ARSENIK: PEMBANTU YANG EFEKTIF JUGA PEMBUNUH DALAM DIAM
Kes yang membabitkan keracunan arsenic, walau tidak
meluas di Malaysia, namun agak tinggi di Negara barat yang mana bahan kimia
dijual dikedai2 sepertimana menjual manisan untuk kanak2. Keracunan secara
semulajadi samada melalui pencemaran, biasa terjadi terutama di negara2 yang
berada pada paras tekanan hidup rendah dan kawasan geografinya berada pada
lingkaran api pasifik dan aktiviti volcano masih aktif. Tetapi, bagaimana pula
jika keracunan itu disengajakan?
Kes Seddon
Kes membabitkan Frederick Seddon berlaku tahun
1912, yang dikenali sebagai “Pembunuh Hina”, adalah kes keracunan yang paling
dramatic sepanjang zaman berlaku di Old Bailey, United Kingdom. Walaupun kes
sudah lama namun, bermula dari kes inilah, arsenic dikaji secara mendalam dan
diambil perhatian penuh terhadap penggunaannya. Beliau membunuh Eliza Barlow,
yang juga adalah perempuan simpanannya dengan bermotifkan wang. Seddon sudah
berkawin dengan wanita yang lapan tahun lebih muda darinya, manakala Barrow
sembilan tahun lebih tua darinya. Barrow juga wanita yang tidak menarik,
mempunyai bentuk badan besar serta telah berumur 49 tahun. Barrow suka
menyimpan emas dan membuat pelaburan dalam emas. Beliau juga mempunyai simpanan
harta yang banyak, tidak pernah berkahwin. Beliau menyewa di rumah Seddon, yang
tinggal sekali dengan isteri serta anak2nya. Barrow berkongsi bilik dengan
seorang budak berumur 10 tahun, merupakan seorang anak sedara kepada bekas
penyewa yang sebelumnya, yang selalu didera, lantas Barrow mengambilnya sebagai
anak angkat, Ernie Grant. Pada 1
september 1911, mengadu badannya tidak sihat selepas bercuti bersama keluarga
Seddon selama 3 hari pada August, di Laut Selatan. Tiga hari kemudian selepas
di rawat oleh doctor keluarga Seddon, Dr Sworn, cirit-birit dan muntah mula
berkurangan dan seterusnya berhenti namun sakit hempedu masih berterusan. Sworn
menasihatkan beliau mendapat rawatan ke hospital, namun ditolak oleh Barrow,
menyebabkan kesihatannya kembali teruk. Petang 11 September, Barrow dengan
secara mendadak membuat wasiat dengan disaksikan oleh Seddon. Dalam keterangan
Seddon kepada mahkamah, beliau telah menasihatkan Barrow supaya melakukannya di
hadapan peguam tetapi beliau menolak dengan alasan tidak cukup masa. Semua itu
adalah penipuannya kepada mahkamah. Petang 13 September, keadaan Barrow makin
kritikal. Pada pukul 11.30 malam, beliau menyuruh Ernie menyampai pesan kepada
Mrs. Seddon, margarite, bahawa beliau sangat sakit dan akan mati. Mrs. Seddon menjaga
beliau sepanjang malam itu ditepi katilnya, manakala Seddon sendiri berada di
luar bilik Barrow sambil membaca surat khabar dan menghisap paip. Finally, 6.20
pagi Barrow meninggal dunia. Seddon memanggil Dr Sworn dan menyuruh beliau
untuk membuat Sijil Kematian, kerana beliau ingin membuat tuntuan atas wasiat
Barrow. Dalam wasiat Barrow tersebut, tercatat bahawa hartanya diberikan sesuku
kepada Ernie Grant dan selebihnya kepada Seddon kerana telah menjaga beliau dan
atas jasa baiknya (semua itu akhirnya dibuktikan palsu). Dalam sijil itu
dicatatkan sebagai kematian disebabkan oleh apedemik cirit birit. Dia
memberitahu umum yang melawat Barrow bahawa wanita itu cuma meninggalkan 4
pound sahaja.
Setelah melalui pembicaraan dan saksi dari kedai
menjual bahan2 kimia, pada 26 August, Maggie Seddon iaitu anak perempuan Seddon
telah membeli Flypaper atau kertas yang digantung pada siling untuk perangkap
serangga terbang. Bukti menunjukkan kertas itu dilarutkan dalam campuran dose
arsenic yang tinggi dan digantung di siling. Forensic mengesahkan bahawa mereka
mengesan racun arsenic dalam organ Eliza Barrow. Apabila ditanya kepada Seddon,
adakah beliau mencintai Barrow, beliau menjawab, “adakah saya menyintai beliau?
Siapakah yang mahu menyintai wanita seperti itu?”. Seddon disabitkan kesalahan
membunuh dan dihukum gantung sampai hati pada 18 April 1912 di Pettonville.
Kes Amstrong
Hobert Rowse Amstrong dituduh membunuh isterinya,
Khaterine Mary Friend, atas alasan kerana tidak tahan dengan sikap isterinya
yang mengonkong, pasif, anti-sosial dan membosankan. Beliau merancang dengan
bijak agar tidak dapat kesan akan tindakannnya dengan memberikan dos kecil serbuk
pembunuh rumpai setiap hari semenjak tahun2 sebelumnya. Friend mula melakukan
peneriksaan pertama ke doctor, Dr Thomas Hincks, apabila beliau mengadu sakit
pada lengan kanan dan didiagnos neuritis. Lawatan keduanya dengan ditemani oleh
Amstrong, beliau menyuruh doctor memberikan sedative untuk isterinya kerana
Friend mengalami masalah tidur yang serius, percakapan yang tidak teratur dan
kesihatan mental yang lemah. Pada kali ni, Thomas mengesan penyakit hati yang
sebelum ini tidak dapat dikesan pada pemeriksaan pertama. Friend dihantar ke
rumah sakit persendirian. Ketika di sana beliau improved mental dan fisikal dan
merayu agar dihantar pulang ke rumahnya. Back home, beliau kembali lemah dan
sakit lagi, kerap muntah dan mengadu kakinya rasa seperti sudah mati dan sakit
manakala kulitnya juga pucat. Beliau kemudian meninggal. Amstrong disabitkan
kesalahan membunuh dan cubaan membunuh rakan kongsinya juga dengan menggunakan
serbuk racun rumpai, dan dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Maka, apakah arsenic itu? Bagaimana keadaan boleh
menjadi begitu serius dan kesannya yang amat teruk kepada kehidupan alam ini?
Arsenik ialah sejenis element kimia yang bertindak
sebagai logam. Ianya ditemui pada persekitaran semualajadi mahupun melalui
aktiviti yang dijalankan manusia. Arsenic adalah sebenarnya terdiri dari
metalloid iaitu satu elemen natural yang bukan sebenarnya dari logam tetapi
sedikit sifat logam. Ianya terbentuk dari pergerakan kerak Bumi, yang mana
boleh didapati pada batuan, tanah, air dan udara. Apapun, kepekatan
kandungannya di beberapa tempat lebih tinggi seperti lombong gali dan peleburan
logam, bahan api fosil dan penggunaan racun serangga, berbanding pada keadaan
semulajadi atau pada aktiviti badan manusia. Satu pertiga arsenic boleh
didapati secara sumber semulajadi melalui volcano dan selebihnya melalui sumber
dari pembuatan manusia sendiri. Segi geologikalnya pula, arsenic tahap tinggi
oleh didapati di dalam air minuman yang datang dari punca galian perigi. Kes
inilah yang berlaku di Bangladesh satu ketika dulu. Oleh itu, air yang digali
dalam perigi harus dimasak dengan betul kerana dikhuatiri perigi yang digali
itu mengandungi pusat pengumpulan arsenic.
Pada kerak bumi banyak terdapat sumber semulajadi
arsenic, mempunyai lebih dari 200 mineral yang berlainan, yang dipanggil arsenopyrite. Selain dari tindakan
volcano, sumber penting seterusnya ialah wap yang dihasilkan daripada bentuk
pepejal atau cecair garam arsenic pada suhu rendah. Secara geografinya Bukan
Organik Arsenik ditemui pada air dari bawah tanah yang digunakan sebagai air
minuman, di beberapa bahagian Negara, seperti Bangladesh, India dan Taiwan.
Manakala, sebatian Arsenic Organik, yang mengandungi karbon boleh ditemui
terutamanya dalam kehidupan laut organisma. Bagaimanapun, ada darinya ditemui
pada spesis hidup di daratan.
Elemen arsenic dihasilkan secara komersil daripada
trioxide arsenic (As2O3)
melalui proses pengurangan dengan arang. (As2O3) dihasilkan melalui proses
peleburan logam. Dianggarkan 70% pengeluaran arsenic dunia digunakan dalam
pengawetan kayu sebagai copper krom arsenate, 22% bahan kimia dalam industry
pertanian dan selebihnya dalam kaca, farmaseutikal dan aloi bukan ferus.
Perlombongan, peleburan logam bukan ferus dan pembakaran fosil bahan api adalah
proses utama industry yang menyumbang pencemaran arsenic dari udara, air dan
tanah. Historically, penggunaan racun yang mengandungi arsenik lebih
meninggalkan kesan pencemaran yang besar kepada tanah yang diusahakan untuk
pertanian.
Bagaimana arsenic boleh dibawa dan disebarkan
kepada persekitaran adalah komplek, disebabkan banyak bahan kimia terbentuk dan
kerana terdapat kitaran yang berterusan daripada pembentukkan arsenik yang
berbeza melalui udara, air dan tanah. Banyak arsenic yang berada dalam
atmosfera datang dari proses suhu tinggi seperti loji kuasa pembakaran arang,
pembakaran hutan dan aktiviti volkanik, yang dilepaskan sebagai trioxide
arsenic dimana ianya mudah hadir ke permukaan zarah. Zarah ini tersebar melalui
angin dan akan jatuh kembali ke bumi disebabkan beratnya atau ketika hujan. Secara semulajadinya, tindakan suhu rendah
biologi membabitkan mikrob juga melepaskan arsenic ke atmosfera. Mikrob
bertindak atas arsenic dalam tanah dan menghasilkan gas atau sebatian tetap arsenic. Arsenik memberi
reaksi dengan oksigen dalam udara dan kembali ditukar kepada bentuk tidak
menentu arsenik, kembali kepada bumi. Arsenic yang dilarutkan dalam air boleh
timbul dalam berbagai bentuk. Dalam air yang dioksigen secara sempurna dan sedimen,
arsenic timbul dalam bentuk yang stabil dari arsenate, tetapi banyak juga yang kurang
stabil dan bertukar-ganti, bergantung kepada keadaan kimia dan biologi. Lastly,
batuan yang terluluhawa dan tanah yang mengandungi arsenik boleh diangkut oleh
angin dan hakisan air.
Arsenik terbahagi kepada dua bentuk iaitu Bukan Organik dan Organik. Bukan
Organik Arsenic tidak mengandungi karbon manakala Organic sentiasa mengandungi
karbon. Bukan Organik arsenic mempunyai lebih banyak element toksik yang
membawa kepada keracunan. Arsenik hanya boleh diukur tahap jenisnya melalui
ujian makmal. Namun setengah dari arsenic ini boleh dibezakan antara bentuk2
arsenik dan beberapa kaedah membolehkan jumlah arsenic yang sangat kecil untuk
diukur dengan tepat. Bukan Organik Arsenik hadir pada empat jenis bahan kimia
yang dkenali sebagai Valensi or
keadaan berasid. Valensi ini mengukur kebolehan dari satu kompaun or sebatian
apabila digabungkan dengan elemen kimia yang lain seperti hydrogen.
Organic Arsenik sendiri tidak larut dalam air
ataupun cecair. Kombinasi dengan elemen lain seperti garam, mempunyai keupayaan
yang luas untuk melarut – bergantung kepada persekitaran keadaan berasid dan
kehadiran bahan kimia lain. Arsenik dan sebatiannya terjadi dalam bentuk
Kristal, serbuk, amorfus atau bentuk yang tidak jelas. Terdapat banyak juga
sebatian arsenic berguna untuk
kepentingan alam sekitar.
Sebatian Bukan Organik Arsenic mengandungi valensi trioksida arsenic, triklorida arsenic,trisulphide
arsenic dan sodium arsenic.
Trioxide
Arsenik ialah sejenis medication yang kuat dan boleh menyebabkan kesan
sampingan yang serius. Doctor akan monitor keadaan pesakit ketika proses
rawatan menggunakan drug ini. Ianya digunakan untukmerawat pesakit yang
mengidap Leukimia jenis Acute Promyelocytic or APL, dan digunakan ketika
rawatan kemoterapi tidak berkesan lagi. Ia akan memperlahankan sel2 kanser dari
merebak ke seluruh badan. Dikawal bawah doctor professional, diberikan kepada
pesakit melebihi 1-2 jam, sekali sehari. Ubat ini akan disuntik dalam urat.
Bergantung kepada penerimaan badan pesakit, ianya akan diberikan lebih perlahan
iaitu 4 jam jika terdapat kesan2 yang tidak menyenangkan seperti pening dan
degupan jantung yang cepat. Ubat ini menpunyai kesan awal pada pesakit yang
disuntik iaitu kesakitan dan tanda merah2 pada tempat yang dicucuk,
cirit-birit, muntah, loya, sakit perut or abdomen, batuk dan pening. Namun,
bukan sedikit yang mengalami kesan sampingan serius iaitu mudah berdarah pada
anggota badan, hidung berdarah, kerap dahaga, kerap kencing, kabur, tulang
sakit, kurang selera makan, penurunan berat badan yang tidak normal dan
kesakitan otot. Pesakit dikehendaki melaporkan kepada doctor akan kesan ini.
Kebiasaannya doctor akan tahu mana yang terbaik untuk pesakit, berbanding
dengan risiko dari kesan sampingan tersebut dan tahu akan ketahanan badan
pesakit. Tidak dinafikan Leukimia dan ubat ini serentak melemahkan system
ketahanan badan menahan jangkitan. Selain itu pesakit juga kadang2 akan
mengalami kesan sampingan yang sangat serius iaitu sakit dada, batuk berdarah,
kerap pengsan serta mood dan mental akan berubah seperti keliru dan kerap lupa.
Ubat ini tidak diberikan kepada pesakit
untuk rawatan rumah, hanya digunakan dibawah pengawasan doctor pakar di hospital.
Dose yang boleh digunakan hanya 0.15mg/kg daily sehingga bone marrow recover.
Perlu diingat bahawa ubat ini akan mendatangkan kesan bahaya kepada kandungan
perempuan mengandung dan juga kepada wanita yang menyusukan anak. Maka, doctor
akan meminta supaya wanita tersebut menggugurkan kandungannya dan berhenti menyusu
sementara dalam rawatan. Dose ini juga tidak sesuai untuk kanak2 di bawah usia
4 tahun.
Arsenic Trichloride ialah sejenis bahan kimia yang hanya selalu digunakan di kilang2 bagi
penghasilan produk. Ianya boleh mendatang kecederaan yang serius dan kekal jika
terdedah kepadanya. Sifatnya tidak mudah terbakar pada kepanasan yang biasa dan
masih stabil pada keadan api yang biasa. Berhubung dengan aktif logam seperti
arsenic, zinc, iron dan aluminium, bila dipanaskan untuk penguraian ianya akan
hasilkan wasap toksid arsenic yang tinggi. Apabila logam aktif ini berhubung
dengan air maka ia akan membentuk hydrogen klorida. Maka, melalui air yang
dicemari itu akan menyebabkan ia menghurai kepada asid arsenic dan asid
hidroklorik. Jauhkan air logam aktif tersebut dari air yang boleh melakukan
proses huraian yng menyebabkan arsenic hidrosida dan hydrogen klorida. Dari
segi kesihatan, ianya boleh menyebabkan kematian. Pendedahan yang berterusan
menjadikan badan amat bertoksi dan kaustik, bukan hanya disebabkan oleh racun
arsenic semulajadi yang bertindak sekali dalam badan, malah melalui asid
hidrokloric yang dibebaskan dalam air yang telah tercemar itu. Kesannya, akan
menyebabkan kerengsaan, senak yang menyebabkan usus berdarah dan akan hilang
cecair serta eletrolit, pengsan dan kematian. Jika terjadi keracunan yang
kronik juga membawa kepada kerosakan system saraf, pada kulit, kerosakkan hati,
mencetuskan kanser kulit dan paru2. Fatal dos bagi human adalah 70-180mg,
bergantung kepada berat mangsa. Mangsa yang mendapat keracunan ini kebiasaanya
terdedah kepada pencemaran udara dan air disebabkan pelepasan sisa toksid
arsenic yang tinggi dari kilang2 yang menghasilkan bahan dari kimia ini.
Keadaan ini biasa terjadi pada kilang2 yang tidak bertanggungjawab. Terdedah
kepada ini akan menyebabkan pening, batuk, pernafasan tidak teratur dan sakit
sakit. Kesan pendedahan kepada kuit dan mata juga mengakibatkan kemerahan dan kesakitan.
Dan kesan pada gastrointestinal atau usus pula akan memberi kesan kepada system
saraf.
Trisulphide
Arsenik ialah sebatian kimia, terdiri dari ion sulphide dan arsenic.
Bersifat +3 dalam keadaan berasid. Kimia ini digunakan dan dicampur pada bahan
trioxide untuk merawat cancer. Juga digunakan sebagai pewarna semulajadi bagi
orang2 Mesir dan juga penghasilan cosmetic. Kilang2 menggunakannya bagi
menghasilkan kaca, dalam industry eletronik serta digunakan oleh masyarakat
cina untuk herba rawatan. Keracunan bagi kimia sebatian ini jarang berlaku.
Ianya hanya berlaku jika disebabkan pendedahan yang kerap melalui rawatan herba
yang keterlaluan dan dari bahan buangan
industri. Fatal dos bagi ini tidak diketahui. Ianya tidak dapat dilarutkan oleh
air dan bersifat pepejal kuning cerah. Bahaya
kepada kepanasan; ianya akan terbakar tetapi tidak menghasilkan api serta
merta dan mengambil masa yang lama untuk terbakar. Bekas yang mengandunginya
akan meletup bila dipanaskan. Aliran air yang terdedah kepadanya boleh
mencemarkan laluan air. Ia juga bahan yang boleh dipindahkan ke bentuk lebur. Bahaya kepada kesihatan; jika menyedut
bahan kimia ini berterusan akan menyebabkan kerengsaan pada hidung,
laryngintis, iaitu radang yang menyebabkan hilang suara, sesak nafas dan batuk
yang menyakitkan, bronchitis ringan, serapan yang kerap menyebabkan kelemahan,
hilang selera, gangguan usus, keradangan urat saraf dan hepatitis yang tidak
serius. Bila berhubung dengan mata akan menyebabkan kerengsaan pada mata,
kerengsaan kulit pada keadaan kullit yang lembap, jika tidak dirawat segera
akan menyebabkan ulser.
Sodium
Arsenic ialah sejenis bahan kimia yang berbentuk dan bersifat racun.
Terbentuk sebagai pepejal berwarna Kristal putih dan lebih padat dari air. Ianya
larut dalam air. Menyebabkan toksid melalui penyerapan, sedutan dan menelan
sesuatu yang dicemari asid ini. Namun begitu ianya menghasilkan asid yang
lemah. Kegunaannya ialah sebagai unsur ubat antiseptic dalam racun serangga,
dan racun herba, untuk menjaga kulit dan membuat pewarna. Sifatnya sama seperti
trikloride, dipanaskan untuk penguraian bagi menghasilkan wasap toksid arsenic
yang tinggi. Nisbah untuk terkena keracunan yang kronik selepas pendedahan
kepada bahan ini ialah dalam tempoh antara 48 jam. Kesan lain pendedahan kepada
racun ini ialah kerengsaan kulit, kelecuran, kegatalan, kulit menipis,
kehilangan pigmen, selera berkurangan, rasa seperti logam, sakit perut, loya,
muntah, cirit birit, sawan, tekanan darah berkurangan or rendah dan pening2.
Keracunan yang tahap merbahaya boleh menyebabkan kepada kegagalan system saraf
yang membawa kepada kelemahan, koordinasi yang lemah, lumpuh dan seterusnya
membawa kematian.
Organik Arsenic pula terdiri dari sebatian monomethyl, dimethyl, trimethylarsine dan
arsenobetaine.
Monomethyl adalah
digunakan untuk membuat racun herba, kurang bertoksid berbanding Bukan Organik
arsenic. Kos yang efektif dalam menentang rumput rumpai dalam industry
pertanian. Ianya digunakan kerana pemilihan campuran sebatian yang unik, yang
amat berkesan disamping rintangan rumpai yang rendah dan kos yang berpatutan.
Dimethyl ialah sejenis kimia yang boleh mendatangkan
kesan merbahaya kepada manusia. Boleh menyebabkan kanser. Digunakan sebagai
racun perosak dan digunakan oleh kilang bagi pembuatan kaca dan seramik dan
pengilang semikonduktor. Untuk mengelakkan dari keracunan, elakkan dari
menyedut semburan racun yang digunakan untuk menghapuskan rumpai dan serangga.
Gunakan penutup hidung. Oleh sebab itu, pekerja hutan selalunya orangyang
berisiko terdedah kepada racun ini.
PARAS RISIKO
TERDEDAH KEPADA PENCEMARAN ARSENIK
Tahap persekitaran yang boleh terdedah arsenic
berbagai2. Tahap udara mengandungi arsenic dalam kawasan pedalaman masih rendah
berbanding di kawasan Bandar, dan paling tinggi ialah berdekatan dengan kawasan
kilang atau perindustrian. Tahap arsenic pada air adalah rendah di laut, tinggi
di kawasan sungai2 dan tasik2, dan paling tinggi dalam pusat bumi yang mengandungi
batuan volkanik atau simpanan mineral yang kaya arsenic.
Jumlah arsenic yang didapati pada binatang,
tumbuhan dan mikrob hidup juga berbagai2, bergantung kepada tahap kecemaran dan
jenis organima, yang mana ada organisma tertentu mengumpul arsenic dalam badan
mereka. Umumnya, arsenic akan berada pada tahap tinggi dalam hidupan
laut berbanding binatang kawasan air tawar or sungai, atau yang hidup di darat.
Tumbuhan di daratan juga boleh mengumpul sebatian arsenic melalui pengambilan melalui
akar dari tanah or pemendapan arsenic bawaan udara pada daun. Manusia terdedah
kepadanya melalui makanan dan minuman. Makanan selalunya factor tertinggi
dicemari oleh arsenic melainkan di kawasan tersebut di mana air minuman secara semulajadi
tercemar dengan arsenic. Tanpa kita sedari pengambilan arsenic daripada makanan
dan minuman kebiasaannya antara 20 and 300 µg/sehari. Arsenic dalam makanan terbentuk dari
Organik arsenic yang mana tidak menjejaskan masalah kesihatan sepertimana Bukan
Organik arsenic. About one-quarter of
the arsenic present in the diet is non-organic arsenic, seperti daging, ayam,
produk susu dan cereal. For your information, ikan dan makanan laut contain
penyerapan arsenic paling tinggi, tetapi bukan organic arsenic pada ikan masih
lagi rendah, lebih kurang di bawah 1%. Pada kawasan tertentu, dimana paras
arsenic pada air bawah tanah tinggi, air minuman mungkin menjadi pengambilan
utama dalam kehidupan seharian.
Bilangan pengambilan arsenic kepada orang yang tidak merokok
adalah sangat kecil, melainkan dalam kawasan perindustrian yang tercemar.
Perokok menyedut lebih banyak racun arsenic kerana kandungan dalam rokok itu
sendiri mengandungi beratus2 bahan kimia. Pendedahan kepada arsenic di kawasan
industry juga agak tinggi, terutama kawasan cari-gali atau lombong. Namun,
bergantung kepada negara2 bagaimana mereka mengawal keadaan keselamatan
pekerjanya.
Apabila arsenic disebut masuk dalam zarah, jumlah yang trserap
dalam aliran darah bergantung kepada dua keadaan – bagaimana ia melarut dan
berapa kecil zarah tersebut terserap. Kebanyakan arsenic datang dari pengambilan
diet kita. Sebatian arsenic melarut yang ada dalam makanan secara aktifnya
terserap ke dalam aliran darah. Sebahagiannya ditukarkan dan dikumuhkan melalui
air kencing. However, its depend from one person to another dalam keupayaan
badannya membuang sisa toksid tersebut. Ia bergantung bagaimana paru2 kita
bekerja.
Jumlah arsenic dalam darah,
rambut, kuku dan air kencing digunakan sebagai petunjuk penanda biologi akan
pencemaran arsenic. Arsenic hilang lebih
cepat daripada darah, jadi pengiraan dalam darah hanya akan memberithu kita
ketinggian pendedahan kepada arsenic itu, seperti keracunan, atau pendedahan
yang terlalu lama jika berulangan dan tinggi. Arsenic dalam rambut dan kuku,
akan berada lebih lama. Anggaran yang baik ialah mengesan pendedahan sebelumnya
ke Bukan Organic arsenic ialah mengukur spesifik metabolit kimia dalam air
kencing. Untuk sample air kencing, mangsa harus mengelakkan pengambilan makanan
tertentu dalam tempoh 2-3 hari. Kegunaan
penanda biologi darah arsenik hanya berguna apabila kes dikesan dengan
keracunan kritikal atau pendedahan kestabilan paras tinggi yang kronik. Ini
kerana, arsenic akan hilang dari darah
dan untuk menentukan spesis bahan kimia dalam darah adalah mustahil.
KESAN KE ATAS PERSEKITARAN DAN KESIHATAN MANUSIA
Tidak dinafikan bahawa arsenic
adalah unsur kimia yang mengandungi bahan beracun yang boleh menjejaskan
kualiti alam sekitar dan kehidupan makhluk yang hidup atas muka bumi.
Pendedahan yang berterusan akan menyebabkan kematian, pertumbuhan yang lemah
dan kegagalan untuk berkembang, menjejaskan populasi dan kesan kepada kelakuan
or gangguan mental. Manakala, system hati dan saraf akan terjejas dan sesiapa
yang terkena keracunan yang akut akan mengalami pembentukan pigmen pada kulit
dan kerosakkan kepada sel darah merah, iaitu tulang belakang dimana sel darah
merah itu terbentuk, kerosakkan hati, saraf dan otak. Pendedahan yang
berterusan yang terlalu lama kepada air minuman yang mengandungi arsenic tinggi
boleh menyebabkan kulit menipis dan tanda pigmen serta kanser pada kulit,
paru2, perut dan buah pinggang. Pendedahan dalam tempat kerja melalui
pernafasan udara tercemar - menyebab
kanser paru2, di samping factor bagi
yang menghisap rokok, berisiko lebih tinggi. Satu kes dilaporkan di Taiwan,
hasil dari terdedah kepada air perigi yang tercemar menyebabkan penyakit yang
digelar ‘penyakit tapak kaki hitam’. Saluran darah dari
kaki dan tapak kaki mengalami kerosakkan, menyebabkan kesan kesejukkan,
kehilangan rasa dan reput dan mati pada kaki. Ia mungkin juga berfaktor kepada
kurang nutrisi. Keterangan dan bukti paling kuat kesan pencemaran ini ialah
darah tinggi, serangan jantung dan lain2 penyakit yang berkait dengan peredaran
darah. Bukti yang lemah dari diabetes,
strok yng lemah, kesan jangka panjang neurological dan kanser yang selain
paru2, perut, buah pinggang dan kulit.
Meminum air dari sumber yang
tidak tercemar normally contains only small amount of arsenic. Air minuman dari
bawah tanah boleh menjadi tercemar dengan serius di mana terdapat hubungan
langsung dengan unsur2 natural arsenic dari mineral. Negara2 seperti Bangladesh, Barat Bengali di
India dan Taiwan, terdedah kepada pencemaran air yang tinggi. Maka, andai pergi
ke negara2 ini berhati2 dalam pengambilan makanan dan minuman terutama apabila
meminum air mineral kerana kemungkinan teknologi mereka masih jauh di tahap
maju.
KESIMPULAN
Manusia menyalah-gunakan sesuatu yang sepatutnya menjadi manfaat
kepada diri dan alam, kepada sesuatu yang merosakkan nyawa manusia lainnya.
Tidak semuanya juga, orang yang kita sayangi menghargai diri kita walau kita berada
pada tahap kesukaran factor diri yang semakin merosot. Jalan pintas adalah
membunuh, bagi menyenangkan proses penghidupan seterusnya. Maka, berjalan pada mata
yang terbuka luas belum tentu kaki tidak tersadung batu, brjalan dengan mata
hati pasti yang rahsia dapat ditembusi dengan akal dan naluri. Sekian.
Reference:
Introductional To Toxiology by John A. Timbrell (can buy from
Book Depository for RM169.20)(for the time I bought on 2014)
The Arsenic Century by James C. Whorton (at National Library
Malaysia)
lengkap sekali infonya kak
ReplyDeleteteknik pengolahan daging