Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian ini berlaku antara Nabi Muhammad saw dengan Kaum Quraisy. Perjanjian tersebut adalah sebagai berikut :
1. Selama 10 tahun kedua2 kaum iaitu muslimin dan Quraisy tidak boleh berperang sehingga keamanan sosial dan perdamaian dapat ditegakkan.
2. Jika orang Quraisy memeluk islam dan meninggalkan Makkah untuk bergabung dengan muslimin maka Muhammad harus mengembalikannya. Tetapi jika seorang muslim bergabung dengan Quraisy maka mereka tidak akan mengembalikannya.
3. Kedua kaum bebas membuat Perjanjian dengan suku manapun mereka sukai.
4. Tahun perjanjian ini dibuat kumpulan kaum muslimin tidak dibenarkan melakukan haji dan mereka boleh menunaikannya pada tahun seterusnya dengan syarat tidak bermukim lebih dari tiga hari dan tidak membawa senjata melainkan senjata untuk bermusafir.
5. Kebebasan beragama diamalkan tanpa pertumpahan darah, kekejaman dan penyeksaan serta pemaksaan.
6. Kedua pihak berhak menghormati kekayaan dan harta benda masing2 tanpa penipuan dan kelicikkan dan tiada dendam dari hati mereka.
7. Kekayaan kaum muslimin yang dibawa dari Madinah akan dihormati.
Perjanjian ini diterima baik dan mengembirakan bagi kedua pihak namun bahagian kedua tersebut menimbulkan tidak senang bagi kaum muslimin.
Nabi menjawab tentang masalah ini , " jika seorang muslim datang kepada mereka dan sudah temtu dia menganut fahaman syirik dan meninggalkan agama yang benar, serta suka kepada persekitaran kemusyrikan daripada persekitaran islam dan tauhid, maka ini menunjukkan bahawa ia tidak memeluk islam dengan ikhlas atau murtad. Imannya tidak sesuai dengan fitrahnya. Muslim demikian TIDAK BERGUNA BAGI KITA. Jika bab menyerahkan orang Quraisy yang memeluk islam, maka serahkan itu atas urusan Allah kerana Dia tahu bagaimana menyelesaikan pembebasan mereka."
Sungguh terbukti Nabi saw bijak ini berkata kerana tidak lama selepas itu kaum Quraisy sendiri memohon pembatalan bab kedua tersebut kerana berbagai peristiwa yang tidak menyenangkan mereka.
Nabi Muhammad saw secara luarannya hanyalah seorang buta huruf atau ummi, tapi akalnya tidak dungu malahan mempunyai daya ingatan yang cerdas dan seorang yang sangat bijak. Subhanallah Tabarakallah Masyaallah.
Comments
Post a Comment