No Drugs No Dug



Korupsi memang tidak boleh lari dari kehidupan manusia baik daripada golongan manusia bawahan sehinggalah atasan. Kenapa jadi begitu? Kerananya manusia akan cepat mencapai kehendak nafsu, cepat kaya dan lebih dihormati. Tapi semua itu tidak akan kekal selamanya. 

Perkara yang sering dikorupsikan ialah Dadah. Sebenarnya dadah inilah punca pencetusnya berbagai masalah moral yang besar, termasuklah Aids, pelacuran, perzinaan malah pembunuhan. Maka boleh dikatakan bahawa dadah itu lebih merbahaya dari Aids.

Buku ini seronok dibaca kerana ianya mengupas akan keterlibatan orang2 atasan sendiri malah yang terlibat dengan dunia perundangan, pihak polis dan peguam2 dengan jenayah dadah. Maka, bagaimana kepercayaan kita terhadap mereka yang sepatutnya melindungi kita? 

Serba sedikit tentang dadah. Saya tak perlu terang dengan lanjut tentang asal usul dadah kerana saya ada buku khusus tentang dadah. Kita belajar kemudian ok? Dadah ini secara meluasnya di ekplotasi di Afrika, yang mana majoriti penduduknya tergolong dari orang2 miskin, dan bagi mereka tiada yang rugi jika kehilangan sesuatu. Negara2 mereka penuh dengan korupsi, perang saudara dan pembunuhan ibarat menikmati makanan lazat di sebuah restauran para mewah. 

Menunjukkan betapa penguasaan dadah ini dianggap sebagai kebiasaan di wilayah Afrika ialah apabila sebuah daerah yang bernama Gambia telah menubuhkan sekolah 'Gambian Swallow School', bertujuan mengajar anak2 dan golongan remaja terdesak ini menjadi pembawa professional dalam urusan dadah.

Golongan yang dilatih ini akan menelan dalam kuantiti yang besar dengan cara dadah akan diuli menjadi bola2 kecil dan dibungkus dalam cling film. Gumpalan ini akan disumbat penuh dalam kondom dan di sapu dengan sesuatu yang menyenangkan untuk ditelan dan mereka akan menelan kesemuanya sekaligus. Selepas sehari atau tiga hari bungkusan itu akan menurun ke bawah bahagian buangan dalam perut dan akan dicungkil keluar. Sekelip mata pengedar2 akan menjadi kaya. 

Tetapi ada risikonya. Mereka tidak dibenarkan makan kecuali meminum air dalam kuantiti sedikit. Jika tidak dadah2 itu akan pecah setelah mengalami proses penghadaman dan mangsa akan terdedah kepada racun dadah yang berlebihan dan mendatangkan maut. Maka jalan manakah yang kita pilih?  

Manusia yang diberi kepercayaan oleh masyarakat namun mengkhianatinya juga samalah seperti manusia jijik yang memakan najis. So fikir2 kanlah.

Greed is the criminal's worst enemy. Moderation is the key to success.

Comments

Popular posts from this blog

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Perfect Fingerprint

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah