Pintu2 yang sukar untuk melepasi
Assalamualaikum. .
Saya berkongsi hal2 agama bukan kerana saya sempurna, jauh lagi dari menyangka saya manusia baik. Nilaian itu tertakluk kepada Allah, sedangkan saya sendiri berharap dalam takut segala amalan saya ditolak dan dicampak ke muka dengan penghinaan. Saya berkongsi hanya atas ilmu manusia lain yang lebih arif, ilmu para kekasih Allah, dan amanah itu agar di depan Dia nanti saya ada hujjah kerana telah menyampaikan sesuatu yang saya tahu kepada orang2 sekeliling saya.
Saya nak kongsi satu hadis dari Rasullulah saw yang diriwayatkan dari Mu'adz bin Jabal. Hadis ini sebenarnya membuat bulu roma saya naik..sebab segala yang disebutkan belum tentu saya selamat. Sungguh takut..moga kita sama2 dapat manfaat.
Mu'adz bin Jabal : satu hari Rasullulah mengajak aku naik ke atas untanya dan berangkatlah kami menaikinya. Rasulullah mengadapkan wajahnya ke langit seraya bersabda, ya mu'adz. Beliau kemudianya menceritakan sebuah kisah yg mana dia menyuruh aku menghafalnya kerana sangat berguna bagiku. Akan tetapi jika aku anggap remeh, di hadapan Allah nanti aku tidak akan punyai hujjah.
Sebelum Dia ciptakan langit dan bumi Dia lebih dahulu ciptakan tujuh malaikat pada setiap pintu langit, sesuai dengan darjat dan keagungannya. Malaikatlah yang memelihara amal seorang hamba.
Apabila hamba itu dibawa amalannya naik ke langit dgn kemilau cahaya bak matahari. Sampai pada langit pertama, malaikat hafadzah memuji amalan hamba itu tetapi malaikat pintu langit pertama berkata ; campakkan amal ini kembali kpd hamba itu kerana aku penjaga org2 yg suka mengumpat dan diperintahkan menolak amalan ini dan sama sekali tidak dibenarkan melewati pintu ini.
Hari esoknya malaikat membawa amalan yang sama dr hamba yg lain. Dia lolos dari langit pertama tetapi ditahan oleh malaikat langit kedua dan berkata, hamburkan amalan itu kembali kerana hamba itu beramal kerana mengharap dunia.
Hari ketiga malaikat hafadzah membuat perkara sama bagi amalan hamba lain tetapi ditahan di langit ketiga dengan malaikat mengatakan, berhenti! Campak balik amalan itu kpdnya kerana aku penjaga pintu sombong. Allah menolak amalan org sombong dan takabur.
Hari keempat malaikat membawa amalan penuh sang hamba tetapi ditahan di langit keempat sambil malaikat penjaga mengatakan supaya amalan itu dicampak balik kerana amalan hamba itu bersifat ujub.
Hari kelima perkara sama dilakukan malaikat terhadap amalan sang hamba tetapi ditahan di pintu kelima sambil malaikat penjaga pintu memerintahkan amalan itu ditampar ke muka sang hamba kerana hamba itu suka menghasut org lain yg dapat nikmat dari Allah.
Hari keenam perkara sama dilakukan malaikat terhadap amalan sang hamba tetapi ditahan di pintu keenam sambil malaikat penjaga pintu memerintahkan amalan itu ditampar ke muka sang hamba kerana hamba itu tidak mengasihi org lain bahkan bila org lain ditimpa musibah dia akan merasa senang.
Seterusnya hari ketujuh malaikat membawa amalan sang hamba yg hebat tetapi sampai di langit ketujuh penjaga pintu melarangnya masuk kerana amalan hamba itu bersifat riyak dan inginkan perhatian org lain walaupun sekelumit sebesar zarah.
Maka sampailah hari terakhir malaikat hafadzah membawa amalan sang hamba berupa solat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, pendiam, suka berzikir. Dengan diiringi para malaikat, malaikat hafadzah sampai ke langit ketujuh hingga menembus hijab2 dan sampailah di hadapan Allah dan berdiri di depanNya. Semua malaikat menyaksikan amal itu shahih dan diikhlas kan kerana Allah. Kemudian Allah berfirman:
"Hai hafadzah, pencatat amal hambaKu, Akulah Yang Mengetahui isi hatinya. Ia beramal bukan untuk Aku, tetapi diperuntukkan bagi selain Aku, bukan diniatkan dan diikhlaskan untukKu. Aku lebih mengetahui dapd kalian. Aku laknat mereka yg menipu org lain dan malaikat tetapi Aku tidak tertipu olehnya. Akulah Yang Maha Mengetahui hal2 ghaib dan segala isi hatinya dan yg samar tidaklah samar bagiKu. Setiap yg tersembunyi tidak tersembunyi bagiKu. Pengetahua Ku atas segala yg telah terjadi mahupun yg belum terjadi. Pengetahuan Ku atas segala yg telah lewat sama dgn yg akan datang. Pengetahuan Ku atad org2 terdahulu sama dgn pengetahuan Ku atad org2 kemudian. Bagaimana mungkin hambaKu menipu dgn amalnya. Aku tetap melaknatnya. "
Maka seluruh malaikat dan yang berada dilangit pun sama melaknatinya.
Aku mu'adz menangis mendengar hadis ini dan bertanya bagaiman bisa aku selamat dari semua itu? Rasulullah jawab, hai Mu'adz ikutilah Nabimu dalam masalah keyakinan. Jagalah mulutmu jgn sampai menjelekkan org lain, terutama sesama ulama. Ingat diri sendiri sebelum jelekkan org dan sedarkan dirimu juga penuh aib. Jgn tutupi kesalahan dan keburukan mu dgn memburukkan org lain. Jgn menekan dan menjatuhkan org lain. Jgn riya dalam beramal. Jgn pentingkan dunia hingga abaikan akhirat. Jgn ungkit kebaikan, jgn hancurkan peribadi org. Cintailah org lain seperti engkau menyintai dirimu sendiri dan begitulah sebaliknya. Jika kau lakukan semua itu maka engkau selamat.
Maka, saudara saudari islam saya semua..manakah pintu yang selamat untuk kita? Sedangkan perkara yg menuntut keikhlasan dari jalan yang senang pun sukar untuk kita lakukan..iaitu berkerja mencari rezeki kerana Allah tanpa mengharapkan pangkat dan pengikhtirafan? Tanpa imbuhan kita seakan putus asa dan bekerja sambil lewa. Saya..masih belum mampu melepasi setiap pintu2 itu apatah lagi berdiri didepan Rabbul Jalil..Wallahu'alam.
Comments
Post a Comment