Ilmu dari National Geographic
Antara ilmu2 yang boleh saya sharekan di sini. Semoga kita sama2 dapat manfaat dunia dan akhirat. Insyaallah.
♥ Sebanyak 145 spesis dan 335,582 reptilia telah didagangkan diseluruh dunia. Map turtles adalah salah satunya yang dijual sebagai binatang peliharaan. Manakala Asiatic Softshell turtles dijadikan sebagai bahan makanan dan perubatan bagi perubatan traditional - yang sebenarnya banyak diternak untuk tujuan komersial tetapi permintaan terhadap hidupan liar spesis ini masih tinggi. Royal Python pula ialah sejenis reptilia ular berbisa kebanyakkan nya didagangkan dari daerah selatan-timur Asia yg mana mendapat permintaan tinggi di Eropah bagi kulitnya dalam industri fesyen seperti kasut, beg dan kot.
♥ sebanyak 92 spesis burung dan 105,449 diperdagangkan dgn yang paling popular adalah Monk Parakeet yang berasal dari Selatan Amerika, dijadikan sebagai pets.
♥ Sebanyak 15 spesis ikan dan 104,520 telah didagangkan seluruh dunia. White Sturgeon adalah yg paling popular diburu untuk telurnya yg dikategorikan sebagai spesis terancam. Kebanyakkan ikan2 yang rare bukan saja diburu untuk dijadikan makanan tetapi juga telurnya yg menjadi kemegahan dihidang pada majlis makan mewah.
♥ kulit reptilia adalah di antara barangan berharga dijual di pasaran terbuka atau gelap. Pemburu mungkin akan menjual kulit reptilia dengan harga $30, tetapi satu beg tangan yang dibuat dari kulit buaya atau ular boleh mencecah sehingga $10,000!
Ebola Issue
♥ Tiada siapa jangka pada December 2013 seorg kanak2 bernama Emile Ouamouno telah jatuh sakit dlm perkampungan Meliandou si Guinea Barat Afrika boleh mencetuskan satu permulaan menakutkan, kebimbangan dan perbalahan seluruh dunia.
♥ Emile hanya sakit beberapa hari dan kemudian meninggal. Simptom sakitnya bermula dari demam yang agresif, mengeluarkan najis hitam dan mentah2 yg tiada siapa menyangka bahawa ianya adalah simptom malaria kerana malaria juga berkemungkinan.
♥ sakitnya tidak dapat dikesan tetapi itu menjadi kebiasaan bila berada di kwsan perkampungan terpecil di Afrika. Namun ianya disusuli oleh kematian kakaknya, seterusnya ibunya, nenek, bidan kampung dan seorang nurse.
♥ Wabak itu juga tersebar ke perkampungan lain di daerah sama. Ini telah berlaku selama 3 bulan sebelum dikenal pasti wabak ini ialah wabak Ebola virus.
♥ Virus tidak boleh bertahan lama kecuali ianya berada pada benda2 hidup yg bermaksud ianya perlukan induk samada dari jenis binatang, tumbuhan, fungus atau mikrob.
♥ Induk virus adalah berfungsi bagi penghasilan kembali virus dan bertindak sebagai primari persekitaran. Para saintis melabelkannya sebagai zoonoses.
♥ Zoonoses bermaksud virus atau penyakit yg boleh berpindah dari binatang kpd manusia. Ebola is zoonoses yang jahat dan membingungkan yg membunuh manusia dalam beberapa hari.
♥ Ianya membingungkan kerana selepas mengakibatkan kematian dan menjangkiti beberapa spesis hidup, tiba2 ianya menghilang. Persoalannya, kemana ia bersembunyi, senyap dan tidak menampilkan kewujudannya dgn jelas. Ianya jelas juga membingungkan seolah virus ini sengaja diwujudkan tanpa ianya terwujud secara natural kerana semakin dikaji jelas bahawa possibility induk itu tidak pernah mengalami perdebatan selama kewujudannya di muka bumi ini kecuali lately.
♥ Awalnya disangka chimpanzee atau gorila atau bangkai sebagai induk tetapi disahkan positif bebas induk dan ianya turut dijangkiti virus Ebola ini dan mengalami kematian sama dgn manusia.
♥ makhluk yang menjadi tempat pembiakan virus ini kebiasaannya tidak mengalami simptom dan dinamakan sebagai hos simpanan. Contohnya monyet menjadi hos simpanan virus demam kuning.
♥ Pteropus adalah penyebab kepada Nipah virus yang pernah melanda Malaysia antara tahun 1998-1999 dan wabak itu membunuh lebih seratus org.
♥ Fabian Leendertz seorang ahli ekologis penyakit German yg berpusat di Institut Robert Koch di Berlin adalah seorang yg mengkaji tentang pembunuh zooneses dalam kehidupan liar, telah bertindak untuk mengkaji tentang virus Ebola ini.
♥ Beliau menyiasat tentang kematian Emile. Melalui local people dan org2 yang berkerja dgn hutan simpanan, beliau dapat maklumat tentang sebatang pokok yg dikatakan keramat bagi local village yg penuh dgn kelawar.
♥ Kelawar yg dimaksudkan ialah yg kecil, terbang cepat yg hanya memakan serangga dan bukanlah seperti yg selalu diihat dan dijadikan simbol Halloween, besar dan memakan buahan. Penduduk memanggilnya lolibelo namun nama sainsnya ialah Angolan bat iaitu kelawar tanpa ekor atau Mops Condylurus. Kelawar yg bersarang dalam kuantiti banyak antara sebatang pokok besar keramat yg berada dlm kwsan kg tersebut.
♥ Pokok tersebut pula sebelum kejadian Emile, telah dibakar bertujuan untuk mendapatkan madu segar, menyebabkan kematian kuantiti yg banyak kelawar di situ. Kawasan sekitar pokok itu dihujani dgn bangkai2 kelawar yg setengahnya mengambil untuk dijadikan makanan.
♥ Kemungkinan besar juga Emile terkena jangkitan di situ yg mana bapanya mengesahkannya Emile dan rakan2 nya selalu bermain2 di kawasan itu dan kadang2 akan menangkap kelawar, memanggangnya pada pencucuk dan memakannya.
♥ Sebenarnya kebanyakkan virus selalu bermula di benua Afrika bukanlah satu perkara baru dan kita bingung kenapa kerap bermula di situ. Pada 1967, 9 tahun sebelum Ebola dikenal pasti, satu penghantaran monyet dari Uganda bertujuan digunakan untuk medical research tiba di Frankfurt dan Marburg Barat German dan Belgrade di Yugoslavia, bersama2 dgn monyet2 itu ialah satu virus yg tidak diketahui dan sgt merbahaya.
♥ Pekerja2 makmal kemudiannya menjadi primary infected dan seterusnya ahli keluarga serta ahli kesihatan menjadi secondarily infected. Antara 32 mereka tujuh disahkan mati. Virus baru itu kemudiannya dinamakan Marburg Virus, berbentuk filamen yg menggelikan seperti helaian mee bertoksik.
♥ Kikwit atau sekarang Congo adalah wilayah yg ikut terjejas akibat wabak Ebola. Seorang penyelidik bernama Swanepoel pada awalnya telah terbang ke Kikwit bersama team antarabangsa tetapi telah mendapat malaria, pulang ke negara nya Johannesburg dan setelah sembuh kembali semula pada 1996, dgn sokongan dr Organisasi Kesihatan Antarabangsa dgn tujuan mencari induk simpanan bagi wabak ini dgn memfokuskan kelawar.
♥ Beliau bersama teamnya telah mengambil sampel darah bukan hanya tertumpu pd kelawar ttp seluruh binatang yg terdapat di situ termasuklah beberapa jenis serangga. Membawa ke makmalnya di Johannesburg beliau mendapati tiada bukti jangkitan Ebola.
♥ Beliau kemudiannya mencuba teknologi yg lebih efektif ketinggian suite pembendungan NICD biosafety level 4 (BSL-4), yang paling tertinggi, dia secara personally telah menyuntip virus Ebola hidup dr wabak Kikwit kpd 24 jenis tumbuhan dan 19 jenis binatang, bermula dari labah2, millipede iaitu sejenis serangga yg tinggal dalam tanah, cicak hutan, burung2, tikus dan kelawar dan monitor keadaan mereka setiap masa.
♥ Keputusan menunjukkan bahawa Ebola gagal menempati sistem badan mereka dalam tempoh lama dan mereka ini selamat kecuali telah dikesan pd labah2 dan kelawar bertahan sekurangnya tempoh 12 days. Salah satu kelawar itu ialah jenis kelawar buah, lainnya adalah Angolan. Bermakna secara prinsipnya walau bukan lagi dikira fakta jelas bahawa induk virus ini ada pd makhluk2 ini.
♥ Late 2001 sehingga 2003, beberapa siri jangkitan dikesan di kawasan perkampungan sempadan Gabon dan Congo dgn membabitkan 300 org dan hampir 80% mati. Sementara itu gorila, chimpanzee dan kijang hutan kecil mula mati sedikit demi sedikit. Dan bagi manusia wabak tersebut bermula dr seseorang terlibat secara langsung dgn wabak itu iaitu pemburu binatang, yg selalu memikul bangkai binatang.
♥ Namun seorang penyelidik bernama Eric Leroy, perancis virology yang bertapak di Gabon telah melakukan trip ke tiga tempat di kawasan sempadan, mengambil sampel lebih dr thousand animals termasuk 679 kelawar. Dalam 16 jenis dr kelawar itu, tiga berbeza spesis pemakan buah mereka menjumpai antibodi, sejenis protein yg terhimpun melalui sistem imunisasi, yg bertindak melawan Virus Ebola.
♥ Mengasingkan virus hidup iaitu virus yang tumbuh segar dan virus Ebola yg sudah dijangkiti dr sampel tisu adalah merupakan satu standard tinggi dalam pembuktian, bukanlah satu perkara mudah. Leroy dan teamnya tidak berjaya dalam menumbuhkan virus hidup dari beberapa sampel.
♥ Beliau telah mencuba beberapa kali tetapi gagal kerana 'viral load' adalah sgt2 rendah. Apakah viral load? Ianya ialah kuantiti virus dalam tisu2 solid atau darah makhluk dan ia biasanya menjadi lebih rendah dalam induk daripada binatang atau manusia yg menderita jangkitan itu.
♥ Virus yg membingungkan sama seperti virus Aids. Ia seolah dicipta dan diwujudkan untuk tujuan tertentu dgn izin Allah swt. Atas tujuan apa? Hanya Dia Maha Mengetahui. Wallahu'alam.
Gandhi
Gandhi
♥ Dia seperti manusia islam, bangun awal sebelum subuh. Dalam kegelapan itu dia mengetuai perhimpunan penyembahan di kawasan tanah rata sambil mengadap Sungai Sabarmati. Siapakah Gandhi ini? Adakah seorang Perantara atau manusia suci? Hero atau penjahat? Tiada siapa dapat menyangkal bahawa kemaraannya menguasai pentas dunia. Falsafah prinsipnya melawan rintangan tanpa keganasan menjadi inspirasi kepada tokoh2 terkenal iaitu Martin Luther King Junior, Nelson Mandela dan Dalai Lama.
♥ India memang memuja Gandhi. India memandangnya sebagai sumber kebaikkan atau segala kejahatan.
♥ Kata2 nya yg terkenal ialah "Saya tidak mahu memandang masa depan. Saya memgambil kira dengan memperdulikan keadaan masa kini".
♥ Berkenaan dgn situasi India yang merupakan antara negara miskin di dunia Gandhi selalu mengesa kaum lelaki dan wanita termasuk pegawai atasan bersama2 mendermakan sekurangnya 25 meter benang setahun bagi pakaian untuk rakyatnya.
♥ Cara hidup Gandhi juga berasaskan keagamaan yang tinggi dan bagi beliau seorang Hindu banyak dipengaruhi dengan mendalam kehidupan Jesus Christ, iaitu menggalakkan orang2 yg bertaraf tinggi membantu orang2 yg miskin.
♥ Gandhi bermula sebagai aktivis dan penganjur bagi kegiatan kebajikan bukanlah di India tetapi di Afrika Selatan. Beliau tiba di sana pada 1893 pada usia 24 sebagai peguam persekutuan. Beliau juga berpengalaman menghadapi keganasan perkauman dan ketidak-adilan dan dipenjarakan. Dari situ beliau dilantik mengetuai demontrasi menentang undang2 yg berasaskan warna kulit. Gandhi banyak belajar tentang Bible dan Quran dan penulisan Leo Tolstoy, Henry David Thoreau dan John Ruskin.
♥ Sekembalinya beliau ke India pada 1915, Gandhi telah merancang dalam mindanya vision berani dari satyagraha, cara mengejar kebenaran melalui rintangan tanpa keganasan, kesabaran dan sifat belas kasihan.
♥ Kekuatan bukanlah datang dari kapasiti fizikal. Ianya datang daripada kehendak yang tidak dapat dikalahkan. Tindakan tanpa keganasan bukanlah senjata kelemahan. Ianya merupakan senjata dari kekuatan dan kebijaksanaan. ♥ Hiduplah sepuasnya seolah kamu akan mati esok harinya. Belajarlah seolah kamu akan hidup selama-lamanya - Gandhi.
Pluto
Pluto
♥ Siapa sangka bahawa seorang petani dari Kansas bermula dgn membina teleskop menggunakan bahan2 terpakai dari kereta lama Buick keluaran tahun 1910 ayahnya dan beberapa dari alat2 pertanian yang dibuang serta minatnya pada lukisan Marikh dan Jupiter, telah membawanya ke pekerjaan di Lowell Observatory. Dan beliau lah juga yg telah menemukan Pluto pada 1930. Beliau ialah Clyde Tombaugh.
♥ Sejak dijumpai, planet kerdil itu telah berjaya mencapai kemajuan penemuannya. Ianya berpermukaan sejuk, satu misteri yang tidak dapat dirungkai walaupun dgn teleskop yang sangat kuat. Waktu itu kita cuma tau tentang Pluto tetapi tidak benar2 mengenalinya.
♥ Sehinggalah pada Julai 14, segalanya berubah apabila kapal angkasa New Horizons NASA dijadualkan terbang dalam 8,000 batu ke planet kerdil beku itu. Berisiko tetapi berbaloi.
♥ Akhirnya berjaya bersua dgn planet ke 9 itu berdepan untuk melihat dgn jelas permukaannya dan bulannya yg besar, Charon.
♥ Siapakah yang sebenarnya memberi nama Pluto ini? Ini kerja seorang budak English berusia 11 tahun bernama Venetia Burney telah mencadangkan nama Pluto ini sempena nama Tuhan Roman yg berada di bawah dunia. Ianya bersesuaian dgn konsep kegelapan, berhabuk dan diikuti dgn mitologi makanya rasmilah nama Pluto.
♥ Fakta menarik ; Matahari di Pluto terbit di sebelah barat dan tenggelam di timur - anggaran sekali setiap seminggu di Bumi. Ini kerana Pluto berputar dalam arah yg bertentangan dr Bumi dan pusingannya sangat perlahan.
Semoga ilmu ini dapat memberi pengetahuan yang berguna.
Comments
Post a Comment