Sup Kaki Ayam

TAHUKAH ANDA

Pada zaman dulu kertas yang digunakan untuk menulis adalah dari dua sumber samada kulit binatang atau, bagi yang vegetarian mereka menggunakan papirus, iaitu sejenis fibrous plant yang terdapat di Delta Nil. Sebuah sungai syurga dunia. Ia selalunya, manuscript yang telah ditulis akan dibalut dalam losong buluh, seperti buluh yang digunakan untuk masak lemang. Masyarakat purba Mesir memang menjadikannya sebagai sumber yang tepat bagi lebih mesra alam daripada penganiayaan binatang. Kertas yang dibuat dari papirus ini lebih berkualiti kerana mempunyai permukaan yang rata. Asalnya dari Mesir dan di distributed ke dunia purba lain. Alat yang sesuai digunakan untuk menulis atasnya ialah pen buluh or yang selalu digunakan untuk menulis caligraphy itu.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Okey. Resepi yang saya nak kongsikan hari ini ialah yang menggunakan kaki ayam. Selalunya kita akan buang saja kakinya. Saya belajar makan kaki ayam ni ketika tour saya ke pantai timur baru2 ni. Merata2 orang sana makan kaki ayam..mm..sedap juga. Masa dalam perjalanan pulang dan pergi, saya singgah di kedai makan, memang mereka masak kaki ayam.

Mereka kata kaki ayam ni banyak kolagen. Whatever. Saya share resepi ini.


20 ketul kaki ayam
3 biji bawang merah hiris
5 biji bawang putih hiris
Sebesar ibu jari tangan halia hiris (kalau ibu jari tangan besar, nasiblah..)
1 sup bunjut
1 batang kulit kayu manis, secubit bunga cengkih and 3 bunga lawang
4 biji kentang potong ikut suka
Daun bawang dan daun sup
Garam

Masukkan sekali bawang2, halia, sup bunjut, rempah dan kaki ayam. Masukkan air sampai tenggelam semuanya. Masak atas api sederhana dan bila menggelegak perlahankan api dan masukkan kentang. Biar sampai kaki ayam dan kentang empuk. Bila sudah empuk barulah masukkan garam. Tutup api dan masukkan bahan sayur. Hidangkan panas2.

Menu kedua saya lunch ni ialah Sambal Hijau Ikan dan Petai


Simple je pun resepi ni. Saya geram tengok petai besar2.

Ikan kembung 4 ekor
3 papan petai, mata besar, kopek buanglah segala ulat

Sambal Hijau

6 biji cili hijau
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 tbsp serbuk ketumbar
Sebesar ibu jari belacan
2 biji cili merah

Mesin bahan Sambal Hijau. Goreng ikan seperti biasa. Tumiskan sambal sampai garing n masukkan petai. Biar sampai petai masak. Then tuangkan atas ikan goreng. Dah siap!

#lunchForMe
#DinnerForYou























Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Perfect Fingerprint

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah