Book : Great History of China



A china history

♥ 544-496 SM Kehidupan seorang yang terkenal dalam bidang peperangan iaitu Sun Tzu or Master Sun. Dia adalah seorang general yang mempertahankan dan berperang bagi Empayar Wu. Beliau lah yang menulis buku yang telah dikategorikan sebagai buku perang tertua di dunia iaitu The Art of War. 

♥ 500 SM Abacus iaitu sejenis alat untuk pengiraan dan membuat calculations telah dicipta dgn menggunakan beads yg dipasang pada wayar atas rangka kayu. Pengguna abacus yg mahir boleh membuat pengiraan matematik dgn cepat dan tepat.

♥ 372-289 sm Bermula kehidupan ahli falsafah Mencius or Master Meng, confucianist kedua yg berpengaruh selepas Confucius sendiri. Mencius tidak jauh lari dari pengajaran Confucius cuma dia membangunkan satu teori berkenaan psikologi moral, mencadangkan bahawa kebaikkan boleh diterapkan melalui disiplin dan pendidikan atau ianya boleh hilang melalui kelakuan negatif.

♥ 313-238 sm Life of philosopher Xunzi. Tidak seperti Confucius and Mencius,  beliau agak tegas. Beliau percaya bahawa dalam diri manusia itu secara naturally adalah jahat dan ianya harus diajar mengikut perintah tidak mementingkan diri dan secara bermoral. Kod legal mesti diketahui oleh setiap org and harus dipatuhi. Pelanggar undang2 mesti dihukum teruk, pemerintah mesti kuat dan tegas dan ada kuasa mutlak dlm enforce the law. Falsafah ini menyokong doktrin penguatkuasaan yg strict iaitu ketaatan, efisyen dan kerja keras. Falsafah Xunzi ini amat popular dikalangan rulers dinasti.

♥ 221 sm Sejarah seorang emperor yng terkenal di dunia iaitu Emperor Qin Shi Huang Di atau lebih dikenali as First Emperor. Beliau lah yang menyatukan seluruh negara menjadi satu dibawah satu pemerintahan. Sebelum ini semua negeri di china terpecah dan diperintah di bawah kekuasaan maharaja masing2.  Beliau merupakan seorang yg zalim, memusnahkan musuh2 yg menentangnya, membunuh pengkritik, menaikkan taxes dan membakar buku2 klasikal serta menghancurkan para sarjana.

♥214 sm Tembok Besar China disiapkan. The First Emperor memerintahkan supaya menyambungkan setiap single wall bersama2 dan menguatkan pembinaannya. Beratus2 hamba digunakan untuk membiba ini. Ianya dapat menyelamatkan serangan dari orang2 asing dan orang2 barbar, namun tidak mampu bertahan pada serangan tentera yang lebih besar.

♥ 164 sm Mengikut tradisi, Tofu telah dicipta oleh Putera Liu An dari Utara China, which ianya diperbuat dgn cara menekan susu soya kepada ketulan.

♥ 100 M Kertas yg dibuat dari fiber buluh telah digunakan namun ianya tebal dan kasar dan pada mulanya hanya digunakan untuk message ketenteraan.

♥ 80 M Tahun ini dikenali kebanyakkan masyarakat China atas peristiwa pengebumian Puteri Douwan, permaisuri kpd Putera Liu Sheng yang telah mengenakan sut jade, diperbuat daripada 2,160 pieces jade dijahit bersama oleh wayar emas. Sut ini dibahagikan berasingan kepada sections bagi fit kepada badan iaitu kepala, tubuh, seluar, gloves dan kasut.


Rahsia Sutera

→ Lembut tetapi kuat, tahan lama, ringan dan selesa pada sebarang cuaca, sutera cina adalah kemewahan yang di kurniakan. Satu daripada rahsia terpendam lebih dari 2000 tahun yg lampau, kebudayaan atau pembuatan sutera adalah contoh ketemadunan zaman lampau. 

Tiada siapa dibenarkan membawa ulat sutera keluar dari negara dan pedagang cina tidak dibenarkan membincangkan pengeluarannya. Legenda sutera bermula apabila Lei Zu or Xi Ling Shi, isteri kpd Yellow Emperor menemukannya dan tenunannya sekitar 3000 sm. Tetapi ahli arkeologi telah melakukan kajian dan menemukan benang sutera, alat tenunan dan ukiran ulat sutera yang berusia 7,000 sm.

Serikultur menyebar apabila imigran China membawa ke Korea dan India dan beberapa pedagang2 kecil memecahkan rahsia sutera semata atas dasar keuntungan.  Satu legenda mengatakan bahawa pada 440 M seorang puteri cina telah menyorokkan telor ulat sutera kedalam simpulan rambutnya apabila beliau berkahwin dgn seorang putera dari moden Hetian. Tetapi para serikultur tetap berhati2 menyimpan rahsia dari diketahui oleh pedagang barat.

♥ 78-139 M Zaman kehidupan pereka-cipta Zhang Heng, ahli astronomi diraja yg telah membina satu seismograph atau pengesan gempa bumi mengesan dgn jelas lokasi gempa. 

♥ 142 M Buku The Kinship of the Three merekodkan penemuan pertama gunpowder secara tidak sengaja oleh ahli kimia yang mencari bahan bagi kehidupan yang kekal.

♥ Han Dinasti - Rekod pertama dirujuk bagaimana mee dihasilkan.

♥ 495 M Kuil Shaolin, rumah bagi seni pertahanan diri cina telah dibina di Wilayah Henan lebih kurang 20 batu dari Luoyang.

♥ 520 M Seorang sami India Budha Bodhidharma telah menjadi ketua kuil dan bukan sahaja memperkenalkan disiplin Shaolin Kung Fu dan Tai Chi Ch'uan tetapi juga membina Chan iaitu sekolah meditasi penganut Budha di kuil itu. 

♥ Sekolah ini menghujahkan bahawa dunia material ini hanyalah ilusi dan penyelamat akan datang membawa pencerahan, dicapai melalui meditasi. Falsafah ini kemudiannya menjadi umum bagi nama Japan iaitu Zen Budhism.

♥ Sui Dynasty - Teh yang dibentuk menyerupai blok atau kek adalah yg pertama di dunia digunakan sebagai tukaran barang dagangan. Teh mula dijadikan sebagai minuman kerana rasanya yg tersendiri,  bukan hanya untuk tujuan perubatan. 

♥ 600 M Ajaran kristian dan Islam mula diperkenalkan ke China datang dari Barat.

♥ 660 M - Selepas Emperor Gao Zong menderita strok, his wife, the famous and known widely in ancient world history, Empress Wu berkuatkuasa menguasai pemerintahan China. 

♥ 690-705 M - Empress Wu menguasai tahta dan menubuhkan sebuah empayar kerajaan baru iaitu Dinasti Zhou. Dia adalah wanita satunya yang memerintah China secara terbuka. Dia mempromosikan ajaran Buddhist yg akhirnya menjadi agama yang diterima secara rasmi dan bukan lagi dianggap agama 'asing'. Beliau merendahkan tax kpd petani. Rejim dia boleh dikatakan sebagai aman dan diberkahi walaupun beliau juga dianggap sebagai kejam dan pandai memanipulasi. Namun beliau juga selalu mendapat ancamam luar sepanjang sempadan utara China.

♥ 751 M - China dapat dikalahkan oleh tentera Arab Muslim pada peperangan Sungai Talas berhampiran Tashkent dan hilang kepentingan nya di tengah Asia. Dagangan ke barat sepanjang Jalan Sutera telah diancam, maka lebih banyak jalan laut diterokai.

♥ 868 M - printed book yang terawal diselamatkan iaitu The Diamond Sutra

♥ 900 M - Bunga api menggunakan belerang telah dicipta. Kemungkinan peperangan dikenal pasti dan tentera telah melakukan eksperiment dgn menggunakan tube buluh yg diisi dgn belerang. Now kita tahu siapa yang mereka permainan meriam buluh itu.

♥ 920 M - Budaya Ikat-Kaki kpd wanita diperkenalkan. Tujuan dilakukan ini ialah agar memastikan wanita tidak panjang langkah atau having affairs. Golongan aristokrat juga menyokong tindakan ini tapi dgn niat bahawa wanita tidak perlu bekerja jadi ia merupakan simbol status, menandakan kecantikan dan simbol fantasi erotic kpd kaum lelaki.
→ seawal 5 tahun kaki mereka telah dibungkus ketat bagi mengelakkan tumbesaran. Saiz kaki yg ideal ialah 3 inci panjang.  Bandage mesti dibiarkan lama agar kaki dapat mengecut dan ianya memangnya sangatlah menyakitkan apabila dibuka untuk penukaran bandage. Ada antara jari2 terpaksa di potong.  Dalam ekstreme kes wanita itu langsung tidak dapat berjalan sama sekali dan terpaksa menggunakan tongkat.

♥1153 M -  Para ahli sejarah berpendapat bahawa restoran pertama di dunia adalah di Kaifeng, yg until now masih kekal di kawasan itu.

Permaisuri Wu or Empress Wu

Siapakah dia? Wu Zetian lahir dalam golongan keluarga terhormat iaitu Keluarga Wu pada 624 M dan diberi nama peribadi sebagai Zhao. Dia menjadi gundik kpd Raja Tai Zong ketika berumur 14 tahun. Seorang yg educated dan cantik, dia kemudiannya menjadi favourite dan dgn pantas dapat diserapkan ke istana dan kerajaan. Selain dari menjadi seorang nun selepas kematian raja dia terletak antara ranking kedua gundik Raja Gao Zong yg mewarisi tahta. Selepas melahirkan dua putera iaitu anak lelaki pertama bagi raja dia mula mendapat perhatian lebih dan lebih lagi peluang di istana. 

Apabila bayi perempuan beliau meninggal dia mengambil peluang ini bagi menyabitkan kesalahan kpd permaisuri atas pembunuhan dan pembuangan bayi beliau, dan dalam 655 M beliau telah ditabalkan menjadi permaisuri. Satu dari tindakan pertamanya ialah menjadikan bekas permaisuri dan bekas gundik pertama dibunuh, meninggalkan beliau tiada saingan bagi kalangan wanita.

Bijak dan bercita2 tinggi,  beliau sebagai ratu baru mula menasihati raja dalam setiap tindakan, perlahan2 menambah lebih kuasa peribadi dan menjalankan kuasa kumpulan dalam istana sekeliling nya. Pada 660 M Raja Gao Zong mengalami beberapa siri strok, meninggalkan Empress Wu mengendalikan pentadbiran negeri di bawah nama raja. Melalui perlaksanan2, pemaksaan bunuh diri dan 'hilang tanpa dikesan', Wu menindas dan mengawal kekuasan families termasuk Keluarga Wu juga. Satu dari inovasinya ialah mencipta keganasan melalui melalui kumpulan polis rahsia, jalinan informers yang menjadi pemerhati atau spy kpd orang2 yg menimbulkan masalah dan report directly to her or her favourites. 

Empress Wu satu2 wanita yg mengambil title maharaja dan memerintah China mengikut acuannya. Beliau dibenci oleh ramai sejarahwan Confucian sebagai terpesong, melawan arus pemerintahan natural iaitu lelaki yg menjadi pemerintah.  Dia kejam dan suka memanipulasi, sama juga seperti beberapa pemerintah pada zaman itu. Tetapi selain dari karekternya yang dikatakan monster, para sejarawan moden menilai kembali personalitinya bahawa wanita luar biasa ini banyak memperkenalkan inovasi berguna, berjaya mempertahankan sempadan China dan sejauh mana boleh dinilai bahawa kejayaannya sama seperti mana2 raja yg memerintah negara.

♥ 1275-1292 M - Marco Polo seorang pedagang pelayar Itali melawat China mengembara melalui Jalan Sutera telah mengadakan direct contact yg pertama kali antara Barat dan China yang called Cathay by Europeans. Besides beliau juga telah merekodkan satu perkara penting yg menjadi panduan kpd dunia moden bahawa beliau terpegun dgn kemajuan teknologi yg dicapai oleh Yuan Dynasty iaitu yg diterajui oleh empayar Mongols. Beliau mencatitkan pengalaman itu ketika tinggal di istana Great Khan yg kawasan nya sekarang adalah Beijing moden.

♥ 1350-1368 M - Tentu ramai suka makan fortune cookies dan moon cake. Tetapi keduanya tidak muncul sehinggalah pada tarikh ini yg mana dikatakan ianya bermula dicipta.  Revolusi Turban Merah dimulakan. Ramai kumpulan pemberontak memakai skaf merah atau turban merah bagi mengidentifikasikan diri mereka.  
→ pd 1352, Zhu Yuanzhang seorang petani yg mendapat didikan sbg sami Budha telah sertai satu dari askar petani dan membuktikan beliau adalah ketua yg berinspirasi. Turban Merah sampaikan pesanan sesama mereka dalam biskut yg dimasukkan kertas di dalamnya dan juga memasukkan pesanan dalam kek yg dibuat khusus. Inilah yg dinamakan Fortune Cookies dan Kek Bulan, yg mana pesanan itu mereka mesti pastikan hanya sampai kpd Cina Han, bukan kpd Mongols.  

♥ 1403-1421 M - Ekspedisi melalui lautan telah dimulakan di bawah komender atau Laksamana Zheng He or Cheng Ho (1371-1435). Dalam rombongan besar seramai 27,000 orang mereka menjelajah India, Selatan-Timur Asia dan ini termasuklah Melaka, Afrija dan Timur Tengah. Ramai pengkaji juga mengatakan beliau telah sampai ke benua Amerika dan Australia. 

♥ 1404-1421 M - Maharaja Yongle telah membina satu bangunan istana yg hebat dalam sejarah iaitu Bandar Larangan di Beijing yg sampai sekarang dekat di hati masyarakat dunia. Pembinaan ini however banyak memakan korban diri, mental dan fizikal kerana ramai kaum lelaki dikerah secara paksa membinanya dan sukar untuk pihak kerajaan membekalkan makanan kpd mereka. Dibuay dari kayu, Kota ini kerap kali terjadi kebakaran, dan setiap itulah ia mengalami beberapa baikpulih kpd yg lebih moden.

♥ 1644 M - Akhir masa pemerintahan Empayar Ming, dicatatkan seramai 70,000 enuch (org lelaki yg telah dikasi atau neuter. Bagi budaya cina diraja mereka dikasi bagi mengelakkan menjalinkan hubungan terlarang dgn wanita istana atau wanita2 bangsawan ditmpat mereka berkhidmat) bekerja di Forbidden City, 30,000 enuch bekerja di luar Beijing tetap sebagai pekerja istana. Satu tahap seramai 9,000 isteri dan gundik berada dalam istana.

♥ 1660 M - zaman permulaan Qing adalah zaman kegemilangan negara. Pertanian berkembang maju dan banyak sumber makanan baru diperkenalkan dan dibawa masuk seperti sweet potatoes dan maize dari Amerika, ditanam di kawasan tanah tidak subur. Oleh itu lebih banyak tanah diterokai dan populasi kian bertambah maka menambahkan hasil cukai kpd government.  China juga telah dibahagikan kpd negeri2 yg ditadbir oleh gabenor.

♥1645 M - Emperor Shunzhi telah mencuba mengharamkan 'Ikat-Kaki' tetapi budaya ini telah meluas so penggantinya telah membatalkan pengharaman itu. 

♥ 1731 M - Rahsia pembuatan porselin China telah diambil oleh Barat, setelah seribu tahun ianya di buat di China.

♥ 1700 M - Seni kung fu Wing Chun telah dibangunkan oleh seorang sami wanita Budha, Ng Mui, yg satu2nya dicipta oleh wanita. Nama ini di ambil dari anak muridnya yg berusia 15 tahun, a girl name Wing Chun. Seni ini memfokuskan teknik berlawan secara dekat. Teknik ini pertama kali dipelajari oleh Bruce Lee.

♥ 1737 - Satu undang2 diharamkan keatas fermentasi bijirin kepada minuman keras atau liquor, secara dasarnya dianggapkan membazirkan bijirin makanan yang baik dan kualiti. Ini adalah satu kebencian kerana ramai petani miskin bergantung kpd industri fermentasi ini apabila mereka lebih mendapat banyak tunai atas pembuatan liquor.

♥ 1757 M - Britain menawan India,  menjadikan Qing bersyak wasangka terhadap orang2 asing lebih kuat. Beliau bimbang mereka akan bersekongkol dgn pihak musuh untuk memusnahkan budaya dan social cina. Pihak menteri china tidak menaruh minat untuk berlembut dgn orang2 asing itu dan pihak pentadbiran telah menyekat bahawa perdagangan dgn foreigners hanya berpusat di pelabuhan Guanghou atau Canton, jauh ke selatan dan berjauhan dari bandar2 besar. 

♥1760 M - Qing memusnahkan Kuil Shaolin dan menghalau sami2. Mereka menyebar kebeberapa tempat, mengajar kung fu dan bertindak menfokuskan kpd rintangan untuk menentang Qing.

Kehidupan Sosial Keluarga Cina

♥ Institusi kekeluargaan adalag satu perkara yg sgt penting bagi orang2 Cina. Ketua keluarga mesti selalunya yang paling tua dan posisi ayah dan suami adalah penting bagi Confucian.  Anak2 dan isteri mesti taat dan hormat kpd mereka ini. Perkahwinan kebiasaannya diatur bagi membantu keluarga dan kehormatan keluarga, dan memuliakan nenek moyang adalah penghormatan suci kepada tradisi.

Maharaja digelar sebagai Anak Syurga bukan saja setakat dia dianggap anak Tuhan tapi juga dia mendapat mandat dari syurga.  Keputusan meletakkan maharaja kpda tahtanya adalah dianggap kelayakan yang ditentukan di syurga. Jika raja itu lemah maka dia mesti dijatuhkan dan diturunkan tahta.
→ raja selalunya diwariskan kepada anak sulung but tidak semestinya. Raja yang akan selalu memilih warisnya. Jika pewaris itu lemah maka waris taht akan jatuh kpd anak lebih muda atau anak buah atau mana2 ahli keluarga.

Maharani adalah isteri maharaja yang sah atau isteri pertama. Raja mungkin boleh memiliki gundik2 dari golongan keluarga terhormat atau dari golongan rendah. Namun kesemua anak2 mereka mendapat title putera dan puteri dan kehidupan mereka dijamin mewah.
Golongan petani membentuk antara 80-90% dari populasi yg diklasifikasikan sebgai golongan yang kerja berat. Tanah adalah harta yang utama tetapi berjuta2 petani tidaklh mempunyai tanah sendiri, samada mereka penyewa, atau tuanpunya atau dalam kata lain mereka ada yg menjadi buruk paksa. Petani tinggal di kampung2 kecil.

♥ 1861 M Maharani Cixi telah menaiki tahta dan menjadikan beliau wanita kedua setelah ratusan tahun Maharani Wu pernah menjadi raja di China.

♥ 1908 M Maharani cixi meninggal dan puteranya yang masih kecil Puyi diangkat sebagai raja sebagai Maharaja Xuatong.

♥ February 12, 1912, diaturkan oleh Yuan Shikai, raja terakhir telah diturunkan tahta tetapi dibenarkan tetap tinggal di Kota Larangan. Yuan kemudiannya dipilih sebagai presiden Republic of China.

♥ August 1912 M - Song Jiaoren dan Sun Yat-Sen telah membentuk parti baru  iaitu Guomindang, Parti Kebangsaan Rakyat berdiri bagi menentang Yuan pada pilihanraya.

♥ 1911 M - Budaya Ikat-Kaki secara rasmi diharamkan walaupun masih terdapat keluarga konservatif yang meneruskannya.

♥ July 1921 M - Selepas mendapat sokongan dari USSR Parti Komunis Cina ditubuhkan dab mengadakan mesyuarat terbuka kali pertama. USSR nampaknya tidak hanya berniat bantu PKC mengembangkan ideologi komunis tetpi juga menyekat kemaraan Jepun lebih luas.  Bagi tujuan ini Parti Koumintang (KMT) dan PKC bekerjasama.

♥ March 12, 1925, Sun Yat Sen mati disebabkan kanser dan Chiang Kai-Shek mengambil alih ketua KMT. Tentera KMT buat masa itu bertambah kuat dgn ahli 40,000.

♥ 1926 M - Mao Zedong telah dilantik sebagai ketua PKR di bawah jabatan petani dan pelajari masalah yg dihadapi oleh golongan itu. Mao bermula dengan teori bahawa revolusi komunis di China haruslah berada di tengah2 golongan petani dan bukannya pekerja bandar. Dia telah menunjukkan peningkatan kepada kehidupan pekerja pertanian.

♥ 1927 M - Perang Sivil. Pihak komunis menggalakan para petani menentang tuan tanah dan pekerja bandar bagi menentang kebangkitan industri peribadi dan perniagaan asing. Manakalah Chiang dari KMT memerlukan sociaty ini berbanding hubungan kerjasama dgn komunis maka telah menjadikan PKC sebagai musuhnya. Ramai ahli komunis telah dibunuh dan yang selamat melarikan diri di kawasan yg masih terkawal. Chiang telah mengumumkan sebuah negara kapital Republik Chuna dgn berpusat di Nanjing.

♥ 1936 M - PKR dan KMT secara amnya telah bersetuju membentuk satu kesatuan bagi menentang kemasukan ancaman Jepun. Chiang sendiri telah diculik oleh anak buahnya dan dipaksa untuk bersetuju. Pergambungan secara formal telah berlaku secara palsu Julai 1937, tahun di mana Jepun melancarkan serangan ke China.

♥ 1937 M - Disember, Jepun telah menawan Nanjing dan bermulalah tindakan yg dikenali dalam sejarah "Pemerkosaan Nanjing". KMT telah berundur ke wilayah selatan barat manakala PKC berpindah ke belakang barisan Jepun di utara.

♥ 1941 M - Selepas serangan Jepun ke atas Pearl Harbor pada Disember 7, USA memasuki Perang Dunia Kedua dgn memberi bantuan kepada China.

♥ 1949 M - Pada Oktober Chiang dan KMT melarikan diri ke Taiwan dan mengisytiharkan Republik China. Mao Zedong menubuhkan Rakyat Komunis Republik China (PRC) di tanah besar. Rakyat China lebih berminat menyertai kerajaan pusat yang kuat yang akan melaksanakan undang2 dan perintah yang kuat.

♥ 1950 M - Undang2 Perkahwinan selama ini selama ratusan tahun tidak memihak kepda keadilan antara kedua pihak. Maka ia digubal dengan mengenepikan sistem feudal lama dari perkahwinan paksa,  membenarkan wanita memilih husbandnya sendiri dan memberi wanita hak dalam perceraian,  perkongsian harta dan penjagaan anak.

♥ 1964 M - China kendalikan ujian nuklear pertamanya.

♥ 1958 M - Kerajaan mencuba untuk menutup sekolah Martial Art, seni mereka sendiri dan menukar nama kepada Wushu yg ertinya sama tetapi ada sentuhan kemodenan, masih lagi sebahagian dari kung fu tradisi.

♥ 1959 - Ahli arkeologi menemukan bandar kota purba dari Dinasti Xia (2183-1600 sm) berdekatan Luoyang.

♥ 1960 - martial arts cina semakin dikenali di Barat setelah movie dan siri television The Green Hornet menjadi popular.

♥ 1970s - pelancongan di China bermula dgn kecilan dgn beberapa tour groups. Pelancong yg melancong persendirian tidak dibenarkan masuk.

♥ 1971 - China mengakhiri dasar tutup pintunya kpd dunia luar  dgn menyertai United Nations, menggantikan Taiwan dan tidak lama selepas itu mengambil lima kerusi dalam UN Security Council. Zhou Enlai seorang diplomat terkenal mengaturkan secret negotiations dgn Henry Kissinger, setiausaha negara Amerika untuk membincangkan hubungan persahabatan antara China dan United States.

♥ 1972 - Richard Nixon presiden pertama Amerika telah melawat China.

♥ 1976 - Zhou Enlai dies. Dengan sokongan Mao, Hua Guofeng dilantik sebagai Perdana Menteri. Namun perlantikan ini memberangkan kumpulan radikal yang digelar Mao sebagai "Empat Sekawan" iaitu isterinya sendiri, Jiang Qing, Zhang Chunqiao, Yao Wenyuan dan Wang Hongwen. Mao meninggal pada September 9, Empat Sekawan ditangkap dan dituduh membuat plot penentangan. Mereka dibicara dan dihukum penjara seumur hidup.

♥1979 - polisi "anak-seorang" diperkenalkan bagi mengawal populasi yg semakin bertambah. Insentif akan diberikan kpd keluarga yg ada seorang anak sahaja. Yang keluargab besar akan dikenakan denda kewangan. Ini mengundang kpd gejala pengguran dan penyucian kandungan. Certain kes ada yg menggugurkan untuk memberi peluang kpd kelahiran anak lelaki. Petani lebih berkehendak kan anak lelaki supaya boleh menolong mereka di ladang. Ini menambahkan bilangan anak lelaki berbanding wanita.

♥1981 - Kini pelancong persendirian boleh memasuki China tanpa perlukan pemandu rasmi.

♥1980s - Jackie Chan menjadi kedua popular selepas Bruce Lee dan mula menerbitkan filemnya sendiri dalam seni kung fu. Dia menjadi aktor Asia mendapat bayaran tertinggi di Barat.

♥1982 - Secara rasmi China mengisytiharkan negaranya mempunyai 56 kenegaraan dgn Han cina membentuk 92% dari populasi. Populasi kini mencapai 1 billion.

♥ 1990s - ramai keluarga mempunyai tv di rumah dan program asing disekat.

♥ 1997 - Pajakan Britain ke atas Hong Kong telah tamat dan negara itu diserahkan kembali kpd China. Waktu yg sama Portugal juga menyerahkan Macao ke China pada 1999.

♥ 2000 - Sebuah filem mencapai epik kegemilangan berdasarkan seni mempertahankan diri iaitu Crouching Tiger, Hidden Dragon telah memenangi Academy Award untuk Filem Bahasa Asing Terbaik dgn total 10 kategori.

♥2003 - Angkasawan pertama China Yang Liwei di hantar ke bulan. Misi ini bermakna China adalah negara ketiga selepas Amerika dan Rusia yg mengendalikan program angkasalepasnya sendiri.

♥2005 - China menjadi antara empat negara yg mempunyai kuasa ekonomi terbesar di dunia selepas USA, Jepun dan Jerman.
→ Mee tertua didunia ditemukan di kawasan arkeologi di Leija, Yellow River di Qinghai. Mee tersebut berusia 4,000 tahun dan dibuat dari milet.

♥ 2006 - China direkodkan menggunakan 7.4 juta tong minyak sehari melebihi negara padat lain kecuali Amerika.


Concubines

Dalam masyarakat melayu lama sebelum kedatangan islam, ramai raja melayu juga menyimpan wanita2 cantik dijadikan sebagai gundik.  Begitu juga masyarakat arab jahiliyah. Tetapi setelah cahaya islam di bawa oleh Rasulullah beliau meletakkan mertabat wanita pada taraf tinggi. Masyarakat arab beralih kepada memperisterikan mereka mengikut hukum islam. Begitu juga apabila islam dibawa oleh pedagang2 arab ke tanah melayu,  raja2 tidak lagi menyimpan gundik2 malah memperisterikan wanita2 walau pada dasarnya hanya berlandaskan nafsu. Mereka akan menceraikan salah seorang isteri mereka apabila ingin menikahi wanita lain.

Gundik wujud dalam sistem formal dalam kemasyrakatan bilamana wanita tidak dilayan secara adil dengan lelaki. Wanita didagang seperti barang dagangan lain. Malah kadang2 harganya lebih rendah dari barangan lain.

Sistem gundik ini telah lama wujud di China malah lebih lama wujud sebelum kewujudan peradaban melayu nusantara lagi dan masyarakat arab sendiri iaitu 5000-3000 SM. Pada zaman imperial China, lelaki kaya menimbangkan keghairahan punyai gundik2 bukan hanya berkeinginan untuk menjadikannya rakan seksual you cantik tapi juga memastikan bahawa mereka mempunyai keturunan yang ramai, terutama anak lelaki yg akan menjadi pewaris kepadanya.

Maharaja China mempunyai jangkaan bahawa beliau mesti memiliki ramai anak ramai berbanding keluarga bawahan maka dia harus mempunyai ramai gundik2.  Isi rumah paling ramai dicatatkan dalam sejarah pada zaman Dinasti Tang ialah 40,000 wanita dalam istana. Sedangkan raja2 kebanyakkannya tidak mampu mencapai bilangan sebanyak itu, melainkan beberapa ribu sahaja termasuklah para isteri dan gundik2.

Di China dan kebanyakkan bangsa2 lain, terdapat perbezaan antara isteri dan gundik.  Wanita dari keluarga terhormat sahaja dipertimbangkan untuk status isteri raja. Namun gundik diraja masih boleh ditawarkan status mulia itu jika dia pandai memainkan role model yg mendatangkan manfaat seperti Empress Cixi atau Wu Zetian. Gundik yang berpotensi akan diperiksa untuk mengekalkan statusnya iaitu dri segi kecantikan,  lebolehan artistik dan bijak. Sekali mereka masuk Kota Larangan mereka akan diberikan kerja2 yg ringan seperti mengendalikan taman2, menyediakan teh tetapi akan dibantu oleh lelaki yg dikasi dan mereka dijamin hidup dalam kemewahan.

Siri2 Dikriminasi Anti Cina
♥ Semasa penemuan lombong emas di California ramai buruh2 datang bekerja sebagai pelombong. Kerajaan telah mengenakan cukai untuk pelombong asing bertujuan untuk mengurangkan bilangan kemasukan orang2 Cina.
♥ Serangan keganasan oleh kaum kulit putih termasuk 1871 pembunuhan beramai2 memusnahkan Chinatown Los Angeles, membunuh 23 penduduk cina.
♥ rakyat California memprotes marah apabila mendapati 25,000 buruh cina bekerja membina jalan raya pada tahun 1860, diikuti beberapa ribu immigrants, sehingga menjelang 1880, 25% buruh di California adalah orang2 cina.
♥ Undang2 Tempatan California telah menyekat kaum cina dari memasuki mana2 profession.
♥ 1882, lebih kurang 15,000 buruh cina telah diambil bekerja bagi membina transcontinental jalan raya pertama di Kanada tetapi dibayar gaji rendah berbanding kaum kulit putih.

Pemerdagangan Kuli

Pelikkan dengar. Istilah sekarang ini ialah pemerdagangan manusia. Sebenarnya semua ini bermula semenjak buruh2 dan kaum Afrika dijadikan hamba ratusan tahun lampau.  Namun setelah Barat menggugurkan amalan perhambaan, gelombang pertama buruh pendatang tiba bagi menggantikan hamba Afrika yg bekerja di ladang2 di Barat Hindia, lombong2 di Amerika dan buruh murah diperlukan untuk perlombongan dan pembinaan jalan raya di Australia,  Afrika Selatan etc. Buruh yg tiada skil akan direkrut, diambil dari daerah Fujian dan Guangdong. Mereka samada diculik atau dijanjikan dgn bayaran lumayan dan kehidupan yg sempurna tapi di sebaliknya mereka dilayan teruk, tempat tinggal yg daif, kawasan kerja yg mundur, berdepan dgn dikriminasi dan ramai yg ditipu pasal bayaran upah. Maka pada 1860, Kerajaan China telah mengambil alih dagangan kuli  bagi menghentikan penderaan lebih teruk tetapi ketika itu ramai cina telah berada di luar negara yg tiada lagi cara untuk pulang ke negara mereka.

♥ To enjoy good health, to bring true happiness to one's family,  to bring peace to all, one must first discipline and control one's own mind. If a man can control his mind he can find the way to enlightenment, and all wisdom dan virtue will naturally come to him - Confucius

Buddha

♥ Antara  agama tertua didunia dan yg ketiga dari ajaran tradisi utama, Buddhism telah dibawa ke China dari India ketika Abad pertama Masihi tetapi tidak menjadi popular hinggalah pada abad ketiga apabila negara telah terbahagi kpd beberapa bahagian, manusia dari berbagai kelas lebih terbuka menerima idea baru dalam anutan persendirian mereka.

Ajaran Buddha ini telah diasaskan oleh Putera Hindu, Siddharta Gautama (563-483 SM), apabila ia memulakan pencarian untuk memahami alasan untuk manusia mengalami penderitaan. Dia telah mengalami pengalaman menemukan 'pencerahan' iaitu satu pemahaman terhadap kewujudan kebatinan secara benar.  Maka beliau telah menamakan ajaran ini sebagai Buddha iaitu Satu Pencerahan dan memberi khidmatnya sepanjang hidupnya mengajar manusia bagaimana mencapai pencerahan.

Wahyu beliau membebaskannya dari kitaran kelahiran semula dan penderitaan yang dahsyat yang hindus percaya, sehingga ketika dia akhirnya meninggal, dia melarikan diri dari dunia material dan masuk ke dalam kebahagiaan abadi, yang dikenal sebagai Nirvana. Kebanyakkan pengikutnya juga mencapai pencerahan tetapi memilih untuk kelahiran semua bagi membantu manusia lain. Ini dianggap dan dikenali sebagai bodhisattvas atau wali.

Kepercayaan Buddha dalam kitabnya Kepercayaan Empat Kemulian :
■ Penderitaan adalah satu bahagian yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan.
■ Penderitaan ada puncanya
■ Puncanya ialah suatu keinginan manusia untuk berubah
■ Penderitaan boleh dihilangkan jika keinginan juga boleh dihilangkan.
Dalam ajaran risalah Delapan Kali iaitu risalah Nirvana yg membawa kepada menghilangkan keinginan :
■ pemahaman dan kebijaksanaan yang benar
■ perkataan, tindakan dan penghidupan yang benar
■ usaha, kesedaran dan konsentrasi yang benar.

Praktis ini akan membawa kpd pencerahan sepertimana yg dialami oleh Gautama.

Kesimpulannya, ajaran2 ini asalnya berpunca dari satu kepercayaan iaitu kpd kepercayaan kepada Tuhan yg satu. Kitab2 lama ini asalnya jernih yg mana disebarkan oleh kaum manusia yg hidup waktu purba sekitar kenabian Adam, Idris dan Nuh dan ada antara ulama yg mengatakan bahawa Gautama ini adalah Nabi Idris, namun adalah selamat kita tinggalkan kepercayaan itu kerana ianya jauh dari jangkaun masa kita. Kitab2 tua adalah ajaran risalah yg diturunkan oleh Allah Tuhan yang Satu. Tetapi Iblis dan Syaitanlah yg menyesatkannya. Hanya Quran dipelihara Dia hingga hari akhir zaman atas mukjizat yg diberikan kepadanya. Wallahu'alam. 

♥ Etika gunakan chopstick :
→ gulung noodles sekeliling supaya makanan itu tidak terpercik
→ jangan ketuk mangkuk dgn chopsticks - sebagaimana itulah caranya pengemis minta makanan
→ jgn letak menegak atas makanan dalam mangkuk kerana cara ini mengikut tradisi menawarkan makanan kepada nenek moyang yg sudah mati.

♥ makanan yg berasal dari Beijing adalah berbentuk gormet mentelah lagi kedudukannya sebagai pusat kerajaan imperial. Berbagai jenis makanan boleh didapati baik dari seluruh china itself dan barat.

♥ Food from Sichuan kebiasaannya adalah pedas. Kung pao dishes adalah berasal dari sini.

♥ Food from Henan terkenal dgn sweet sour dishes dan dishes adalah dari sumber ikan segar.

♥ Food from Fujian adalah berasas seafood, itik, nasi dan arak Shaoxing yg terkenal itu. Drunken chicjen is typical dish here.

♥ Food from Guangdong ialah dikenali sebagai makanan kantonis, seperti sup sarang burung, sup sirip ikan Yu, dim sum dan bubur nasi.

Seni Pertahanan Diri

♥ Dikatakan bahawa ianya bermula pada zaman Maharaja Shi Huang Di, seorang jeneral perangnya yg terkenal telah mencipta satu teknik 'tumbukan panjang' dan telah menulis dalam buku pertama dalam subjek seni ini.

♥ Martial Arts chinese divided into three :

♥ Seni dalaman dan luaran

→ seni ini salah satu dari rahsia yg disimpan daripada orang asing ialah ianya bukan hanya berkisar about how to fight. Ia sebaliknya mengajar pengamalnya membina kekuatan dalam iaitu Qi  dan melukakan pihak lawan. Senaman Qi Gong juga digunakan dalam pengubatan traditional cina bagi menyembuhkan penyakit dalaman. Dalam stail ini boleh diputuskan sebagai 'dalaman' atau 'lembut' pada permulaan perlawanan sebelum menuju ke aspek pertarungan.
→ teknik yg lebih dikenali ialah Tai Chi, siri kpd pergerakan lembut namun berubah menjadi agresif bila sampai kepada pertahanan diri.
→ Teknik luaran atau stail keras memfokuskan kpd energetic,  pergerakan otot seperti eksplosif tumbukan dan tendangan dan secara pantas dan agresif.

♥ Seni utara dan selatan

→ according to history, China ditadbir kan daripada utara dgn tentera membesar daripada utara dihantar ke selatan negara. Maka, seni kung fu utara cenderung kpd seni ketenteraan yg asal. Mereka menekankan seni tendangan, akrobatik dan teknik jarak jauh, sedangkan stail selatan lebih kpd teknik jarak dekat memfokuskan kpd kecepatan dan kekuatan badan bahagian atas dan penekanan kpd teknik tangan seperti tumbukan pantas dan blok batu dgn kurang bergerak sekeliling. Stail ini digunakan oleh orang2 biasa kebanyakkannya petani2 dan peladang.

♥ Stail Seni Falsafah

→ Tai Chi adalah berasaskan dari Daoist. Most famous Buddhist martial arts came from Shaolin Temple.

Tembok Besar China

♥ Salah satu keajaiban dunia, satu dari aspek arkitek yg terunggul, struktur binaan terpanjang iaitu 4,163 batu merentas utara China.

♥ Tembok ini dibina dalam percubaan bagi menghalang serangan musuh dari kaum barbar utara, merentasi beberapa bentuk mukabumi, padang tandus, kawasan berumput dan gunung-ganang.

♥ Dikenali di China sebagai Tembok Besar Li, ianya juga diistilahkan sebagai 'a dragon winding through the land'.

♥ Dikeranakan berjuta2 rakyat yang dikerah, mati ketika pembinaan bangunan ini maka ianya juga secara sardisnya dikenali sebagai kubur terpanjang di dunia.

♥ Tembok Besar ini disebut dari berbagai legenda yang dicatat. Satu dari kepercayaan itu ialah tubuh2 manusia yang mati telah digunakan untuk mengukuhkan struktur binaan itu.

♥ Satu lagi ialah Tembok ini adalah satu2nya objek binaan manusia yang boleh dilihat dari bulan. Walau dinafikan oleh ramai angkasawan tetapi dalam keadaan tertentu, bersama dengan beberapa lagi struktur buatan lain termasuk Grand Canal China, memang boleh dilihat oleh mata manusia dari angkasa.

Peringkat pembinaan Tembok China

♥ Tembok yang kita lihat kini adalah hasil dari Dinasti Ming (1368-1644), walaupun ia telah dibina lebih awal bermula di lembah Sungai Kuning dan kawasan utara China ketika musim Bunga dan Musim Luruh (770-221 sm).
Empat tempoh masa pembinaannya,  zaman Qin iaitu permulaannya, Han, Lima Dinasti dan Tempoh Sepuluh Kerajaan, namun di bawah Dinasti Ming, ianya telah diperkukuhkan bila2 tibanya berita akan serangan musuh. Namun dalam kegagahannya, Tembok Besar ini telah membuktikan ianya kurang berkesan dalam mempertahankan serangan Mongol pada abad ke-17, walaupun dikatakan bahawa gate dibuka kepada musuh oleh seorang pengkhianat. Dan juga rakyat cina mengatakan bahawa musuh berjaya kerana ketika itu raja telah lemah dalam pentadbirannya.
Menurut satu legenda bahawa tentera Manchu mengambil masa tiga hari untuk melalui Tembok China tembus ke China.

Maharaja China yang digelar Maharaja Pertama or First Emperor, Qin Huangdi, yang telah menyatukan China adalah yang memulakan dan melahirkan idea ini di bawah pemerintahannya yang zalim dan kejam. Sepanjang tempoh 10 tahun, ratusan dari ribuan manusia yang kebanyakkannya adalah banduan, telah menyudahkan sepanjang 1,500 batu daripada Daerah Liaoning di timur hinggalah ke Padang gurun tandus Mongolian. Kemudiannya, pembinaan disambung oleh dinasti berikutnya sehinggalah kepada Dinasti Ming yang telah merangka dan menambah-baikkan struktur tembok ini sehinggalah yang kita lihat kini.

♥ Parti Komunis China berjaya memenangi sokongan berjuta2 rakyat cina kerana ia menunjukkan bahawa ia mengambil peduli akan kepentingan negara dan rakyatnya.

♥ Satu2nya organjsasi politik yang mahu memperbaiki taraf hidup yang kebanyakkannya para petani dan pekerja buruh.

♥ Parti ini juga bertahan menentang serangan Jepun. Ia akan membuktikan bahawa pemerintahannya adalah adil, membayar petani untuk hasilnya dan akan membahagikan kembali tanah dalam kawasan komunis.

♥ Parti itu berjanji melahirkan kerajaan yang kuat yang mengikut keamanan, undang2 dan perintah.

♥ Rejim imperial, demokrasi berparlimen dan kerajaan nasionalis semuanya gagal dalam membawa misi keamanan dan kemajuan. Maka itulah masa mencari alternatif.

♥ Selain dari mengecam dan memukul suspek2 yang menentang Komunis,  Kumpulan Komunis Red Guard juga mula menjadikan Mao sebagai pengaruh ikutan. Buku Mao, Buku Kecil Merah atau Pemikiran Pengerusi Mao iaitu sebuah buku yang mengumpulkan koleksi ucapan beliau telah menjadi sebagai objek kultus dan dibaca oleh setiap kumpulan dari Red Guard, dan secara pantasnya, oleh setiap orang di China.

♥ Semangat dan pemikiran Mao telah dilahirkan secara perhimpunan dan keganasan besar-besaran, puak melawan puak, dan sekurangnya satu kampung dalam kumpulan yang menang akan memakan badan musuh mereka sebagai simbol kemenangan dan dendam.

♥ Asal Red Army adalah dari gerila petani2,  kemudiannya ditukar nama kepada People's Liberation Army (PLA) pada 1949, berkembang menjadi pasukan tentera terbesar di dunia, dengan anggotanya mencecah 2 juta, lelaki dan wanita kini aktif dalam perkhidmatan.

♥ China kini adalah negara ketiga terbesar di dunia dari peningkatan ekonomi.
→ lebih dari $1.15 trillion dalam dagangan asing (2004)
→ pelaburan asing lebih dari $60 billion (2004)
→ melebihi 300 juta orang berpindah dari luar bandar ke bandar2 untuk bekerja
→ kini ada 660 bandar,meningkat dari 193 pada 1978
→ lebih 33 juta orang tinggal di Chongqing, 20 juta di Shanghai dan 18 juta di Beijing
→ dalam tempoh lima tahun, 2000 bangunan pencakar langit telah dibina di Shanghai sahaja
→ terdapat sekurangnya 5 juta business persendirian
→ sekurangnya cell phones dimiliki oleh 400 juta orang
→ sekurangnya 80 juta pengguna internet, tempat kedua dibelakang USA

♥ Pemerintah Perancis Napoleon Bonaparte pernah berkata China seperti seekor naga yang sedang tidur,  namun apabila terbangun, 'the world will tremble'.


















Comments

Popular posts from this blog

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Perfect Fingerprint

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah