INSULIN: ADAKAH KITA SELAMAT DENGANNYA?

Insulin adalah hormon pankres yang membenarkan badan menggunakan gula or glukos dari karbohidrat yang kita dapati dari makanan yang kita makan untuk memberi tenaga dan menyimpan tenaga untuk kegunaan seterusnya. Insulin akan menolong menyeimbangkan kandungan gula dalam darah agar tidak terlalu tinggi (hyperglokimia) dan tidak terlalu rendah (hypoglykimia). Sel2 dalam badan kita memang memerlukan glukos untuk tenaga. Glukos tidak boleh terus melalui dalam aliran darah sebelum ianya diproses melalui pankres, yang mengawal paras gula berlebihan yang masuk dalam badan melalui makanan dan minuman. Boleh dikatakan bahawa pankres ini adalah sebagai kunci yang mana ianya akan bertindak menghalang dan mengunci lebihan gula.

Jika terdapat lebihan glukos dalam badan melebihi keperluan, maka insulin akan menyimpan lebihan gula dalam hati dan melepaskannya apabila badan kekurangan gula atau berada pada paras rendah atau melalui aktiviti fizikal kita setelah peluh dikeluarkan. Bagaimanapun, seperti diterangkan insulin menolong mengawal peredaran dan keperluan glukos dalam badan supaya berada pada paras normal.  Jika badan gagal untuk menghasilkan cukup insulin atau sel2 dalam badan kita mengalami kegagalan serta menolak insulin, ia akan menyebabkan paras gula dalam darah akan naik, dan akan mengalami kesan jangka panjang jika tidak dirawat.

Rawatan Insulin untuk diabetes

Manusia yang mengidap diabetes sememangnya secara automatik insulin semulajadi dalam badannya sudah tidak berfungsi secara normal atau berada dalam keadaan lemah. Orang yang mengidap Tahap 1 diabetes tidak boleh mendapat insulin kerana sel beta dalam pankres  telah rosak atau dihancurkan. Mereka akan memerlukan insulin melalui suntikan bagi membolehkan badan memproses glukos dan mengelak komplikasi daripada hypoglykimia.

Orang dengan Tahap 2 diabetes tidak memberi tindak balas yang baik atau terhalang kepada insulin. Mereka juga perlukan suntikan insulin untuk menolong memproses gula dengan baik dan mencegah komplikasi  jangka panjang dari penyakit ini. Pesakit Tahap 2 diabetes akan dirawat dengan oral medication such as diet yang sempurna dan senaman.  Disebabkan tahap ini merupakan tahap yang progresif maka ianya memerlukan insulin untuk mengekalkan paras gula dalam darah.  Insulin boleh diberikan melalui picagari, pen suntikan atau pam insulin yang membekalkan insulin yang berterusan dalam aliran darah.

 
Insulin Syringes

Insulin Sebagai Senjata Jenayah

Tidak kurang dalam situasi orang yang hypoglycaemia or paras gula terlalu rendah dalam badan, insulin dijadikan sebagai senjata berbahaya samada untuk membunuh diri, yang terdakwa dan atau digunakan oleh pembunuh.  Keterangan perubatan dalam sesuatu kes ditentukan oleh data makmal, yang mana mencukupi untuk pengurusan klinikal, tidak semestinya berkesan bagi bukti forensic dan pemeriksaan undang2 terutama apabila keseluruhan kes bergantung  keadaan insulin itu di sahkan sebagai contoh utama dalam kes, pengukuran glukos hanya dibuat oleh meter glukos atau sebagainya.

Pembunuhan yang disabitkan dengan insulin dianggap tidak dapat dikesan sebelum ianya diukur dalam darah mangsa, menjadi kemungkinan untuk alasan di atas. Tidak seperti insulin glukos hilang dari darah or air kencing selepas kematian dan ianya akan dapat dikesan pada mayat mungkin hanya satunya bukti dari pembunuhan. Kaedah yang digunakan ialah ummunoassai or prosedur untuk mengesan atau menyukat protin tertentu or yang lagi banyak melalui penyimpananya sebaga anti gen or antibody. Tetapi kerana keputusan yang mudah mendapat gangguan dari bahan unsur luaran pada peringkat tertentu dalam prosedur tersebut, kadang2 akan menjadi bahaya bagi mendapat keputusan yang tepat, tidak boleh sepatutnya menjadi keterangan atau bukti yang jelas atas penyalahgunaan insulin, melainkan di gabungkan dengan teknik ‘pemisahan dan  penyucian’, contohnya gel penapisan atau High Performance Liquid Chromatography (HPLC) atau disahkan melalui Mass-spectometry iaitu satu teknik analisis kimia mengenal pasti jumlah dan jenis bahan kimia yang ditemui.

Mass-Spectometry


Kehadiran insulin atomatik antibodi dan dari antibody anti-tikus yang tidak dapt dikenal pasti dalam darah mangsa ialah punca kekeliruan. Serum yang diambil pada autopsy mesti diasingkan dan disimpan untuk dianalisis kandungan insulin dan C-peptide, dan kemungkinan gangguan seperti auto antibody insulin, kemungkinan sukar mahupun mustahil tanpa penjelasan lanjut. Sintetik insulin yang baru dapat dikesan oleh insulin immunoassay dan kegunaan tidak sah bertambah dalam paksi dengan kegunaan sahnya.  

Bukti menunjukkan keracunan insulin senang dikesan jika mangsa masih hidup tetapi kerosakkan tersebut tidak dapat dipulihkan ketika mereka ditemui. Bukan hanya kerana nisbah insulin yang hilang daripada kitaran yang didokumenkan oleh siri sample tetapi aktiviti biology juga boleh menyebabkannya rosak.

Kes pertama dikesan

Lebih daripada 2,000 tahun racun adalah perkara mudah dan sekurangnya  jalan yang dikesan untuk melakukan pembunuhan. Dalam tahun 1750 an, seorang majistret dan juga penulis novel  Henry Fielding yang menyiasat kes tentang keracunan telah bertanya kepada doctor adakah racun dalam badan boleh dikesan? Namun, jawapannya adalah tidak.

Hanya selepas 60 tahun kemudian, seorang ahli kimia muda yang bijak bernama Mathiew Orfila telah melakukan kajian lanjutan tentang jenis2 racun yang boleh dikesan dan telah menulis dalam bukunya bertajuk Treatise on Poison atau General Toxicology, dengan penerangan yang terperinci. Pada 1836, James Marsh  pula telah mencipta satu ujikaji untuk arsenic yang boleh dikesan sekecil 50 dari milligram. Semenjak itu, perang habisan2 dilancarkan ke atas penggunaan racun dan kepada manusia yang menyalahgunakannya.

Kenneth Barlow

Namun, kes pertama dikesan menggunakan racun insulin ialah kes berkenaan seorang jururawat lelaki, Kenneth Barlow yang telah meracun isterinya, Elizabeth Barlow. Malam 3hb Mei 1957, beliau melaporkan kepada polis bahawa isterinya telah mati di dalam tub mandi ketika beliau masuk ke bilik air setelah menyedari terlalu lama isterinya di dalam setelah mengadu badannya tidak sihat dan amat panas. Siasatan awal dilakukan, mengikut keterangan Kenneth bahawa beliau mengeluarkan isterinya dalam tub berisi air, sedangkan tub tersebut didapati kering dan pakaian Kenneth tidak basah. Mereka kemudiannya menjumpai picagari yang berisi ubat suntikan di dapur , satu darinya keadaan basah, menunjukkan bahawa ianya telah digunakan dalam tempoh masa tidak lama. Namun, beliau telah menerangkan bahawa sebagai nurse, adalah menjadi kebiasaan jika menyimpan bahan tersebut di rumah. Dia menyuntik dirinya sendiri penisilin bagi merawat bakteria yang dikenali sebagai inas or carbuncle iaitu sejenis penyakit kulit.

Doktor penyiasat ketika itu, Dr. Price dari bahagian pathology, mengkaji bagaimana seseorang boleh pengsan serta merta, samada kegagalan hati atau kelenjar yang tidak normal, tetapi kajiannya adalah negative. Pemeriksaan atas usus juga tidak menunjukkan jangkitan bakteria yang boleh menjelaskan terjadinya muntah. Elizabeth juga disahkan dua bulan hamil, juga meningkatkan rasa kemungkinan bahawa kes ini membabitkan pengguguran kandungan. Dua picagari tersebut diperiksa dan mendapati memang benar ianya mengandungi penisilin. Tetapi examined for abortion jugak menemui kesan negative. Dr Price berpendapat jika benar Kenneth meracun isterinya sudah tentu dia menggunakan racun yang tidak dapat dikesan.

Selama empat hari pemeriksaan terperinci dilakukan dengan menggunakan kanta pembesar, dan bukanlah kerja yang senang kerana badan mangsa dipenuhi dengan tahi lalat dan tompok2. Namun beliau telah menjumpai kesan suntikan di punggung sebelah kiri mangsa. Ini bermakna Kenneth berbohong dalam keterangannya kepada polis. Beliau telah memberi suntikan kepada isterinya, tetapi what was the undetectable substance he injected into her? Beliau berbincang dengan ahli forensic yang lain akan tanda2 yang dialami oleh Mrs. Barlow sebelum kematiannya, iaitu berpeluh yang banyak, muntah2, lemah dan koma. Mereka berpendapat tanda2 ini berkait rapat dengan kekurangan gula dalam badan atau paras gula dalam badan terlalu rendah (hypoglycaemia). Seperti yang telah diterangkan tentang fungsi2 insulin dan kegunaannya, insulin ini telah digunakan tetapi terpencil, awalnya pada 1921, untuk pesakit diabetes bertujuan bagi merendahkan paras gula dalam darah untuk yang tinggi kadar glukosnya.

Dos yang besar akan menghancurkan gula dalam darah, akan meninggalkan kesan dahaga yang amat sangat, berpeluh yang banyak serta menggeletar. Mungkinkah beliau menggunakan insulin sebagai senjata bunuh isterinya? Sedang ujian dilakukan bahawa Mrs. Barlow tidak mengidap diabetes. Untuk itu, Dr Price telah melakukan pmeriksaan ke atas rakan sekerjanya dan mendapati, Kenneth pernah memberitahu kepada mereka, bahawa, penggunaan insulin yang melebihi dos akan membawa kita ke dunia lain. Ia juga sebagai kunci pembunuhan yang sempurna, kerana insulin akan terlarut dalam darah dan ianya tidak akan dapat dikesan.  So, untuk menyelesaikan masalah itu, beliau telah mengambil sample dari punggung Barlow dan beliau melakukan ujikaji ke atas kumpulan tikus. Sekumpulan tikus disuntik dengan beberapa jenis insulin, keputusannya, insulan itu terserap baik dalam darah, manakala sekumpulan dari disuntik menggunakan sample yang yang diambil dari punggung Barlow. Keputusan menunjukkan tikus2 itu dalam keadaan tertekan, menggeletar, degupan jantung kuat dan koma. So Dr. Price mengesyaki bahawa suntikan yang dilakukan pada Elizabeth hanya beberapa jam sebelum kematiannya. Beliau juga buat kesimpulan bahawa suntikan normal bagi insulin adalah 84 units, maka, bermakna insulin yang diberikan kepada Mrs. Barlow telah digandakan beberapa kali cukup untuk menimbulkan ‘kejutan insulin’.

Kenneth Barlow, 38 telah ditahan setelah cukup bukti, pada 28hb July, 1957 atas tuduhan membunuh isterinya dengan suntikan insulin. Reaksi pertama beliau ialah terkejut kerana menyangka bahawa insulin tidak boleh dikesan, menukar keterangannya dengan mengatakan beliau menyuntik isterinya dengan ergometrine, iaitu memudahkan pengguguran, namun sepertimana Dr  Price telah melakukan ujikaji pada permulaannya tidak menjumpai kesan2 ergometrine pada badan Barlow. Kenneth telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara seumur hidup (ketika itu Britain telah mengkaji semula perlaksanaan undang2 menentang hukuman gantung dan mati kerana dikatakan terlalu kejam) selama 26 tahun, dan dibebaskan pada 1984, ketika berumur 65 tahun, rekod banduan kedua panjang setelah Straffen, seorang pembunuh kanak2. Dia terus mengatakan bahawa beliau tidak bersalah dalam membunuh isterinya.

Insulin boleh memanjangkan hayat pengidap diabetes, dan boleh juga memendekkan hayat jika disalah gunakan, berhati2 dengan orang kesayangan anda.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Perfect Fingerprint

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah