumah hijau makin banyak dibina dan diperkenalkan merata dunia. Manusia juga kurang memakan daging bagi mengelakkan pelepasan yang dijanakan dari ladang ternakan. Jadi, industri padang rumput mengalami kemerosotan dan pertanian berasas tanaman lebih efisyen. Manusia peringkat ini tinggal di bandar2 yang padat dengan sistem pengangkutan awam yang terbaik, yang juga mengurangkan tahap pelepasan kimia. Bagaimanapun, suhu dan paras laut semakin naik.
Kenaikan suhu 1.1-2.6°celcius
Kenaikan paras laut 0.32-0.63
Peringkat Ketiga : TERLAMBAT
Populasi 9.5 bilion
Penggunaan tenaga global 8×10 (gandaan atas 20) joules
CO (gandaan bawah 2) penyerapan 650 ppm dan menaik
Manusia melakukan urusan seperti biasa, sepertimana manusia masih bergantung kepada bahan api fosil. Perubahan dalam kehidupan tidak berlaku secara dramatik baik dari segi kelakuan dan aktiviti dalam penggunaan bahan2, mengembara dan bilangan anak2 dalam kehidupan mereka. Cuma, pertengahan abad, akibat dari cuaca yang berubah menjadi terlalu sukar untuk diabaikan. Maka, kerajaan dunia mula memperkenalkan beberapa dasar yang tidak berkepentingan untuk mengawal selia pelepasan bahan kimia. Manusia mula mengambil langkah secara beransur-ansur ke arah tenaga hijau yang membekalkan penggunaan minyak yang telah jatuh beberapa dekad yang lalu, tetapi 75% tenaga masih datang dari bahan api fosil. Disebabkan oleh kerana tindakan manusia yang tidak berubah, suhu masih menaik begitu juga paras laut. Ianya dijangka akan terus menaik beberapa dekad lagi.
Kenaikan suhu 1.4-3.1° celcius
Kenaikan paras laut 0.33-0.63 m
Peringkat Akhir Abad : KETAGIHAN KARBON
Populasi 12.5 bilion
Penggunaan tenaga global 1.75×10 (gandaan 21) joules
CO (gandaan 2) penyerapan 950 ppm dan menaik
Ekonomi dunia tercetus hebat tetapi ianya berasal dari bahan bakar arang batu dan minyak. Populasi global semakin berkembang dengan pesat sepanjang abad, memaksa pelepasan semakin tinggi. Zaman teknologi tinggi bergerak pantas secara global. Kehancuran biodiversiti adalah ancaman kepada operasi normal tugas eko sistem, proses semulajadi air dikitar semula melalui hujan dan sungai serta pendebungaan. Kebanyakan, tenaga kita masih lagi bergantung dari bahan api fosil termasuk dari sumber bukan konvensional, seperti klarat metana, pasir tar dan pecahan awal syal gas. Manusia masih tidak meneroka penciptaan baru dalam penggunaan alternatif tenaga. Secara global, manusia semakin membanyak pemakanan daging dan pengambilan produk tenusu melebihi penggunaannya pada tahun 2013. Oleh yang demikian, pelepasan dan suhu semakin menaik dengan pantas. Banjir dan bencana lebih kerap berlaku dan menuntut lebih dan lebih kehidupan. Pengaksidan laut semakin teruk dan menjadi lebih parah. Dan lebih memburukkannya, kawasan Artik tidak mengalami pembetukan ais sepanjang musim panas untuk beberapa dekad!
Kenaikan suhu 2.6-4.8° celcius
Kenaikan paras laut 0.45-0.82 m
Jadi, dunia manakah yang kita inginkan? Persoalannya, masih adakah lagi wujud dunia sehingga 2100? Andai masih ada, dunia mengalami kemerosotan secara besar-besaran, bukan hanya disebabkan tindakan manusia sahaja tetapi usia bumi itu sebenarnya sudah terlalu lanjut!
Gambar ehsan Google
Comments
Post a Comment