Hak Muslimah dalam perkahwinan dan perceraian
Buku ini adalah berkenaan dengan perundangan syariah bagi bab perkahwinan dan yang sejenis dengannya. Sesuai untuk yang bakal bernikah dan yang baru bernikah. Buku ini sesuai untuk isteri, ibu dan muslimah, sesuai untuk hamba Allah yang sukar menerima hakikat dan sesuai untuk suami isteri dapat bisa menambah ilmu tentang hak2 perkahwinan.
Siapa penulis buku ini? Penulis bernama Abdullah Abu Mat Suaud, dilahirkan di Hutan Melintang pada 22 september dan mendapat pendidikan awal di Sk kampung Baharu Sungai Sumun, seterusnya di SMA Muhammadiah Bt. 40 Sabak Bernam, dengan memperolehi 4 Thanawi di Maahad Ehyak Diniyah Kg Gajah Perak. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Universiti Malaya dan IAIN Sulthan Thaha Saifuddin, Jambi, Indonesia dengan memdapat Ijazah Kepujian dalam Perbandingan Mazhab dan Hukum (SHI). Beliau menyambung pengajian di USIM bagi memperolehi Diploma Pentadbiran Undang2 dan Kehakiman (DUAP).
Kerjaya awal beliau adalah sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam di Bahagian Agihan Zakat di Majlis Agama Islam WP Kuala Lumpur. Seterusnya berkhidmat dalam bidang yang sama di Unit Saudara Baru, Bahagian Dakwah di Jabatan Agama Islam (JAWI) KL dan JAWI Putrajaya sebagai Penguatkuasa JAWI. Beliau kini bertugas di Bahagian Mahkamah Syariah sebagai pegawai undang2 khidmat nasihat dalam bidang kekeluargaan di Mahkamah Syariah KL.
Buku ini boleh dibeli di kedai2 buku terpilih dengan harga RM18 (SM) RM20 (SS). Isbn 9789671197806.
Di sini tidaklah dikupas secara mendalam cuma ringkasan fakta2 penting sahaja. Silalah membeli untuk lebih kepuasan membaca dan mengetahui penerangan dengan lebih detail.
**************************************
Lazimnya bila disebut munajat kita hanya akan fokus dan terarah terus kepada ibadah solat malam atau qiamullail. Tapi munajat sebenar adalah berkonsep lebih luas dengan termasuk fokus dan berserah diri dengan sepenuhnya kepada Allah atas segala amalan baik dengan sebanyak2nya.
Amalan baik itu juga tidaklah hanya kepada amalan peribadi seperti solat puasa dan sebagainya tetapi juga dengan menjaga kerukunan dalam kehidupan bermasyarakat dan rumahtangga. Kehidupan suami isteri lebih harmoni jika terdapat kesefahaman dan kesedaran atas rasa tanggungjawab masing2. Baik, tanggungjawab wanita atau isteri terhadap suami seperti taat kepada suami, menjaga kehormatan diri dan harta benda suami dan tidak mengungkit pemberian suami walaupun sekadar sehelai tuala. Tapi, andai rasa tanggungjawab suami sendiri ke laut, nafkah tidak diberi baik nafkah zahir dan batin dan tidak hormat isteri serta menganiayai sang isteri baik jiwanya dan fizikalnya, maka kerukunan itu tidak akan terbentuk dan boleh diikhtirafkan sebagai syurga dunia.
Undang2 islam tidak menyingkirkan wanita malah memberi pembelaan terhadap wanita dari bermulanya episod kehidupan sebenar mereka sehinggalah ke akhir hayat mereka. Tidak benar sama sekali islam tidak memperdulikan hak kaum wanita seperti di warkan oleh segolongan ahli extrimist dan dikhuatiri boleh menyebabkan tergoncangnya iman.
Episod kehidupan wanita ke alam hidup berkelamin bermulanya dari pertunangan. Pertunangan adalah diikhtirafkan oleh hukum syarak. Ia bertujuan bagi memberi tempoh untuk mengenali pasangan masing2. Majlis tunang ini tidaklah perlu membazir dengan bertukar hantaran dan sebagainya. Sebenarnya mengikut penulis ini majlis bertunang ini lebih afdal jika pasangan sebelum ini tidak pernah memgenali pasangannya, tidak pernah dating berduaan dan bebas seperti pasangan sekarang, maka kerana itulah sepanjang tempoh ini digunakan untuk kenali hati budi dan diri pasangan itu. Itu konsep sebenar pertunangan. Dan tidak perlu melakukan balasan hantaran dan aebagainya. Majlis dimulakan dengan wakil kedua belah pihak berbincang berkenaan dengan hantaran dan mas kahwin pada hari akad nikah nanti. Jika semuanya bersetuju dengan segala syarat dan penetapan hari pernikahan maka bermulanya episod pertunangan sehingga hari akad. Dalam tempoh tersebut juga pasangan bertunang tidak boleh bergaul bebas di samping menjaga aurat terutamanya wanita dan tidak boleh bersentuhan walaupun memaut lengan tunang sekalipun beralas. Wanita harus tahu jaga maruah diri agar nikmat pernikahan itu lebih terasa.
Namun, kadang2 langit tidak selalunya cerah. Adakalanya perkara yang diimpikan hancur di tengah jalan. Tapi ingat wahai kaum wanita. Ianya tidak berkecai lumat. Yang mendung akan kembali cerah. Maka bangkit dan tuntut hak kamu. Andai salah satu pasangan baik lelaki mahupun wanita sebab wanita pun ada yang buat perangai jugak, yang telah mengikat janji lisan atau bertulis tetapi enggan berkahwin tanpa alasan sah dan kukuh sedangkan pihak satu lagi bersetuju, maka pihak yang mungkir akan bertanggungjawab memulangkan segala pemberian (jika ada), dan ianya boleh dituntut di mahkmah jika perkara tidak dapat diselesaikan di luar mahkamah. Pihak yang teraniaya boleh merujuk kepada Akta Undang2 Keluarga Islam (WP) 1984 (Akta 303) Seksyen 15 untuk tindakan selanjutnya.
Lelaki yang berhasrat untuk menyunting seorang gadis harus mengikut hukum2 syarak yang ditetapkan iaitu :
♥ wanita yang ingin dipinang bukanlah tunang kepada orang lain. Adalah haram merampas tunang orang lain. Perkara ini dinyatakan oleh Nabi dalam hadis Muslim bahawa seorang mukmin itu adalah saudara bagi mukmin yang lain. Maka ia akan menganiayai saudaranya dan perbuatan aniaya itu adalah haram di sisi islam.
♥ wanita bukanlah isteri kepada lelaki lain. Suami boleh memohon kepada mahkamah untuk perintah kembali taat jika isteri lari mengikut lelaki lain. Perbuatan ini dikira jenayah dan boleh didakwa di bawah Seksyen 36 Akta Kesalahan Jenayah Syariah WP K.L. Isteri yang memohon cerai kepada suaminya untuk berkahwin dengan lelaki lain adalah satu bentuk penganiayaan dan haram baginya mencium bau syurga KECUALI ia bertaubat nasuha.
♥ wanita tersebut bukanlah mahramnya. Wanita mahram adalah yang haram dinikahi selama-lamanya, yang termasuk ibu susuan, saudara sesusuan, anak2 tiri yang ibunya telah disetubuhi, kecuali ibunya tidak ditiduri.
♥ wanita tersebut mestilah bebas dari iddah samada bercerai hidup atau mati yang kebiasaannya 100 hari dan lebih afdal jika menganjakkan sedikit tempoh itu.

Episod seterusnya ialah pernikahan. Pernikahan bermaksud menyatukan dua jiwa yang bukan mahram dalam ikatan halal. Hukum nikah adalah harus namun terbahagi kepada empat keadaan iaitu :-
★ wajib bila ianya punya keinginan serta mampu menanggung belanja kahwin dan segala bentuk nafkah dan takut melakukan zina jika tidak berkahwin. Ini bermaksud dia tidak mampu menahan nafsu yang keterlaluan sampai puasa pun tak jalan.
★ sunat jika dia berkeinginan menikah serta mampu menanggung belanja kahwen, mahar dan nafkah.
★ makruh jika dia tidak punya keinginan menikah serta tidak mampu, lemah tenaga batin dan sudah tua.
★haram jika dia bertujuan menikah hanya untuk melepaskan dendamnya untuk menganiayai dan menyakiti isteri.
Mahar yang disebut di atas adalah sejenis mas kahwin dalam bentuk wang dan barangan yang bermanfaat. Mahar wajib diberikan dengan nilai digalakkan tidak terlalu tinggi. Tapi zaman sekarang di Malaysia telah ditentukan jumlah maharnya mengikut jabatan agama di setiap negeri berlainan. Mahar bukanlah rukun dan tidak wajib disebut semasa akad. Ramai yang tidak menyedari bahawa isteri tidak dianggap nusyuz kerana tidak menyerahkan dirinya untuk digauli jika suami masih tidak menyerahkan mas kahwin, kerana mahar ini adalah satu bentuk penyerahan mutlak anak perempuan di bawah jagaan keluarga kepada seorang suami, sebagai simboliknya. Seorang isteri adalah hak mutlak suaminya sehinggakan apabila ibunya meninggal dia tidak boleh menjenguk sebelum mendapat keizinan suaminya, NAMUN bergantung kepada siapa dan peribadi suaminya. Maka kesimpulannya mahar adalah hak wanita yang wajib dibayar.
Isteri perlu tahu haknya sepanjang tempoh perkahwinan. Perihal nafkah isteri telah dinyatakan dalam Al-Quran dan amat dititik beratkan dalam islam, berbeza dengan mana2 agama lain di dunia ini. Sehinggakan jika suami menghilangkan diri dan mempunyai anak yang perlu ditanggung maka bapa saudara akan mengambil tanggungjawab menanggung nafkah anak saudaranya. Jika mereka menentang, isteri atau ibu boleh merujuk kepada mahkamah agar keluarga suami bertanggungjawab menanggung nafkah.
Perihal nafkah ini terbahagi kepada empat :-
♣ Nafkah tempat tinggal atau kediaman - tidak wajib mempunyai rumah sendiri, rumah sewa yang lengkap dengan keperluan asas adalah dikira nafkah asalkan tidak terdedah kepada pandangan umum terutama bab berkenaan hak aurat isteri dan anak2 perempuan. Dan tidak wajib juga kepada saiz rumah itu. Semuanya mengikut kemampuan suami.
♣ Nafkah pakaian - pakaian yang disediakan haruslah menutup aurat. Fesyen tidak penting dalam islam asalkan bersih dan kemas, begitu juga jenis kain adalah mengikut kemampuan suami. Digalakkan sekurangnya setiap enam bulan disediakan pakaian baru untuk isteri.
♣ Nafkah makan minum - bab ini tiada kadar jumlah tetapi ikut persetujuan bersama. Ada dua keadaan bagi bab ini iaitu Tamkin, seperti lazim berlaku sekarang ini apabila isteri makan bersama suami atau makan bersama2 dan tinggal bersama, tanpa persetujuan apa2, maka hak tuntutan gugur dengan berlalunya masa. Keduanya, Tamlik, iaitu isteri bersetuju dengan kadar nafkah yang mana suami tidak tinggal bersama atas alasan munasabah seperti belajar, kerja di tempat lain sebagainya, maka isteri berhak menuntut walau telah berlalu masa.
♣ Nafkah perubatan dan pendidikan - ini juga mengikut kemampuan suami. Namun suami wajib sediakan kos perubatan ikut kemampuannya dan tiada kadar tertentu. Begitu juga harus sediakan ruang untuk isteri menimba ilmu samada dengan membeli buku2 dan belajar. Namun isteri harus minta izin suami jika ingin mencari ilmu di luar rumah.
Nafkah layak diberikan jika isteri masih taat mengikut hukum syarak. Jika suami ingkar isteri boleh membuat tuntutan di bawah Akta Undang2 Keluarga Islam (WP) 1984 (Akta 303) Seksyen 59. Hak nafkah akan gugur jika isteri enggan bersetubuh tanpa alasan kuat, isteri keluar rumah tanpa izin kecuali darurat seperti suami suka menganiaya dan memukul, isteri enggan tinggal dirumah suami (perlu diketahui bahawa suami harus sediakan rumah yang berasingan daripada rumah ibubapanya. Ini dikhuatiri akan menimbulkan ketidakselesaan kepada isteri dan boleh menimbulkan bibit2 pertelingkahan), isteri enggan memberi suami memasuki rumah kelamin, isteri murtad dan dalam bab ini mereka diharamkan bersetubuh dan isteri dipenjarakan atas kesalahan sendiri dan bukan disebabkan oleh suami.
Suami wajib memberi nafkah setelah menyetubuhi isterinya. Namun wajib juga memberi nafkah walau tidak menyetubuhi isterinya atas alasan ego dan enggan walau isteri rela disetubuhi. Ini kerana adalah kesalahan sang suami. Nafkah tetap juga wajib diberi walau samada isteri kaya atau miskin, sihat atau sakit, samada suami tinggal bersama atau jauh dan wajib walau suami ghaib. Bab suami ghaib ini, pihak keluarga lelaki sebelah suami yang wajib menyara isteri dan anak2.

Dalam kehidupan berumahtangga tidak semestinya bahagia sampai ke anak cucu cicit piot. Adakalanya rebah ditengah jalan dilanda badai ribut taufan gunung berapi meletop. Maka disebabkan itulah wujudnya talak. Talak adalah satu jalan terakhir setelah tiada penyelesaian. Maka talak tidak boleh dibuat main2 kerana dalam gurauan juga talak boleh terjatuh. Ingat, talak yang dijatuhkan di luar mahkamah boleh didenda dan dipenjarakan. Pihak suami atau isteri harus melaporkan kepada mahkamah dalam tempoh 7 hari talak dijatuhkan. Namun talak seperti dikatakan adalah jalan terakhir, maka sebelum talak dijatuhkan haruslah ada perbincangan sesama pasangan. Pasangan saling bertanggungjawab atas peranan masing2. Sabarlah sedaya upaya yang boleh terutama pihak suami dalam menyelesaikan masalah yang berbangkit. Andai keadaan terus sukar maka lantiklah di kalangan kedua pihak yang dipercayai untuk menjadi pendamai iaitu seeloknya di kalangan keluarga. Pihak yang dilantik tidak boleh menyemarakkan lagi kemarahan dan makin merumitkan keadaan. Ini adalah amanah dalam agama bagi mengelakkan perceraiaan.
Jika terus juga tiada jalan menyelamatkan keadaan maka bolehlah dituntut ke mahkamah di bawah Seksyen 47 (WP). Mahkamah akan meneliti dan membuat siasatan setiap keterangan kedua belah pihak dan setelah selesai diadili maka mahkamah akan arahkan suami menjatuhkan talak. Sepanjang tempoh iddah isteri mestilah tinggal dalam rumah suami dan suami tidak boleh menghalang, kecuali suami berada pada posisi membahayakan isteri. Ini memberi peluang masing2 untuk muhasabahkan diri. Sebenarnya inilah fungsi talak supaya kedua pihak yang tengah panas mengambil masa bertenang dalam tempoh iddah, agar wujud kembali perassan kasih dan sayang .
Hukum talak terbahagi kepada tiga iaitu :-
● sunat apabila suami tiada upaya untuk tunaikan tanggungjawab dan isteri tidak mampu lagi bertahan dengan keadaan itu, ibarat seperti menanggung biawak hidup.
● wajib apabila suami bersumpah tidak akan menggauli isterinya selama 4 bulan hijriyah berturut-turut dan diikuti syarat tertentu. Ini dinamakan sebagai Ila'.
● haram apabila menceraikan isteri dalam haid dan selepas suci isteri digauli lagi. Maksudnya sebelum dia berniat atau berniat menceraikan isterinya setelah digauli. Ibarat seperti 'sebelum aku ceraikan bini aku lebih baiklah aku setubuhi dia dulu'. Orang macam ini..phuii.
Kuasa talak adalah hak mutlak lelaki. Hikmahnya kebiasaannya lelaki ini sifatnya tidak terburu2 dan mudah menjatuhkan lafaz dan keputusan serta mudah bersabar dalam menghadapi tekanan. Lelaki juga sebagai pemimpin dalam keluarga dan pemberi nafkah kepada keluarganya.
Kenapa kuasa talak tidak diberi kepada wanita? Fikirkanlah andai wanita dapat kuasa talak itu maka ramailah janda2 lelaki di dunia ini terutamanya yang masih bergetah dan anggun..aww. Ini kerana wanita mempunyai jiwa yang sensitif dan bersifat tidak sabar serta selalu bertindak dalam emosi. Kuasa talak juga tidak boleh dikongsi. Dunia akan jadi kacau bilau hanya kerana urusan talak saja, tidak termasuk krisis perang mahupun krisis Korea Utara dan Malaysia.
Talak terdapat pada dua kategori iaitu lafaz talak secara langsung atau tidak langsung. Lafaz talak secara langsung ini ialah yang mana lafaz dikeluarkan dari mulut suami iaitu suami yang mengucapkan samada dilafazkan secara berdepan, melalui surat, sistem pesanan ringkas atau SMS, MMS, Whatsapp serta melalui talifon. Ianya sah juga bila dilafazkan di depan orang lain dan disampaikan kepada isteri. Lafaz seperti ini tidak memerlukan niat. Sebab iu harus berjaga2 melafazkan perkataan talak atau cerai kerana dikhuatiri terjatuh tanpa sedar. Manakala lafaz kinayah pula ialah lafaz melalui sindiran. Lafaz ini memerlukan niat, jika tanpa niat talak tidak akan jatuh tetapi jika berniat sebelum lafaz maka talak akan jatuh.
Jenis lafaz tidak langsung adalah Fasakh, Khulu' dan Ta'lik. Kita kupaskan fasakh dahulu. Fasakh bermaksud merombak dan membatalkan akad nikah. Suami tidak perlu melafazkan cerai pada jenis ini. Namun begitu ianya tidak mengurangkan bilangan talak walaupun cerai banyak kali berlaku. Implikasinya sangat tinggi iaitu suami tidak boleh merujuk dan tidak berlaku iddah dan suami harus melakukan akad baru jika berkehendakkan isterinya lagi. Tuntutan fasakh boleh dibuat di bawah Seksyen 52 (Perintah untuk bubarkan perkahwinan).
Wahai kaum wanita yang dikasihi, anda boleh menuntut tuntutan fasakh hanya atas sebab2 ini :-
■ suami menghilangkan diri dalam tempoh setahun (entah kemana hilang dibawa lari ke hutan amazon)
■ suami cuai dalam menjalankan nafkah.
■ suami dipenjara dalam tempoh 3 tahun ke atas
■ suami gagal menunaikan nafkah batin tanpa sebab dalam tempoh 1 tahun berturut2.
■ suami mati pucuk pada masa kahwin hingga kini dan isteri pada ketika akad tidak mengetahui keadaan sebenar suaminya. Contohnya seperti inilah, si Tonah adalah pucuk muda sedangkan lakinya mati pucuk ada hati nak pucuk kangkung muda sanggup ditipunya si Tonah.
■ suami mengidap penyakit mental dalam tempoh dua tahun atau mengidap penyakit berjangkit.
■ isteri telah dinikahkan walinya sebelum baligh, menolak perkahwinan tersebut ketika berumur 18 tahun dan ianya belum disetubuhi
■ suami menganiaya isteri dengan memudaratkan dan menyakiti isteri sehingga menderita, suami berkawan dengan perempuan jahat dan berperangai keji, memaksa isterinya melakukan kehidupan lucah, melupuskan harta isteri dan melarang isteri menggunakan haknya, menghalang isteri menunaikan kewajipan agama (dalam perkara sunat isteri wajib ikut perintah suami agar tidak menunaikannya), suami tidak adil dalam berpoligami (tolong jangan ikut emosi dengan potong kemaluan suami. Kes ini wujud di Malaysia. Report dengan cara benar), suami bersumpah menuduh isteri berzina dan menganggap anak yang dilahirkan adalah anak hasil perzinaan atau dikenali sebagai Li'an, isteri tidak memberi keizinan untuk dinikahi atau dipaksa kahwin, isteri seorang sakit mental samada secara berterusan atau berselangan mengikut Ordinan Sakit Otak 1952 (Ord 31 tahun 1952) bagi Wilayah Persekutuan K.L atau Ordinan Lunatik bagi WP Labuan (Sabah Bab 74).
Manakala Talak Khulu' adalah talak yang diminta oleh isteri dengan disertakan bayaran tertentu. Talak ini adalah kata lain memenuhi kehendak isteri untuk membebaskan dirinya dari tanggungjawab seorang suami dengan memberikan wang atau memulangkan mas kahwin. Talak ini juga dinamakan Tebus Talak. Kebiasaannya disebabkan kesalahan samada kedua pihak atau pihak iateri sahaja atau pihak suami sahaja seperti suami atau isteri ada lelaki atau wanita lain, pasangannya pemabuk, suka berjudi atau memukul. Contoh lafaz talak khulu' ini ialah 'ceraikan aku. Aku berikan bayaran sebanyak RM10 ribu (lafaz isteri)' dan 'engkau aku ceraikan dengan bayaran RM5 ribu (lafaz suami)'.
Talak ta'lik pula ialah mengikut perjanjian yang dipersetujui bersama dan ditandatangani di dalam Surat Nikah yang membenarkan isteri memohon cerai apabila suami melanggar hak dalam perjanjian tersebut.
Iddah bagi wanita yang bercerai hidup ada pada tiga keadaan iaitu diceraikan ketika mengandung maka iddahnya bermula apabila wanita itu melahirkan anak atau keguguran (Surah At-Talaq ayat 4), diceraikan sesudah menopause iddahnya adalah tiga bulan Qamariah (At-Talaq ayat 4) dan diceraikan ketika haidh maka iddahnya adalah sebanyak tiga kali suci (Surah Al-Baqarah ayat 228). Haram bagi wanita beriddah ini menerima pinangan lelaki lain walaupun menggunakan bahasa kiasan.
Iddah bagi wanita yang bercerai mati samada disetubuhi atau tidak ialah selama 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian. Wanita yang ditinggalkan wajib berkabung dengan tidak memakai sebarang perhiasan, wangian dan pakaian yang menarik perhatian. Ini dirujuk dalam hadis Bukhari "wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat tidak dihalalkan berkabung disebabkan kematian seseorang melebihi 3 malam kecuali kerana kematian suami, iaitu 4 bulan 10 hari".
Iddah cerai Bain atau cerai talak khulu' hanya bergantung samada isteri itu hamil atau tidak. Jika isteri itu hamil maka zuami wajib sediakan tempat tinggal dan semua nafkah, manakala jika tidak hamil hanya disediakan tempat tinggal sahaja dan isteri wajib berada di rumah kecuali keadaan darurat. Ini seperti hadis Abu Daud, "kamu tidak mempunyai hak nafkah kecuali kamu hamil".
Selepas perceraian bermacam perkara harus diselesaikan termasuklah hak jagaan anak. Isu bagi jagaan anak kafalah tidak timbul kerana kanak2 kafalah adalah kanak2 yang sudah baligh dan mumaiyyiz yang berhak menentukan arah kehidupan mereka samada bersama bapa atau ibu. Hak yang sering dipertikaikan dan sering menjadi perebutan ialah hak kanak2 yang belum mumayyiz atau hadanah.
Hak menjaga hadanah kebiasaannya diberikan kepada ibu kecuali diputuskan oleh mahkamah atas kes2 tertentul. Syarat2 penjaga adalah :-
♥ adalah seorang islam. Penjaga yang bukan muslim atau murtad tidak layak mendapat hak jagaan.
♥seorang yang berakal sihat dan tidak gila
♥iqamah iaitu penjaga sementara ketika pengasuh pergi berhaji atau keluar daerah atas urusan perniagaan
♥ iffah dan amanah. Orang fasik tidak dibenarkan menjaga kanak2.
♥ merdeka. Hamba tidak dibenarkan menjaga walaupun dibenarkan oleh penjaga asal kanak2
♥ ihu tidak berkahwin kecuali dengan kerabat kanak2 itu. Dalam soal ini islam bukanlah zalim tidak membenarkan si ibu berkahwin lain selepas bercerai, sedangkan si bapaknya siap tambah bini lagi. Ibu boleh berkahwin tapi hak jagaan anak akan jatuh kepada bapa. Ini perlu dihayati dan kembali kepada fitrah dan kewajipan agama iaitu bapa adalah nasab kepada anak2 nya, manakala tanggungjawab seorang isteri adalah melayan suami barunya. Jika suami barunya tidak mengizinkan membela kanak2 itu maka isteri harus akur. Ibu akan mendapat kembali hak penjagaan kanak2 setelah dia bercerai dengan suami barunya. Namun ini semua dapat dikecualikan jika terdapat persetujuan bersama antara bapa dan ibu kanak2 itu dan suami baru si ibu. Kadang2 ada wanita yang teremosi pada situasi ini namun kita harus akur dengan konsep islam ini iaitu bapa tugasnya adalah menanggung dan dia bernasab kepada anak2 nya. Simboliknya tiada bapa tiada anak. Bapa juga berhak berkahwin lain tanpa menjejaskan hak jagaan kerana seperti diterangkan bahawa tugas bapa adalah menanggung manakala ibu banyak terikat dengan syarat2 kerana dia adalah keadaannya ditanggung.

Mutaah adalah merupakan sejenis bayaran saguhati kepada tuntutan isteri mengikut syarat tertentu seperti dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 236. Isteri boleh menuntut bayaran mutaah ini jika mengikut syarat dan peruntukkan berikut :-
▶ pasangan bercerai fasakh akibat kecuaian suami
▶ pasangan bercerai secara khulu'
▶ isteri diceraikan tanpa disetubuhi dan mas kahwin tidak dinyatakan semasa akad nikah
▶ diceraikan setelah disetubuhi
▶ perempuan menceraikan dirinya dengan kuasa talak yang diberi suaminya
Kadar mutaah akan diambil kira dari sudut pendapatan kemampuan suami. Seeloknya segala tuntutan dipersetujui di Majlis Sulh supaya senang diendorskan ketika prosiding perceraian dijalankan, jika tidak akan mengambil masa dan mahkamah akan membuat keputusan.
Harta sepencarian adalah bermaksud harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan. Samada bercerai hidup atau mati harta yang dituntut akan dibahagi mengikut kadar sumbangan yang telah dibuat. Mahkamah adalah merupakan badan kuasa yang menentuKn sumbangan atau kadar harta teraebut. Pihak yang tidak menyumbang aset tetapi turut menyumbang hal kebajikkan, ketenangan kepada pemilik harta dan keharmonian rumahtangga serta menjaga suami ketika sakit dan susah akan dikira. Hak anak2 yang belum dewasa yang perlukan sara hidup juga termasuk dalam harta sepencarian. Maka untuk mengelakkan pertikaian adalah lebih afdal suami menghibahkan hartanya terlebih awal. Dia boleh menentukan bahagian hartanya yang mutlak iaitu harta yang diperolehi sebelum berkahwin atau tidak terlibat langsung dengan isteri atau pihak lain ataupun harta sepencarian. Jika menghibahkan harta sepencarian haruslah mendapat persetujuan kedua belah pihak. Harta warisan dan hadiah seperti harta peninggalan orang tua adalah hak masing2.
Tuntutan lain juga boleh dibuat mengikut seksyen2 yang ditetapkan seperti :-
★ poligami haruslah mendapat kebenaran mahkamah jika pemohon ingin bernikah di mana2 negeri yang mensyaratkan harus minta kebenaran mengikut Seksyen 23.
★ Gangguan rumahtangga samada pasangan masih berkahwin atau telah bercerai mengikut Seksyen 107.
★mengubah perintah saraan anak berikutan harga kenaikan kos dan barang dalam pembesaran anak mengikut Seksyen 75.
★ Bapa cuai dalam mematuhi perintah mahkamah di bawah Seksyen 132 iaitu kecuaian sengaja yang boleh dihukum penjara tidak lebih dari 6 bulan atau boleh juga tidak melebihi 1 tahun.
Hak menafkahi anak ada melalui tempoh masa iaitu :-
♥ nafkah bagi anak perempuan adalah sehingga dia berkahwin atau
♥ anak lelaki sehingga umurnya 18 tahun atau bekerja atau
♥ tidak berkeupayaan akan kekal sehingga perintah ditamatkan atau
♥ tamat pembelajaran lanjut atau lebih tinggi mengikut Seksysn 79
Bagi nafkah anak isteri yang tidak diberi, tidak disetubuhi atau dimudaratkan tubuh badan, kehormatan atau harta benda, boleh membuat aduan kepada hakim syarie bagi mengesahkan berlakunya talak ta'liq dalam Surat Nikah di bawah Seksyen 50 bagi yang berta'liq. Jika tidak berta'liq maka rujukan dibuat bawah Seksyen 52 iaitu pembubaran melalui Fasakh.
Saya berharap perkongsian ini dapat membawa manfaat terhadap kita bersama baik saya juga anda. Ini bukanlah karya saya tetapi isinya adalah daripada penulis buku ini. Saya cuma menyampaikan dengan gaya penulisan yang santai tapi mudah difahami. Saya mohon maaf jika terdapat kekurangan dalam penyampaian.
Ingatlah kita sentiasa disediakan payung agama agar tidak hanyut oleh kekecewaan dengan bimbingan Tuhan dan islam. Semoga mereka yang kurang bernasib baik akan terus tabah dalam menghadapi dugaan. Dan bagi yang dipayungi kebahagiaan beringatlah kerana langit tidak selalunya cerah.

This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete